Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 10 Mei 2010

Sebabkan Kematian,Lelaki Rempuh Tembok KB Mall Didakwa Di Mahkamah

Penjaga sarang burung, Mohd Sabri Jusoh, 28, diiringi anggota polis di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan berlaku cuai sehingga menyebabkan kematian dua pelajar perempuan sebuah kolej perubatan swasta akibat dihempap kereta di Pasaraya KB Mall, 6 Disember tahun lepas

KOTA BAHARU: Seorang lelaki hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan cuai sehingga menyebabkan kematian dua pelajar kolej kejururawatan yang dihempap kereta di pasar raya KB Mall di sini, Disember lepas.
Mohd Sabri Jusoh, 28, seorang penjaga sarang burung, didakwa telah menyebabkan kematian Nor Amira Samsuddin, 19 dan Siti Nordiana Azman, 18, dengan cuai pada pukul 5.10 petang di pasar raya berkenaan pada 6 Disember tahun lalu.Bagaimanapun, tiada pengakuan drekodkan daripada tertuduh.
Majistret Noor Haslinda Che Man membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Jun ini untuk sebutan semula kes bagi membolehkan tertuduh melantik peguam.

Perkasa Buat Laporan Polis Terhadap Tok Guru Nik Abdul Aziz Dan Guan Eng


SHAH ALAM: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor hari ini membuat laporan polis terhadap Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Laporan terhadap kedua-dua pemimpin parti pembangkang itu dibuat oleh Yang Dipertua Perkasa Selangor Abdullah Mansor di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada pukul 3.25 petang tadi.
Abdullah berkata laporan dibuat terhadap Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan kerana mempertikaikan larangan Sultan Selangor supaya tidak berpolitik di masjid dan surau yang tidak mematuhi Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1996.

Anwar: Saiful sahkan Najib terlibat

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau bersyukur ekoran Mohd Saiful Bukhari Azlan mengaku bertemu Datuk Seri Najib sebelum membuat laporan polis.

"Hari ini saya bersyukur kerana kita dapat sahkan penglibatan Najib yang diakui Saiful bertemu beliau empat hari sebelum laporan polis dibuat," katanya di luar mahkamah hari ini.

Dalam perbicaraan kes liwat ll Anwar hari ini, Saiful berkata dia berjumpa Perdana Menteri pada 24 Jun 2008 di kediaman Najib di Jalan Duta untuk mengadu masalahnya.

Saiful juga memberitahu dia kemudiannya berjumpa ASP Rodhwan di Hotel Mulia pada malam 24 Jun.

"Pegawai kanan polis panggil di satu hotel terkemuka untuk adakan perbincangan sebelum laporan dibuat.

"Itu yang Karpal tekankan penglibatan dan konspirasi melibatkan Najib," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, turut melahirkan rasa tidak puas hati ekoran kegagalan pihak pendakwa yang begitu takut untuk menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembela.

"Pertama kali dalam sejarah kes jenayah, nama saksi tidak diberikan, sampai sekarang pendakwa gagal mengemukakan nama saksi.

"Ini seperti mana yang kita sebut satu kelainan. Bila masuk kes Anwar memang ada kelainan," katanya lagi.

Ketika prosiding bermula pagi tadi, peguam bela utama, Karpal Singh, memohon mendapatkan senarai nama saksi daripada pihak pendakwaan tetapi ini tidak dibenarkan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.


Selepas Karpal menyoal Saiful selama 45 minit, beliau membuat satu lagi permohonan iaitu bagi mendapatkan semua keterangan bertulis daripada polis.

Hakim menangguhkan perbicaraan jam 12.30 tengahari tadi dan akan disambung jam 9 pagi esok.

Penangguhan itu dipohon Karpal Singh untuk membuat penghujahan penuh bagi mendapatkan kenyataan beramaran Saiful.Hrkh

Koperal Tembak Mati Aminulrasyid Didakwa(Gambar Tertuduh Disertakan)



SHAH ALAM: Anggota polis, Korporal Jenain Subi hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kerana menembak pelajar tingkatan tiga, Aminulrasyid Amzah sehingga membawa kepada kematiannya.Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Anggota polis itu didakwa di bawah Seksyen 304 Kanun Kesiksaan iaitu menyebabkan kematian tanpa niat membunuh.Jika disabitkan kesalahan dia boleh dihukum penjara maksimum sehingga 30 tahun.

Hakim M. Gunalan mengenakan ikat jamin sebanyak RM10,000 dan menetapkan 10 Jun depan sebagai tarikh sebutan kes.

Aminulrasyid mati ditembak dalam insiden polis peronda mengejarnya sejauh enam kilometer pada 26 April lalu di Seksyen 11 di sini selepas mangsa enggan memberhentikan kenderaannya.

Kejadian tersebut berlaku pada lebih kurang jam 2 pagi iaitu selepas mangsa bersama seorang lagi rakannya Azamuddin Omar, 15, keluar menggunakan kereta kakak mangsa ke sebuah restoran untuk minum.

Dalam perjalanan pulang, kereta yang dipandu mereka telah tergesel sebuah kenderaan lain dan ketika itulah mereka melarikan diri sambil dikejar oleh sekumpulan remaja lain yang menunggang motosikal.

Insiden tersebut disaksikan oleh sebuah kereta peronda yang melihat mangsa memandu dalam keadaan merbahaya dan memotong lampu isyarat merah di beberapa persimpangan lalu turut mengejar mangsa.Mstar

Konspirasi Jatuhkan Pak Lah Atau ...


KUALA LUMPUR : Kabinet yang diterajui bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dicadang disiasat berikutan kes penjualan dua telaga minyak negara kepada Brunei.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan agar siasatan dijalankan kerana negara bukan sahaja kehilangan sumber hasil bernilai lebih RM320 bilion, tetapi turut menjejaskan maruah.
"Saya cadangkan satu siasatan ke atas Kabinet Tun Abdullah untuk menilai sejauh mana kewajaran untuk menjual telaga minyak itu kepada Brunei.
"Semua anggota Kabinet ketika itu juga harus disiasat, termasuk timbalannya, Najib Razak," ujar beliau.
Menurut Mahfuz lagi yang juga Ahli Parlimen (AP) Pokok Sena, beliau yakin sebahagian besar anggota Kabinet ketika itu menjadi ‘pak angguk’ dan meluluskan usul terbabit tanpa usul periksa.

Mahkamah Khas tangguh dengar habeas corpus Sultan Kelantan


PUTRAJAYA, 10 Mei — Mahkamah Khas pagi ini memutuskan untuk menangguhkan prosiding mendengar permohonan habeas corpus berhubung isu Sultan Kelantan kerana tidak cukup kuorum.
Mahkamah Khas yang terdiri daripada lima anggota panel dijadual untuk mendengar kes itu pukul 9 pagi ini.
Permohonan itu difailkan oleh Tengku Temenggong bagi pihak Sultan Kelantan pada Jumaat lalu.Dalam pada itu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail juga meminta penangguhan kerana belum berpeluang memfailkan afidavit balas terhadap permohonan Sultan Kelantan.

Kekanda Sultan Kelantan Dakwa Pemangku Raja Kelantan Dilayan Macam Robot


Tengku Salwani(kanan) pada sidang media di Kuala Lumpur semalam

Tengku Datuk Salwani Sultan Yahya Petra, kekanda Sultan Kelantan, mendakwa Pemangku Raja Tengku Muhammad Faris Petra menderita lebih sembilan tahun dengan diberikan pelbagai tekanan oleh pihak-pihak tertentu.
Dalam kemunculan sidang media pertama di sebalik krisis Istana Kelantan, Tengku Salwani berkata, Pemangku Raja yang merupakan putera sulong Sultan Kelantan “telah dibuat semacam robot walaupun umur telah meningkat ke 40 tahun, masih lagi diperlakukan seumpama kanak-kanak.”
Tengku Salwani, kekanda ketiga Sultan Kelantan mengadakan sidang media bersama kekandangnya Tengku Datuk Rozan di sini hari ini.
Bagaimanapun Tengku Salwani tidak menyatakan bentuk tekanan dan siapa yang bertindak secara langsung.
“Syukurlah pada hari ini Pemangku Raja Kelantan telah diberi kekuatan oleh Allah s.w.t. dan matang dalam menangani krisis yang berlaku kini.
“Pemangku Raja Kelantan bertindak matang dengan merujuk sesuatu perkara kepada pakar dalam bidang yang berkaitan dan dilaksanakan dengan berhati-hati,” kata Tengku Salwani dengan membacakan teks kenyataan yang disediakan.
Tengku Rozan juga membacakan kenyataannya yang berasingan pada sidang media diadakan di Rumah Kelantan di sini ketika Mahkamah Khas membuat persediaan untuk mendengar permohonan habeas corpus yang difailkan oleh Tengku Temenggong untuk membawa keluar Sultan Kelantan dari Hospital Universiti Sains Malaysian (HUSM).

Rasis: Umno cuba rosakkan perpaduan kaum


Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, perpaduan kaum yang wujud selama ini cuba dirosakkan oleh fahaman rasis Umno terutama setelah mereka kehilangan sokongan daripada masyarakat Cina dan India selepas pilihanraya umum yang lalu.
Justeru, katanya Pakatan Rakyat (PR) tidak akan membenarkan mana-mana pihak yang memainkan sentimen perkauman yang boleh memecahkan perpaduan kaum yang terdapat di negara ini.
“Pakatan Rakyat tidak akan benarkan mana-mana orang yang mengapi-apikan isu perkauman yang boleh merosakkan perpaduan kaum di negara ini. Apa yang merosakkan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini antara antara orang Melayu dan Cina, Melayu dan India adalah Umno.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....