Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 31 Julai 2009

Zamri lawan Nizar: Pembangkang bukan musuh sebenar Polis



Oleh Mohamad Sabu

KENYATAAN Perdana Menteri di hadapan pegawai-pegawai kerajaan di Putrajaya pada 27 Julai lalu amat dialu-alukan. Kerajaan akan menumpukan usaha membasmi jenayah jalanan sekarang dan pada masa akan datang. Kejadian rompak jalanan, rogol jalanan, peras ugut jalanan, pergaduhan jalanan, pembunuhan jalanan; kesemuanya amat menggerunkan rakyat

Walaupun kerajaan terpaksa menambah perbelanjaan untuk meningkatkan keupayaan pasukan polis, menambah anggota dan kelengkapan; saya yakin rakyat akan menyokong tindakan kerajaan. Peningkatan jenayah jalanan amat menggerunkan rakyat dan pelancong asing di Malaysia.

Kadang kala kita dapat melihat di hadapan mata kita wanita atau lelaki disamun beg tangan mereka. Kita hanya tergamam dan tidak boleh berbuat apa-apa. Mangsa hanya melepaskan kemarahan dengan memaki hamun dan kita hanya menjadi penonton kepada kejadian jenayah seolah-olah kita sedang menonton wayang di televisyen.

Pasukan polis yang tidak beruniform hendaklah sentiasa ditempatkan di kawasan-kawasan yang kerap berlaku jenayah yang pelbagai seperti di kawasan Chow Kit Road, Bukit Bintang, Brickfields dan bandar Klang yang kejadian jenayahnya tinggi. Polis yang berupaya akan bertindak segera menghadapi penjenayah dan orang ramai akan lebih rasa terjamin berada di kawasan sesak di Malaysia.

Sayangnya di Malaysia pasukan polis yang ramai digunakan untuk 'memerangi' parti-parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak sehaluan. Majlis ceramah bukan suatu aktiviti jenayah, tetapi ratusan anggota polis ditempatkan di kawasan ceramah parti pembangkang.

Pada 25 Julai lalu saya dijadualkan berceramah di Taman Guar Perahu, Pulau Pinang. Setibanya di tempat ceramah saya melihat ratusan anggota polis pelbagai pangkat telah berada di pentas dan di sekitar tempat ceramah. Anggota polis lebih banyak daripada orang ramai yang mahu mengikuti ceramah.

Perkara seperti ini sudah puluhan kali saya alami sepanjang lebih 30 tahun saya terbabit dalam majlis penerangan politik. Saya lihat dalam majlis ceramah di rumah sahabat saya di Jelebu, ratusan anggota polis dihantar bagi menggagalkan ceramah tersebut. Mereka diarahkan bertugas sejak dari jam 2.00 petang hingga 3.00 pagi. Anggota polis yang menjaga mahkamah turut dilibatkan.

Apakah tindakan kerajaan ini tidak membazirkan waktu dan anggota polis? Seeloknya tenaga anggota polis ditumpukan untuk memerangi jenayah yang makin bermaharajalela. Badan politik hendaklah dipantau dan keamanan dijaga bukan untuk 'diperangi'.

Kerajaan mesti mengubah haluan dan tumpuan anggota polis supaya jenayah dan penjenayah menjadi musuh utama negara bukannya rakyat dan parti-parti politik pembangkang serta NGO. Kita sedia bekerjasama dan bersatu tenaga dengan mana-mana pihak termasuk kerajaan untuk memerangi jenayah di Malaysia. Hidup demokrasi, perangi jenayah!

Sumber: Detikdaily

Zamri lawan Nizar:Nasharuddin Tantawi jawab kenyataan Khairy



Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB
PETALING JAYA: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan al-Tantawi berkata, beliau hanya akan bertemu dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin pada wacana ilmiah yang akan disertai oleh kedua-dua pihak, bukan dalam pertemuan empat mata seperti yang dimahukan Khairy.
Nasrudin berkata, soal Khairy mahu bertemu dengan beliau kerana ingin mengetahui tujuan sebenar wacana itu dan mendengar sendiri isi hati beliau tidak berbangkit kerana Pemuda telah menyatakan persetujuan untuk mengadakannya.
"Kalau mahu bertemu saya untuk mendengar isi hati, sepatutnya beliau hadir ketika saya menghantar surat jemputan untuk mengadakan wacana itu di Parlimen, sebaliknya beliau hanya menghantar naibnya sahaja.
"Sekarang wacana ini sudah pun sampai ke peringkat jawatankuasa teknikal dan tidak sesuai lagi untuk saya mengadakan perbincangan empat mata dengan Khairy.
"Saya kini menyerahkan 100 peratus kepada jawatankuasa teknikal berhubung wacana ini," katanya kepada mStar Online.
Pada 1 Julai lalu, Pemuda PAS telah menjemput Pemuda Umno untuk mengadakan wacana ilmiah bertajuk "Benarkah Perjuangan Umno Tidak Bertentangan Dengan Islam" melalui surat jemputan yang diserahkan Nasrudin kepada Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim.
Pemuda Umno telah pun membalas surat jemputan itu dua hari kemudian menyatakan persetujuan mereka.
Bagaimanapun semalam, Khairy berkata beliau mahu menemui Nasruddin sebelum wacana itu diadakan bagi mengetahui tujuan dan mendengar sendiri isi hati Nasruddin mengenai wacana itu.
Katanya, beliau tidak mahu lagi 'bermain tarik tali’ dengan PAS kerana wujud percanggahan kenyataan yang dikeluarkan oleh wakil Dewan Pemuda PAS berhubung isu itu.
Berhubung kenyataan Khairy bahawa tajuk wacana yang dicadangkan Pemuda PAS itu tidak sesuai, Nasruddin berkata, dalam surat persetujuan yang dihantar, Khairy tidak membangkitkan soal tidak bersetuju dengan tajuk itu.
"Jadi, kita faham yang Pemuda Umno bersetuju untuk mengadakan wacana itu dengan tajuk yang kita cadangkan.
"Kalau mahu tukar sedikit terma tajuk itu tapi masih membawa maksud yang sama, kita tiada halangan.
"Bagaimanapun, kalau mereka tidak bersetuju dengan tajuk itu, maknanya mereka tidak bersetuju untuk mengadakan wacana ini.
"Kalau setuju, ayuh berwacana...kalau tidak, sudah...selesai," katanya.
Katanya, jika Pemuda Umno mahukan tajuk lain bagi wacana itu, satu wacana lain perlu diadakan dan bukan menukar tajuk bagi wacana yang mereka cadangkan itu.
"Kalau Pemuda Umno mahukan tajuk yang mereka pilih, mereka pulalah yang perlu menjemput kita berwacana," katanya.

Kematian Mohd Hamdan: Apa kata Pemimpin Politik




PULAU PINANG- Timbalan Pesuruhjaya I Pas Pulau Pinang Dr Mujahid Yusof Rawa menyifatkan kematian Anggota Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman di sini sebagai satu kehilangan yang amat besar kepada parti itu.

Katanya Allahyarham bukan sahaja seorang pemimpin yang aktif memperjuangkan isu berkaitan pekerja, malahan mempunyai peribadi yang baik dan merendah
diri.

Ketika dihubungi Bernama, Mujahid berkata, Allahyarham merupakan seorang pemimpin yang telah lama bergiat dalam parti dan sangat fokus dalam tugasnya.

Mohd Hamdan, 63, wakil rakyat tunggal Pas di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, meninggal dunia kerana sakit jantung di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada 7.15 pagi ini selepas beberapa hari menjalani pemeriksaan dan rawatan di situ.

Jenazahnya dijangka tiba di Permatang Pasir pada 2 petang ini untuk dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir.

Ketua Pembangkang di DUN Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim, mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menyifatkan beliau sebagai seorang ADUN yang selalu memperjuangkan prinsip yang tegas.

Katanya beliau mengenali Mohd Hamdan sebagai seorang yang sentiasa bercakap daripada segi prinsip dan berbahas tanpa menyakiti hati mana-mana pihak.

"Saya sedih kerana kehilangan seorang kawan lama. Allahyarham pernah bertanding dua kali menentang saya di DUN Penaga (dan kalah) pada pilihan raya umum 1990 dan 1995 sebelum beralih ke Permatang Pasir," katanya.

Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, kematian Mohd Hamdan merupakan satu kehilangan bagi gabungan pembangkang di Pulau Pinang.

Zahrain, yang berada di Kuala Lumpur, bergegas ke IJN sebaik mendapat berita mengenai kematian itu pagi ini tetapi tidak sempat kerana jenazah telah dibawa pulang pada 10 pagi.

Di KUALA LUMPUR, Presiden Parti Keadilan Rakyat Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata Allahyarham turut membantu dalam perjuangan PKR.

Di KOTA BAHARU, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu akan bertanding pada pilihan raya kecil bagi mempertahankan kerusi Permatang Pasir yang merupakan kubu kuat Pas.

"Lagi pun Mohd Hamdan ini adalah bekas Pesuruhjaya Pas negeri. Dia berada dalam parti lebih lama daripada saya, malahan ketika saya berada di dalam PAS
dia sudah menjadi Pesuruhjaya PAS negeri itu.

"Jadi Allahyarham banyak korbankan perjuangan, masa dan harta demi perjuangan Islam," katanya.

Sumber:Sinar Harian Online

Program Pas: Aktiviti Caw. Beris Pak Abu-Menziarahi orang sakit

Bertanya khabar keadaan pesakit
Sumbangan dari Tabung Kebajikan Usrah,di sampaikan oleh Bendahari Cawangan Hj Abd Ghaffar Latif
Menziarahi pesakit yang agak uzur,dengan membaca surah Yaasin beramai ramai
Sumbangan dari Tabung Kebajikan Usrah,di sampaikan oleh AJK Cawangan saudara Kamal bin Zad

Beris Pak Abu 30 julai 2009: Pas Cawangan Beris Pak Abu meneruskan tradisi yang di adakan secara berkala iaitu Program Menziarahi Pesakit.Selepas Usrah semalam kami secara beramai berjaya mengunjungi dua buah rumah yang mana pesakit yang kami kunjungi agak uzur.Rumah pertama yang kami kunjungi ialah rumah Hjh Sepiah Dolah 63,dimana beliau sudah agak lama terlantar di serang strok dan lumpuh separuh badan.Selain bertanya khabar sedikit sumbangan dari Tabung Kebajikan Usrah turut di sampaikan pada beliau.Kami sudah beberpa kali mengunjungi beliau dan pernah hadir membaca surah Yaasin di kediamannya ini.
Seterusnya kami mengunjungi Hj Hussain Omar 80an yang terlantar akibat sakit tua.Beliau yang baru beberapa hari terlantar merupakan antara pengasas Pas Ranting Beris Pak Abu. Madrasah Hj Hussain yang merupakan markas cawangan kami di namakan sempena namanya.Selain bertanya khabar kami turut membacakan Surah Yaasin beramai ramai untuk beliau.Sedikit sumbangan turut du hulurkan.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Zamri lawan Nizar: Khairy mahu jumpa Nasharuddin Tantawi


Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mahu mengadakan pertemuan empat mata dengan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Al-tantawi sebelum meneruskan wacana ilmiah yang dicadangakan oleh sayap Pemuda PAS itu.
Menurut Khairy, beliau mahu berjumpa dengan Nasrudin untuk bertanyakan tujuan sebenar wacana tersebut diadakan dan mendengar sendiri daripada dari’ isi hati’ Ketua Pemuda PAS itu.
“Saya nak jumpa empat mata dengan dia (Nasrudin). Tak perlu ada Setiausaha dia atau Setiausaha saya, hanya saya dengan dia. Tapi pertemuan, KJ jumpa dengan Nasrudin bukan muzakarah saya cuma ingin tahu apa yang dia (Nasrudin) hendak,” katanya selepas merasmikan pasukan Ragbi Pemuda Umno di Menara Dato Onn malam tadi.
Jelasnya, beliau telah menulis sepucuk surat kepada Nasrudin pada bulan Jun yang lalu untuk mengadakan pertemuan dengan Ketua Pemuda PAS itu.
Bagaimanapun, tegas Khairy, Nasrudin tidak menjawab surat tersebut sebaliknya beliau telah mengarahkan Setiausaha Pemuda PAS, Kamaruzaman Mohamad menulis kepadanya.
“Baru-baru ini saya telah terima surat daripada Setiausaha Pemuda PAS, yang ‘agak pelik sedikit’ bunyinya kerana dalam surat yang saya terima itu, sudah ada jawatankuasa teknikal dan minta saya hubungi mereka.
“Sedangkan dalam surat asal saya tulis surat kepada Nasrudin tapi saya dapat surat daripada Setiausaha (Pemuda PAS) pula. Saya nak jumpa dia dulu, saya harap dia (Nasrudin) boleh jumpa saya,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai isu tersebut, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, beliau tidak mahu lagi ‘main tarik tali’ dengan PAS kerana wujudnya percanggahan kenyataan yang dikeluarkan oleh wakil Dewan Pemuda PAS dalam isu tersebut.
“Saya tak nak mendengar melalui media atau pun berunding melalui jawatankuasa teknikal sedangkan saya kena faham apa isi hati Ketua Pemuda (PAS). Dia (Nasrudin) ketua, saya ketua, dia (Nasrudin) saya kena faham apa yang dia nak dan dia (Nasrudin) pun kena faham apa yang saya sanggup buat.
“Kalau sekiranya usaha ini boleh bawa satu benda yang baik kepada kedua-dua pihak apa salahnya tetapi jika niatnya berbeza maka kita jangan teruskan lah. Inilah bahaya bila kita cakap melalui media dan wakil.
“Saya nak jumpa dia (Nasrudin) dahulu. Saya akan tulis surat esok. Dia (Nasrudin) bagi tarikh, bila-bila masa la, saya akan jumpa dia, di mana-mana pun saya tak kisah,” katanya.
Ketika ditanya apakah perlu wacana tersebut diadakan kerana ada di kalangan pemimpin Umno yang meminta parti itu tidak melayan kenyataan daripada PAS mengenai sebarang bentuk perbincangan, Khairy berkata:
“Bukan saya layan, dan harap sangat tetapi ini soal surat-menyurat dah mula. Kalau dia (Nasrudin) tak nak, saya tak boleh paksa sebab tajuk yang diberikan oleh mereka (PAS) saya rasa tidak berapa sesuai."
“Oleh sebab itu saya nak bincang dengan dia (Nasrudin) soal tajuk, soal format. Kalau betul kita mahu adakan perbincangan, biarlah kita ada persetujuan di antara kedua-dua ketua pada dasarnya,” katanya.
Pada 1 Julai lalu, Dewan Pemuda PAS menjemput Pergerakan Pemuda Umno pusat untuk mengadakan wacana ilmiah bagi membincangkan isu-isu yang menjadi polemik di negara ini.
Nasrudin menyerahkan surat jemputan untuk mengadakan wacana itu kepada Razali yang mewakili Khairy.
Nasrudin telah mencadangkan tajuk "Benarkah Perjuangan Umno Tidak Bertentangan Dengan Islam", namun Razali meminta tajuk tersebut ditentukan kemudian mengikut kesesuaian kedua-dua pihak.
Khairy juga telah menyatakan persetujuan menyertai wacana berkenaan dua hari kemudian.
Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk membincangkan aspek lanjut selepas berakhirnya pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai.
Pilihan raya kecil itu selesai 14 Julai lalu.
Perkara-perkara yang akan difokuskan dalam wacana itu adalah berhubung isu-isu berbangkit termasuk soal prinsip dan hala tuju perjuangan bersama termasuk yang membabitkan umat Islam di negara ini.

Sumber: http://mstar.com.my/

Zamri lawan Nizar: Adun Pas Permatang Pasir Meninggal Dunia

TERKINI : ADUN Pakatan Rakyat (PAS) bagi DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang, Dato' Hj. Mohd. Hamdan Abd.Rahman telah kembali kerahmatullah di IJN KL pagi ini, demikian menurut sumber yang saya perolihi dari talifon dan sms seorang kenalan sebentar tadi.

Menurut sumber itu beliau telah mendapat pengesahan dari saudara terdekat almarhum dan Bendahari PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli. Malumat itu juga telah mengesahkan bahawa sehingga berita ini diterbitkan, jenazah masih berada di IJN Kuala Lumpur.

Semuga rohnya ditempatkan ditempat yang terpuji...Al Fatihah..


Sumber: http://idhamlim.blogspot.com/


Nampaknya satu lagi kerusi Pas kosonog,sama samalah kita tunggu satu lagi Pilihanraya Kecil.
Perang terbaru dengan UMNO bermula.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....