Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 31 Januari 2010

Isu Royalti:Anwar Sokong Pendirian Tengku Razaleigh





U
mno mungkin akan mengambil tindakan keatas Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh kerana menyokong rayuan royalti minyak rakyat Kelantan.

Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak berkata parti itu akan meneliti isi kandungan ucapan pemimpin veteran itu yang dibuat di satu perhimpunan aman di Stadium Sultan Mohammed IV, Kota Baharu, Khamis lalu.

Tengku Razaleigh dalam ucapannya berkata rakyat Kelantan berhak kepada royalti minyak dan bukannya wang ehsan.

Mengulas perkembangan ini, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat mengalu-alukan tuntutan Tengku Razaleigh itu.

“Pendirian beliau bercanggah dengan pendirian pimpinan BN. Kita mengalu-alukan pendirian itu, dan tumpuannya kepada membantu kerajaan negeri,” kata Anwar.

Diminta mengulas desas-desus pemimpin Umno itu akan beralih parti, Anwar berkata beliau menyambut baik sekiranya perkara itu berlaku.

“Sekiranya benar, kesudian beliau didokong oleh semua ahli PR,” katanya.- TVS

Minyak Kelantan Untuk Kelantan:Tok Guru Nik Aziz




Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata wang ehsan seharusnya dibayar kepada kerajaan Pusat kerana Kuala Lumpur tidak mempunyai rizab minyak dan bukan sebaliknya.

Bercakap di satu ceramah di Negeri Sembilan semalam, Nik Aziz berkata konsep wang ehsan yang diterima-pakai pemerintah BN bukan sahaja wajar, bahkan tidak masuk akal.

“ Minyak Kelantan untuk Kelantan. Kuala Lumpur tidak ada minyak setitik pun. Kuala Lumpur sendiri tidak ada minyak. Dia ambil minyak kita, dia beri ehsan kepada kepada kita. Sepatutnya kita beri wang ehsan kepada dia (Kuala Lumpur).

Kerajaan Pusat menolak rayuan Kelantan untuk mendapatkan royalti minyak atas alasan Kelantan bukan negeri pengeluar minyak kerana bahan galian itu terletak melebihi tiga batu nautika dari pesisir pantai Kelantan.

Pakatan Rakyat berpandangan Kelantan berhak kepada royalti minyak sepertimana yang ditetapkan Akta Petroleum 1974.

Nik Aziz menjelaskan tindakan Umno-BN menyekat pemberian royalti minyak kepada rakyat Kelantan menunjukkan pemerintah meletakkan keutamaan pada wang ringgit, bukan rakyat.

“ Kelantan miskin. Dari dulu sampai sekarang miskin. Tapi manusia undi PAS. Daripada 45 kerusi di Kelantan UMNO hanya baru dapat 6 kerusi. PAS miskin. Perkara-perkara sebegini tolong kirim salamlah kepada UMNO biar dia faham sikit” katanya lagi.

DUN Perak Dibubar Sebelum 9 Februari?

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar lantikan mahkamah berkemungkinan akan mengadap Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk memohon perkenan membubarkan Dun, dua hari sebelum Mahkamah Persekutuan mengumumkan keputusan kes mengenai kedudukan Menteri Besar yang sah.
"Sejauhmana kebenaran perkhabaran ini tidak dapat dipastikan, kerana ia banyak bergantung pada hakikat, apakah benar Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi kes berkenaan. Tetapi jika Zambry membubarkan DUN dua hari sebelum pengumuman itu, maka benarlah Nizar memenangi kes berkenaan," jelas penulis blog dalam blog perakkite.blogspot.com.

Kerajaan Kikis Petronas Ketika Ekonomi Jatuh





E
konomi Negara terjejas teruk apabila harga pasaran minyak dunia jatuh merudum, ekoran kebergantungan kerajaan kepada sumber petroleum.

Kegagalan kerajaan mempelbagaikan nadi ekonomi Negara, menyebabkan pendapatan merosot RM20 bilion dengan dari RM50 bilion kepada RM30 bilion dengan kejatuhan pasaran minyak dunia.
Imbang Penuh
Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan Datuk Kamarul Baharin Abbas berkata kerajaan Pusat diancam kelumpuhan sekiranya situasi ini berterusan.

Namun apa yang dikesalkan adalah Umno-BN terus memerah perbendaharaan Petronas agar Belanjawan Perdana Menteri Najib Tun Razak dapat dilaksanakan.

“Keuntungan Petronas yang turun kepada lebih 60 bilion daripada dekat 100 bilion, sewaktu itu pada tahun 2009, 2008 sumbangan Petronas kepada kerajaan ialah 50 bilion lebih, separuh daripada keuntungan, tetapi 2010 ni, sumbangan Petronas mesti berdasarkan keuntungan 2009, dan 2009 diumumkan bahawa keuntungan hanya 60 bilion lebih saja, maka bergegarlah pihak-pihak kementerian khususnya Menteri Kewangan menghubungi Petronas dan mendesak Petronas membuat pengumuman esok harinya bahawa komitmen Petronas pada Kerajaan pada tahun ini tetap kekal sebagai 50 bilion lebih”, jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Ceramah Perdana Sempena Pelancaran Maljis Pakatan Rakyat Negeri Sembilan di Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Yang amat dikesalkan adalah pemerintah enggan menuruti nasihat Pakatan Rakyat supaya memperketatkan displin perbelanjaan, memulihkan ketanggungjawaban kementerian-kementerian kerajaan bagi mengekang kelembapan yang semakin membengkak.

Ketua Audit Negara melaporkan kira-kira RM20 bilion setiap tahun tanpa dapat dikesan kerana kebocoran dan pembaziran.

“Kita menyebutkan perkara yang berlaku, perbelanjaan yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional tiap-tiap tahun di mana sebanyak lebih 20 bilion tidak dapat dikesan dan ini dinyatakan oleh Ketua Audit negara memberi komen ini adalah hasil dari 3P iaitu Pemborosan, Pembaziran dan Penyelewengan”, tambahnya lagi. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

Gambar:Majlis Perkahwinan Aduka Taruna



Majlis perkahwinan penulis blog adukataruna. blogpsot. com. my yang baru dibebaskan dengan ikat jamin selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam, berjalan lancar dan meriah di kediamannya di Rumah Rakyat Panchor, Paroi, dekat sini, hari ini.

Khairulnizam Abd. Ghani, 29, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghina institusi kesultanan Johor.

Tinjauan Mingguan Malaysia di rumah Khairulnizam mendapati majlis perkahwinannya itu berlangsung dengan penuh ceria tanpa sebarang gangguan serta dikunjungi oleh saudara mara serta sahabat handai.

Seorang ahli keluarga yang enggan dikenali berkata, majlis itu bermula dari pukul 11.30 hingga 6 petang hari ini.

Anwar terlalu ghairah mahu jadi PM-Zahrain Mohd Hashim

Zahrain(kiri) bersama Anwar dalam satu Majlis.Apakah beliau akan meninggalkan PKR?

GEORGETOWN - Selepas kurang 24 jam mengkiritik secara terbuka pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Ahli Jawatankuasa Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim menjadikan ’bossnya’, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sasaran kedua.

Melalui temubual secara eksklusif bersama Sinar Harian semalam, Zahrain secara terbuka membidas tindakan Penasihat PKR itu yang didakwanya terlalu ghairah mengejar jawatan Perdana Menteri sehingga sanggup mengorbankan prinsip perjuangan parti untuk berkompromi dengan tekanan pemimpin DAP.

"Perjuangan PKR kini sudah melencong daripada matlamat asal. Dulu dia (Anwar) kata nak buat reformasi dalam pelbagai bidang untuk kebaikan rakyat dan negara tetapi sekarang sudah jadi lain," kata bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang itu.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....