Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 5 Mei 2010

Gobind dihalang hadap Sultan Kelantan sediakan afidavit

KOTA BARU, 5 Mei — Peguam Gobind Sing Deo (gambar) yang mewakili Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra mendakwa gagal menemui baginda untuk menyediakan afidavit kerana dihalang pihak tertentu.
“Kami telah buat percubaan untuk berjumpa dengan Tuanku Sultan untuk mendapat (menyediakan) afidavit untuk tindakan satu mahkamah tetapi kami dihalang, tidak dibenarkan oleh pihak polis, seterusnya kami juga buat percubaan untuk berjumpa dengan Raja Perempuan tapi gagal juga kerana tidak dibenarkan.
“Saya datang ke sini untuk jumpa anak guaman untuk sediakan afidavit, saya tidak tahu apa perlu untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak-pihak tertentu,” kata beliau kepada pemberita di pekarangan pintu masuk utama Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian petang ini.
Beliau enggan menyatakan tujuan afidavit itu.
Bagaimanapun kata beliau, pihaknya akan mengadakan sidang media di Kuala Lumpur esok untuk menjelaskan tindakan susulan.
Kegagalan menemui Sultan Kelantan menyebab beliau tidak dapat mengesahkan butir-butir afidavit tersebut.
Gobind yang dikatakan buat pertama kali mewakili Sultan Kelantan itu hadir di hospital berkenaan dengan ditemani peguam Datuk Haziq Pillay kira-kira 5.30 petang.

Aminulrasyid : Khalid tetap dedah segala bukti, kenyataan saksi

KUALA LUMPUR, 5 Mei: “Aminulrasyid adalah rakyat di Shah Alam, saya akan tetap mendedahkan segala bukti dan kenyataan saksi supaya dapat mengimbangi apa yang polis (serta) panel buat,” tegas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar).
Justeru, baginya panel lapan anggota yang ditubuhkan bagi menyiasat kes Aminulrasyid Amzah, 15,  yang mati ditembak polis adalah sandiwara Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mencantikkan siasatan polis.
Baginya, walaupun Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop menjelaskan bahawa panel tersebut mempunyai kuasa untuk memanggil saksi tetapi masih lagi berfungsi sebagai pemantau, bukannya badan siasatan yang bebas.
“Panel ini tetap sebagai ‘badan pemantau’ di mana walau sesiapa pun anggotanya, kerangka badan ini sekadar memantau siasatan yang dibuat oleh polis sendiri ke atas anggotanya.
“Akhirnya, panel terbabit hanya untuk mencantikkan laporan yang disiasat dalaman polis sendiri, sedangkan kematian Aminulrasyid ini bukan melibatkan polis sahaja (malah) orang awam,” jelas beliau ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi.
Keberadaan panel khas tersebut, menurut Khalid, akhirnya masih gagal mengakses gambaran menyeluruh berkaitan kes pembunuhan juvana terbabit kerana panel tersebut bergantung kepada dapatan serta siasatan polis.

Dua lagi saksi sedia bantu siasatan kes Aminulrasyid

SHAH ALAM, 5 Mei — Dua lagi saksi tampil untuk membantu siasatan insiden Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati polis awal minggu lalu.
Pengakuan mereka mengesahkan keterangan yang diberikan rakan Aminulrasyid, Azamuddin Omar (gambar) baru-baru ini, kata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad kepada The Malaysian Insider hari ini.
Khalid berkata, kedua-dua saksi berkenaan mengesahkan detik-detik yang berlaku sebelum kejadian ditembak berlaku dan kereta mereka dikejar polis.
Perakuan Azamuddin berbeza daripada versi polis yang mendakwa kereta mereka hendak dirempuh oleh Aminulrasyid, menyebabkan mereka melepaskan tembakan.
Azamuddin mendakwa rakannya itu berada dalam keadaan panik selepas terlibat dalam kemalangan kecil dan dikejar oleh beberapa motosikal.
Menurut Khalid, saksi terbaru yang tampil mahu membantu merupakan pemilik dan juga pemandu kereta yang dirempuh oleh kereta Proton Iswara dipandu Aminulrasyid.

Serah Telaga Minyak: Husam Ajak Saman Awam Terhadap Kerajaan


KOTA BHARU, 5 Mei: Exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa mencadangkan satu 'saman awam warga negara Malaysia' (citizen civil suit) dibuat ke atas kerajaan Malaysia kerana mengeluarkan blok M dan L dari peta Malaysia dan di serahkan kepada Brunei.

Husam (gambar) yang juga AJK PAS Pusat, dalam kenyataannya berharap semua pihak menyertai beliau dalam saman awam ini.

"Semua pihak, termasuk ahli-ahli Parlimen, para peguam, NGO, dan orang perseorangan termasuk dari Sabah dan Sarawak, boleh bersama saya nanti memfailkan kes ini di mahkamah," kata beliau dalam kenyataannya.

Husam juga berkata, beliau akan menulis surat kepada semua ADUN Sabah dan Sarawak untuk mencadangkan kepada mereka agar menyatakan pendirian mereka dalam isu ini dan memanggil satu sidang DUN khas untuk membahaskan isu ini.

Krisis Istana Kelantan : Tengku Temenggong ‘keluar’ IPK selepas 3 jam

KOTA BARU, 5 Mei — Tengku Temenggong Kelantan yang ‘dibawa’ ke Ibu Pejabat Polis di sini lewat petang semalam — perkembangan terbaru sebalik krisis Istana Kelantan, meninggalkan premis itu kira-kira tiga jam kemudian.
“Tengku Temenggong (Tengku Muhammad Fakhry) sudah dibebas... lebih kurang pukul 10.30 tadi (malam tadi),” kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Bagaimanapun sumber itu tidak dapat mengesahkan status lima pengawal peribadi Tengku Temenggong termasuk dua doktor Sultan Kelantan yang turut dibawa bersama ke IPK.
Tengku Muhammad Fakhry ditahan anggota Unit Tindakan Khas kira-kira 100 meter dari Istana Mahkota di sini, lebih kurang sejam selepas beliau memberi kenyataan media berhubung kegagalan untuk membawa ayahandanya Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra ke Singapura untuk rawatan susulan.
Ketika ditahan, beliau dalam perjalanan ke lapangan terbang membawa Sultan Kelantan berangkat ke Singapura.
Sebab Tengku Temenggong dibawa ke IPK tidak diketahui.
Sultan Kelantan pula dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kira-kira 7.30 petang, lebih kurang 10 minit selepas Tengku Muhammad Fakhry dibawa ke IPK.
Sultan Kelantan berada di Wad Diraja HUSM dengan ditemani Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Apa salahnya RM4 juta untuk kalahkan Pak Lah

KUALA LUMPUR, 4 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) mempersoalkan, apa salahnya menggunakan wang RM4 juta untuk mengalahkan Umno dalam pilihan raya umum ke 12 lalu asalkan ia bukan dari sumber yang tidak betul.

Bahkan, beliau sendiri sanggup untuk melakukan kerja menjatuhkan Umno dan BN yang sememangnya tidak baik itu jika diberikan wang sebanyak itu.

Bagi Mahfuz, isu itu sebenarnya, tidak wajar dipolemikkan kerana sebagai sebuah parti, memang menjadi kerja dan tugas PAS melawan kerajaan yang ada untuk menubuhkan kerajaan yang lebih baik.

Katanya, ahli PAS sanggup menggadaikan apa sahaja yang mereka ada untuk memperjuangkan Islam yang dibawa oleh PAS.

Beliau mengulas dakwaan blogger Sheikh Kickdefella atau Syed Azidi Abdul Aziz yang mendakwa beliau diberikan wang RM4 juta untuk menjalankan operasi gerak saraf menjatuhkan Umno dan BN pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjelang pilihan raya umum ke 12 lalu.

Krisis Istana Kelantan: Tengku Temenggong ‘dibawa’ ke Ibu Pejabat Polis Kelantan

KOTA BARU, 4 Mei —Tengku Temenggong Kelantan telah ‘dibawa’ ke Ibu Pejabat Polis Kelantan di sini lebih sejam selepas beliau memberi kenyataan media berhubung kegagalan untuk membawa Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra ke Singapura.
Sementara itu, Sultan Kelantan pula, yang pulang dari rawatan di Singapura awal Mac lalu, dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
Pegawai-pegawai Istana Kelantan berada di pekarangan HUSM tetapi enggan mengulas.
Baginda dikatakan dibawa ke HUSM kira-kira 7.30 petang, lebih kurang 10 minit selepas Tengku Muhammad Fakhry dibawa ke IPK.
The Malaysian Insider difahamkan Tengku Muhammad Fakhry berada di IPK untuk diambil keterangan berhung sidang media hari ini.
Tengku Muhammad Fakhry dibawa ke IPK di pekarangan Istana Mahkota.
Kira-kira 6 petang tadi , Tengku Muhammad Fakhry berkata pesawat khas yang dibawa khas untuk membawa Sultan Kelantan dilarang daripada mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa.
Menurut Tengku Muhammad Fakhry, arahan tersebut telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa lapangan terbang.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....