Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 13 Ogos 2011

UMNO Terkedu : Rupanya Perlis Dah Lama Kuatkuasa Larangan Pembesar Suara Waktu Suboh

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata amalan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di masjid dan surau dengan kuat adalah bertentangan dengan sunah Nabi Muhammad SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur.
Amalan pasang mikrofon kuat waktu sebelum subuh adalah bertentangan dengan sunah Nabi SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur. Perbuatan mengganggu ini adalah haram dan berdosa,” katanya dalam satu pesanan SMS kepada Malaysiakini.

Sehubungan itu, Dr Juanda berkata pihaknya menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh.

“Kami sokong kenyataan itu dan Perlis dah lama kuat-kuasakan larangan itu di masjid dan surau, walaupun kadang-kadang ada (pihak) yang larang.

“Mikrofon (di) masjid hanya boleh laungkan azan waktu subuh sebanyak dua kali sahaja iaitu azan pertama 30 minit sebelum subuh dan kemudian azan subuh.

“Ini adalah amalan yang menepati kehendak Sunnah Nabi SAW yang sepatutnya dipatuhi oleh semua umat Islam yang cintakan Sunnah Nabi SAW yang sahih,” katanya.

Hormati keputusan

Mengulas perkara yang sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dipetik Bernama berkata pihaknya menghormati keputusan yang dibuat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang itu.

"Kami menghormati keputusan itu kerana ia adalah hasil mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lepas dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu," katanya selepas menghadiri majlis Iftar Perdana Bersama Asnaf dan penyampaian bantuan Ramadan di Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur malam semalam.

Berita Harian semalam melaporkan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengeluarkan larangan selaras dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri itu kerana amalan berkenaan dikatakan bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.

Samakan Bersih 2.0 Dengan Rusuhan London,Tim. Menteri Sanggah Kenyataan Najib


KAJANG, 13 Ogos — Datuk Saifuddin Abdullah hari ini tampil membuat pendirian tidak bersetuju dengan Putrajaya menyamakan Himpunan Bersih 2.0 dengan rusuhan di Britain( gambar kiri ) baru-baru ini.

Pada 9 Julai lalu, ribuan rakyat telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) di ibu negara yang menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Dalam perhimpunan itu hampir 1,700 telah ditahan termasuk pemimpin Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat.

Pendirian itu dilihat bertentangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam perkara itu.

“Saya juga tidak setuju samakan Himpunan Bersih 2.0 dengan rusuhan di London,” katanya pada forum Reformasi Pilihan Raya dan Pemurnian Demokrasi anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) di Kolej Dar Al-Hikmah, Sungai Ramal Dalam di sini.

Semalam Najib langkah Putrajaya menghalang Himpunan Bersih 2.0 sebagai keputusan tepat bagi mengelakkan kejadian lebih buruk.

Kata beliau, tiada sebarang jaminan bahawa semua peserta perhimpunan jalanan itu mempunyai niat untuk mengadakan perhimpunan secara aman.

Sementara itu Hishammuddin berkata, banyak pengajaran boleh dipelajari daripada rusuhan ganas yang berlaku di London dan beberapa bandar lain di England.

Hishammuddin juga berkata, insiden itu membuktikan pentingnya satu ketetapan dan ketegasan diambil oleh pihak berkuasa dalam menangani sesuatu isu secara bijaksana tanpa menjejaskan ketenteraman, kestabilan dan keharmonian di negara ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar juga memberi pendirian yang sama.

Bagaimanapun pemimpin Pakatan Rakyat mengecam tindakan itu.

Dalam ucapan itu, Saifuddin (gambar kanan) yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan ahli Majlis Tertinggi Umno berkata Barisan Nasional (BN) sepatutnya mempertimbangkan cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung penganjuran perhimpunan aman.

“Ada di antara kita yang alergik bila dengan perkataan demonstrasi tapi dia tak sedar dia juga lakukan perkara sama juga menggunakan istilah yang berlainan,” katanya.

Beliau juga berkata Najib komited untuk melaksanakan pembaharuan sistem pilihan raya.

“Perdana Menteri menyatakan komitmen untuk pastikan pilihan raya bersih, beliau komited sejauh mana... kita perlu beri beliau masa,” katanya.

Keadaan di bandar-bandar utama di Britain kembali selepas dilanda rusuhan dan kegiatan mencuri yang berleluasa sejak minggu lalu sehingga mencetuskan kecemasan di negara itu.TMI

Video : Daftar Pemilih,PAS Mohon Campurtangan Agong





KUALA LUMPUR, 13 Ogos: PAS memohon Yang di-Pertuan Agong campur tangan dalam isu pembersihan daftar pemilih melibatkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, PAS mahu Agong mengambil tindakan terhadap pihak atasan SPR khususnya pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalan pengerusi, Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana gagal menjalankan tugas dengan baik.

"Walaupun sudah berulang kali disebut mengenai pembersihan daftar pemilih tapi dinafikan SPR, sekarang sudah terdedah banyak penyelewengan dalam SPR sehingga ada nama Kg Baru sebagai pemilih dan kes Mismah.

"PAS harap Yang di-Pertuan Agong dapat mengambil tindakan terhadap SPR supaya pilihan raya yang adil dapat dilaksanakan," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Baru-baru ini, heboh apabila media mendedahkan mengenai penduduk tetap (PR) yang memegang kad pengenalan merah mendapat taraf warganegara dengan mudah, sekaligus didaftarkan sebagai pemilih.

Nama Kg Baru pula didapati layak mengundi di sebuah kawasan di Besut, Terengganu.

Selain itu terdapat pertindihan nama pemilih di beberapa kawasan yang sangat meragukan.

Tambah Mohamad, SPR harus mengakui kesilapan dan pengerusinya harus meletakkan jawatan atau dikenakan tindakan yang setimpal.

Mohamad berkata, memandangkan memorandum mengandungi lapan tuntutan Bersih 2.0 telah diterima Agong, pihaknya mahu Tuanku Mizan Zainal Abidin mengambil tindakan yang sewajarnya.

"Kita tidak perlu serah memorandum lagi tapi mempertegaskan lapan tuntutan Bersih 2.0 khususnya dalam isu daftar pemilih ini," katanya.

Tegasnya, isu ini tidak seharusnya dipandang remeh kerana melibatkan sistem demokrasi dan kepercayaan rakyat.

"Pilihan raya yang adil penting kerana kalau rakyat tidak terima keputusan pilihan raya, itu sangat bahaya kerana rakyat sekarang semakin celik maklumat," katanya.

Beliau juga kesal dengan SPR yang sering bertindak double standard terhadap Pakatan Rakyat.

"Datuk Wan Ahmad selalu guna kalimah parti pembangkang sedangkan beliau tidak berhak melabelkan mana-mana parti sebagai pembangkang kerana semua parti ialah pelanggannya dan harus bersifat adil," katanya.

Turut bersama pada sidang media tersebut ahli jawatankuasa PAS Pusat, Anuar Tahir.Hrkh

Video : Mesti Lihat !!! Kemewahan Najib/Rosmah Berbanding Kesederhanaan Tok Guru Nik Aziz

Dairi Kehidupan Najib/Rosmah...



Dairi Kehidupan Tok Guru Nik Aziz...




Cuba korang bandingkan kehidupan antara pemimpin tertinggi Pas dan pemimpin tertinggi Umno.Bagai langit dan bumi,kehidupan pemimpin Umno menyerlahkan segala bentuk kemewahan dan begitu jauh dari kehidupan berunsur Islam.

Sementara kehidupan pemimpin Pas menyerlahkan kesederhanaan dan penuh dengan ciri ciri keislaman.Tepuk dada tanya selera,fikir fikirkanlahhh...

Video : Contohi Sham Kamikaze,Guna Kemudahan IT Untuk Berdakwah





MARANG - Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin mengajak seluruh anak muda Islam Terengganu merevolusikan dakwah dengan memperalatkan teknologi maklumat (ICT) dan kemudahan telekomunikasi.

"lagu (macam) mana kita nak berdakwah, tackle (kena pikat) group (kumpulan) ini, dia duduk dalam (alam siber),

"maka, setiap anak muda yang ada di depan saya selepas ini kena ada satu seorang akaun facebook,"ujarnya ketika menyampaikan kuliah di masjid Rusila, Jumaat, 12 Ogos.

[Gambar - Sham Kamikaze, dulu dan kini]

Menurutnya, bukan sahaja dikalangan orang muda, bahkan beliau menggesa semua pihak turut sama dengan arus perkembangan semasa, mengambil kesempatan yang ada dalam alam siber seperti kemudahan Twitter, blog dan laman web.

Namun begitu, katanya ia mestilah digunakan sepenuhnya menyebarkan dakwah, bukan untuk tujuan 'yang mengarut', menyimpang dari landasan kebenaran.

Mengambil contoh bekas selibriti, Sham Kamikaze yang dulunya merupakan pemain gitar utama kumpulan Kamikaze , Ustaz Nasruddin menyebut, Sham kini menggunakan laman sosial fecebooknya menarik golongan muda kepada Islam.

"Sham Kamikaze seorang 'guitarist' (pemain gitar) yang terkenal, sekarng sudah bersama dengan kita, dalam facebook dia tulis simple (mudah) sahaja,

"bila masuk waktu zohor, dia tulis salam zohor, jangan lupa sembahyang zohor,"kata Ustaz Nasruddin

Menurutnya, melalui kemudahan ICT, dakwah dapat disampaikan terus ke pejabat, rumah dan di mana-mana ada kemudahan komputer dan internet, tanpa menggunakan kaedah lama untuk berdakwah dari rumah ke rumah.BO

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....