Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 3 Mac 2010

Syabas!!! Ahli Parlimen PAS Teruskan Komitmen dan Istiqamah Dengan Perjuangan Parti


 Kami Ahli-Ahli Parlimen PAS dengan tegasnya ingin menyatakan yang kami sepakat untuk terus melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu.

(Gambar Album MPPAS sewaktu mengadakan pertemuan dengan Yang DiPertua Dewan)

Kami sedar bahawa rakyat mengundi kami kerana mahu kepada perubahan dari suasana ketidakadilan, kezaliman, kemiskinan dan ketidaksamarataan hak-hak asasi kepada satu kerajaan berkebajikan dan bersih yang berasaskan prinsip-prinsip agama dan moral.

Oleh itu kami kesal dengan tindakan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang telah memilih untuk meninggalkan prinsip-prinsip murni perjuangan ini.

Kami kekal yakin dengan perjuangan dan kepimpinan parti-parti Pakatan Rakyat (PR) dan akan meningkatkan lagi usaha-usaha kami dikalangan masyarakat dan di Dewan Rakyat yang akan mula bersidang pada 15 Mac ini.

Kami menyeru kepada masyarakat untuk bersama kami menentang cadangan-cadangan baru kerajaan BN menaikkan harga petrol dan barang-barang keperluan lain dan memperkenalkan cukai baru seperti GST.

Kami juga ingin menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Dikeluarkan oleh Sekretariat MP PAS

Seorang Lagi Ahli Parlimen Akan Tinggalkan PKR?


Desas- desus menyatakan ada kemungkinan seorang lagi ahli Parlimen akan meninggalkan PKR iaitu MP Wangsa Maju Wee Choo Keong.

Ini adalah kerana Wee tidak menyertai kumpulan 12 orang MP PKR yang menyatakan ikrar akan terus menyokong ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Rakyat. Pagi ini Ahli Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri telah bertindak keluar parti dengan alasan perjuangan dan matlamat politik PKR dan gagasan Pakatan Rakyat khususnya dalam mengembalikan politik dan kedaulatan Islam.

Wee Chee Keong sebelum ini dikatakan berkemungkinan akan dikenakan tindakan disiplin ekoran tindakannya mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Sebat:Kartika Mungkin Diampunkan - Tengku Abdullah

PEKAN: Bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Sukarno yang bersalah kerana meminum arak mungkin diampunkan oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan bebas dari hukuman itu atau akan disebat dalam tempoh terdekat.
Menurut Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, baginda akan mempersembahkan kes Kartika Sari Dewi, 33, untuk makluman Sultan Pahang sebelum perkara itu diputuskan.
"Saya akan sembah kepada Tuanku Sultan tentang perkara ini dalam tempoh terdekat.
"Mengikut Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Pahang 2002, Tuanku Sultan (Pahang) mempunyai kuasa mutlak untuk memberi pengampunan walaupun dia (Kartika Sari Dewi) tidak minta diampunkan (atau membuat rayuan)," titah baginda kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan Kartika Sari Dewi lebih satu jam di Kompleks Islam Sultan Ahmad Shah, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP), di sini, hari ini.

Video : Sidang Media,Kenapa Saya Tinggalkan PKR-Ahli Parlimen Bagan Serai



VIDEO EHSAN MALAYSIAKINI

Video : Ahli Parlimen Bagan Serai Istihar Keluar PKR,,10 Lagi Ikrar Taat Setia Kepada Parti



Ahli Parlimen PKR yang ketiga, dari Bagan Serai, Mohsin Fadzil Samsuri pula keluar parti itu hari ini dan mahu bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

Beliau mengetengahkan masalah dalaman Pakatan Rakyat khususnya isu berkaitan dengan kalimah “Allah” sebagai sebab keluar parti.

“Atas nama Allah, saya ingin mengumumkan mahu keluar dari PKR,” kata Mohsin, wakil rakyat PKR Perak, pada sidang media bersama bekas setiausaha agungnya Datuk Salehuddin Hashim di sini hari ini.

Sebelum ini Salehuddin mengakui 10 Ahli Parlimen akan keluar PKR dalam waktu terdekat.

Dalam pada itu seramai 10 Ahli Parlimen PKR pula mengadakan persidangan media di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya menafikan mereka akan keluar, sebaliknya menyatakan sokongan kepada pucuk kepimpinan.

Selain Mohsin, Datuk Seri Zahrain Hashim (Bayan Baru) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal) kini bertindak sebagai anggota Bebas.

Tan mengumumkan keputusannya kelmarin.

Dengan itu PKR tinggal 27 anggota di Dewan Rakyat berbanding DAP 28.

Mahkamah Gugurkan Saman Fitnah RM100 Juta Oleh Manoharan Terhadap Kerajaan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menggugurkan saman fitnah sebanyak RM100 juta yang difailkan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah M. Manoharan terhadap kerajaan, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan tiga akhbar.

Tiga akhbar itu adalah The Star, The New Straits Times dan Utusan Malaysia.

Manoharan, yang merupakan penasihat undang-undang Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang telah diharamkan dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri sebelum ini, mendakwa bahawa mereka telah mengaitkannya dengan keganasan.

Dia memfailkan saman pada 11 Sept tahun lepas. - BERNAMA

PROTES anjur himpunan aman bantah GST di Parlimen 15 Mac



ARTIKEL BERKAITAN BACA DI SINI

Gambar:Tok Guru Nik Aziz Ketika siri jelajah Asia 'Le Tour De Langkawi' di Kota Bharu, Kelantan












Fenomena Keluar Parti,Apa Kata Akhbar Cina

Krisis "keluar parti" yang melanda PKR baru-baru ini mendapat liputan yang luas di dada akhbar.  Berbanding media cetak bahasa Melayu yang menonjolkan masalah kepimpinan PKR secara khususnya, media cetak bahasa Cina sebaliknya, lebih menyasarkan kepada individu yang keluar parti.
Dengan kata lain, walaupun fenomena "keluar parti" ini mengundang persepsi negatif terhadap PKR secara umumnya, tetapi jika diteliti, wujudnya dua penafsiran yang jelas berbeza, antara akhbar Melayu dengan akhbar Cina.
Ketika mengulas isu ini, akhbar Melayu seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian mempertikaikan halatuju perjuangan PKR, yang kononnya membelakangi kepentingan Melayu-Islam.  Sebaliknya, isu halatuju perjuangan PKR tidak diungkit oleh media Cina, tetapi integriti individu (yang keluar parti) yang dipersoalkan.  Tidak dinafikan, fenomena "keluar parti" semestinya menghakis keyakinan khalayak ramai terhadap PKR, tetapi ia juga difahami sebagai strategi Barisan Nasional untuk menyerang musuh politiknya.
"Musuh dalam selimut" musuh
Nanyang Siang Pau, dalam satu komentar politik yang disiarkan di muka surat A2, berjudul "Senjata Terbaik", memetik Seni Perang oleh Sun Tzu, bahawa strategi terbaik untuk menjahanamkan musuh adalah dengan menggunakan "musuh dalam selimut" musuh (atau kuda trojan).
Komentar ini bermula dengan "senjata yang terbaik di dunia bukanlah bom nuklear atau bom atom, bukan pistol malah bukannya pisau, tetapi taktik untuk melaga-lagakan satu sama lain, malah meleraikan rakan seperjuangan yang rapat menjadi musuh yang bertentangan...".
Ini kerana "musuh" dalam selimut musuh inilah yang paling memahami kelemahan dan segala strategi dalam kem dirinya, dan apabila orang sedemikian digunakan untuk melawan balik orang yang berada dalam selimut bersamanya, ia merupakan senjata yang paling berkesan.
Malah, penulis ini melontarkan kemungkinan Fairus menembak balik Pakatan Rakyat, setelah keluar dari PKR.  Misalnya, Fairus boleh berkempen untuk menyerang DAP dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, yang juga merupakan Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....