Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 19 Mac 2014

Ketua Puteri Umno Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Khalwat

 Zuraidah Zainal Abidin (kiri) and Burhanuddin Ismail

KANGAR: Ketua Puteri Umno Perlis, Zuraidah Zainal Abidin dan seorang ahli perniagaan berusia 57 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini Rabu atas tuduhan khalwat.

Zuraidah, 34, yang juga Ketua Puteri Umno Bahagian Arau, dan Burhanuddin Ismail didakwa melakukan kesalahan itu di dalam bilik sebuah hotel di Persiaran Jubli Emas di sini, kira-kira pukul 1.30 pagi 3 Mac.

Zuraidah, dari Kampung Changkat Lada, Mata Ayer dan Burhanuddin, dari Jalan Hiliran di Terengganu, didakwa melakukan kesalahan itu yang boleh dihukum di bawah Seksyen 9 (1) (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan membawa hukuman denda RM5, 000, atau penjara tiga tahun penjara atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Jaidi Ahmad menetapkan kes itu disebut semula pada 14 Mei.Pendakwa Ketua Syariah Khairul Anuar Ahmad melakukan pendakwaan manakala Zuraidah dan Burhanuddin diwakili peguam Syariah Rabiatul Adawiah Ramli.Mstar

Terkini : Pakar IT India Temui Imej Satelit Pesawat MH370 ???

Imej satelit yang disiarkan The Hindu ~ Lihat Sini

NEW DELHI - Seorang penganalisis IT India menemui imej satelit menunjukkan sebuah pesawat besar terbang rendah di Kepulauan Andaman pada 8 Mac, pada hari pesawat Malaysia Airlines hilang semasa dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL ke Beijing, menurut akhbar The Hindu.

Anoop Madhav Yeggina, 29, percaya imej itu ialah pesawat Boeing 777-200ER MAS yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan MH370, lapor akhbar itu.

Pakar IT itu ialah antara beribu-ribu orang dari seluruh dunia yang melibatkan diri dalam projek 'crowdsourcing' iaitu khidmat luar kumpulan yang berusaha mengesan kapal terbang berkenaan yang telah melencong dari laluannya ke arah Lautan Hindi selepas menutup semua hubungan komunikasi ketika terbang merentasi Laut China Selatan.

Khidmat luar kumpulan ini merujuk kepada usaha mendapatkan maklumat atau input bagi sesuatu tugas atau projek dengan menyenaraikan perkhidmatan sejumlah individu, sama ada dibayar atau tidak, biasanya melalui Internet.

The Hindu melaporkan bahawa Anoop telah meneliti sejumlah imej dari DigitalGlobe Satellite QB02 sejak beberapa hari lalu sehingga beliau terjumpa imej yang benar-benar membuatkannya terkejut. - Bernama

Tiga Juta Orang Cuba Kesan Pesawat MH370


WASHINGTON - Lebih 3 juta orang menyertai usaha mengesan pesawat MH370 bersama pengendali satelit DigitalGlobe yang turut dilihat sebagai program terbesar melibatkan orang awam sejak lebih seminggu lalu.

Kelmarin, jurucakap firma itu memaklumkan kepada Press TV lokasi pencarian kini merangkumi kawasan seluas 24,000 kilometer persegi selain lebih banyak imej termasuk di Lautan Hindi dimuat naik pada setiap hari.

Menurutnya lagi, seramai 2.9 juta orang telah tagged kawasan dalam peta tersebut manakala 257 juta lagi menggunakan aplikasi MapView.

Pada 11 Mac lalu, DigitalGlobe mengaktifkan platform pencarian Tomnod yang memberi peluang kepada orang ramai di seluruh dunia untuk menyertai usaha mengesan MH370 dengan menggunakan lima satelit berdefinisi tinggi.

Difahamkan, firma tersebut akan menggunakan sistem algoritma CrowdRank untuk meneliti bukti yang boleh merungkaikan misteri kehilangan pesawat terbabit.SH

Kronologi Kehilangan Pesawat MH370


KUALA LUMPUR: Pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 memasuki hari ke-11 sejak ia hilang secara misteri daripada radar pada 8 Mac.

Sejak beberapa hari lepas, pihak berkuasa Malaysia menyalurkan cebisan maklumat mengenai peristiwa yang membawa kepada kehilangan Boeing 777-200ER.

Maklumat itu diberikan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azaharuddin Abdul Rahman. 

Mereka mendedahkan maklumat itu pada sidang akhbar harian mengenai perkembangan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat itu di Hotel Sama-Sama di Sepang.

Juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53; dan pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid, 27; mengemudi pesawat itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Daripada 227 penumpang dua merupakan warga Iran yang menggunakan pasport curi milik seorang rakyat Austria dan Itali.

Pihak polis dan Interpol mengenal pasti rakyat Iran itu sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19; dan Delavar Syed Mohammad Reza, 29; masing-masing menggunakan pasport warga Austria dan Itali, yang dilaporkan hilang di Thailand, beberapa tahun lepas.  

Khalid berkata, Pouria Nour dan Delavar Syed dipercayai dalam perjalanan ke Jerman untuk mendapatkan perlindungan dan tidak ada kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas. 

Video : DS Anwar Mengulas Hubungannya Dengan Juruterbang MH370

Sidang media DS Anwar di lobi Parlimen

Dalam kenyataannya DS Anwar mengaku pernah berjumpa dengan juruterbang pesawat MH370 di program2 PKR.Beliau menegaskan hubungannya dengan juruterbang tersebut tidak lebih dari itu.

Disamping itu beliau turut kesal dengan tindakan pihak tertentu terutama blogger2 Umno yang cuba mengaitkan kehilangan pesawat MH370 dengan juruterbang terbabit.

Kapten  Zaharie Ahmad Shah,juruterbang pesawat MH370 yang hilang merupakan ahli seumur hidup PKR.

Sebelum ini timbul tuduhan kononnya juruterbang melarikan pesawat MH370 kerana tidak berpuashati dengan tindakan Mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara keatas Anwar.

Bagaimana pun tuduhan tersebut disifatkan cubaan mengalih perhatian dan tidak menghormati keluarga juruterbang terbabit.Tindakan yang dikecam banyak pihak.Saksikan video di bawah ~ Tinta Hijau DKB


Najib Lantik Ezam Sebagai Pengarah Di Kementerian Kewangan

 Mohamad Ezam Mohd Nor

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga menteri kewangan, melantik Mohamad Ezam Mohd Nor sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan berkuatkuasa 15 Mac 2014.

Mohamad Ezam (gambar) dilantik sebagai pengarah setelah melepaskan jawatannya sebagai Ahli Dewan Negara yang disandangnya sejak 2010, pada 5 Mac lalu, kata Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

"Tugas utama beliau ialah membantu perdana menteri merangkap menteri kewangan dalam menangani isu berkaitan langkah transformasi ekonomi yang dilaksanakan kerajaan dengan lebih rancak, bermula tahun ini dan beberapa tahun akan datang," katanya.

Mohamad Ezam, 47, berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi daripada Universiti Islam Antarabangsa.Beliau juga pernah berkhidmat di Kementerian Kewangan sebagai setiausaha politik Menteri Kewangan pada 1996 hingga 1998.
Mohamad Ezam juga sebelum ini pernah mengasaskan organisasi badan bukan kerajaan (NGO) anti rasuah iaitu Gerakan Demokrasi dan Anti-Korupsi (Gerak) dan dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tahun lalu sebagai Ahli Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai rasuah. - Bernama

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....