Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 1 Mac 2014

Kisah Sebenar Disebalik Foto Yang Didakwa Sesi Murtad Di Gereja


Seorang aktivis hak asasi wanita hari ini menafikan dakwaan beberapa blog yang menerbitkan gambar umat Islam hadir di sebuah majlis rasmi di sebuah institut pendidikan Islam adalah bukti sebuah sesi memurtadkan umat Islam di sebuah gereja di Malaysia.

Yu Ren Chung, aktivis badan bukan kerajaan (NGO) Women’s Aid Organisation, berkata gambarnya bersama yang lain di sebuah majlis kerajaan disalah tafsir pelbagai pihak menerusi blog dan media sosial.

Katanya, gambar itu diambil pada 2012 ketika sebuah program anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang diadakan di dewan kuliah Institut Pemikiran Islam dan Ketamadunan di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

"Kasihan penjawat awam yang berada di dalam gambar itu. Mereka hanya menjalankan tugas menghadiri program LPPKN tetapi dituduh murtad," katanya dalam satu kiriman blog semalam.

Gambar tersebut menunjukkan Yu bersama beberapa yang lain, termasuk wanita bertudung, sedang duduk di bangku kayu.

Acara yang berlangsung pada Februari 2012 itu membincangkan Dasar Keluarga Negara dan dihadiri penjawat awam dan aktivis NGO.

Yu berkata beberapa blog di Malaysia dan Indonesia mendakwa gambar berkenaan adalah program memurtadkan, manakala ada yang menuduh parti pembangkang berhubung gambar tersebut.

“Kasihan juga saya dengan PAS dan DAP," tulis Yu. "Bila isu murtad ditimbulkan, selalu sahaja DAP yang kena – kali ini PAS pun tak terlepas (padahal, program itu dianjurkan kerajaan BN).

Taib angkat sumpah Yang Dipertua Negeri Sarawak

KUCHING - Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak semalam selepas hampir 33 tahun memegang jawatan itu, hari ini mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak ketujuh.

Upacara itu bermula 11 pagi dengan Tan Sri Adenan Satem, yang menggantikan beliau sebagai ketua menteri baharu, membacakan watikan pelantikan yang disampaikan kepada Taib oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara di Kuala Lumpur semalam.

Selepas menandatangani watikah pelantikan itu, Taib mengangkat sumpah jawatan di hadapan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum di bangunan Dewan Undangan Negeri di sini yang turut dihadiri Adenan.

Isteri Taib, Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, barisan Kabinet negeri dan beberapa orang kenamaan setempat antara yang turut hadir.Beliau menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng yang penggalnya sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak tamat semalam.

Taib dilantik ketua menteri keempat Sarawak pada 26 Mac, 1981, bagi menggantikan bapa suadaranya Tun Abdul Rahman Ya'kub.Anak sulung daripada 10 beradik itu dilahirkan pada 21 Mei, 1936, kepada pasangan Mahmud Abang Yahya dan Hamidah Ya'kub.

Taib berkhidmat sebagai hakim bersekutu di Mahkamah Agung Australia Selatan selepas menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang di University of Adelaide, sebelum kembali ke Sarawak.Beliau menceburi politik pada 1963 apabila menjadi anggota Majlis Perundangan Negeri Sarawak sehingga 1966.

Beliau dilantik sebagai Menteri Perhubungan dan Kerja Raya negeri dari 1963 hingga 1966 dan selepas itu dilantik sebagai Menteri Pembangunan dan Perhutanan.

Kerjaya beliau di peringkat kerajaan persekutuan bermula apabila memenangi kerusi Parlimen Samarahan pada 1970 dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya, Pos dan Komunikasi (1970), Menteri Perusahaan Utama (1972), Menteri Pertahanan (1978), Pemangku Menteri Luar (1979) dan Menteri Wilayah Persekutuan (1980).   

Pada 9 Mac, 1981, Taib meletak jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Sebandi.Beliau memenangi kerusi Sebandi tanpa bertanding dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Tanah dan Perlombongan negeri.Kemudiannya beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 26 Mac 1981. - Bernama

Khalid sah cabar Azmin untuk timbalan presiden PKR


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) mengesahkan beliau akan bertanding merebut jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan pada April.

Beliau mengumumkan pencalonan tersebut semalam dan berkata mahu penyokongnya menganggap hasratnya untuk bertanding tidak membelakangkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

"Saya menawarkan diri untuk menerima tawaran saudara bertanding sebagai timbalan presiden PKR," katanya yang disambut dengan tepukan meriah dalam program "Malam Bertaut Kasih‎" di kediamannya rasminya di Shah Alam.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....