Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Aksi Terkini Raja Bomoh Cari MH370 Dengan Teropong Ajaibnya

Raja Bomoh Mengaku Penyokong Umno BN


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 7 Ogos 2009

Zamri lawan Nizar:ISA tidak perlu utk hadapi Pakatan-Najib


KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia menghadapi pembangkang semasa pilihan raya dan tidak perlu menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai alat politik untuk berdepan dengan mereka, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata akta tersebut tidak perlu digunakan untuk menahan ahli-ahli politik pembangkang semata-mata kononnya Barisan Nasional takut terhadap mereka.

Menurutnya ISA hanya digunakan terhadap orang-orang yang boleh mengancam ketenteraman rakyat dan keselamatan negara.

"Kalau tidak mempunyai akta tersebut, insiden-insiden pengeboman seperti yang berlaku di (hotel) JW Marriot and Ritz Carlton di Jakarta bulan lepas dan di Mumbai, India tahun lalu mungkin boleh berlaku di negara kita.

"Kita tidak perlu menggunakan ISA untuk tahan orang politik. Kita bukan takut, kita akan berdepan dengan mereka masa pilihan raya. Itulah ubatnya, bukan menahan mereka menggunakan ISA," katanya pada majlis Jalinan Rakyat anjuran Wanita Barisan Nasional di sini, Jumaat.

Najib berkata kerajaan telah berjanji untuk mengkaji semula ISA, dan oleh itu, tiada gunanya pembangkang membawa isu itu ke jalanan.

"Mengapa mereka perlu buat demonstrasi. Saya dah cakap ISA akan dikaji, jadi tunggu dulu. Selepas saya menjadi perdana menteri, pada hari pertama pun saya telah membebaskan 13 tahanan ISA," katanya.

Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita, Najib berkata beliau tidak dapat mengesahkan laporan sama ada ketua Liberation Tigers of Tamil Elam (LTTE) yang baru Selvarasa Pathmanathan berada di negara ini.

"Saya tidak dapat sahkan. Saya tidak mempunyai faktanya," katanya ketika ditanya mengenai laporan agensi berita asing yang menyebut Pathmanathan yang dalam buruan kerajaan Sri Lanka telah ditahan di negara ini.

Bagaimanapun Najib berkata beliau akan memeriksa perkara itu dengan pihak berkuasa.BERNAMA

Zamri lawan Nizar:Demo bubar Dun ikut saranan PM-Nizar


KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Hrkh) - Siapa yang betul? Perdana Menteri bersedia membenarkan namun Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir pula berpendapat perhimpunan di stadium akan membuatkan rakyat hidup tidak tenteram.

Malah tidak cukup dengan itu Zambry dipetik sebagai berkata bahawa permintaan Dewan Pemuda Pas Perak untuk menggunakan Stadium Perak di sini sebagai tempat perhimpunan bagi mendesak agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan adalah bagi memenuhi keseronokan mereka semata-mata.

Kenyataan ini diselar bekas Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin yang menyatakan bahawa permohonan untuk berhimpun di stadium itu adalah sejajar dengan saranan Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan sedia membenarkan dan menyediakan tempat yang bersesuaian kepada mereka yang mahu berhimpun secara aman, seperti di stadium untuk mengelak daripada berhimpun di jalanan.

"Kita boleh bagi mereka stadium, di mana mereka boleh bertempik sampai subuh, tapi janganlah buat kacau di jalanan," kata Najib mengulas perhimpunan anti-ISA, 1 Ogos lalu.

Nizar berpendapat Zambry terpaksa berbeza pendapat dengan Najib kerana bimbang dengan kebangkitan rakyat Perak, yang telah dibuktikan dengan perhimpunan anti-ISA, di mana terdapat jumlah rakyat Perak yang turut serta di samping melaungkan juga gesaan agar DUN Perak dibubarkan.

"Sekarang siapa betul, Najib atau Zambry? Sama ada Najib tidak serius dengan kenyataannya atau Zambry terpaksa lawan cakap bosnya, atau kedua-duanya mempermainkan kenyataan-kenyataan untuk mengelirukan rakyat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menjelaskan antara program perhimpunan Dun Perak itu adalah pengisian ceramah di samping menyambut kedatangan bulan Ramadan, yang dianjurkan oleh Pemuda Pakatan Rakyat diketuai Dewan Pemuda PAS Perak.

Bagaimanapun tarikh perhimpunan belum ditentukan dan beragntung kepada permohonan kebenaran kepada Majlis Bandaraya Ipoh dan Ketua Polis Perak, kata Nizar.

Selain itu, jelajah konvoi seluruh Perak yang bakal dianjurkan oleh Pakatan Rakyat untuk gerakan 'Bubarkan Dun Perak' akan diadakan di bulan Puasa dan destinasi yang dituju ialah di Lumut dan Pangkor, kawasan kubu Zambry.

"Rakyat Perak masih bersemangat tinggi, dan kita masih meneruskan tindakan politik serta undang-undang, selagi Dun Perak tidak dibubarkan.

"Saya percaya kerana itulah Zambry takut dan mengeluarkan kenyataan berputar-belit, demi survival politiknya yang makin jatuh di mata rakyat Perak," katanya yang juga Timbalan Dua Pesuruhjaya PAS Perak.

HarakahDaily.Net/-

Zamri lawan Nizar:Dap mahu Hassan di kenakan tindakan

Tony Pua: Pakatan perlu tubuh jawatankuasa bincang kes

PETALING JAYA: Perbalahan terbuka antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat di Selangor semakin berlarutan dengan DAP hari ini menuntut diwujudkan jawatankuasa disiplin bagi membincangkan tindakan terhadap Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali kerana tindakannya meminta agar Ronnie Liu dari DAP dilucutkan daripada jawatannya sebagai exco Selangor baru-baru ini.

Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata, tindakan Hasan dalam kes itu dilihat "tidak sesuai serta tidak adil", dan menambah bahawa ia diburukkan lagi dengan tindakan Pemuda PAS mengadakan demonstrasi menentang Ronnie Liu, serta rancangan PAS mengadakan kempen besar-besaran di masjid-masjid berhubung isu itu sebagaimana yang dilaporkan media.

"Apa yang membuatkan tindakan (Hasan) itu tidak dapat diterima ialah kenyataan bahawa Ronnie Liu menjalankan tanggungjawabnya dengan tekun, apabila mengarahkan supaya dipulangkan barang yang diambil secara tidak sah kepada pemiliknya," kata Pua kepada pemberita di pejabat DAP Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata, DAP memiliki hubungan yang baik dengan PAS di peringkat persekutuan, namun menurutnya parti itu benar-benar bingung dengan apa yang berlaku di Selangor yang dilihat berbeza sama sekali dengan hubungan yang wujud di peringkat nasional.

Pua berkata, DAP akan menghantar surat kepada kepimpinan Pakatan Rakyat hari ini bagi menggesa supaya ditubuhkan satu jawatankuasa disiplin.

Minggu lepas, Ronnie Liu selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan minuman keras yang dirampas dari sebuah kedai serbaneka di Jalan Liku, Seksyen 8, Shah Alam.

Ekoran tindakan itu Hasan mendesak kerajaan negeri menarik balik portfolio kerajaan tempatan yang dipegang Liu. BERNAMA

Zamri lawan Nizar:FRU dan PDRM di saman 10 juta

KOTA BHARU, 6 Ogos (Hrkh) – Pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pengkalan Chepa, yang cedera di bahagian mata kanan akibat terkena serpihan kelosong gas pemedih mata menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta

Muhammad Huzaifah Mohd Noor, 18 mengalami kecederaan itu semasa rusuhan di perkarangan Stadium Sultan Mohamad Ke IV, April lalu ketika berakhir perlawanan bola sepak Piala FA.

Saman itu difailkan menerusi peguamnya, Shaharuddin Mohamed dari Tetuan Shaharuddin Hidayu & Marwaliz di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi jam 3.10 petang tadi.

Pelajar berkenaan menamakan Pegawai Medan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Asisten Superintendan Sathasivam a/l Maniam sebagai defendan pertama, defendan kedua – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan Malaysia defendan ketiga.

Mohd Huzaifah menuntut ganti rugi am di atas kecederaan parah di mata kanannya akibat terkena tembakan peluru gas pemedih mata sehingga menyebabkan buta.

Tuntutan tersebut sebagai ganti rugi teruk dan teladan atau apa-apa jumlah difikirkan sesuai oleh mahkamah di atas kecuaian defendan.Image

Dalam tuntutan itu plaintif mendakwa pada 7 April 2009, jam 5 petang beliau bersama sepupunya, Abdul Rahman Husin berniaga burger dan minuman di sebelah Restoran Faridah, Stadium Sultan Muhammed IV ketika perlawanan bola sepak Kelantan dengan Negeri Sembilan.

Plaintif mendakwa pada jam 11.30 malam ketika mengemas barangan jualan, tiba-tiba sepasukan anggota FRU yang diketuai defendan pertama, yang mana seorang anggotanya melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arahnya.

“Tembakan itu tepat mengenai bahagian mata kanan saya sehingga mengalami cedera parah dan teruk dan telah disahkan buta,” katanya.

Sementara itu, ibunya Hajah Kamariah Hari, 60, memberitahu walau pun tuntutan RM10 juta dibuat ia tidak sama dengan kehilangan pancaindera anaknya.

Image Menurutnya akibat peristiwa tersebut anaknya secara tidak langsung telah bergelar Orang Kurang Upaya (OKU).

Kata Kamariah sejak peristiwa itu beliau tidak pernah kering air mata mengenangkan nasib anaknya.

“Walaupun kini anak saya masih trauma dengan tragedi itu, namun Alhamdulillah dia sudah dapat melalui kehidupan sehariannya seperti sedia,” ujarnya.

Akibat perisitiwa tersebut beliau dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab (II). Plaintif merupakan anak bongsu daripada 12 adik beradik.

Beliau juga menuntut faedah di atas jumlah penghakiman pada kadar 8 peratus setahun dari tarikh penghakiman dibuat.

http://www.harakahdaily.net

Zamri lawan Nizar:Tarikh PRK Permatang Pasir Isnin ini

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)akan mengadakan mesyuarat pada Isnin ini untuk memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Pulau Pinang.

Setiausaha SPR Datuk Ngah Senik berkata keputusan mengenainya akan diumum Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada sidang akhbar yang akan diadakan pada pukul 11 pagi, selepas mesyuarat itu di ibu pejabat SPR di sini.

Beliau berkata mesyuarat khas itu hanya dapat diadakan pada tarikh itu kerana pegawai-pegawai kanan SPR terlibat dengan Mesyuarat Penyelarasan Bulanan yang telah dirancang lebih awal pada 5 dan 6 Ogos.

"Mesyuarat bulanan itu pula disusuli dengan Bengkel Amalan Persekitaran Berkualiti di Kuching Sarawak pada 7 dan 8 Ogos," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, dari PAS pada 31 Julai lepas di Institut Jantung Negara Kuala Lumpur kerana sakit jantung.

Mohd Hamdan merupakan wakil rakyat di kawasan itu selama tiga penggal sejak 1999.BERNAMA

Zamri lawan Nizar:Pas mahu Selangor kuatkuasa larangan jual arak



KUALA LUMPUR – Pas menggesa Kerajaan Selangor menguatkuasakan larangan penjualan arak secara terbuka sepertimana dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu kerana melibatkan sensitiviti orang Islam. Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, mengikut garis panduan penjualan minuman keras di Kelantan dan Terengganu, ia tidak boleh dibuat secara terbuka di kawasan berpenduduk majoriti Islam. “Setakat ini, kedua-dua negeri itu melaksanakan enakmen melarang penjualan minuman keras secara terbuka di kawasan yang majoriti penduduk Islam dan kaedah ini berjaya,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas, semalam. Kemelut berpunca daripada tindakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor Ronnie Liu mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan semula minuman keras yang dirampas dari kedai serbaneka di Shah Alam. Rentetan itu, Pas Selangor pada Selasa lepas mendesak Kerajaan Negeri menarik balik portfolio kerajaan tempatan yang dipegang Ronnie berikutan beberapa masalah yang ditimbulkan oleh wakil rakyat DAP itu, bagaimanapun ditolak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana menganggap ia bukan satu isu. Mustafa berkata, beliau menyerahkan kebijaksanaan pimpinan Pas peringkat negeri untuk menanganinya. Ditanya mengenai kesediaan Pemuda UMNO bersama Dewan Pemuda Pas berhimpun secara sah mendesak Kerajaan Selangor menukar portfolio Ronnie, katanya, beliau tidak tahu-menahu mengenainya. Beliau turut menafikan dakwaan Penasihat Perundangan Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran), Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah anggota Pas. Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Shabery Cheek menyifatkan desakan Pas Selangor supaya Kerajaan Negeri mengugurkan Ronnie adalah satu sandiwara. “Ini semua sandiwara Pas sahaja. Ronnie Liu akan terus jadi Exco dan dia (Liu) akan terus guna kuasanya menghalang mereka yang melaksanakan operasi penguatkuasaan,” katanya selepas merasmikan Program Semaian Bakti 2009 anjuran Badan Perhubungan Negara (BPN) Indonesia dengan kerjasama Sekretariat Kelab UMNO Luar Negara di dataran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. sinarharian

Majlis Jamuan Bulanan Dan Usrah Mingguan Pas Beris Pak Abu

Saksikan warna warni kegiatan Parti Islam Semalaysia Cawangan Beris Pak Abu bertempat di Madrasah Hj Husain pada 6/08/2009:

Usrah mingguan diadakan di Madrasah Hj Husain sempena Majlis Jamuan Bulanan Pas Beris Pak Abu yang diadakan pada minggu pertama setiap bulan
Kegiatan Usrah tidak pernah di cicirkan walau seminggupun sejak hampir 3 tahun lalu,alhamdulillah syukur ke hadhrat Tuhan Yang Esa.Teras kegiatan Cawangan Beris Pak Abu
Tradisi merapatkan persaudaraan di cawangan kami
Kecil besar,tua muda di wajibkan bersalam tanda satu hati,satu perjuangan di kalangan kami
Muslimat,pembantu yang setia dalam apa jua keadaan sekalipun.Pendorong dalam perjuangan. INGAT,tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang Barisan..
Sabar menunggu hidangan,anak anak yang akan di didik untuk meneruskan kesinambungan perjuangan kami menjulang Parti Islam Semalaysia
Berdisiplin,beratur menunggu giliran masing masing.Di didik sejak kecil bahawa sabar itu separuh daripada iman
Salah satu tujuan Majlis ini di adakan,mendidik anak anak supaya rajin berjemaah di Madrasah
Kemeriahan yang hadir hasil dari kesepakatan bersama
Kanak kanak sememangnya istimewa,suci dari dosa.Memberi mereka makan sesungguhnya satu kebanggaan bagi kami di cawangan ini.Satu Beris Pak Abu,anak anak di dahulukan he..he..
Menjamu selera sekadar termampu oleh kami.Kanan sekali Gengster Kg Dusun cawangan kami Ismail Mat Ali
Untuk menjayakan majlis ini,setiap ahli Usrah mendermakan RM 5 setiap bulan.Bermula hampir 2 tahun yang lalu

Dua majlis diadakan serentak,majlis jamuan bulanan dan usrah mingguan.Terima kasih kepada para muslimat yang menyediakan makanan untuk majlis ini.
Dalam Usrah mingguan kami bersetuju bergotong royong membersihkan kawasan Madrasah pada keesokannya.Manakala sebahagian dari kami akan meneruskan kegiatan menghasilkan batu bata bagi menambah kewangan cawangan kami.Naqib tidak dapat hadir kerana ada Ceramah Umum di Dun Kota Putera yang mana beliau merupakan Pengerusi MTD Kota Putera.
P/S;Minggu depan Usrah juga di adakan di Madrasah Hj Husain kerana ada Hamba Allah yang ingin menaja makanan dan meminta diadakan di sini.Alhamdulillah....

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT


Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....