Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 3 September 2009

Zamri lawan Nizar:Dalam bantahan,khidmat Musa Hassan disambung





KUALA LUMPUR: Kontrak Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini dilanjutkan selama setahun lagi.

Ketika mengumumkannya hari ini, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Mahmood Adam berkata, lanjutan kontrak itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lanjutan kontrak Musa juga telah mendapat perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Musa memulakan kerjayanya dalam pasukan polis sebagai seorang inspektor pada 11 November 1969.

Antara jawatan yang pernah disandang beliau ialah sebagai Penolong Pengarah Bahagian Narkotik Bukit Aman (1981; pensyarah Maktab Polis Kuala Kubu Baharu (1986); pegawai latihan di Bukit Aman (1991; Timbalan Penolong Pengarah Pendakwaan Bukit Aman (1995) dan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman (2001).

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Johor (2003); Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (2004) dan Timbalan Ketua Polis Negara (2005).

Musa, yang berkelulusan undang-undang, dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 12 Sept 2006.mstar

Zamri lawan Nizar:600 anggota BN Perak sertai PKR

IPOH: Seramai 600 anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) di Perak didakwa akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada satu majlis di Dewan Tow Boo Keong di sini Sabtu ini.

Bekas Anggota Parlimen Lumut daripada MCA, Datuk Dr Yap Yit Thong berkata 90 peratus daripada kelompok berkenaan merupakan anggota parti MCA, Umno, MIC dan Parti Progresif Penduduk (PPP) dan hanya 10 peratus adalah mereka yang belum pernah menyertai mana-mana parti sebelum ini.

"Kebanyakan mereka daripada MCA dari Ipoh Barat, Ipoh Timur, Batu Gajah, Gopeng, Tambun, Kampar, Taiping dan Lumut," katanya pada sidang media di pejabat PKR Perak di sini hari ini.

Beliau mendakwa, lebih ramai anggota MCA di Perak akan menyertai PKR selepas mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu selesai yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Ini adalah gelombang pertama...ramai lagi akan sertai PKR selepas EGM. Kebanyakan mereka memegang jawatan di peringkat MCA bahagian dan meminta untuk mengundi dalam EGM terlebih dahulu sebelum menyertai PKR," katanya.

Ditanya sama ada tindakan menyertai PKR oleh anggota MCA berkenaan ada kaitan dengan kes pemecatan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek baru-baru ini, Tan yang juga bekas Naib Pengerusi MCA Bahagian Ipoh Timur berkata anggota parti berkenaan menyertai PKR disebabkan tertarik dengan idea 'sistem dua parti' dan bukannya disebabkan faktor pemecatan bekas Menteri Kesihatan itu.

Tan bersama bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng dan bekas Senator, David Yeoh keluar MCA dan menyertai PKR Julai lepas.BERNAMA

Zamri lawan Nizar: Khalid cabar Hishamuddin




KUALA LUMPUR, 3 Sept: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad mencabar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersemuka dengannya jika beliau benar-benar tidak memihak dalam menangani isu protes mengarak serta memijak-mijak kepala lembu di Shah Alam 28 Ogos lalu.
Image
"Kalau betul Hishammuddin bersikap berkecuali, saya akan tunggu untuk beliau menjemput saya hadir berjumpa dengannya supaya pandangan semua pihak boleh didengar dan diambil kira," kata beliau.

Khalid yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam melahirkan rasa kesalnya dengan tindakan Hishamuddin bersimpati dengan penunjuk perasaan mengheret, memijak dan meludah kepala lembu tempoh hari.

Beliau menyifatkan menteri itu seolah-olah mengiakan tindakan mencerca agama lain untuk tujuan politik.

Hishammuddin dilaporkan telah mengadakan dua pertemuan tokoh-tokoh Umno termasuk dari Seksyen 23 Shah Alam dan wakil-wakil NGO Melayu.

Mereka dilaporkan sebagai "peserta" tunjuk perasaan yang dianggap menghina penganut agama Hindu itu.

Selepas pertemuan yang kedua dengan kumpulan itu, Hishammuddin memuji-muji mereka sambil meyifatkan mereka sebagai bijaksana.

"Sikap proaktif penduduk Seksyen 23 dengan Pertubuhan Hindu Sanggam merupakan satu tindakan bijaksana yang berasaskan pertimbangan, kerjasama dan persefahaman.

"Saya akan pantau dengan dekat perbincangan ini dan mereka mungkin sedang mencari lokasi lebih sesuai yang boleh mewujudkan satu keadaan menang-menang," katanya kepada pemberita selepas pertemuan kira-kira sejam dengan kumpulan itu.

Beliau juga mendakwa, isu cadangan pembinaan kuil itu akan selesai selepas penduduk di situ mengadakan perbincangan dengan Pertubuhan Hindu Sanggam.

Tidak ada laporan yang menyatakan bahawa penduduk beragama Hindu di Shah Alam bersetuju Hindu Sanggam mewakili mereka.

Mengulas mengenai rasa tidak puas hati pelbagai pihak terhadap perbuatan mengarak dan memijak-mijak kepala lembu dalam tunjuk perasaan membantah pembinaan kuil di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) itu, beliau berkata, penggunaan kepala haiwan bukan perkara baru.

Ini kerana, kata Naib Presiden Umno itu lagi, terdapat insiden kepala babi digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab termasuk membalutnya dengan bendera Umno dan meninggalkan kepala babi itu di hadapan bangunan Umno.

Dalam pertemuan itu, kumpulan yang dilaporkan sebagai peserta tunjuk perasaan itu diketuai oleh pengerusi jawatankuasa bertindak membantah pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam, Mahyuddin Manaf

Mahyuddin sebelum ini dilaporkan mendakwa beliau seorang ahli PAS.

Mengulas dakwaan itu, Khalid dengan sinis berkata: "Biasalah, pada masa ini siapa sanggup mengaku dirinya ahli Umno?"

Tidak lama selepas dakwaan Mahyuddin itu, beliau dilaporkan pernah menjadi Bendahari Pemuda Umno Shah Alam.

Laman-laman blog juga menyiarkan gambar salah seorang peserta tunjuk perasaan itu yang kini dipersoalkan adakah beliau Ketua Umno Bahagian Shah Alam sendiri, Datuk Ahmad Nawawi Md Zin.

Laporan juga menyatakan, penunjuk perasaan yang mengarak serta memijak-mijak kepala lembu itu ialah adik kepada Ahmad Nawawi sendiri, Azmir.

Azmir dilaporkan sebagai Ketua Penaja Umno Cawangan Seksyen 23.

Dalam tunjuk perasaan itu, mereka yang disebutkan sebagai "barbarian at the gate" oleh Datin Paduka Marina Mahathir dalam blognya itu telah berarak menyatakan bantahan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, exco kebajikan negeri Rodziah Ismail dan exco kesihatan Dr A Xavier Jayakumar.

Mereka juga mensasarkan kemarahan mereka kepada Khalid.

Didahului dengan pembawa kepala lembu yang masih belum kering darahnya, penunjuk perasaan itu berjalan sambil bertakbir dan melaungkan "kami bantah" menggunakan alat pembesar suara.

Mereka membawa sepanduk, antaranya bertulis "Take beer", "Islam untuk semua, kuil untuk Khalid dan Rodziah", "Kuil haram sekangkang kera, bila pindah sebesar Putrajaya" dan "Pindahkan kuil ke Seksyen 22".

"Mana Xavier? Kami ada kepala lembu untuk dia," jerit seorang penyokong, setibanya di pintu masuk bangunan kerajaan tersebut yang segera ditutup kerana kehadiran mereka.Polis yang berada di situ hanya memerhatikan sahaja perbuatan kumpulan itu.

Zamri lawan Nizar: Adun Pelabuhan Kelang???

SHAH ALAM: Kedudukan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah daripada Parti Keadilan Rakyat akan diketahui selepas hari raya nanti, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata Badrul Hisham telah diberikan surat tunjuk sebab dan perlu menjawabnya dalam tempoh 14 hari mengenai ketidakupayaan beliau menjalankan tugas sebagai Adun dengan berkesan.

Bagaimanapun Abdul Khalid enggan menjawab ketika ditanya sama ada Badrul Hisham akan dikenakan tindakan disiplin atau kerusi yang disandangnya itu akan dikosongkan.

"Keputusan akan dibuat selepas mengambil kira perbincangan yang diadakan dengan Badrul sendiri dan Speaker Dewan Negeri, Teng Chang Khim," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat esco kerajaan negeri di sini semalam.

Abdul Khalid berkata Badrul Hisham kini dalam keadaan uzur dan tidak dapat bersama-sama beliau dalam program Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berbuka puasa bersama rakyat di sebuah masjid di Pandamaran minggu lepas.

"Badrul masih lagi menerima elaun dan gajinya walaupun tugas beliau sebagai wakil rakyat dibantu oleh rakan-rakan Adun lain," katanya. BERNAMA

Zamri lawan Nizar:SPR cabar undang2 tubuh Kerajaan Kedah



Oleh Ustaz Idris Ahmad

Parti Se-Malaysia (PAS) menolak keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR) yang mengistiharkan bahawa Dun N3:Kota Siputeh tidak kosong.

Sebelum ini Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Dato' Dr Abdul Isa Ismail telah menghantar surat kepada SPR berhubung kedudukan ADUN Kota Siputeh, Dato' Abu Hassan Sarif, yang didakwa hilang keanggotaannya kerana tidak hadir dua mesyuarat secara berturut-turut.

Berdasarkan Perkara 51: Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah (UUTKNK);

"Jika mana-mana ahli bagi Dewan Negeri tiada hadir di dalam Dewan dengan tiada kebenaran Speaker di dalam dua kali mesyuarat berturut-turut maka tempatnya itu hendaklah menjadi kosong"

Dalam kes ADUN Kota Siputeh, beliau didapati gagal menghadiri sidang DUN pada 19 April dan 9 Ogos lalu. Maka keputusan Speaker adalah menepati Perkara 51 UUTKNK.

Walau bagaimanapun SPR mentafsirkannya sebagai tidak sah kerana melibatkan dua penggal yang berbeza dimana mesyuarat 19 April berlaku dalam penggal pertama dan mesyuarat 9 Ogos dalam Penggal yang kedua.

Ini bercanggah dengan Perkara 51 yang langsung tidak menyebutkan isu penggal. Perkara 51 hanya menyebut tentang mesyuarat tanpa mengasingkannya mengikut penggal dan kuasa memberikan kebenaran adalah ditangan Speaker bukannya Ketua Pembangkang yang gagal melakukan tugasnya pada waktu kejadian.

Tindakan SPR ini juga bercanggah dengan Perkara 52, UUTKNK yang menyebut;

"Jika berbangkit apa-apa soalan fasal adakah mana-mana Ahli Dewan Negeri itu tiada layak menjadi ahli maka hendaklah diambil keputusan Dewan dan itulah yang muktamad."

Maka SPR tiada kuasa untuk membuat tafsiran atau keputusan kerana kekosongan Dun Kota Siputeh yang boleh diputuskan oleh Speaker dan Mesyuarat Dewan sahaja.

Maka, dengan sendirinya keputusan SPR itu terbatal dan tidak terpakai. Maka perkara ini perlu dibawa kepada Mesyuarat DUN atau Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan.

Perlembagaan menetapkan bahawa SPR hanyalah berfungsi sebagai;

Jawatankuasa pilihan raya ke atas kawasan parlimen dan DUN, mengelola pilihan raya, dan pelaksanaan pendaftaran pemilih.

Ia juga mengumpul maklumat mengenai kawasan baru yang membolehkan keadilan dapat dilakukan ke atas pengundi untuk mengundi di kawasan pengundian yang ditetapkan, mempromosikan kepentingan mengundi, dan menguruskan semakan daftar pemilih dengan memadam nama-nama orang yang telah mati atau didapati tidak layak mengundi.

Pada hari pengundian, anggota SPR dan pegawai akan berada di pusat pengundian untuk menjalankan proses pengundian pilihan raya.

Maka tugas menentukan sesuatu kerusi itu kosong atau tidak adalah kuasa Speaker dan Dewan semua negeri serta Parlimen. SPR tidak boleh memandai-mandai menjadi hakim, jika tidak kes seperti di Perak akan berlaku sekali lagi.

PAS sekali lagi menyatakan pendirian menolak keputusan SPR dan meminta agar pihak SPR menghormati kuasa Speaker dan Dewan Undangan Negeri Kedah.

Ketua Penerangan PAS Pusat

detikdaily

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....