Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 13 Mac 2010

Siapa ulama PAS sokong Zulkifli Noordin

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zukifli Noordin diminta menjelaskan siapakah ulama PAS yang dikatakan menyokongnya ekoran dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Setahu saya, hanya Ustaz Taib Azamuddin (Ahli Parlimen Baling) dan saya sahaja yang rapat dan selalu membela beliau. Sejak petisyen terhadapnya ditarik balik oleh calon Umno/BN, dia tidak lagi berhubung dengan saya.

“Apabila saya hubungi Ustaz Taib, dia pun beritahu hal yang sama. Jadi siapa sebenarnya ulama PAS yang sokong beliau lagi,” kata bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang (gambar) kepada Harakahdaily.

Dalam satu kenyataan media, Zulkifli berkata, beliau mendapat sokongan penuh daripada ulama PAS.

“Saya tertanya-tanya siapakah ulama PAS itu,” ujar Ahmad lagi yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Perak.

Sebelum ini, satu media elektronik melaporkan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS sedia mempertimbangkan Zulkifli menyertai parti itu.

Namun dalam kenyataan kepada Harakahdaily sebagai menjelaskan laporan itu, beliau memberitahu apa yang dinyatakan itu adalah dasar terbuka PAS.

Begitupun, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang yakin PAS tidak akan menerima Zulkifli sebagai ahli.Hrkh

Stadium Runtuh Laporan Ahmad Said DiPertikai

KUALA TERENGGANU - Pihak-pihak yang terlibat dengan pembinaan atap Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) yang runtuh mempersoalkan kenyataan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said berhubung laporan kejadian runtuh atap tersebut.

Rabu lalu, Ahmad telah mendakwa kegagalan semua pihak yang dilantik untuk membina SSMZA mengikut spesifikasi yang ditetapkan di dalam kontrak menjadi punca kejadian bumbung stadium itu runtuh pada 2 Jun tahun lepas.
Ahmad berkata, berdasarkan laporan kertas siasatan berhubung kejadian tersebut mendapati semua pihak menyumbang kepada keruntuhan bumbung stadium SSMZA itu.

"Tidak ada satu pihak pun yang ditunjukkan benar-benar paling bersalah. Semua bahagian pun ada (salah). Semua pihak menyumbang ke arah runtuhnya bumbung stadium itu," katanya ketika mendedahkan laporan kertas siasatan kejadian itu.

Ketua Puteri Dapat Kontrak Anggerik Mall



Pimpinan Umno dan Majlis Amanah Rakyat harus tampil memberi penjelasan berhubung kemelut yang melanda peniaga-peniaga di Anggerik Mall, Shah Alam.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, peniaga-peniaga berkenaan menjadi mangsa salahguna kuasa Umno yang menggunakan MARA untuk kepentingan politik parti.

Kontrak pengurusan bangunan itu diberikan kepada syarikat Inno Elegan Sdn Bhd (IESB) dengan seorang Ketua Putri Umno sebagai pemegang saham terbesarnya.

IESB diberi kontrak panjang mengendalikan Anggerik Mall tetapi gagal menjalankan aktiviti promosi secukupnya.

Akibatnya pusat membeli belah ini ketandusan pengunjung dan peniaga terpaksa menanggung kerugian sekian lama.

"Diserahkan kepada satu syarikat IESB dan tempoh perjanjian di mana bangunan itu diserahkan pada Inno Elegan Sdn Bhd adalah selama 3 tahun + 3 tahun + 3 tahun, dengan adanya tempoh bernafas selama 12 bulan, bermakna 10 tahun.

"Syarikat Inno elegan ini adalah milik pemegang saham utama bernama Huzryfionawatty yang merupakan Ketua Puteri umno Wilayah Persekutuan,"katanya.

Beliau berkata IESB yang mendapat kotark itu sejak Julai 2009 dikenakan kadar sewa 22,000 ringgit sebulan manakala pulangan dianggarkan 60,000 ringgit.

“Bagaimana syarikat yang dibina dengan modal RM50,000 boleh mengambilalih bangunan itu pun menjadi tanda tanya,”katanya.

Khalid menggesa Umno untuk menghentikan amalan memelihara kroni dan membelakangkan kepentingan rakyat.

"Kononnnya hendak tolong orang Melayu tetapi hanya menolong seorang-orang Melayu iaitu Ketua Puteri wilayah Persekutuan tapi memangsakan ramai orang Melayu yang merupakan peniaga-peniaga kecil yang kebanyakkannya orang Umno, perkara ini biasa dalam Umno," katanya.

Elia Suhana tidak dibenar ziarah Sultan Kelantan pagi ini

KOTA BARU, 13 Mac  — Elia Suhana Ahmad, isteri kedua Sultan Kelantan, tidak dibenarkan melawat Sultan Ismail Petra yang berangkat pulang dari rawatan di Singapura minggu lalu, di Istana Mahkota pagi ini.
Elia Suhana yang amat terkilan kehadirannya sebagai seorang isteri terus mendapat halangan berkata, “sebagai isteri saya juga mempunyai hak untuk berada di sisi suami.”
“Dan saya hadir pada hari ini berasaskan perintah mahkamah yang telah mengeluarkan perintah kebenaran kepada saya melawat Tuanku setiap Sabtu hingga pagi Isnin.“Semua maklum, perintah mahkamah masih berkuat kuasa.“Saya hanya ingin melawat Tuanku sahaja,” kata Elia Suhana.Bagaimanapun beliau mendoakan agar Sultan Kelantan terus sihat.
“Saya akan doakan kesihatan Tuanku, semoga Tuanku sentiasa mendapat rahmat Allah SWT,” kata Elia Suhana selepas kehadirannya untuk melawat Sultan Ismail Petra di Istana Mahkota pagi ini gagal.
Elia Suhana dan peguamnya Fakhrul Azman Abu Hassan bersama beberapa rombongannya tiba di Istana Mahkota, Kubang Kerian kira-kira pukul 7.30 pagi ini terpaksa berlalu pergi 15 minit kemudian apabila tidak dibenarkan masuk melawat Sultan Kelantan.
“Maaf encik, saya diarahkan Raja Perempuan, tidak benarkan masuk. Saya hanya menjalankan perintah,” kata pengawal pintu masuk Istana Mahkota walaupun ditunjukkan surat kebenaran mahkamah.
Perancangan awal Elia Suhana untuk melawat Sultan Kelantan, yang dijadualkan 20 Mac ini, terpaksa diubah dan dipercepatkan kerana sebab-sebab tertentu.

Tian Chua Kemalangan : Penunggang motosikal meninggal Dunia

MERSING 13 Mac - Ahli Parlimen Batu Tian Chia mengalami kemalangan ketika dalam perjalanan ke Mersing dari Kota Tinggi kira-kira 9:15 malam tadi.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motorsikal dipercayai seorang anggota tentera memotong sebuah bas yang menghala ke Kota Tinggi lalu bertembung dengan kereta Tian Chua.
Anggota tentera tersebut dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital disebabkan kehilangan banyak darah akibat tanganbya yang putus dalam kejadian tersebut yang berlaku di jalan persekutuan yang gelap.
Tian bersama seorang rakan ketika itu dalam perjalanan menghadiri ceramah Pakatan Rakyat yang diadakan di Mersing, Johor yang turut dihadiri Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tian dan pemandu kereta kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing.
Kereta Mercedes Benz  yang naiki Ahli Parlimen itu mengalami kerosakan teruk dibahagian depan dengan lampu dan cermin pecah.
Walau bagaimanapun beliau serta pemandu kereta selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan.
Anwar yang juga melalui jalan yang sama bersama konvoi berhenti untuk memberi bantuan.
Sebelum itu beliau dan Anwar bersama-sama menghadiri majlis makan malam anjuran KEADILAN Kota TInggi di sebuah restoran di Kota Tinggi.
Ini adalah kemalangan yang kedua bagi Tian dalam tempoh dua bulan.
Pada 26 Januari lalu Tian dan pemandunya terselamat apabila kereta yang mereka naiki terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di KM 400, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Bukit Beruntung, dekat Rawang.
Dalam kemalangan tersebut kereta Toyota Camry berwarna putih yang dipandu oleh pemandunya hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan di laluan itu ekoran keadaan jalan yang licin selepas hujan.
Kejadian itu beliau dalam perjalanan untuk menghadiri satu ceramah di Lunas, Kedah.SK

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....