Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Penghinaan Terkini Mahathir Terhadap Hudud Dan Jawapan Pemimpin Pas

Raja Bomoh Mengaku Penyokong Umno BN


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 11 April 2010

Krisis Istana Kelantan,Ulasan Tengku Razaleigh

KOTA BAHARU: Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak menganggap isu yang berlaku dalam Istana Kelantan sekarang sebagai suatu konflik dan beryakinan ia akan berakhir juga.
Katanya masalah itu boleh diselesaikan apabila Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pulih sepenuhnya daripada kegeringan dan mampu memerintah semula.
"Ia bukan suatu konflik dalam istana...Jika ada konflik bermakna ada perkara-perkara baru timbul, terserah kepada Tuankulah untuk perbetulkan. Tunggulah dia sihat dulu," katanya kepada pemberita di sini semalam ketika diminta mengulas mengenai isu Istana Kelantan itu.

"Kami Akan Buktikan Beng Hock Dibunuh"-Gobind Singh Deo

KUBU BAHARU 11 Apr - Gobind Singh De0, peguambela keluarga Teoh Beng Hock yakin bukti bahawa pembantu politik itu dibunuh dan bukan mati akbikat terjatuh daripada bangunan akan terserlah akhirnya walaupun pakar patologi, Dr Pornthip Rojanasunand dihalang memberi keterangan oleh kerajaan Malaysia.
Malah beliau tidak terkejut dengan kenyataan Dr Pornthip bahawa pakar bedah itu menerima tekanan dari kerajaan Malaysia memandangkan pelbagai ugutan yang diterima beliau sebelum ini.
Dalam satu emel kepada Suara Keadilan, Ahli Parlimen Puchong itu berkata pihaknya akan berusaha melepasi halangi terbaru ini melalui pndekatan alternatif.
"Saya merujuk laporan Malaysiakini hari ini yang menyatakan Dr Pornthip tidak akan menghadiri inkues tersebut pada 20 April 2010. Ini tidak menghairankan berdasarkan kepada perkembangan kes.
"Kami telah menjalani inkues yang panjang dan berharap keputusan akan diperolehi seawal yang mungkin. Ini bukan pertama kali beliau mendakwa digangggu ketika dipanggil dalam inkues Teoh Beng Hock.
"Kami berharap agar Dr Pornthip dapat hadir ke mahkamah. Jika tidak, kami akan mencari jalan alternatif supaya beliau dapat mengemukakan bukti-bukti beliau.

Kawasan markas BN sudah dilimpahi air


HULU SELANGOR, 11 April: Apa sudah jadi dengan kawasan markas dan bilik gerakan Barisan Nasional (BN) di Bukit Sentosa, Rawang yang mula dilimpahi air.

Belum pun dibuka secara rasmi dan hanya menunggu masa untuk menjadi markas bagi ‘memperbodohkan’ para pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor, hujan yang tidaklah selebat mana pun malam semalam telah menjadikan kawasan binaan yang menelan belanja ratusan ribu ringgit itu ditenggelami air.

Markas di atas tanah tinggi di depan masjid baru Bukit Sentosa itu tentunya akan menjadi markas untuk para pemimpin BN berkumpul, bermesyuarat dan berbincang bagaimana untuk terus menipu rakyat dengan slogan-slogan hipokrit dan adu domba.

Dalam sehari dua ini juga akan dapat menyaksikan kawasan Bukit Sentosa dipenuhi pemimpin yang datang dengan kereta besar, gah dan mewah menjelang hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 17 April sehingga pembuangan undi pada 25 April ini.Hrkh

Faktor Bangsa Bukan Kriteria Memilih Calon PKR

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata PKR tidak meletakkan faktor bangsa sebagai kriteria penting dalam memilih calonnya untuk bertanding pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April.
Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan PKR negeri berkata parti itu hanya memilih calon yang "terbaik" yang dedikasi, bekerja keras untuk kebaikan penduduk dan pengundi di kawasan parlimen tersebut.
"Tidak perlu mempolitikkan isu itu (bangsa) apabila memilih calon yang terbaik bagi pilihan raya itu. Ini perkara politik.
Isu (bangsa) jangan dilihat sebagai satu "sandiwara politik pilihan raya". Kita dalam PKR tidak melihat dari aspek itu (bangsa) tetapi sebaliknya untuk calon yang layak yang boleh memenangi hati dan minda pengundi di Hulu Selangor," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Tuisyen Rakyat peringkat Selangor dekat sini hari ini.

PAS harus keluar PR jika rasa rugi-Khalid Samad


KUALA LUMPUR, 11 April — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menasihatkan PAS harus keluar Pakatan Rakyat (PR) jika merasakan keanggotaan dalam ikatan itu merugikan perjuangan parti Islam itu, tetapi sama sekali tidak menghianati persefahaman yang telah dicapai.
Sehubungan itu tegas beliau, PAS juga tidak harus menjadi “gunting dalam lipatan” hanya kerana tidak bersetuju dengan sesetengah tindakan dalam PR memandangkan ikatan itu dibentuk berdasarkan keputusan jemaah.
Dalam pandangan ketika PR bersiap sedia menghadapi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor, anggota Biro Politik PAS ini menambah, jika PAS merasakan dengan berada dalam PR merugikan, maka “keluar sahajalah dan jangan khianat.”
“Tetapi, apabila dalam Pakatan, bertindak jujur dan ikhlas terhadap Pakatan, jangan menjadi gunting dalam lipatan atau bagaikan biawak hidup. Tercemar imej Islam.
“Bersama PR merupakan keputusan jemaah dan mengukuhkan PR juga keputusan jemaah. Maka laksanakan dengan jujur dengan kefahaman jelas terhadap proses perubahan yang saya nyatakan tadi,” kata Khalid dalam tulisan terbaru blognya.
Dalam menjawab reaksi pengunjung-pengunjung berhubung tulisan sebelum ini yang bertajuk “Bukti Kejujuran dan Keikhlasan Terhadap Pakatan Rakyat”, Khalid berkata “jikalau tidak bersetuju dengan keputusan jemaah, diam atau keluar.”
“Jangan sekali-kali menimbulkan masalah dalam jemaah dengan adanya ‘agenda sendiri’,” katanya lagi.
Artikel itu yang disiarkan 11 Mac lalu menyambut tindakan tegas diambil Parti Keadilan Rakyat ke atas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin. Zulkifli, yang membuat laporan polis terhadap Khalid kemudian telah dipecat dari PKR.

Umno-BN Akan Tutup Isu Zionis Dalam PDRM

KUALA KUBU BAHARU 11 Apr - Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempersoalkan mengapa sekarang Menteri Dalam Negeri mahu menyiasat dakwaan Ketua Umum KEADILAN berhubung pembabitan anasir Zionis Yahudi di dalam projek IT dalam Polis DiRaja Malaysia walhal isu itu telah didedahkan dalam media internet lebih dua tahun lalu.
Justeru itu beliau tidak yakin empat badan bebas yang akan dilantik Kementerian Dalam Negeri untuk menyiasat isu ini akan benar-benar bebas kerana akhirnya Umno-Barisan Nasional akan menutup kebenaran daripada diketahui rakyat.
"Mengapa mahu siasat setelah dua tahun isu ini diketahui masyarakat umum. Saya percaya badan yang menyiasat tidak akan bebas kerana akhirnya Umno-BN akan menutup kes ini seperti mana juga kes-kes lain sebelum ini.
"Kalau benar-benar mahu menyiasat tubuhkan Suruhanjaya DiRaja sebagaimana yang dicadangkan oleh Ketua Umum dan Pakatan Rakyat," kata Dr Wan Azizah kepada Suara Keadilan ketika dihubungi.

Syarikat ‘Orang Kuat Umno’ Menyusahkan Orang Kampung





MB Terengganu dedahkan nama syarikat yang diberi lesen kuari

KUALA NERUS – Mohd Yusof Sulong telah mengusahakan tanaman sawi di tapak projek pertanian Sungai Mas, dekat sini, sejak lebih 15 tahun lalu.

Pukul rata, pengeluaran sawinya adalah 100 kilogram sehari, dan pada musim puncak hingga mencapai 250 kilogram sehari


Dengan pengeluaran itu, hasil tanaman Yusof dapat memenuhi permintaan pasaran sayur di pasar Batu Enam dan Pasar Borong Gong Pauh.

Namun kini, pengeluaran sayurnya terjejas, akibat bekalan air anak sungai (alur) telah terkambus akibat lumpur dan selut yang turun dari Kuari Bukit Batu Hampar (juga dikenali Bukit Berapit).

Beliau telah memaklumkan masalah yang dihadapinya kepada Jabatan Pertanian, namun Jabatan tidak dapat berbuat apa-apa.

Jabatan Parit dan saliran pula memberi jawapan, syarikat Kuari tersebut perlu mengorek semula selut yang masuk ke dalam anak sungai itu.

Yusof ketika ditemui berkata, hanya baru dua kali syarikat trsebut menghantar jengkaut bagi mengorek sungai, namun hanya menjalankan kerja sambil lewa.

”Ada mari dua kali, dia korek lebik kurang, nila hari hujan, alur terkambus semula,”kata Yusof yang menyara keluarga serta anak-anaknya dengan pengeluaran sawi itu.

Oleh kerana, sudah tidak tahu kepada siapa mahu mengadu, Yusof memaklumkan akan masalahnya kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr Alias Razak.

Beliau terpaksa memberitahu ADUN PAS yang berada diluar kawasan itu kerana menurutnya, ADUN Tepoh, Ramli Nuh, tidak memperdulikan langsung masalah tersebut.

Setelah mengadakan lawatan ke kebun sayur Yusof, Dr Alias mengemukakan masalah yang dihadapi oleh petani tersebut dalam Sidang DUN baru-baru ini. (lihat Video Klip di atas).

Walaupun masalah pembukaan semula kuari yang telah ditinggalkan lebih 20 tahun itu tidak dapat dihentikan, namun dalam memberikan jawapannya, Menteri Besar telah mendedahkan syarikat yang diberi lesen mengusahakan kuari tersebut.

Sebaik sahaja didedahkan, Buletinonline telah membuat carian dan semakan keatas syarikat Imbuhan Pelangi Sdn Bhd, syarikat yang membuka semula kauri Bukit Batu Hampar.

Hasil dapatan, sekali lagi membuktikan bahawa, Umno memang juara dalam menyusahkan rakyat.

Seorang daripada Tiga Ahli Lembaga Pengarah Imbuhan Pelangi adalah Amirudin Abd Rashid, Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus

Lihat Dokumen 1 - Imbuhan Pelangi Sdn Bhd

Lihat Dokumen 2 - Senarai AJK Umno Kuala Nerus

Lihat Dokumen 3 - Senarai Perwakilan Umno Kuala Nerus

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....