Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 25 November 2010

Video : Utusan Akan Terus Rugi Selagi Menjadi Media Pencacai Umno




SHAH ALAM 25 NOV : Edaran Utusan Malaysia tidak akan meningkat sebaliknya akan terus merosot sekiranya tidak membebaskan diri mereka dari ditakluk oleh parti politik yang juga pemerintah pada hari ini.

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hatta Wahari ketika menjawab soalan Tv Selangor melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) berkata, bukan sahaja Utusan yang akan mengalami nasib seumpama itu sebaliknya semua media arus perdana yang terkongkong di bawah parti politik akan mengalami nasib sama.

"Keadaan ini akan berterusan sekiranya media perdana seperti Utusan tidak dapat bergerak sebagai sebuah syarikat media yang bebas dari pemilikan parti politik," tulis Hatta di dalam mesejnya sebentar tadi.

Hatta yang kini berada di Jakarta dalam SMS nya menambah, hanya satu sahaja cara yang boleh dilakukan oleh Utusan untuk meraih kembali sokongan pembaca terhadap akhbar milik Umno itu, iaitu dengan kembali menjadi neutral.

Malah perkara sama juga yang harus dilakukan jika mahu syarikat-syarikat swasta mengiklankan kembali produk mereka dalam Utusan.

"Satu cara sahaja media perdana terutama Utusan akan dapat meraih sokongan daripada pembaca dan pengiklan iaitu untuk menjadi sebuah media yang bebas, tidak menyebelahi mana mana pihak dan menyiarkan berita yang seimbang untuk memenuhi keperluan pembaca dan pengiklan.

Senada dengan Hatta, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin berkata, kerugian media itu ekoran ketidakyakinan pembaca Melayu dengan mutu pemberitaan dan laporan berat sebelah akhbar itu.

"Perkara ini berlaku kerana kurangnya keyakinan kaum Melayu kepada akhbar itu yang menyiarkan berita yang kurang tepat serta apa yang dikatakan oleh kami dari pihak kami sebagai fitnah menjadikannya bukan sebagai penyebar fikiran rakyat tetapi penyebar fitnah rakyat.

"Kerugian ini juga merupakan refleksi khususnya orang Melayu terhadap pemberitaan lidah rasmi Umno itu," tambah Nizar lagi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul pula berpendapat, walaupun memaksa pihak sekolah untuk melanggan akhbar berkenaan, permintaan terhadap akhbar masih lagi menurun.

"Hakikatnya, pembacanya makin berkurang sementara rakyat pula makin bertambah. Apa yang dilaporkan tidak menarik, sifat profesionalisme semakin menurun manakala pemberitaannya semakin berat sebelah.

"Bagi saya, membaca Utusan akan merosakkan minda kita kerana tidak memberikan apa-apa nilai tambah dalam kehidupan kita.

Tambah beliau, isi kandungan laporan akhbar itu terlalu memainkan sentimen Melayu yang jelas bertentangan dengan gagasan 1Malaysia yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang jelas menunjukkan ada keganjilan.

Sebelum itu, Bernama hari ini melaporkan akhbar milik Umno itu mencatatkan kerugian pracukai RM10.682 juta untuk tempoh sembilan bulan berakhir 30 September, 2010 berbanding keuntungan pracukai RM1.707 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Pendapatan merosot kepada RM244.564 juta daripada RM253.847 juta sebelumnya kerana sumbangan daripada pengiklanan kurang menggalakkan, katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.TVS

Mahkamah tolak permohonan Jenapala cabar pemilihan pusat PKR

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Mahkamah Tinggi menolak permohonan bekas timbalan setiausaha agung PKR P. Jenapala(gambar) bagi mendapatkan pengisytiharan beliau layak bertanding jawatan timbalan presiden parti itu atas alasan ia tiada kuasa untuk mendengar kes tersebut.
Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi dan Kuasa-kuasa Khas Datuk Aziah Ali selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak.
Menurut peguam yang mewakil PKR, Razlan Hadri, mahkamah telah memutuskan bahawa tidak mempunyai kuasa untuk mendengar hal-hal yang melibatkan parti politik.
“Selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak hari ini, hakim memutuskan bahawa mahkamah tidak boleh mendengar keputusan yang dibuat oleh parti politik, keputusan parti tidak boleh dicabar oleh mana-mana ahli.
“Hakim juga berkata masalah yang melibatkan parti tidak boleh dibawa ke mahkamah, kalau ahli tidak berpuas hati mereka boleh bantah dalam mesyuarat dalaman parti.
“Atas sebab ini, hakim memutuskan tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan tersebut. Ingin saya tegaskan bahawa mana-mana ahli tidak boleh membawa kes parti ke mahkamah dan ia bukan terhad kepada PKR sahaja, tetapi semua parti politik di Malaysia kerana ia adalah undang-undang yang telah ditetapkan,” katanya ketika ditemui selepas selesai prosiding tersebut.
Pada Khamis lepas, Jenapala memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi di sini bagi memohon pengisytiharan bahawa beliau layak bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.
Pada hari berikutnya, beliau memfailkan afidavit sokongan bagi menyokong permohonannya untuk mendapatkan perisytiharan bahawa pemilihan jawatan timbalan presiden parti itu adalah tidak sah dan terbatal.
Dalam afidavitnya, Jenapala, 56, berkata, beliau menyertai PKR pada Mei 1998 dan menjadi timbalan setiausaha agung dari awal 2008 hingga meletakkan jawatan secara lisan pada Disember tahun yang sama.
Beliau memohon pengisytiharan bahawa penolakan beliau sebagai calon timbalan presiden adalah tidak sah dan bertentangan dengan haknya sebagai ahli parti.
Tambah Razlan, sekiranya mahkamah diberi kuasa untuk mendengar hal-hal berkaitan parti politik, maka ramai ahli yang akan membawa kes ke mahkamah sehingga terpaksa mengabaikan kes-kes lain.
“Mahkamah tidak boleh digunakan oleh ahli politik yang tidak berpuas hati tentang keputusan parti. Jika mahkamah terus digunakan untuk selesaikan masalah dalam parti, maka kes yang membabitkan rakyat biasa tidak dapat diselesaikan berikutan mahkamah yang dibanjiri dengan kes ahli politik,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden PKR R. Sivarasa yang turut hadir dalam prosiding tersebut berkata, mahkamah membuat keputusan itu kerana tidak mempunyai kuasa mendengar masalah dalaman yang membabitkan parti politik seperti yang termaktub dalam Seksyen 18 (C) Akta Pertubuhan.

Tok Guru Nik Aziz Dukacita

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dukacita dengan keadaan masyarakat di negara ini yang masih bersikap curiga-mencurigai di antara satu kaum dengan yang lain walaupun sudah 53 tahun merdeka.

Menurutnya, pendekatan yang dibuat Kerajaan Pusat terbukti gagal merapatkan jurang antara kaum di negara ini, walaupun banyak menghabiskan masa dan wang mengadakan pelbagai program.
Imbang Penuh
“Saya, sebagai ketua kerajaan (Kelantan) terfikir macam mana nak merapatkan bangsa di negara ini yang dicurigai pihak tertentu.

"Saya dukacita dengan sikap curiga mencurigai antara bangsa kerana Islam itu adalah agama antarabangsa,” katanya ketika ditemui selepas melawat Ekspo Cheng Ho, di sini, semalam.

Dalam lawatan hampir dua jam itu, Nik Abdul Aziz, yang ditemani isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, dipertontonkan dengan aksi ahli akrobatik terkenal, Adili, merentasi tali serta persembahan Kung Fu Shaolin.

Nik Abduul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, usaha Kerajaan Negeri menganjurkan Ekspo Cheng Ho adalah inisiatif untuk merapatkan semua bangsa yang ada di dunia, khususnya masyarakat Islam.

“Kami melihat (di ekspo) begitu banyak bangsa Melayu Islam dan Cina disatukan, Cina Muslim rapat sebagai agama, yang tidak Islam rapat sebagai manusia. Sebelum ini, kita termakan umpan daripada orientalis dan Eropah yang mahu pecahkan Melayu. Mereka mengamalkan prinsip pecah dan perintah,” katanya.

Menurutnya, Ekspo Cheng Ho membuktikan Kerajaan Negeri berjaya menganjurkan program bersifat hiburan dan pendidikan tanpa menggunakan unsur melalaikan seperti memanipulasikan perempuan dan sebagainya.SH

Utusan Melayu Catat Kerugian Pracukai RM10.6 Juta

KUALA LUMPUR: Utusan Melayu (Malaysia) Bhd telah mencatatkan kerugian pracukai RM10.682 juta untuk tempoh sembilan bulan berakhir 30 September, 2010 berbanding keuntungan pracukai RM1.707 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Pendapatan kumpulan media itu telah merosot kepada RM244.564 juta daripada RM253.847 juta sebelumnya kerana sumbangan daripada pengiklanan kurang menggalakkan, kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Untuk suku ketiga berakhir 30 September 2010, Utusan mencatatkan keuntungan pracukai yang rendah iaitu RM1.736 juta daripada RM10.128 juta dalam suku yang sama tahun lepas.

Bagaimanapun, pendapatan mengukuh kepada RM89.540 juta dalam tempoh bawah kajian daripada RM89.530 juta sebelumnya.

Utusan berkata, saingan yang sengit untuk perbelanjaan pemasaran pengiklanan, bukan hanya di kalangan media cetak, tetapi juga di kalangan semua saluran media telah menjejaskan prestasi kumpulan untuk tempoh di bawah kajian.

Faktor itu akan kekal sebagai cabaran kepada kumpulan berkenaan untuk baki tempoh 2010, katanya.

"Bagaimananpun, pertumbuhan positif yang dijangkakan untuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini dan tahun depan diunjurkan dapat merangsangkan perbelanjaan pengiklanan dan menyediakan peluang untuk kumpulan meningkatkan pendapatan pengiklanannya," kata kenyataan itu lagi.Mstar

Gambar : Tok Guru Nik Aziz Di Cheng Ho Expo







Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Meninggal Dunia


GEORGE TOWN, 24 Nov – Bekas ketua menteri Pulau Pinang Tun Dr Lim Chong Eu meninggal dunia pukul 9 malam ini setelah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang sejak hampir sebulan akibat serangan angin ahmar.

Dr Lim (gambar) menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Tanjong Bungah di sini setelah dibawa balik dari hospital itu petang tadi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon ketika dihubungi Bernama mengesahkan berita mengenai kematian Dr Lim itu.Satu makluman rasmi akan diumumkan, kata Koh.

Mendiang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang sejak 28 hari lalu.Dr Lim dimasukkan ke ICU pada 26 Oktober selepas beliau dipercayai mengalami strok.

Beliau ketua menteri kedua Pulau Pinang dan memegang jawatan itu selama 21 tahun dari Mei 1969 hingga Oktober 1990.

Mendiang adalah presiden MCA sebelum meninggalkan parti itu, dan presiden Gerakan selama sembilan tahun dari 1971.Di bawah kepimpinannya, Gerakan menyertai Barisan Nasional pada 1972.TMI

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....