Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 12 Mac 2011

Ku Li Nafi Sekeras Kerasnya Dakwaan Mahathir



KUALA LUMPUR, 11 Mac — Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan sekerang-kerasnya termasuk atas nama Allah dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau menggunakan wang ketika pemilihan Umno 1987.Ketika itu Tengku Razaleigh mencabah Dr Mahathir bagi jawatan presiden tetapi tewas tipis.
“Sekai lagi saya dituduh membawa parti ke mahkamah. Saya juga dituduh terlibat dalam politik wang semasa pemilihan parti dalam tahun 1987,” kata Tengku Razaleigh dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini.
Tengku Razaleigh menegaskan beliau tidak mempunyai wang untuk tujuan membeli undi ketika pemilihan paling sengit dalam sejarah Umno.
“Saya tidak ada kroni. Sebenarnya, saya menentang politik wang. Allah Maha Mengetahui bahawa saya tidak pernah membuat segala perkara itu.
“Sungguhpun demikian, saya dipilih setiap kali saya bertanding di Gua Musang,” kata Ketua Umno Gua Musang ini sambil menambah, “saya tidak pernah mencuri. Saya tidak pernah menipu.”
Dalam buku berjudul “A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad”, bekas presiden Umno itu berkata, Tengku Razaleigh sepatutnya telah menjadi perdana menteri sekiranya beliau bersabar sedikit.
Tengku Razaleigh Beliau bergandingan dengan Tun Musa Hitam yang bersaing jawatan timbalan presiden Umno.
Bekas perdana menteri itu juga mendakwa puak “Team B” yang diketuai oleh Tengku Razaleigh, yang lebih mesra dikenali sebagai “Ku Li”, membawa kempen kotor untuk menjatuhkan beliau pada pemilihan itu, yang kemudiannya menyumbang kepada keputusan mahkamah mengharamkan Umno.

Ahmad Said Dan Janji Janji Royalti

KUALA TERENGGANU - Rakyat Terengganu kini diingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan ‘drama’ bersiri yang dimainkan oleh Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

‘Episod’ pertama pernah dibuat dengan penyerahan baki wang ‘Dana Khas’ yang kini telah ditukar kepada pembayaran royalti oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri yang ‘dirampas’ sejak pemerintahan PAS tahun 2000 di Terengganu.

Penyerahan baki bayaran tersebut pernah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri waktu itu yang juga Menteri Kewangan, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak kepada Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said di Stadium Negeri, pada 13 Disember 2008.

Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Terengganu, YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut menyifatkan penyerahan wang sebanyak RM408.6 juta itu bukan pembayaran royalti sebenar.

Katanya, hak royalti sebenar telah ‘dirampas’ oleh kerajaan BN semasa Terengganu dikuasai PAS pada tahun 1999 hingga 2004.

“Ia (RM408.6 juta) bukan royalti. Royalti belum diselesaikan lagi kerana kes masih di Mahkamah dan ada dalam lembaran akaun. Kerajaan Persekutuan melalui ‘dana khas’ itu hanya menyerahkan 78 peratus sahaja sebelum ini,” katanya mengulas perkara tersebut ketika itu .

Sebaliknya, kata beliau pembayaran tersebut merupakan baki wang terimaan ‘dana khas’ dari kerajaan persekutuan yang belum dilunaskan sebelum ini bagi tahun 2007 dan 2008 dan bukan royalti.

Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, pembayaran royalti sebagaimana yang termaktub dalam Undang-undang adalah bayaran secara terus dari Petronas ke dalam akaun kerajaan negeri Terengganu.

Katanya, kerajaan persekutuan tidak ada hak untuk membuat pembayaran tersebut kerana yang bertanggungjawab adalah pihak Petronas kepada kerajaan Terengganu.

Sehubungan itu, seluruh rakyat Terengganu perlu diingatkan, pada bulan Mac ini, telah genap 11 tahun hak royalti rakyat Terengganu telah ‘dirampas’ dan dinafikan oleh kerajaan BN pusat.

Rakyat kini menuntut agar kerajaan Terengganu mendesak kerajaan pusat supaya melunaskan janji-janji untuk pembayaran royalti dan pemgembalian royalti sepenuhnya.

ADUN Bukit Tunggal, Dr. Alias Razak berkata, Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said telah berjanji pada bulan Mac 2011 ini kerajaan BN Pusat akan membayar royalti petroleum sepenuhnya kepada rakyat dan negeri Terengganu.

Katanya, Ahmad Said berjanji demikian pada 13 Disember, 2010, dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu.

"Ahmad Said berkata, seperti yang dijanjikan pada Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu (Januari, 2009) kira-kira dua tahun lepas, Mac 2011 adalah tarikh yang diberikan (kerajaan pusat membayar royalti sepenuhnya) setelah perundingan dilaksanakan,"ujarnya ketika ditemui

Menurutnya, Menteri Besar Terengganu itu berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (ADUN Rhu Rendang) yang meminta kepastian dari kerajaan bilakah tarikh sebenar royalti minyak akan dipulangkan kepangkuan rakyat Terengganu.

Dr. Alias yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kuala Nerus berkata, kerajaan Terengganu dan kerajaan Pusat telah berkali-kali berjanji akan mengembalikan royalti tersebut, namun ia hanyalah 'janji-janji' dibibir mulut sahaja.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....