Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 20 Julai 2010

Mat Taib Didesak Letak Jawatan ?


PETALING JAYA: Timbalan Ketua Umno Bahagian Kelana Jaya, Datuk Yahaya Bujang pada Selasa menggesa semua pihak supaya berhenti mendesak Tan Sri Muhammad Muhd Taib (gambar)melepaskan jawatan sebagai Ketua Umno bahagian itu.
Malah beliau turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa bahagian itu pincang ekoran tindakan memencil diri ketuanya.
"Tidak timbul soal Umno Bahagian Kelana Jaya pincang tanpa ketua, malah semua perancangan dan aktiviti parti berjalan dengan baik dan mendapat sokongan semua pihak.
"Oleh itu saya menyeru kepada pemimpin parti agar desakan kepada Tan Sri Muhammad Taib meletakkan jawatan sebagai Ketua Umno bahagian ini dihentikan," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Selain itu, Yahaya turut mengesahkan bahawa Muhammad telahpun memberikan mandat kepadanya untuk menjalankan tugas sebagai ketua Umno bahagian sejak April 2009.

Mahkamah Tolak Bantahan Awal Zaid


KUALA LUMPUR, 20 Julai - Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak bantahan awal oleh peguam Datuk Zaid Ibrahim dan akan mendengar permohonan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan, untuk membatalkan petisyen yang dikemukakan oleh peguam itu.
Hakim Datuk Azahar Mohamed memerintahkan hakim pilihan raya mempunyai kuasa sedia ada untuk menolak atau melupuskan petisyen itu sekira ianya cacat.
Mahkamah diberi kuasa untuk berbuat demikian jika petisyen itu tidak memenuhi syarat mandatori yang ditetapkan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954, katanya.Azahar berkata beliau akan mendengar merit permohonan Kamalanathan esok.
Zaid, kini sebagai Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, kalah kepada Kamalanathan dengan majoriti 1,725 undi pada pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April lalu.

Pada 24 Mei lalu, Zaid memfailkan petisyen supaya keputusan pilihan raya kecil itu diisytiharkan tidak sah dan batal dengan mendakwa berlaku rasuah dalam bentuk sogokan kepada penduduk di kawasan itu.
Zaid menamakan Kamalanathan, pegawai pengurus pilihan raya Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden.

Umno Selangor Bergolak ?

KUALA LUMPUR, 20 Julai — Selepas tewas teruk dalam pilihan raya umum 2008 tanpa diduga, puak-puak dalam Umno Selangor kini bekerja keras untuk menonjolkan pengaruh dan kekuatan masing-masing di kaca mata kepimpinan pusat.
Ahli-ahli Umno di peringkat Umno Selangor Umno berpecah kepada aliran Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar dan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd. Khir Toyo yang kini merupakan Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri.
Kedua-dua pemimpin ini bergerak bersendirian untuk menggerakkan usaha memperlekeh kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat bagi menarik perhatian Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor.
Ia terbukti dalam isu pasir yang menjadi perhatian sejak awal minggu lalu.
Khir yang sebelum ini dipersalahkan atas kekalahan teruk Umno dan Barisan Nasional (BN) dua tahun lalu dan Noh pula kini anggota Kabinet persekutuan, dikatakan cuba memperkukuhkan kedudukan mereka sebagai bakal menteri besar jika BN kembali berkuasa di Selangor.
“Kelihatan kedua-dua bersaing satu sama lain untuk mendapatkan perhatian berbanding bekerjasama demi memperkukuh kekuatan Umno Selangor,” kata seorang wakil rakyat peringkat negeri yang enggan namanya didedahkan.
Pemerhati pula berpendapat situasi yang pernah disaksikan di Kelantan selepas ia jatuh ke tangan PAS pada 1990 mula wujud di Selangor sekarang.
Kedua-dua pemimpin itu mencabar pentadbiran kerajaan negeri dengan mendakwa wujudnya penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam aktiviti perlombongan pasir di Selangor.
Khir dan Noh mendedahkan perkara itu dengan mengadakan sidang media berasingan baru-baru ini.
Bekas menteri besar membawa pemberita ke Kampung Bukit Changgang di Dengkil pada 11 Julai untuk mendedahkan perlombongan pasir haram, yang menurutnya menjejaskan Paya Indah Wetlands.
Bagaimanapun anak syarikat pasir kerajaan negeri Kumpulan Semesta Sdn Bhd menafikan dakwaan itu.
Dua hari kemudian Noh pula menyewa sebuah helikopter untuk melihat sendiri kawasan perlombongan pasir di kawasan Kuala Langat dan Batang Berjuntai dari udara.
Kedua-dua pemimpin itu menafikan wujudnya keretakan dalam hubungan mereka.
Ketua Penerangan Umno Selangor Umno, Abdul Shukor Idrus juga menafikan wujudnya masalah di antara Noh dan Khir.
“Kedua-dua mereka masih kawan dan tiada sebarang masalah,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Kuang ini kepada The Malaysian Insider.

Tolak Umno, Masuk PAS

Oleh Ustaz Idris Ahmad
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menolak cadangan Tan Sri Harussani yang hendak menjadi perantaraan antara Pas dan Umno demi perpaduan Melayu di negara ini.PAS bukan angkuh tetapi itulah hakikat yang berlaku pada hari ini, Umno sudah tidak relevan untuk orang Melayu menjadi tempat berteduh.

Parti yang pernah disebut oleh Tun Dr Mahathir sebagai parti yang busuk sampai usus. Sepatutya Tan Sri kena nasihat supaya ahli Umno keluar beramai-ramai masuk PAS.
Apakah logik PAS diseru untuk bersatu dengan Umno, sedangkan mereka mengalami penyakit yang berjangkit iaitu penyakit barah rasuah dalaman parti, penyakit khianat kepada amanah rakyat, tidak bertanggungjawab kepada hasil mahsul negara, penyakit hanya memikirkan kepentingan perut semata-mata, penyakit tidak peduli kepada rakyat dengan menaikkan harga barang.

Apa perlu PAS diajak bersama dengan umno semata-mata kerana hendak menghulurkan balang oksigen kepada umno yang semakin kehilangan sokongan terutama Melayu terpelajar dan Melayu yang celik maklumat.

PAS memahami tahap sokongan orang-orang Melayu sudah berubah, maka umno berdendang dengan irama lama iaitu kuasa melayu terancam. Apabila sudah nyawa di hujung halqum, baru Umno sedar PAS, parti melayu. Sebelumnya umno tidak pernah memandang Pas, malah angkuh dengan kuasa untuk menindas sesama bangsa.

PAS suka mengingatkan kepada Tan Sri Harussani sebagai seorang mufti, di antara disiplin mufti kena rujuk quran, hadis, ijmak dan qias dan mengetahui gambaran masalah yang berbangkit barulah boleh keluarkan fatwa.

Barulah fatwa yang dikeluarkan itu dihormati oleh orang ramai. Begitu juga dalam hal politik, sebelum beliau hendak mengeluarkan pandangan biarlah buat kajian dahulu, apakah benar kalau PAS dan Umno tidak bersatu kuasa politik melayu terancam.

Konflik Dalaman Umno Terengganu Berlarutan



KUALA TERENGGANU – Konflik dalaman UMNO Terengganu tidak pernah selesai walaupun ia sudah berlarutan sejak dua tahun lalu, kata Pengerusi Lajnah Antarabangsa Pas Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Dr Syed Azman berkata, ia dapat dibuktikan dengan ketidakhadiran empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Parlimen Setiu ketika Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian berkenaan, Jumaat lalu.

Beliau berkata, keadaan itu sebenarnya menimbulkan keresahan dalam hati rakyat, apatah lagi dua daripada wakil rakyat itu turut memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

“Pas tidak mahu campur tangan dalam konflik UMNO, tapi masalah itu sebenarnya akan membantutkan usaha pentadbiran dan pembangunan negeri Terengganu sendiri,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Jumaat lalu, kesemua ADUN Setiu tidak hadir ke majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Setiu yang dihadiri Tan Sri Muhyiddin Yassin, sekali gus menimbulkan kekecewaan dalam hati Timbalan Perdana Menteri.

Perpaduan Melayu: Kenyataan Harussani satu fitnah

Tan Sri Harussani Zakaria. – Bernama pic

KUALA LUMPUR, 19 Julai — PAS mengulangi pendirian hanya akan bersama Pakatan Rakyat sambil menyifatkan kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bahawa wakil parti Islam itu ada menemuinya untuk meminta menjadi orang tengah sebagai “satu fitnah dan pembohongan.”
Dua naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub menegaskan, pihaknya tidak pernah memutuskan untuk meminta Harussani agar menguruskan pertemuan Umno-PAS bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam.
“Kenyataan Tan Sri Harussani (kelmarin) satu fitnah dan pembohongan,” kata Salahuddin pada sidang media di sini hari ini.
Pendirian itu disokong oleh Mahfuz dengan menegaskan, PAS tidak pernah membincangkan isu berkenaan sama sekali.
“Tidak ada, ia (kenyataan Harussani) cuba memburukkan dan menimbulkan keraguan di kalangan rakyat seolah-olah ada pemimpin PAS yang hendak membelakangkan parti dalam isu ini,” kata Mahfuz yang turut menghadiri sidang media itu.
Tambah Mahfuz, Harussani perlu mendedahkan jika benar ada pemimpin PAS yang telah menemui beliau memandangkan komponen Pakatan Rakyat tidak pernah berbuat demikian.
Salahuddin menjelaskan, beliau dan Mahfuz lazimnya menghadiri kesemua mesyuarat utama parti tetapi setahu mereka PAS tidak pernah membincangkan langkah untuk menghantar wakil menemui Harussani bagi tujuan tersebut.
“Kami sudah memutuskan... kami sudah tutup bab tentang perbincangan mengenai kerjasama politik dengan Umno,” kata Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.
“Kalau PAS ada membincangkan soal ini, sudah pasti saya dan Datuk Mahfuz sudah tahu,” katanya lagi.
Ketika ditanya sama ada ada pihak tertentu dalam PAS yang menemui Harussani, Salahuddin berkata, “yang itu saya tidak tahu.”

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....