Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 14 Januari 2012

Video : Ucapan Mat Sabu & Husam Musa Di Konvensyen Pakatan Rakyat Kali ke 3



Video : Tol PLUS Hapus Jika Pakatan Rakyat Memerintah



ALOR SETAR, 14 JAN: Pakatan Rakyat akan menghapuskan tol Projek Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) sejurus selepas menguasai Putrajaya kelak.

Ketua Menteri Pulau Pinang dalam ucapan penggulungannya berkata tidak mustahil PLUS boleh di hapuskan.

"Kos pembinaan PLUS RM6 bilion, tahun lalu keuntungan PLUS RM24.3 bilion. Jadi untungnya adalah lebih RM18 bilion. Apakah mustahil untuk menghapuskan tol PLUS," kata beliau yang mendapat tepukan gemuruh perwakilan dan pemerhati.

Katanya janji tersebut hanya kepada PLUS dan tidk membabitkan konsesi lebuhraya yang masih belum mendapat keuntungan dan pulangan modal.

"Ini janji Pakatan Rakyat," jelas beliau lagi.

Katanya selain itu, Pakatan juga menjanjikan untuk menurunkan harga barangan dan meningkatkan sara hidup rakyat.

Katanya lagi, janji pakatan tersebut bukan sesuatu yang mustahil di laksanakan sebagaimana tercatat dalam Buku Jingga.TVS

Gambar : Sekitar Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Ke 3







Ucapan Wakil Mahasiswa Di Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Ke 3

ALOR SETAR, 14 JAN: Anak muda melontarkan peringatan keras kepada Pakatan Rakyat (Pakatan) supaya memberikan tumpuan kepada suara anak muda sekiranya diberikan mandat untuk mentadbir Putrajaya dalam PRU-13.

Wakil anak muda, yang juga Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS), Akram Ikrami dalam ucapannya berkata, anak muda kini tidak lagi mahu mendengar laungan retorik semata-mata dalam usaha menarik perhatian anak muda terutama mahasiswa.

Katanya, kebebasan mahasisiwa dan professional akademik perlu diutamakan memandangkan banyak campur tangan dalam pentadbiran universiti sehingga mengenapikan golongan yang layak.

"Mereka bekerja tidak seronok sebab sekatan oleh kerajaan. Idea dan pandangan hanya untuk mengejar ranking universiti tanpa ruang untuk mereka menyumbang. Terhadap mahasisiwa pula sebagai contoh, apa guna belajar sains politik sekiranya ditangkap seperti kes UKM-4," katanya.

Beliau menambah, soal kestabilan politik, monopoli kekayaan dan jurang kekayaan yang luas menjadi punca utama mengapa ramai golongan profesional lebih gemar untuk menabur khidmat di luar negara.Selain itu, Pakatan juga perlu mencari mekanisme penyelesaian yang mampan dalam usaha membantu mahasiswa yang dibebankan dengan hutang Pinjaman Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN).

"Kita menyeru PR jangan menyedari mahasiswa terbeban sahaja. Sehingga kini belum ada yang mengemukakan idea bagaimana menyelesaikan beban hutang."Mahasisiwa dikejar tuntutan hutang sehingga dalam selimut. layanan terhadap mahasiswa lebih buruk daripada banduan di penjara. Selesaikan persoalan PTPTN," katanya.

Akram turut mendesak agar Pakatan Rakyat memandang serius isu Akta Undang-Undang Kolej dan Universiti yang sehingga kini masih belum diselesaikan selain menyediakan platform besar untuk anak muda menyalurkan pandangan mereka dalam usaha memantapkan negara

"Kita mahu AUKU dimansuhkan, bukan dipinda. Ada suara anak muda untukk mereka sumbangkan kepada kerajaan. Kalau perlu ada suara di Parlimen masukkan di Parlimen," katanya.

Katanya lagi, kehadiran beliau di Konvensyen PR berkemungkinan besar akan dikenakan tindakan oleh pihak universiti."Saya tetap memberanikan diri dan mengambil risiko ini disebabkan tidak ada ruang untuk kami anak muda dan mahasiswa untuk meluahkan hasrat kami anak muda.

"Saya juga berharap Umno juga akan memberi ruang dan menjemput kami untuk memperjuangkan kehendah kami yang mahukan sesuatu hak dan kebebasan sebagai seorang anak muda dan mahasiswa." kata beliau.TVS

Video : Menarik !! DAP gunakan ‘Youtube’ untuk kempen Malaysia lebih bersih




Seorang wanita dengan wajah lesu berkongsi masalah dengan cucian pakaiannya dilihat menjadi taktik bau DAP dalam usaha menarik pengundi dalam jumlah yang lebih besar pada pilihan raya umum ke-13 yang dijangka tahun ini.

Video klip satu minit di Youtube itu melihatkan seorang wanita yang melihat ibunya menggunakan jenama pencuci pakaian “BN” tetapi pakaian hanya kelihatan menjadi lebih kototr dalam setiap cucian.

Perkataan “rasuah” dilihat timbul dengan baju yang kotor dengan perkataan “PKFZ”, lembu, kondo, dan lain-lain,” jelas merujuk kepada skandal kewangan berkait dengan ahli-ahli politik dari keputusan Barisan Nasional (BN) kerajaan pusat.

Wanita berkenaan kemudiannya mengangkat satu botol bewarna Jingga dengan jenama “Pakatan,”terpampang logo untuk PKR, DAP dan PAS , dengan nota ia mengandungi unsur “CAT” — “cekap, akauntabel dan telus” — dan memasukkannya ke dalam cuciannya.

Dia senyum dengan kepuasan apabila kemeja yang dicuci menjadi putih bersih dan wanita terbabit menyampaikan amanat “Ubah sekarang, bersihkan Malaysia”.

Klip video berbahasa Melayu itu menunjukkan pengguna sejumlah hampir satu perempat juta komen di Youtube sejak ia dimuat naik awal minggu ini, dengan 2,818 ‘like’ dan 231 ‘unlike’.

Cucian ini ialah idea Ooi Leng Hang, untuk konvensyen kebangsaan parti itu minggu lepas.TMI

Pemuda Pas Lebih Hebat Dari Pemuda Umno

KUALA LUMPUR, 14 Jan: “Dalam perhatian saya, Pemuda PAS sudah popular dalam meletakkan sayap kanan parti itu sebagai penggerak parti,” kata Mohd Sayuti Omar.penulis veteran itu, orang sudah kenal malahan kalau dibandingkan dengan Pemuda Umno, penampilan Dewan Pemuda PAS jauh lebih ke depan dan beriltizam.

“Hebatnya dalam keadaan ketiadaan wang berbanding dengan pemuda Umno mereka berjaya membuat beberapa program yang menjadikan pemuda menjadi perhatian umum,” tulis beliau di dalam blognya, Merah Tinta.Misalnya, kata  beliau himpunan (itjimak) Tarbawi sesuatu yang dibanggakan.

Katanya, kejayaan Pemuda PAS menghimpun anak muda sampai puluhan ribu dan berjaya menyuntik ilmu, semangat dan doktrin politik Islam.“Kejayaan ini jangan dipandang remeh dan diperlekehkan. Kerana benih yang disuntik Pemuda itulah akan berkembang dan merendangkan bumi ini (PAS) di masa akan datang,” ujarnya lagi.

Beliau juga menyentuh perkara yang sama semasa menghadiri Majlis Hi Tea Bersama Media anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) di sebuah hotel di sini, petang semalam.

“Saya rasa perlu hadir untuk mendapat pandangan balas atau melihat bagaimana wajah anak-anak muda dalam PAS ekoran kritikan pedas saya kepada ketua mereka, Nasrudin Hassan Tantawi beberapa hari lalu. Saya mahu tengok apakah ada yang datang dengan muka masam.

“Alhamdulillah semua okey. Saya disambut dengan penuh mesra. Seolah tidak ada apa-apa yang berlaku. Nampaknya Pemuda menerima saya sebagai penulis veteran yang mereka tidak perlu berkecil hati atau terasa hati dengan apa yang saya nukilkan,” tulisnya lagi.

Namun, beliau merasa hairan kerana beberapa blogger politik terutamanya yang pro PAS tidak ada muka mereka walaupun turut diundang.“Saya rasa blogger mapan atau semi veteran dalam PAS atau pro PAS patut hadir sama kalau mereka dijemput,” katanya lagi.

Exco Selangor : Tiga Calon Paling Layak Ganti Hasan Ali


SHAH ALAM - Persoalan siapa yang akan dilantik menggantikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebagai Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam masih menjadi tanda tanya.

Walaupun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam mengumumkan Hasan sah gugur daripada jawatan setelah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membatalkan pelantikan tersebut, tiada nama calon pengganti dinyatakan.

Siapakah yang layak dalam kalangan baki lima Adun Pas sebagai pengganti Hasan terus menjadi tumpuan.

Exco baru menggantikan Hasan akan mengangkat sumpah Rabu depan. Berdasarkan sistem kuota, pastinya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Abd Rani Osman, yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor, mendahului carta.
Namun, selain Dr Rani, terdapat dua lagi Adun yang dilihat mampu mengisi tanggungjawab dan tugas sebagai Exco mewakili Pas Selangor.

Calon yang dilihat berpotensi adalah Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar, yang juga Pembantu Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Berdasarkan pengalaman membantu Hasan dalam urusan berkaitan portfolio tersebut, tidak mustahil beliau layak diangkat sebagai pengganti.

Dr Shafie yang juga bekas Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ketika dihubungi Sinar Harian, enggan mengulas lanjut berhubung perkara tersebut.

Menurutnya, keputusan siapa yang lebih layak menjadi Exco adalah terletak di tangan barisan pimpinan Pas Pusat untuk menentukannya.

"Saya tidak mahu mengulas tentang perkara ini, terpulanglah kepada pucuk pimpinan untuk pilih siapa yang difikirkan lebih layak," katanya.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....