Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 10 Oktober 2010

Antara Sebab Kenapa Tan Sri Khalid Bertanding Jawatan Timbalan Presiden PKR

SHAH ALAM 10 OKT: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau menawarkan diri untuk jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan kerana mahu membantu parti menyisihkan sebarang amalan kepimpinan berpuak dan serangan peribadi.

Khalid berkata beliau sanggup berundur daripada pertandingan jika sebuah jawatankuasa khas yang ditubuhkankanya mendapati keputusannya itu memberi kesan kepada perpaduan parti.

Jawatankuasa itu terdiri daripada Syed Sharir selaku pengurus kempen beliau, Irene Fernandez, Tian Chua dan Muhamad Nur Manuty.

“Sekiranya jawatankuasa ini menasihatkan bahawa tawaran saya ini (untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden) tidak baik untuk parti dan ada cara lebih baik untuk saya berkhidmat pada parti, saya akan akur pada nasihat ini,” kata beliau.

Khalid yang mendapat empat pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden akur bahawa beberapa insiden pada pemilihan PKR telah membawa persepsi negatif di kalangan ahli dan dalam media.

“Saya juga melihat apa yang berlaku menampakkan kepimpinan berpuak dan serangan peribadi. Perkembangan ini tidak sihat dan perlu diperbetulkan. Sebagai salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat dan Menteri Besar negeri Pakatan Rakyat, saya akan cuba memperbetulkan keadaan ini," tambah beliau.

Khalid adalah calon keempat bertanding jawatan itu selain Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim dan Pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub.

Khalid menggariskan lima teras perjuangan bertemakan “Memperkasakan Reformasi” untuk kempennya. Lima teras tersebut ialah;

-Setia kepada perjuangan
-Meneruskan agenda perubahan
-Merakyatkan ekonomi
-Menolak politik pecah perintah
-Kesepaduan parti

“Lima teras perjuangan ini akan mencorakkan pentadbiran ‘inclusive’ dan mengakhiri amalan berkumpulan dan berpuak-puak dalam parti. Hanya dengan ini laluan Pakatan Rakyat ke Putrajaya akan menjadi realiti,” kata Khalid.TVS

Sah !!! Tan Sri Khalid Ibrahim Tanding Timbalan Presiden PKR


Tan Sri Khalid Ibrahim akhirnya mengumumkan bertanding jawatan timbalan presiden PKR. "Saya, Khalid Ibrahim menawarkan diri untuk bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti," katanya. Beliau membuat pengumuman itu di hadapan 300 penyokong dan pemimpin cabang di kediaman rasmi menteri besar di Shah Alam sebentar tadi.Malaysiakini

Hiasan Pagar Istana Dicuri

HANYA dua kuntum bunga hiasan (dalam bulatan) yang tinggal manakala yang lain dilarikan pencuri dari pagar belakang Istana Nur Nadhirah, Kuala Terengganu baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU- Kira-kira 650 ukiran bunga hiasan tembaga pada pagar bahagian belakang Istana Nur Nadhirah, Jalan Kamarudin di sini hilang dipercayai dicuri baru-baru ini.

Kejadian itu hanya disedari kira-kira pukul 9 pagi Khamis lalu ketika pihak polis menjalankan pemeriksaan rutin di sekitar kawasan itu.

Istana itu menjadi tempat bersemayam Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin apabila Seri Paduka berangkat pulang ke bandar raya ini.

Ia berlaku sehari sebelum keberangkatan pulang Seri Paduka bagi menyaksikan upacara pelepasan peserta kejohanan sukan berkuda Sultan's Cup Endurance di negeri ini semalam.

Difahamkan, individu yang terlibat dalam kehilangan ukiran tersebut mungkin menyangka ia mengandungi emas kerana warnanya yang kekuningan atau mahu menjualnya kepada peniaga barangan lusuh.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan ketika ditemui mengesahkan kejadian itu namun beliau tidak mahu mengulas lanjut kerana kes berkenaan masih dalam siasatan.Kosmo

Penduduk Serbu Rumah Gadis Rakam Gambar Jin Dalam Botol


Jertih: Rumah gadis misteri di Kampung Gong Nangka, Apal, dekat sini, yang kerap ghaib menjelang senja dan tengah malam diserbu ratusan penduduk apabila dua bomoh yang merawat gadis itu mendakwa berjaya menangkap sembilan jin dan makhluk halus, malam tadi.

TERTARIK... orang ramai berebut-rebut mengambil gambar jin dan makhluk halus yang dimasukkan ke dalam tabung khas sebelum ia dihanyutkan ke laut oleh bomoh malam tadi.

Dua bomoh itu yang datang untuk menawarkan khidmat percuma selepas mengetahui kisah gadis itu menerusi akhbar sejak Selasa lalu, berpecah ketika sesi merawat, dengan seorang mengerjakan solat di dalam rumah dan seorang lagi menggunakan jampi di luar rumah.

Selepas 15 minit kedua-dua bomoh itu merawatnya, rakan bomoh di luar rumah ternampak satu lembaga dan terus mengejar lalu berjaya menangkap makhluk berkenaan.

Kerja menangkap berkenaan berlangsung satu demi satu sebelum sembilan jin atau makhluk halus berjaya ditangkap, menyebabkan beratus-ratus penduduk setempat menyerbu rumah gadis itu dan melihat usaha bomoh menangkap makhluk itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, Ramlan Ali serta isteri turut hadir untuk melihat peristiwa yang menggemparkan penduduk daerah ini.

Ramlan berkata, selepas menangkap sembilan jin dan makhluk itu, bomoh terbabit memasukkannya ke dalam bekas khas yang bertutup bagi mengelak ia keluar.

Orang ramai yang menyaksikannya tidak melepaskan peluang mengambil gambar dan video, kebanyakannya menggunakan telefon bimbit, untuk dijadikan kenangan dan bahan bukti kejayaan bomoh berkenaan.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....