
KUALA LUMPUR : Mungkinkah budaya ponteng dikalangan wakil rakyat BN merupakan tabiat mereka atau wujud bentuk protes berterusan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Najib Razak?
Jika dalam tragedi 14 Disember 2009 menyaksikan sejumlah besar daripada Ahli Parlimennya (MP) ponteng di Dewan Rakyat, situasi itu nampaknya gagal dijadikan iktibar oleh mereka samada sengaja atau buat-buat lupa, tidak pula diketahui.
Terbaru, tiga MP BN ponteng lagi dan kali ini melibatkan lawatan pemimpin dari luar negara yang gagal disambut oleh mereka sehingga menyaksikan pemimpin dari Korea itu menyindir sikap berkenaan.

KUALA LUMPUR, 21 Jan: Bekas wartawan kontroversi akhbar Utusan, Astora Jabat, akhirnya kembali ke kampung kelahirannya di Resak (Ruso), Narathiwat, Selatan Thailand dan bakal bertanding dalam pilihan raya umum di negara itu.



Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Azmi Khalid (gambar kanan) hari ini menggilap ingatan rakyat Malaysia terhadap isu ini, apabila memanggil mesyuarat untuk mendengar taklimat daripada Kementerian Pertahanan berhubung prosedur penyelenggaraan kelengkapan tentera.