Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 16 November 2010

Video : 3 Juta Jemaah Haji Wukuf Di Arafah




PADANG ARAFAH 16 NOV : Kira-kira tiga juta umat Islam berhimpun di sini semalam yang merupakan kemuncak haji iaitu wukuf di Arafah.

Puluhan ribu jemaah telah pun bergerak mulai 5 pagi (10 pagi waktu Malaysia) dari khemah mereka di Mina, kira-kira 10 kilometer ke barat laut Arafah. Ramai antaranya mengerjakan solat subuh di Masjid Namira atau semasa dalam perjalanan.

Kebanyakan jemaah yang lain di bawa ke Arafah dengan bas menjelang tengah hari.

Perhimpunan di Arafah melambangkan kemuncak haji yang bermula semalam, dengan lebih dua juta jemaah bergerak dari kota suci Mekah atau terus dari Mina, sebuah bandar khemah yang hidup hanya semasa tempoh mengerjakan haji.

Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Putera Nayef bin Abdul Aziz semalam berkata, bilangan jemaah dari luar negara mencecah 1.8 juta orang iaitu tertinggi dalam sejarah, manakala kira-kira 200,000 permit dikeluarkan untuk jemaah tempatan termasuk warga Saudi dan negara Arab Teluk.

Namun puluhan ribu jemaah tanpa permit turut membanjiri Mina mulai semalam, dengan memintas sekatan jalan raya yang didirikan oleh pihak berkuasa bagi menguatkuasakan peraturan 'tiada permit, tiada haji'.

Ramai antara jemaah tanpa permit itu sudah pun berada di Arafah malam tadi sebagai persiapan untuk wukuf.

Menjelang terbit matahari, tempat tertinggi di Arafah, Jabal Rahmah dipenuhi sebilangan jemaah berpakaian ihram yang mendaki ke puncak untuk mengambil kedudukan dan menghabiskan masa dengan berdoa dan berzikir.

Selepas Maghrib, jemaah bergerak ke Muzdalifah, separuh perjalanan di antara Arafah dan Mina, untuk bermalam (mabit) dan mengutip anak batu bagi tujuan melontar jamrah.

Mereka kembali ke Mina selepas solat subuh untuk mula melontar jamrah dan melakukan ibadat korban.

Perjalanan haji tahun ini bebas daripada sebarang insiden tidak diingini sejak jemaah mula berhimpun di Mekah. Masjidil Haram dibanjiri kira-kira 1.7 juta jemaah yang mengerjakan solat Jumaat minggu lepas.TVS

Larangan Media Buat Liputan DUN Kedah Bukan Mutlak

ALOR SETAR: Larangan terhadap kebanyakan media arus perdana untuk membuat liputan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dan perbahasan bajet 2011 Kedah adalah tidak mutlak dan ia boleh ditarik balik pada bila-bila masa, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau berkata, tujuan utama larangan itu kerana ada berita yang dilaporkan beberapa organisasi media tidak benar dan mengelirukan rakyat.

"Tapi buat masa sekarang ni, jangan mai dekat lagi la sebab masih panas lagi," katanya semasa sesi penggulungan sidang dewan dan perbahasan bajet 2011, pada Selasa. Beliau berkata, sehingga hari ini pun organisasi media berkenaan masih menimbulkan berita yang tidak benar mengenai situasi sebenar sepanjang tempoh bencana banjir yang lalu.

Pada persidangan DUN kali ini, kerajaan negeri hanya membenarkan wartawan dari Bernama serta akhbar The Star, Sinar Harian, Harakah, Sin Chew Daily, China Press, Kwong Hwa Jit Poh, Guan Ming Daily, Oriental Daily, Nan Yang Siang Pau, Makkal Osai dan Malaysian Nanban membuat liputan.

Surat memaklumkan senarai media yang dibenarkan itu, yang ditandatangani oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar Muhamad Helmi Mohamed Khalid, dihantar kepada semua organisasi media di negara ini Khamis lepas berikutan apa yang didakwa sebagai "ekoran dari putar belit dan berita biadap pihak media tertentu terhadap kerajaan negeri Kedah mutakhir ini". -BERNAMA

Gambar Kaabah Dari Dalam

Gambar Lama Kaabah Dari Dalam:

Gambar Terkini (SEKARANG) Kaabah Dari Dalam:

Kunci Terkini Pintu Kaabah:

SUMBER

Husam nafi laporan Bernama PAS sedia terima Zaid

KUALA LUMPUR, 16 Nov — Datuk Husam Musa menafikan beliau ada mengatakan bahawa PAS sedia menerima sesiapa sahaja termasuk Datuk Zaid Ibrahim, yang memutuskan untuk keluar PKR, sebagaimana dilaporkan oleh Bernama semalam.

Kata Husam, apa yang dilaporkan oleh Bernama kononnya memetik beliau, selaku ahli jawatankuasasa kerja PAS pusat, adalah tidak benar dan rekaan semata-mata.

“Apa yang dilaporkan Bernama yang kononnya dipetik daripada kenyataan saya semalam adalah tidak benar dan direka-reka.

“Saya amat kesal dengan laporan itu dan mendesak Bernama menarik balik berita yang dikeluarkan itu,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan tengah hari ini.

“Saya merujuk kepada laporan Bernama bertajuk ‘Husam: PAS terbuka terima sesiapa, termasuk Zaid’ dan akhbar lain yang menggunakan laporan yang sama,” kata Husam .

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata, kebelakangan ini Bernama atas kapasitinya sebagai agensi berita rasmi negara telah membuat laporan “rasmi” untuk kegunaan media lain seolah-olah laporannya adalah betul dan rasmi sedangkan isinya adalah rekaan dan tidak benar.TMI

Media tidak beretika perlu diajar

PERMATANG PAUH, 16 Nov: Ketua Dewan Pemua PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hasan at-Tantawi (gambar) menegaskan, memang layak media yang tidak beretika mesti diajar sebagai teladan untuk mereka mengkaji semula laporan yang berat sebelah.
Berucap pada malam penutup Karnival Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU) malam tadi, beliau berkata tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Kedah melarang media pro Umno membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) merupakan reaksi biasa sebagai protes bukanya menghalang kebebasan media.
"Tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan memang patut sebab media pro Umno buat liputan berat sebelah berkaitan banjir. Media hanya tumpukan pada sumbangan Kerajaan Pusat, seolah-olah menidakkan bantuan kerajaan negeri. Lepas tu hentam tanpa bagi peluang Menteri Besar menjawab," terangnya.
Sebagai contoh, katanya ketika bantuan Dewan Pemuda PAS Pusat yang berkampung di Kubang Rotan di mana mangsa banjir diberikan sumbangan dan disajikan gulai daging lembu pada hari pertama, pada hari kedua pula ayam masak merah manakala hari ketiga gulai telur ikan masin.
“Bila hari ketiga, datang TV3 dan terus menemu ramah mangsa yang dihidangkan gulai telur ikan masin. Mereka buat cerita bukan-bukan kononnya mangsa diberikan hidangan yang tidak seberapa, ada pilih kasih dan seumpamanya.
"Itulah kejahatan yang dibuat, mereka mencipta isu demi kepentingan Umno dan Barisan Nasiona (BN). Mereka meninggalkan etika yang mengkehendaki bersikap jujur dan tulus pada sebarang laporan," jelasnya kecewa.

Baru sekarang Umno terhegeh-hegeh ‘bela’ Melayu Pulau Pinang

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Sejak dulu, kini dan selamanya perangai buruk Umno tidak pernah berubah. Setiap kegagalan mereka dalam membina kekuatan bangsa Melayu yang kononnya menjadi teras perjuangan, maka yang dipersalahkan bukan diri sendiri tetapi pihak lain.
Separuh abad Umno diberi kuasa mentadbir Pulau Pinang, hak orang Melayu bukan setakat tidak bertambah sebaliknya berkurang. ADUN BN Pulau Betong, Muhamad Farid Saad mendedahkan bahawa hak milik tanah Melayu di Pulau Pinang (tanah seberang dan pulau) hanya tinggal 20 peratus.
“Nasib Melayu Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP harus dijadikan iktibar oleh orang Melayu di negeri lain berikutan keadaan mereka kini yang cukup kritikal,” ujar Farid di Perhimpunan Agung Umno. Jika benarlah andaian beliau, nampaknya DAP lebih berjaya dari Israel. DAP mengambil masa berpuluh tahun untuk merampas tanah rakyat Palestin sedikit demi sedikit, tapi DAP hanya ambil masa dua tahun lebih untuk ‘merampas tanah dan menghalau’ orang Melayu sehingga tinggal 20 peratus sahaja kini.
Menurut fakta yang didedahkan oleh Farid, tanah milik Melayu di Daerah Timur Laut hanya 1.16 peratus, Balik Pulau (15.07 peratus), Seberang Perai Utara (44.20 peratus), Seberang Perai Tengah (23.55 peratus) dan Seberang Perai Selatan (18.09 peratus). Ia menjadikan keseluruhan tanah milik Melayu di negeri ini cuma 20.41 peratus.
Kajiannya juga mendapati 7,000 orang Melayu akan kehilangan tempat tinggal kerana rumah mereka kini di bina di atas tanah milik orang lain seperti Kampung Jalan Pokok Asam, Kampung Binjai, Teluk Kumbar dan Bayan Lepas.
“Kerajaan Negeri (DAP) semakin melampau apabila membuka kawasan yang selama ini dipertahankan daripada dibangunkan,” ujarnya. Anak jati Balik Pulau itu barangkali baru terkejut dari mimpi, lalu bercakap pun macam orang mengigau.
Soalan pertama yang patut ditanya oleh beliau serta seluruh pemimpin Umno Pulau Pinang ialah: Separuh abad Umno berkuasa di Pulau Pinang, apa mereka buat untuk memajukan orang Melayu, mempertahankan hak mereka, membina kekuatan orang Melayu dalam pelbagai bidang khususnya ekonomi?
Masalah Melayu Pulau Pinang telah diseminar dan didiskusikan oleh ahli-ahli akademik sejak berdekad yang lalu. Sudah berpuluh resolusi dihasilkan, semuanya sampai ke tangan para pemimpin Umno negeri yang pada waktu itu menjadi Exco dan Menteri. Apa langkah yang mereka ambil? Hanya selepas Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (yang dikatakan kerajaan DAP) barulah Umno terhegeh-hegeh nak mendedahkan isu Melayu Pulau Pinang yang merempat di bumi sendiri.

Jika Zaid Sertai Pas : Ulasan Dua Pimpinan Pas,Mana Yang Lebih Relevan


Menarik,ulasan dari dua orang pimpinan Pas jika sekiranya Zaid berhajat sertai Pas.Seorang Naib Presiden dan seorang lagi bekas Naib Presiden.Korang baca dan fikirkan sendiri yang mana lebih relevan dalam mengulas isu ini....

ULASAN DATUK HUSAM MUSA YANG DIPETIK DARI MALAYSIAKINI

Ahli jawatankuasa PAS pusat, Datuk Husam Musa berkata parti itu sentiasa terbuka untuk menerima mana-mana bekas ahli parti lain, termasuk Datuk Zaid Ibrahim yang mengesahkan akan keluar daripada PKR.
Husam yang juga ADUN Salor berkata, PAS pernah menawarkan tempat kepada Zaid dalam parti itu namun ditolak kerana Zaid lebih cenderung menyertai PKR.

"Dia (Zaid) sudah dewasa kalau dia nak masuk mana-mana parti...dulupun kita tawarkan dia masuk PAS, dia menolak namun terpulanglah kepada dia mana-mana parti dia nak masuk," katanya selepas ditemuramah Bernama menerusi rancangan Hello Malaysia di Wisma Bernama, di Kuala Lumpur.

Zaid yang juga bekas ketua PKR Wilayah Persekutuan, hari ini secara rasmi melahirkan hasratnya untuk berundur dari parti itu. "Memang benar saya akan meninggalkan parti itu tetapi saya belum menyerahkan borang rasmi lagi,” tulis Zaid di blognya petang ini.

Katanya, “semuanya akan dijelaskan” apabila beliau mengeluarkan kenyataannya pada Jumaat ini.

ULASAN SALAHUDIN AYUB YANG DIPETIK DARI MSTAR

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....