Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 20 April 2011

Kenyataan Penuh Tok Guru Nik Aziz Yang Mempertahankan Presiden Pas


Saya diminta oleh pihak media untuk memberikan respon terhadap kenyataan seorang pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari agar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang ditukar ekoran kekalahan PAS di Terengganu pada tahun 2004 dan juga kekalahan PAS di dalam siri beberapa pilihanraya kecil kebelakangan ini termasuk juga kegagalan PAS merebut sebarang kerusi di dalam pilihanraya negeri Sarawak yang lalu.

Pertama saya ingin menyatakan bahawa Dr Abdul Aziz Bari selaku seorang warganegara Malaysia yang layak untuk mengundi berhak untuk mengeluarkan pandangan beliau terhadap PAS. Ini kerana PAS selaku parti yang bertanding di dalam pilihanraya memerlukan undi daripada rakyat dan bukan hanya sekadar undi ahli-ahlinya sahaja untuk menang di dalam pilihanraya. Justeru, ini merupakan hak Dr Abdul Aziz Bari untuk mengeluarkan pandangan beliau. Selebihnya, terserahlah kepada ahli-ahli PAS untuk membuat penilaian dan keputusan yang terbaik.

Namun, perlu saya ingatkan, PAS mempunyai kaedah-kaedahnya yang tersendiri untuk memilih pemimpin. Menukar pemimpin semata-mata kerana kalah dalam pilihanraya adalah satu langkah yang kurang tepat. Ini kerana belum tentu jika individu lain dipilih, PAS boleh menang pilihanraya. Sememangnya memenangi pilihanraya ialah satu perkara yang dikehendaki, namun kegagalan untuk menang dalam pilihanraya bukan sahaja berlaku hari ini, bahkan ia telah berlaku semenjak PAS ditubuhkan lagi. Hakikatnya, kekalahan dan kemenangan sentiasa silih berganti dalam perjuangan PAS. Jika hanya kerana mengalami kekalahan, PAS mahu menukar pemimpin, apa kata jika PAS terus kalah apabila pemimpin ditukar? Adakah pada masa itu sekali lagi pemimpin akan ditukar? Pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT.

Sekian, wassalam.

YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,

Al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan Darul Naim.

Keluarga Najib kuasai kepentingan Masjid Kg Baru

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali mendedahkan bahawa keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menguasai sepenuhnya kepentingan Masjid di Kampung Baru.

Manakala pemilihan Ahli Jawatankuasa masjid pula tidak pernah dibuat sehinggakan masyarakat di Kampung Baru sendiri tidak boleh akses berkenaan kewangan dan ketelusan pengurusan masjid.

Menurutnya, semasa beliau mengajukan soalan mengenai projek RM20 juta semasa sidang Parlimen baru-baru ini, Najib hanya menjawab secara ringkas bahawa projek tersebut masih dalam perbincangan.

“Soalan saya tentang isu projek RM20 juta Masjid Kampung Baru tidak pula di jawab, tetapi mengatakan masih dalam perbincangan dan tiada apa-apa pelantikan dibuat lagi.

“Tetapi laporan media memberitahu reka bentuk untuk projek naik taraf Masjid Kampung Baru disediakan secara sukarela oleh syarikat adik Najib, NRY Architects yang dimiliki Datuk Nazim Razak,” katanya kepada Keadilandaily.com.

Kata Dr Lo’ lo’, semasa sesi pertanyaan di Parlimen Mac lalu, beliau turut meminta supaya tawaran dibuat secara tander terbuka dan bukan secara runding terus.

“Saya juga minta supaya dibuat tawaran tender terbuka bukan ‘direct nego’,” ujarnya yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat.

Pada awal Februari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan sebanyak RM 20 juta bagi membiayai projek naik taraf masjid berkenaan.

Peruntukan bagi masjid itu akan disalurkan melalui syarikat pembangunan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad.

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mendakwa kontrak pengubahsuaian Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur diberi kepada firma arkitek adik Datuk Seri Najib Tun Razak.

Badrul Hisham menggesa perdana menteri memperjelaskan perlantikan firma Nazim sama ada atas kapasitinya sebagai timbalan pengerusi masjid ataupun sebagai adik perdana menteri yang menurutnya kedua–duanya ada pertembungan kepentingan.

Seorang arkitek NRY Architects, Muhd Syafeeq Subhi dilaporkan berkata syarikat itu dilantik oleh jawatankuasa masjid berkenaan untuk menyediakan perkhidmatan rekabentuk bagi pembangunan semula masjid tersebut.Keadilandaily

Pengguna Facebook bantah projek emel 1Malaysia


KUALA LUMPUR, 20 April: Belum pun sampai 24 jam Perdana Menteri melancarkan projek e-mel 1Malaysia, sudah muncul satu laman di Facebook menyeru rakyat menolak projek 'pembaziran' tersebut.

Didaftar atas nama '1M Malaysians who don't want Najib's 1 Malaysia email', sehingga berita ini ditulis ianya telah mempunyai 21,913 pengguna Facebook yang meminatinya.

Menurut maklumat tertera, laman tersebut dibuat bagi membantah projek emel 1Malaysia yang didakwa hanya akan membazirkan RM50 juta wang rakyat selaku pembayat cukai.

Dalam posting awalnya, pengendali laman ini meletakkan beberapa pilihan jawapan berhubung tujuan projek ini diwujudkan untuk diundi oleh rakan-rakan mereka.

Majoriti peminat laman ini bersetuju bahawa projek emel 1Malaysia adalah projek untuk membantu kroni.

Semalam, Datuk Seri Najib Razak merasmikan projek untuk menyediakan akaun e-mel kepada semua warga Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas.

Dengan nilai kontrak bernilai RM50 juta, projek itu dianugerahkan kepada Syarikat Tricubes Bhd.

Bagaimanapun, syarikat tersbut dikatan sebuah syarikat bermasalah.

Bukan sahaja namanya tidak berapa dikenali, ianya juga merupakan antara 12 buah syarikat yang disenaraikan Bursa Malaysia sebagai syarikat GN3 kerana keadaan kewangannya dalam keadaan "lemah" atau "buruk."

Menurut garis panduan yang ditetapkan Bursa Malaysia, pengkelasan status GN3 itu akan membolehkan syarikat berkenaan mendapatkan bantuan daripada satu jawatankuasa untuk menstruktur semula hutangnya.

Penyenaraian Tricubes di Bursa Saham mungkin ditarik balik sekiranya syarikat itu gagal meyakinkan bursa berhubung pelan untuk melunaskan kesemua hutangnya.

Kontrak bernilai RM50 juta itu dijangka sudah pasti akan memberi nafas baru kepada Tricubes.Hrkh

PKR Serik Dengan Wakil Rakyat Lompat Parti

KUALA LUMPUR, 20 April — Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berhadapan dengan tindakan melompat parti beberapa ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri sejak awal 2009 tidak mahu tertipu sekali lagi dan mahu “memperketatkan” proses pemilihan calon, kata presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sehubungan kata Dr Wan Azizah, hanya mereka yang menghargai perjuangan PKR akan diturunkan sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.

Kata beliau, partinya telah melalui pengalaman pahit akibat tindakan wakil rakyat-wakil rakyat yang melompat parti dan menyebabkan Pakatan Rakyat (PR) kehilangan Perak.

“Kami akan memastikan kami tidak ditipu sekali lagi dalam pilihan raya umum akan datang,” kata beliau, dipetik The Star Online, dalam ucapannya pada majlis sambutan ulang tahun ke-11 PKR Perak di sini malam tadi.

Pakatan Rakyat kehilangan kuasa kerajaan negeri Perak selepas Adun PKR Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Jailu bersama Adun DAP Datuk Hee Yit Foong meninggalkan parti masing-masing untuk menjadi anggota mesra Barisan Nasional.

Selain dua Adun itu, PKR juga kehilangan Adun dari Kedah dan Selangor.

Selain itu, PKR juga kehilangan lima ahli Parlimen manakala seorang lagi dipecat kerana masalah disiplin.TMI

Kesian,Rupanya MB Umno Tak Ada Kuasa

Hari ini, MB Umno Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. berkata kerajaan negeri Pahang tidak mempunyai kuasa untuk melulus dan menutup pembinaan kilang pemprosesan logam nadir bumi (rare earth) milik Syarikat Lynas Corporation Ltd dari Australia.

Beliau berkata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang menterinya kini adalah tokeh 'gelombang merah Kelantan' melulus projek tersebut.

Menurut Adnan, kementerian Mustapha Mohamed meluluskannya selepas kajian mendalam oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom mengenai tahap keselamatan penduduk terhadap kesan radioaktif atau radiasi dari kilang tersebut.


“Saya rasa hairan kenapa ada pihak yang membuat bantahan dan mencerca kerajaan negeri,” kata beliau dipetik Bernama Online

“Bukan kerajaan negeri Pahang yang luluskan projek ini. Yang sibuk suruh kita tutup, kenapa,” katanya ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, pada persidangan Dewan Undangan Negeri.

Ish....ish....ish....kesiannya Adnan Yaakob!

Kilang Lynas bernilai RM700 juta yang sedang dibina di kawasan perindustrian Gebeng di sini menimbulkan kontroversi kerana didakwa bakal menghasilkan radiasi yang memudaratkan orang ramai.

Mengikut pakar kesihatan kesihatan awam Dr T Jayabalan.Lynas adalah 10 kali lebih kontroversial daripada kilang nadir bumi Asia di Bukit Merah yang ditutup 20 tahun lalu.

Menurut catatan wikipedia, kesan dari kilang di Bukit Merah sebagaimana didakwa penduduk telah menyebabkan lapan orang menjadi mangsa leukemia dalam masa 5 tahun,

Sebelum itu tidak seorang penduduk penduduk terbabit yang mengalami leukemia dan akhirnya tujuh orang daripadanya telah meninggal dunia.

Selain itu berlaku kejadian kelahiran bayi yang cacat, kelahiran pra-matang dan sebagainya,

Di Terengganu, lain pula ceritanya, tapi sama nadanya.

Semalam, dilaporkan MB Umno Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said berkata, kerajaan negeri Terengganu tidak ada upaya untuk memperbaiki jalan jalanraya Jerangau - Jabor.

Beliau berkata kata jalan alternatif rakyat Terengganu yang dipenuhi beribu-ribu lubang tersebut adalah dibawah tanggungjawab kerajaan pusat dibawah Kementerian Kerja Raya.

Jalan Jerangau - Jabor yang 'mengalami kecederaan teruk' itu telah menyebabkan banyak 'petaka dan kecederaan' kepada penggunanya kerana kerap berlaku kemalangan.

ish....ish....ish... kesian Mad Said, sampai tak ada kuasa nak baiki jalan!

Sedang tidak berapa lama sebelum ini, pada 25Mac lalu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Zaa’bar Mohd Adib berkata, kerajaan menyediakan peruntukan besar untuk projek jalan negeri(luar bandar) dan persekutuan serta pembinaan jambatan mengikut keutamaan di daerah.

Katanya, antara keutamaan projek termasuklah persimpangan bertingkat di Bandaraya Kuala Terengganu membabitkan Jalan Batu Buruk ke Jalan Kamarudin dan ke persimpangan Cabang Tiga/Kuala Berang,Kuala Terengganu yang menelan kos RM465 juta.

“Jalan Kemajuan ke Jambatan Sultan Mahmud (RM170 juta) dan dari Jambatan Sultan Mahmud ke jalan Sultan Mohamad (RM165 juta),” katanya.

Selain itu katanya, kerajaan merancang membina jalan utama dari Universiti Darul Iman (UDM) dan Taman Ilmu ke Kampung Raja di Besut dan Jalan Kuala Terengganu By-Pass fasa 3 dan Feeder Road (RM120 juta).

“Kerajaan juga memperuntukan RM400 juta bagi projek pembinaan jambatan kedua yang merentasi Sungai Terengganu bagi mengelak kesesakan di jambatan Sultan Mahmud terutama ketika waktu puncak,” katanya.

Katanya, semua cadangan projek akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut keperluan berbentuk baru dan sambungan kemudahan sedia ada .

ish....ish....ish... kesian rakyat...... kenapa tak ambil sikit buat baiki jalan Jerangau - Jabor tu!

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....