Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 28 Jun 2010

Anwar nafi adanya usaha mahu gulingkan MB Selangor

Gambar fail

KUALA LUMPUR, 28 Jun —Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal laporan wujudnya ‘pemberontakan dalaman’ terhadap kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sambil menegaskan, isu berkenaan langsung tidak dibangkitkan ketika sesi pemukiman dua hari yang berakhir semalam.

Malah menurut penasihat PKR itu, tiada ahli Parlimen parti yang mengemukakan petisyen ataupun melahirkan hasrat mahu Khalid digugurkan sebagai Menteri Besar Selangor.

“Saya ada dengar (perkara ini). Saya telah menelitinya tetapi secaar serius tiada siapa yang membawa isu ini, malah tiada sebarang perbincangan di mana-mana peringkat termasuk ahli-ahli Parlimen (didakwa) membuat tuntutan sedemikian,” kata beliau kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

Penasihat PKR itu menyalahkan khabar angin 15 ahli Parlimen dengan usaha Umno yang mahu mengalih perhatian daripada masalah dalaman Barisan Nasional.

“Saya merasakan ada usaha untuk mencetuskan masalah sedemikian, sebahagiannya untuk mengalihkan masalah-masalah dihadapi oleh Umno khususnya APCO, Sungai Besi... hanya boleh dialihkan dengan ini,” kata Anwar.

Anwar menekankan tujuan utama sesi pemukiman kali ini ialah membuat persiapan menghadapi pemilihan parti akhir tahun ini.TMI

Royalti: Kelantan hargai kesediaan Ku Li


KOTA BHARU, 28 Jun: Kerajaan Kelantan merakam penghargaan tinggi kepada bekas pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah(gambar kiri) kerana bersedia menjadi saksi kes tuntutan Imbang Penuhroyalti petroleum sekiranya kes itu dibawa ke mahkamah.

Malah ia mengulangi komitmen yang pernah dibuat anggota Parlimen Gua Musang itu sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, kesediaan Tengku Razaleigh sewajarnya dipuji memandangkan beliau berpegang kepada kebenaran.

“Kami mengucap berbanyak terima kasih kepada Tengku Razaleigh kerana bersedia menjadi saksi pada kes yang cukup penting ini.

“Kesediaan itu dapat membantu rakyat Kelantan bagi mendapatkan haknya sebagaimana termaktub dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974,” katanya di sini.

Saya tidak hebat dalam politik-Khalid Ibrahim

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang berhadapan dengan tekanan dari dalam PKR sejak beberapa bulan lalu dengan rendah diri hari ini berkata, beliau tidak “hebat” dalam politik.
Sehubungan itu ketua kerajaan negeri Selangor ini memberitahu, beliau mahu memberi tumpuan terhadap soal pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negeri.
“Oleh kerana Selangor sangat penting, jadi saya harus memberikan tumpuan kepada pentadbiran negeri terutamanya terhadap aspek pembangunan dan pertumbuhan ekonomi.
“Dengan ini, saya dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pembangunan negeri termasuk di Kampung Baru yang mana saya akan menyumbang pemikiran dan idea agar ia dapat dilaksanakan.
“Saya mahu melihat pembangunan di Selangor bergerak seiring dengan Kuala Lumpur,” kata beliau yang dilantik sebagai menteri besar selepas pilihan raya umum Mac 2008.Perubahan kepimpinan ini diumumkan lima bulan menjelang pemilihan parti.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....