Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 22 Julai 2009

Kelantan berhak ke atas royalti-Ku Li

Bekas Menteri Kewangan, Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah berkata Kelantan berhak menerima royalti lima peratus seperti termaktub dalam perjanjian perkongsian hasil carigali minyak yang dimeterai antara Kerajaan Pusat, Petronas dan kerajaan negeri dan justeru itu tidak berhak untuk menahan pembayaran royalti kepada negeri itu.

Dalam temubual khas bersama Suara Keadilan, beliau yang juga bekas Pengerusi Petronas berkata peruntukan dalam perjanjian itu hendaklah dihormati serta dipatuhi.

“Perkara ini tidak patut menjadi isu kerana kita telah menandatangani persetujuan meletakkan hak minyak kepada Petronas iaitu kerajaan Kelantan dan negeri-negeri lain sudahpun bersetuju sekiranya minyak ditemui dalam kawasan milik negeri berkenaan.

“Tetapi dalam hal ini, minyak ditemui di luar persisiran pantai, yang dimajukan bersama dengan Thailand. Namun begitu sebahagian daripada kawasan terlibat berhampiran dengan negeri Kelantan. Merujuk kepada perjanjian milik minyak tadi, maka Petronas berkewajipan membayar wang kepada negeri berkenaan sebanyak 5 peratus keuntungan minyak,” tegas Tengku Razaleigh yang merupakan salah seorang yang menggubal perjanjian asal Petronas pada awal 1970an.

Akta Malaysia Thailand Joint Development Authority (MTJDA) 1990 menyatakan bahawa perjanjian-perjanjian yang sedia ada di antara Malaysia dan Thailand serta mana-mana pihak sebelum ini masih lagi terpakai.

Petronas sebelum ini telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan negeri Kelantan untuk memberi hak kepada negeri itu mendapat royalti 5 peratus setahun sama ada onshore (daratan) atau offshore (lautan).

Menurut Akta Malaysia Thailand Joint Development Authority (MTJDA) 1990 terdapat peruntukan dalam akta itu untuk membayar kepada mana-mana pihak yang terlibat. Akta itu juga tidak menafikan pembayaran royalti mana-mana pihak termasuk kepada kerajaan negeri Kelantan.

Kerajaan Barisan Nasional berkata Kelantan tidak berhak kepada minyak yang ditemui 150 kilometer dari persisiran pantai negeri itu, walaupun amalan sedia ada menunjukkan Petronas membayar royalti minyak kepada Terengganu dan Sarawak meskipun penyedutan minyak berlaku lebih 200 kilometer di laut luas.

Menteri Penerangan Dr Rais Yatim dengan angkuh berkata royalti minyak kepada negeri-negeri terletak sepenuhnya di bawah sifat ehsan dan belas kasihan Kerajaan Pusat dan bukannya hak rakyat Kelantan atau rakyat mana-mana negeri.

Rais juga berkata kerajaan telah mengarahkan Petronas untuk menyanggah tuntutan Kelantan itu, namun sehingga ke hari ini Petronas belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung isu ini.

Tengku Razaleigh berkata semua pihak harus menjurus kepada keikhlasan untuk membela rakyat miskin.

“Saya tidak tahu kenapa ini boleh menjadi isu kerana semasa kita buat perjanjian ini, kita sudahpun fikir kedudukan negeri Kelantan, Sabah, Sarawak, Terengganu yang merupakan negeri-negeri miskin, dan sememangnya patut hasil dari keuntungan minyak ini diberi kepada rakyat di negeri-negeri miskin ini untuk mengimbangi pembangunan di negeri-negeri lain yang sudahpun maju.

“Saya telah menandatangani perjanjian bersama kerajaan-kerajaan negeri lain. Kalaulah benar Petronas telah dapat faedah dari minyak yang diusahasama ini, maka berkewajikan Petronas membayar kepada kerajaan negeri Kelantan,” kata Ahli Parlimen Gua Musang itu.

Selaku bekas Pengerusi Petronas Tengku Razaleigh berharap tidak ada pihak yang mempolitikkan isu ini.

“Kita sedar bahawa kawasan-kawasan minyak ini terletak dibawah Kerajaan Pusat namun harus difahamkan juga bahawa perjanjian yang kita buat ini adalah untuk membantu negeri-negeri ini, apatah lagi negeri-negeri miskin. Jadi patut hasil minyak ini diberi kepada mereka.

“Saya telah bincangkan perkara ini dengan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, untuk merumuskan perjanjian memberi 5 peratus ini, dengan satu matlamat yang jelas iaitu membantu negeri-negeri berkenaan.

“Selain itu, Kerajaan Pusat juga bertanggungjawab untuk menjana pembangunan di negeri-negeri terbabit selain dari lima peratus itu. Jadi tidak perlu diungkitkan lagi dan tidak patut jadi isu kalau Petronas sendiri mengaut keuntungan dari perjanjian ini, maka berkewajipan untuk memberi royalti kepada negeri terbabit,” tegas Tengku Razaleigh.

Ehsan: Suara Keadilan

Kematian Teo,Suruhanjaya Siasatan Diraja Di Tubuh

Kabinet sebentar tadi memutuskan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di sini.

Pada sidang media itu, Najib berkata satu inkues yang diketuai oleh majistret juga akan diadakan untuk menentukan punca kematian Teoh.

"Kabinet putuskan tiga perkara iaitu sebuah suruhanjaya diraja akan diwujudkan untuk meneliti dan mengkaji peraturan soal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Ini bagi menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi dalam kes itu langkah ini untuk memastikan perkara yang sama tidak berulang," katanya.

Najib berkata, Suruhanjaya Diraja dan inkues itu mungkin akan memulakan tugas minggu depan.

Keputusan rasmi kabinet itu yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak dalam satu sidang media khas di pejabat perdana menteri di Putrajaya menyebut:

Pertama, Kementerian Dalam Negeri dan polis diarahkan menyelesaikan siasatan secepat mungkin dan laporan siasatan tersebut, yang sedang berjalan, akan diumumkan.

Dua, satu inkues atau siasatan awam yang diketuai oleh seorang majistret untuk menentukan punca kematian Teoh.

Tiga, menubuhkan suruhanjaya diraja dengan bidang kuasa khas untuk menilai kaedah soal siasat yang diguna pakai oleh SPRM dan menentukan sama ada pernah berlaku pencabulan hak asasi manusia sewaktu Teoh disiasat mulai petang 15 Jun hingga awal pagi esoknya.


Susulan kematian mengejut dan penuh tanda tanya Teoh selepas disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna peruntukan DUN di Selangor, banyak pihak menggesa penubuhan suruhanjaya tersebut.

Teoh merupakan setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah.

Dulu Kugan kini Teo,apa dah jadi



Jaraknya tidak sampai setahun selepas peristiwa kematian A.Kugan semasa di dalam tahanan polis, rakyat sekali lagi dikejutkan dengan tragedi ngeri kematian misteri Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock.

Beng Hock dilaporkan ditemui mati di koridor luar tingkat lima bangunan plaza Masalam di Shah Alam selepas disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung isu penyalahgunaan wang peruntukan melibatkan beberapa Adun Pakatan Rakyat negeri Selangor.

Tragedi tersebut menggamit pelbagai persepsi tidak menyenangkan terhadap pihak berkuasa tempatan. Di mana piagam kerajaan dalam menjamin keselamatan suspek semasa menjalani proses siasatan?

Apatah lagi siasatan ke atas Beng Hock dilihat agak luar biasa apabila memakan masa terlalu lama (kira-kira 10 jam). Modus operandi itu secara tidak langsung menimbulkan unsur penderaan mental sekaligus bersalahan dengan etika hak asasi manusia.

Justeru, tidak ada cacatnya desakan agar Suruhanjaya Diraja ditubuhkan kerana tragedi tersebut memberi kesan besar kepada iltizam rakyat yang ingin melihat sesuatu perkara itu dari sudut keadilan.

Tindakan mengunci suara mana-mana individu yang cuba melontarkan pandangan atau pendapatnya terhadap perkara yang berlaku menggambarkan bayangan seram pemimpin kerajaan cuba menyembunyikan kemungkaran di sebalik telunjuk sendiri.

Tidak mampu! Bahkan bertentangan dengan prinsip demokrasi negara.

Perspektif kerajaan adil tidak menepati kretirearnya selagi hak kebebasan rakyat bersuara masih diganggu-gugat dengan sekatan atau ugutan. Konsep 1Malaysia rakyat didahulukan, hanya sia-sia jika gagal mencipta satu dimensi baru secara keseluruhan buat rakyat.

Kalau Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, sendiri boleh berspekulatif, kematian mangsa berpunca dari terjun bangunan, kenapa tidak dibolehkan rakyat turut berspekulatif ia adalah dari kejahatan SPRM berdasarkan kaitan 'environment'.

Sebelum ini, beberapa orang penyokong Dato� Norza Zakaria, calon Majlis Tertinggi Umno telah membuat laporan polis bahawa mereka telah didera dan diseksa oleh SPRM semasa soal siasat dilakukan ke atas mereka berkaitan rasuah melibatkan Norza.

Justeru cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja bukan menjurus kepada satu aspek tragedi kematian Beng Hock, tetapi apa yang lebih jauh dari itu ialah tahap keintegritiannya terhadap sesuatu kes.

SPRM mula beroperasi secara rasmi pada 1 Januari 2009. Sebelum ini dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia. Ditubuhkan melalui penggubalan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 (Akta 694).

Ia ditubuh bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam usaha pencegahan rasuah serta memperbaiki persepsi kebebasan dan ketelusan dalam pelaksanaan fungsi-fungsi suruhanjaya.

Sebaliknya hari ini SPRM dilihat gagal membuktikan peranannya menyebabkan ramai orang mempertikaikan kredibilitinya seolah-olah mengamalkan polisi 'double standard'.

Jika Beng Hock bersama Adun-Adun Pakatan yang lain SPRM boleh seagresif itu dalam menjalankan siasatannya, tetapi kenapa tidak terhadap beberapa pemimpin BN yang telah diketahui umum terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah bernilai jutaan ringgit?

Sebagaimana kes berlaku di Selangor sebelum pilihan raya umum 8 Mac 2008 melibatkan wang peruntukan Adun BN yang berjumlah RM500,000 dihabiskan dalam tempoh 50 hari merangkumi jumlah keseluruhan (54 Adun) sebanyak RM27 juta?

Dan kemana hilangnya aduan terhadap individu terbabit dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bernilai RM12.5 bilion, serta istana bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo, mencecah RM24 juta melebihi pendapatan asalnya di samping lawatannya ke Disneyland yang menelan belanja hampir RM1.8 juta.

Ringkasnya, ke mana pergi laporan demi laporan mengenai penyalahgunaan kuasa pemimpin BN tidak dipedulikan SPRM? Rakyat menuntut jawapan tegas tanpa sebarang unsur politik.

Kegagalan SPRM berbuat demikian bermakna SPRM telah mencalar polisi kebebasannya sendiri yang boleh dianggap penubuhannya adalah semata-mata untuk menjadi kuda tunggangan Umno-BN bagi melemahkan kerajaan Pakatan Rakyat. - azm-HarakahDaily.Net-

Fenomena Gerhana Matahari Dan Kaitannya Dengan Kekuasaan ALLAH

Matahari saat terjadinya gerhana
Proses gerhana matahari
Gerhana matahari cincin

Siang bertukar menjadi malam ketika terjadi gerhana matahari penuh
Gerhana matahari penuh
Gerhana matahari yang terjadi hari ini di rakamkan di India

Saksikan keajaiban ciptaan ILAHI yang sememangnya tidak terjangkau oleh pemikiran manusia.
Sesungguhnya manusia itu lengah akan segala kekuasaanNYA.Sememangnya Al-Quran yang di turunkan kepada seluruh umat manusia itu penuh dengan Mukjizat dan merangkumi segala aspek kehidupan.Antara Ayat Ayat menundukkan angkasa yang terdapat dalam Al-Quran:

"Hai jin dan manusia ,jika kamu sanggup melintasi penjuru langit
dan bumi ,maka lintasilah,dan kamu tidak dapat melintasinya,
melainkan dengan kekuatan(sedang kamu tidak punya kekuatan)"
(Terjemahan:Surah Ar-Rahman Ayat 33)

"Dan jika seandainya kami membukakan kepada mereka salah satu
dari(pintu pintu)langit ,lalu mereka terus menerus naik keatasnya.
Tentulah mereka berkata:sesungguhnya pandangan kamilah yang
di kaburkan,bahkan kami adalah orang yang kena sihir"
(Terjemahan:Surah Al-Hijr Ayat 14-15)

Hari ini para angkasawan yang naik ke angkasa(masih terlalu dekat dengan bumi) begitu heran dan kagum dengan fenomena yang berlaku di angkasa.Semuanya tidak terjangkau oleh pemikiran manusia sebelum ini.Bagaimana Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W 15 abad yang lalu dapat menyingkap fenomena angkasa dengan tepat.Sesungguhnya Al- Quran itu adalah sebesar mukjizat yang di turunkan ALLAH.Tiada agama yang benar selain ISLAM.Ya ALLAH ya Tuhan kami ampunkan segala dosa kami,sesungguhnya kami leka dan lengah atas segala kekuasaanMu.Ampunkan kami ya ALLAH.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Sengketa PR bukan tektik politik-Presiden Pas





Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan dakwaan Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim kononnya sengketa yang berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR) iaitu perselisihan faham dan perpecahan dalam gabungan tiga parti itu sebagai mainan politik untuk menarik perhatian rakyat.Menurutnya, apa yang berlaku bukanlah strategi atau taktik politik parti itu, tetapi sekadar bersikap terbuka dan telus dalam menangani isu-isu terkini.“Antara isu terkini yang dapat menyatukan ahli-ahli dalam Pakatan Rakyat ialah kematian Setiausaha Politik, Teoh Beng Hock. Biarpun beliau bukan beragama Islam tetapi isu ini melibatkan kezaliman, dan kami sepakat mencadangkan supaya satu jawatankuasa bebas diwujudkan untuk menyiasat kematian itu,” katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan Pas Pusat, di sini, semalam.Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim kelmarin yang mendakwa perselisihan faham dan perpecahan dalam gabungan tiga parti itu sedangkan ia hanya taktik raih perhatian rakyat.Hadir sama, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali; Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Pesuruhjaya Pas Kedah merangkap Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.:Abdul Hadi berkata, isu berkenaan tidak dipolitikkan seperti yang didakwa, tetapi pihaknya mahu menegakkan keadilan.“Kes tersebut menunjukkan adanya kelemahan dalam jentera pentadbiran dan perlu disiasat dengan adil dan telus,” katanya.Abdul Hadi berkata, perjumpaan dua hari itu antara lain membincangkan mengenai ucapan dasar yang diluluskan dalam Muktamar lalu dan lawatan kerja ke Kedah untuk melihat pembangunan di negeri itu.“Apa yang diluluskan pada muktamar lalu telah dibangkitkan untuk mengukuhkan jentera parti termasuk persiapan awal berdepan dengan pilihan raya umum akan datang,” katanya:.Mesyuarat turut bersetuju menubuhkan jawatankuasa penilaian untuk membuat analisis mengenai keputusan pilihan raya kecil di Manek Urai 14 Julai lalu.“Menteri Besar turut memberi taklimat mengenai pembangunan yang telah dicapai termasuk kejayaan Pakatan Rakyat Kedah di sini, antaranya projek penapisan minyak Hub Hidrokarbon Sungai Limau (SULIHH), pelaburan, dasar tender terbuka, termasuk masalah dalaman Pakatan Rakyat Kedah yang berjaya diselesaikan,” katanya.-/sinarharian.com

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....