Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 6 Disember 2011

Parti KITA pimpinan Zaid tak tanding PRU-13,sokong pembangkang

Zaid Ibrahim

KUALA LUMPUR, 6 Dis ― Parti KITA, pimpinan Datuk Zaid Ibrahim yang ditubuhkan setahun lalu, tidak akan meletakkan sebarang calon dalam pilihan raya umum ke-13.

Berbanding kenyataan-kenyataan sebelum ini, kepimpinan parti itu berkata pihaknya akan menyokong pembangkang.

“Dalam usaha mengekalkan solidariti dalam pembangkang, KITA tidak akan meletakkan calon,” kata satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Dengan menjanjikan sokongan tanpa syarat kepada pembangkang, KITA berkata, kini adalah masa bagi negara membuat pengorbanan.

Pertengahan bulan lalu, Zaid berkata KITA mahu bertanding merebut kerusi Parlimen di Selangor pada pilihan raya umum ke-13.

Beliau memberi fokus pada kawasan Petaling Jaya.

“Saya belum buat keputusan muktamad sama ada Petaling Jaya Selatan (PJS), atau Petaling Jaya Utara (PJU),” katanya.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, ita kini telah mengenal pasti beberapa kerusi berpotensi untuk meletakkan calonnya seluruh negara.TMI

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....