Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 20 November 2010

Video : Karpal Hentam Zaid !!!




PULAU PINANG 20 NOV : Pengerusi DAP Karpal Singh menyifatkan Datuk Zaid Ibrahim sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai dan menegaskan Pakatan Rakyat bersedia menghadapi sebarang cabaran daripada parti yang bakal ditubuhkan oleh Zaid.

Karpal lahirkan rasa simpati dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim atas tindakan Zaid mengkritik pimpinan PKR bertalu-talu sebelum bertindak keluar dari parti itu.

"Apabila Zaid menyertai PKR (pada 2008), saya ada menyatakan pada Anwar Ibrahim (bahawa) orang ini tidak boleh dipercayai. Ini boleh disahkan oleh Anwar (sendiri)," Karpal memberitahu pemberita di Pulau Pinang.

Karpal berkata tindakan Zaid membuat pelbagai tuduhan dan kritikan terhadap Anwar amat dikesali memandangkan jasa Ketua Pembangkang itu menerima Zaid ke dalam PKR dan memberikan beliau ruang untuk menyerlah.

"Anwar memberi "perlindungan" kepada Zaid ibrahim. Tetapi apa yang dilakukan oleh Zaid Ibrahim (dengan) perkataan-perkataan yang digunakan ke atas Datuk Seri Anwar adalah satu perkara yang tidak boleh dipertahankan", tegas Karpal.

Selain diangkat oleh Anwar untuk menjadi calon Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor, Zaid turut dipilih menganggotai Biro Politik selain menjadi Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan. Zaid kemudian menuduh Anwar dan pimpinan PKR lain sebagai kononnya tidak mendokong amalan demokrasi, malah meminta Anwar untuk meninggalkan parti itu.

Karpal berkata Zaid bebas untuk menubuhkan parti baru namun ia tidak sekali-kali akan mengusarkan Pakatan Rakyat.

"Jika Zaid Ibrahim mahu tubuhkan satu parti politik dia boleh, Pakatan Rakyat bersedia untuk menghadapi apa-apa cabaran dari zaid Ibrahim," kata beliau.

Ketika mengumumkan hasrat menubuhkan parti baru, Zaid tidak menolak kemungkinan parti itu bekerjasama dengan Umno atas isu-isu tertentu. TVS

Gambar : Sekitar Himpunan Rapat Umum Anwar Pengemudi Alaf 21 Di Shah Alam












Gambar : Banjir Kilat Di Kota Mekah

BEBERAPA jemaah meredah banjir manakala sebahagian lagi menolak kenderaan di sebatang jalan raya di Mekah kelmarin.
BEBERAPA batang pokok tumbang menghempap beberapa buah kereta akibat hujan dan tiupan angin di Mekah kelmarin.

MEKAH - Beberapa kawasan di Mekah kelmarin dilanda banjir ekoran hujan lebat menyebabkan sebahagian jemaah meredah air banjir namun ia tidak melibatkan kawasan yang menempatkan Kaabah.
Sebelum ini, hujan turun dengan lebat di Mina pada Rabu lalu semasa para jemaah melontar jamrah sebagai tanda merejam syaitan.
Hujan dan angin itu menyebabkan beberapa buah pokok tumbang di tepi sebatang jalan raya di Mekah.
Lebih 2.8 juta jemaah haji berhimpun di Mekah untuk mengerjakan rukun Islam yang wajib dilakukan oleh umat Islam yamg mampu.
Bagaimanapun, cuaca di Mekah semalam yang merupakan hari terakhir jemaah mengerjakan haji berada dalam keadaan baik selepas hujan turun.

Lembu Khalid & Lembu Najib,Antara Rasuah Dan Korban

Dulu gawat masa Hari raya eidul adha apabila MB Selangor mengagihkan 46 ekor lembu korban untuk HariRaya Adha. Gerakan Anti Korupsi (Gerak) dan Pemuda Umno Selangor membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan tersebut. Gerak membuat aduan kepada SPRM terhadap Abdul Khalid kerana didakwanya menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk membeli 46 ekor lembu korban yang diedarkan kepada surau dan masjid di Parlimen Bandar Tun Razak - kawasan Parlimen Abdul Khalid - ketika Hari Raya Korban yang lalu.
Masa itu PR baru menang. Ramai yang nak jadi pahlawan. Para media pun nak tunjuk juara mengampu mereka. Pemuda UMNO ketika menyerang MB Selangor itu memberi sebab dan alasan dengan menyebut amalan korban ni adalah satu amalan yang dikhaskan untuk dilakukan oleh seseorang individu. Amalan korban bukan ditujukan kepada institusi. Kalau suruh institusi yang buat korban, nilai amalan dan pahala tu tuhan nak bagi siapa pulak. Jadi, di sini sudah wujud dua kesalahan. Pertama melakukan amalan korban tidak mengikut seperti mana tertib yang tuhan syaratkan iaitu kepada individu muslim dengan duit poket sendiri.
Kedua, mengarahkan institusi perbendaharaan kerajaan pula menanggong kos amalan korban bagi pihak Ahli Parlimen Bandar Tun Razak. Ini adalah satu penipuan serentak yang dilakukan terhadap tuhan dan manusia. Inilah bahananya bila amalan agama pun mahu dijadikan sandaran untuk persembahan politik..

Khalid Ibrahim pula menafikan tuduhan yang mendakwa beliau menyalahgunakan dana kerajaan negeri oleh Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak). Beliau berkata : Kerajaan negeri sentiasa berpegang teguh kepada konsep ketelusan dan bertanggungjawab secara menyeluruh dalam menjalankan pentadbiran negeri dan anak syarikat.
“Saya peka dengan tuduhan ini yang dilemparkan tentang menyalahgunakan kuasa dalam isu pembelian 46 lembu untuk program korban diperingkat Perlimen Bandar Tun Razak untuk 46 buah surau dikawasan itu. “Lembu tersebut sebenarnya disumbangkan oleh sebuah syarikat milik agensi kerajaan negeri” tambahnya ketika diminta mengulas tuduhan ini.
Tegas beliau, dana kerajaan negeri Selangor tidak digunakan untuk membeli lembu-lembu tersebut. Sebaliknya, lembu itu telah didermakan oleh enam anak syarikat dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). “Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah membuat apa-apa keputusan yang boleh menyebabkan kerugian kepada rakyat.

Rapat Umum PKR label Zaid ‘pengkhianat, kurang ajar’

Pemimpin-pemimpin PKR hadir di Rapat Perdana PKR di Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam malam tadi. — Gambar oleh Jack Ooi

SHAH ALAM, 20 Nov — Pemimpin kanan PKR malam tadi secara sebulat suara melepaskan ‘peluru kritikan’ terhadap Datuk Zaid Ibrahim habis-habisan sambil menyifatkan bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu sebagai “kurang ajar” dan “pengkhianat” parti.
Ketikan berucap pada program Rapat Umum Keadilan Selangor Bersama Datuk Anwar Ibrahim di sini - kira-kira 12 jam selepas Zaid menetapkan tarikh muktamad keluar PKR, barisan pemimpin kanan termasuk Timbalan Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali, Naib Presiden PKR Azmin Ali dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mengecam tindakan Zaid yang menggunakan akhbar rasmi Umno, Utusan Malaysia untuk menyerang pemimpin dan parti itu.
Malah majlis itu, yang diadakan seolah-olah untuk menjawab segala kecaman dan kritikan di sebalik isu Zaid keluar PKR, juga digunakan untuk melahirkan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menyampaikan ucapannya.
“Janganlah kita bercakap pada Utusan Malaysia. Munasabah atau tidak untuk bercakap hal rumah tangga kita kepada Utusan Malaysia?
“Tiada satu ahli dari PKR yang waras akan bercakap dengan Utusan Malaysia.
“Malah sejak parti ini ditubuhkan, tiada satu ahli pun yang bercakap dengan Utusan Malaysia yang selama ini mengecam kita,” kata Saifuddin ketika menyampaikan ucapan di hadapan kira-kira 1,000 orang yang terdiri daripada pemimpin tertinggi, pemimpin peringkat negeri Selangor dan penyokong parti itu.
Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang turut menyifatkan Zaid sebagai “kurang ajar” apabila menyerang dan mempertikaikan kredibiliti Anwar, penasihat PKR dan Ketua Umum Pakatan Rakyat.
“Orang yang cintakan parti tidak akan mempertikai Ketua Umum (Anwar).
“Beliau telah dipukul, diaibkan dan dipenjarakan selama tujuh tahun kemudian keluar untuk kukuhkan parti, bina kekuatan antara PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat malah dapat lima juta undi daripada rakyat.
“Pemimpin seperti ini (Zaid) kurang ajar, jangan biarkan... setuju atau tidak untuk bersama dengan beliau? “Beliau mahu keluar parti 16 Disember... sebab nak jelajah nak dapat sokongan,” katanya. Menurut Saifuddin, PKR akan menjadi sebuah parti terkuat di Malaysia.

Video : Mat Rempit Maut Di LPT Terengganu Yang Belum Dibuka





KUALA TERENGGANU - Keseronokan tiga pelesit rempit berlumba haram di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) yang belum dibuka dekat sini dengan membuat aksi berbahaya ala Superman berakhir dengan tragedi apabila kesemua mereka terbunuh selepas motosikal yang dinaiki bertembung sesama sendiri kelmarin.

Kejadian pukul 6.50 petang berdekatan Kampung Bukit Guntong di sini itu mengakibatkImbang Penuhan seorang pelajar sekolah berusia 16 tahun, Solihhuemi Harun dari Kampung Hulu Jeram, Tepu; Md. Abdul Rahman Md. Jusoh, 20, dari Kampung Raja, Tepu; dan Mohd. Firdaus Nawi, 20, dari Kampung Sungai Ikan, Tepu dekat sini maut.

Kesemua mangsa cedera parah dengan kepala dan tangan kiri salah seorang daripada mereka hampir putus. Seorang mati di lokasi kejadian. Dua lagi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Ketika kejadian kesemua mangsa sedang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ, Honda Cub C70 dan Honda EX5 yang telah diubahsuai dengan kelajuan melebihi 100 kilometer sejam. Honda EX5 itu dipercayai kenderaan curi.

Difahamkan, sebelum kejadian, penunggang Honda Cub C70 dan Honda EX5 dari arah yang sama telah bergesel ketika berlumba sambil membuat aksi Superman manakala penunggang motosikal Yamaha RXZ dari arah bertentangan yang juga sedang melakukan aksi sama merempuh mereka.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Supritendan Alias Hashim berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku ketika kesemua mereka menunggang pada kelajuan tinggi sambil membuat aksi berbahaya.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....