Lawatan exco kerajaan negeri Teresa Kok ke kuil Sri Srinivasa Perumal di Puchong - yang terkenal dengan aksi 'bakar diri' - disambut kegamatan perang mulut berhubung 'perebutan' kawasan itu.Malaysiakini
Sahabat Ambo
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Khamis, 11 November 2010
Video : Kecoh !!! Pertengkaran Sambut Exco S'gor Di Kuil Puchong
Lawatan exco kerajaan negeri Teresa Kok ke kuil Sri Srinivasa Perumal di Puchong - yang terkenal dengan aksi 'bakar diri' - disambut kegamatan perang mulut berhubung 'perebutan' kawasan itu.Malaysiakini
Kemelut PKR : Ulasan Pemimpin Pas
KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin utama PAS percaya kemelut berterusan dalam PKR boleh memberi kesan kepada kekuatan Pakatan Rakyat menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun, mereka yakin kepimpinan PKR boleh menyelesaikan kemelut tersebut dengan baik.
Tokoh veteran PAS, Datuk Mahfuz Omar yang juga naib presiden parti itu berkata, pergolakan dan kemelut dalam PKR akan memberi kesan kepada Pakatan Rakyat.
"Sudah tentu pergolakan dalam mana-mana pertubuhan akan memberi kesan. Tengok kemelut dalam MCA telah memberi kesan kepada Barisan Nasional.
"Tetapi saya yakin kepimpinan PKR boleh menyelesaikan masalah mereka," katanya ketika ditanya wartawan dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub juga berpendapat kemelut tersebut boleh membuat rakyat hilang kepercayaan kepada bukan sahaja PKR tetapi juga Pakatan Rakyat.
Yakin PKR boleh selesai masalah
"(Tetapi) saya yakin pucuk pimpinan PKR boleh menyelesaikan isu tersebut," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Kemelut PKR tercetus apabila Datuk Zaid Ibrahim menarik diri dari bertanding jawatan timbalan presiden dan meletakkan semua jawatan dalam parti.
Zaid bekas menteri undang-undang juga mengancam akan menubuhkan PKR baru jika beliau disingkirkan dari PKR.
Zaid menyertai parti itu Julai tahun lepas selepas dipecat dari Umno kerana mengkritik penggunaan ISA terhadap beberapa tokoh politik dan seorang wartawan.
Seorang lagi calon timbalan presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub juga melahirkan kekecewaan dengan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang sedang berlangsung sekarang.FMT
Debat : Adun BN Akui Umno Punca Tanah Melayu P.Pinang Terhakis


"Sekarang bukan masanya buat kajian bahkan kena menyedari kenapa boleh berlaku begitu walhal kepimpinan Umno berkuasa, menjadi Timbalan Ketua Menteri serta memegang Exco Tanah tetapi tidak mampu melakukan sesuatu kerana terlalu takut atau mungkin tidak bijak dalam urus tadbir tanah.
Zaid Ibrahim Mahu Tubuh Parti Baru Jika Dipecat

Zaid berkata beliau tidak akan bersara diri daripada parti politik kerana matlamatnya adalah untuk mencari transformasi politik jangka panjang. Katanya, apa yang dihadapinya sekarang bukanlah sesuatu yang baru baginya.
Sebelum ini pun, katanya, beliau telah meninggalkan Umno, melepaskan jawatan menteri, serta meninggalkan firma guaman terbesar yang memberi banyak wang kepadanya.
Bercakap kepada kira-kira 100 orang hadir pusat pusat khidmat Kedah Tengah Kedah di Sungai Petani malam tadi, Zaid berkata, beliau telah mengorbankan dirinya tetapi beliau tidak mahu membesar-besarkannya "kerana saya mempunyai agenda politik jangka panjang".Malaysiakini
Video : Banjir Di Kedah,Ust Azizan VS Wartawan RTM
Ambo sokong Ust Azizan,wartawan macam ni bukan setakat tak patut dilayan pertanyaan mereka bahkan tidak patut dijemput dalam mana mana sidang media membabitkan negeri Pakatan Rakyat.Kesabaran ada hadnya.....
Video : MCA Mahu Ambilalih Syarikat Judi,Apa Pendirian Umno
KUALA LUMPUR, 10 Nov: Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke hari ini meminta Umno menyatakan pendirian mereka terhadap parti komponen Barisan Nasional, MCA yang dikatakan sedang berusaha mendapatkan pegangan saham ke atas firma perjudian Tanjong PLC.
Loke yang juga ahli Parlimen Rasah berkata, ini kerana Umno bermati-matian menuduh Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggunakan wang judi untuk memberi bantuan kepada orang miskin di negeri itu.
"Kita nak minta pandangan Umno jugalah. Apa pandangan pemimpin-pemimpin Umno sekiranya ada rakan mereka dalam Barisan Nasional mengambil alih satu syarikat perjudian, Tanjong PLC yang memiliki saham dalam perjudian.
"Mereka begitu beria-ia membangkitkan isu di Pulau Pinang kononnya ada sumbangan daripada kelab lumba di Pulau Pinang bagi kepada kerajaan negeri dan kita bagi kepada orang miskin dan mereka kata ini wang haram dan kita tidak menghormati orang Islam dan sebagainya," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Loke turut mempersoal rancangan badan pelaburan MCA, Huaren Holdings Sdn. Bhd untuk mendapatkan firma perjudian ke atas syarikat perjudian ketiga tebesar di Malaysia itu selepas Berjaya Sports Toto dan Magnum.
"Pertama sekali, adakah benar mereka merancang untuk berbuat demikian? Jika betul, di mana autoriti moral MCA? Adakah ia (MCA) entititi perniagaan atau sebuah parti politik?" soalnya.
Beliau juga mempersoalkan tindakan MCA yang hanya berdiam diri rancangan Kementerian Kewangan sebelum ini yang bercadang meluluskan lesen judi sukan di negara ini.
"Adakah kerana mereka menyokong rancangan itu kerana mereka juga ada perancangan untuk melabur dalam perniagaan perjudian?” soalnya.
Menurut Loke lagi, terdapat konflik kepentingan apabila MCA diwakili oleh seorang timbalan menteri kewangan yang keputusannya memberi impak kepada industri perjudian.
"MCA masih adalah sebahagian daripada kerajaan. Meskipun mereka tidak berkuasa, tetapi mereka tetap sebahagian daripada kerajaan dan ini mungkin menyebabkan konflik kepentingan, katanya.
Loke berkata jika MCA meneruskan hasratnya untuk terbabit dengan industri perjudian, DAP akan terus memanjangkan isu berkenaan.Hrkh