Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 12 Oktober 2011

Hudud : Penyokong Pas Bukan Islam Cabar MCA Berdebat


KOTA BHARU, 12 Okt: Kecelaruan masyarakat bukan Islam dalam isu hudud bukannya datang dari ketidak fahaman mereka terhadap hasrat kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hukuman tersebut tetapi ia adalah berpunca dari hasutan dan penyebaran maklumat salah oleh pihak tertentu kepada masyarakat bukan Islam terutamanya di Kelantan.

Menurut Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Kelantan (DHPPK), Lim Guan Seng, perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah 2 di Kelantan hanyalah melibatkan umat Islam dan masyarakat bukan Islam tidak perlu bimbang.

Beliau juga melahirkan rasa kesal di atas tindakan Ketua DHPP Pusat, Hu Pang Chaw yang sering menimbulkan kekeliruan dalam menangani isu terutamanya melibatkan negeri Kelantan.

“Saya berharap beliau memahami dengan mendalam suasana Kelantan sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kerana masyarakat bukan Islam di Kelantan lebih memahami hasrat kerajaan negeri,” ujar beliau.

Sementara itu, Penasihat DHPPK Jeff Lee berkata sudah sampai masanya pihak parti MCA diajak berdebat dalam soal perlaksanaan hukuman hudud ini.

Beliau ditemui di sidang media bertempat di Pejabat Pusat Khidmat Dun Kota Lama semalam. Turut hadir ahli jawatankuasa DHPP Kelantan.

“Kami mencabar MCA yang selama ini sering mempolitikkan isu hudud sedangkan mereka tidak mengetahui perkara sebenar,sepatutnya mereka mengambil usaha datang mengunjungi kerajaan Kelantan seperti mana mereka mendapat penjelasan dalam isu judi dulu,” kata beliau.

MCA turut dicabar membawa seberapa ramai ahli maupun masyarakat luar untuk mendapat penjelasan terus dari Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Kalau nak harapkan pihak rakan mereka dalam BN seperti umno sudah tentu lah mereka tidak akan mendapat maklumat tepat kerana umno sendiripun menentang perlaksanaan hukuman ini,” katanya lagi.

DHPP Kelantan juga mengecam sikap pimpinan MCA yang mempolitikkan isu ini dan menimbulkan rasa takut dalam masyarakat bukan Islam di Kelantan.

Menurut beliau lagi berdasarkan pengalaman masyarakat bukan Islam di Kelantan kerajaan tidak pernah meminggirkan mereka dalam semua dasar dan aktiviti kerajaan negeri.

Lee juga berkata masyarakat bukan Islam di Kelantan telah menerima penjelasan berkaitan enekmen Kanun Jenayah Syariah 2 sejak ia diluluskan pada tahun 1993 lagi, Cuma ia digembar gemburkan oleh pihak yang dengki dengan keharmonian masyarakat di Kelantan sahaja.

“Saya juga berharap selepas ini tidak akan berbangkit lagi soal terima atau tidak terhadap perlaksanaan hukum hudud kerana ia hanya untuk masyarakat Islam sahaja, mengapa kita perlu takut, adakah kita sering melakukan kesalahan seperti mencuri dan berzina itu, yang saya hairan lagi ialah orang umno yang mengaku Islam sendiri pulak yang menentangnya dan ini adalah semata-mata kepentingan politik sahaja,” katanya lagi.Hrkh

Ditahan Jais : Kenyataan Terkini Bob Lokman

KUALA LUMPUR, 12 Okt — Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kelmarin atas dakwaan memberi ceramah agama tanpa tauliah berkata, beliau tidak berminat untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13, sebaliknya hanya mahu berdakwah.
Katanya, beliau lebih mengutamakan pemantapan akidah dan iman umat Islam di negara ini berbanding menceburi bidang politik yang disifatkannya sebagai rumit.
“Saya tidak berminat untuk menyertai politik, bukan bidang saya. Saya lebih mengutamakan kewajipan membantu umat Islam di negara kita ini supaya iman dan akidah mereka menjadi lebih mantap, saya tidak minat politik, rumit,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Pada 19 Februari lalu, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman menyerahkan borang menjadi ahli PAS.
Beliau menyerahkan borang itu kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Razak yang juga Menteri Besar Kedah pada majlis Himpunan 30,000 Pemuda PAS di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar.
Bob Lokman merupakan penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Amy Search.
Bob Lokman memberitahu beliau bersedia meninggalkan PAS jika Umno mengukuhkan pegangan dan ajaran Islam di negara ini dan tidak menolak kemungkinan sekiranya perkara itu dilaksanakan parti teras BN itu, PAS juga akan membubarkan partinya satu hari nanti.
Jais telah mengesahkan beliau ditahan kerana kesalahan memberi kuliah tanpa tauliah.
“Jika Umno BN kukuhkan Islam, saya akan keluar PAS, mungkin kalau itu berlaku PAS juga akan bubarkan parti itu,” katanya ketika menjelaskan situasi yang berlaku di sebalik penahanannya oleh Jais di Hulu Langat malam kelmarin.
Bob Lokman juga menegaskan penahanan beliau oleh Jais merupakan satu usaha Umno BN untuk mengekang usaha dakwah yang dilakukan golongan artis sepertinya bagi mengelakkan mereka menyertai majlis dan program anjuran PAS.
“Dengan berbuat demikian, mereka sangka akan dapat mengekang orang ramai daripada menghadiri majlis dan program PAS yang dilihat akan mendapat sambutan sekiranya melibatkan golongan artis sebagai tetamu undangan dalam program tersebut,” jelasnya lagi.
“Umno BN ini cuba untuk mengelakkan orang ramai daripada hadir majlis-majlis anjuran PAS supaya program mereka tidak mendapat sokongan, tapi mereka sebenarnya silap, kejadian seperti ini akan menjadikan golongan artis ini lebih popular, lebih diminati masyarakat,” katanya mempertikaikan tindakan tersebut.
Menjelaskan situasi sebenar ketika insiden penahanan, penulis lirik ini berkata, beliau menerima jemputan untuk menyampaikan ceramah di Masjid Sg Lui.
Namun, katanya, oleh kerana tiada tauliah, penganjur turut menjemput seorang ustaz yang dikenali sebagai Ustaz Fakaruddin yang mempunyai tauliah untuk memberi ceramah berkenaan hidayah Islam.
“Saya kemudiannya dijemput oleh Ustaz Fakaruddin untuk menceritakan pengalaman saya sendiri, dan bercerita berkenaan hidayah yang saya terima,” ujarnya.

Lawatan peribadi ke Perth, Najib guna wang rakyat sekitar RM60 ribu

KUALA LUMPUR: Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke Australia dengan menggunakan pesawat kerajaan pada Hari Kemerdekaan, 31 Ogos lalu adalah atas kapasiti peribadinya.

Perkara itu diberitahu oleh Kementerian Luar di Dewan Rakyat menerusi jawapan bertulis bagi menjawab soalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

“Untuk makluman Dewan yang mulia ini, lawatan YAB Perdana Menteri ke Perth, Australia pada 31 Ogos hingga 3 September 2011 merupakan lawatan peribadi,” kata kementerian luar.

Kementerian luar menjelaskan, perdana menteri menggunakan peluang untuk berjumpa dengan pelajar dan rakyat Malaysia yang menetap di negara itu sempena majlis Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan Konsulat Jeneral Malaysia.

Minggu lalu, Dewan Rakyat diberitahu, kos pesawat yang disewa dari Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) itu berjumlah RM9.1 juta meliputi kos bahan api, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dalam jawapan bertulisnya berkata, kekerapan penggunaan pesawat itu adalah meliputi 155 sektor di dalam dan luar negara.

Ia bermakna Najib membelanjakan kira-kira RM58, 710 bagi setiap kali pengunaan pesawat berkenaan, dalam anggaran mudah.Keadilandaiky

Wardina Dikecam Kerana Pertikai Yuran Dan Persekolahan Anak Menteri


Semuanya bermula apabila Wardina telah mengulang kenyataan yang dibuat oleh salah seorang peminatnya di laman Twitter berkenaan isu Yuran PIBG yang dikatakan agak mahal. Namun kenyataan yang di "retweet" oleh Wardina telah mendapat respon negatif dari kebanyakan pelayar Twitter termasuklah Ahli Parlimen Rembau, Saudara Khairy Jamaluddin.


Artis yang menjadi pengacara Malaysia Hari Ini di TV3 tersebut juga dilihat telah mempersoalkan sama ada anak-anak Menteri didalam negara bersekolah di sekolah kerajaan. Kenyataannya itu segera dibidas oleh anak perempuan Timbalan Perdana Menteri, Najwa Muhyidin yang menyatakan beliau serta adik beradiknya semua bersekolah di sekolah kerajaan.

Ini menyebabkan Wardina bertanyakan sokongan peminatnya dan segera menyeru supaya semua anak Menteri wajib masuk ke sekolah kerajaan dan Universiti tempatan.

Kenyataan artis ini juga telah menjadi bahan utama blog-blog penyokong kerajaan untuk mengkritiknya. Blog empayar-pemuda.blogspot.com menyifatkan tindakan Wardina itu adalah signal untuk artis berkenaan bertanding di pilihanraya umum yang akan datang. Beliau turut mempersoalkan tindakan Wardina yang sering mengeluarkan kenyataan yang sering menghentam kerajaan.

Manakala blog yuseriyusoff.blogspot.com pula menyindir Wardina dan menasihatkan personaliti berkenaan supaya cermin diri sendiri dahulu sebelum membuat kenyataan yang bersifat provokasi terhadap pihak-pihak kerajaan. Penulis tersebut juga mengingatkan Wardina agar berhati-hati sebelum membuat sebarang kenyataan.

Sultan Brunei Mahu Undang Undang Islam Dilaksanakan Di Negara Itu

Kenyataan Sultan Brunei seperti dilaporkan oleh brudirect.com

KUALA LUMPUR, 11 Okt:Sultan Brunei hari ini menitahkan agar pemerintah negara itu melihat keperluan untuk melaksanakan undang-undang syariah dengan segera, serentak dengan undang-undang sivil di negara itu.

Baginda yang bertitah di mesyuarat Majlis Agama Islam di bangunan Majlis Undangan di sini berkata,perlaksanaan undang-undang itu tidak harus lagi ditangguh lebih lama kerana kelengkapan untuk melaksanakannya sudah ada.

Akta Jenayah Islam jika difahami dengan betul ujarnya, adalah yang terbaik kerana ia datang dan dicipta oleh Allah Yang Maha Kuasa dan tidak manusia.

"Kita tidak harus melambatkan dan sebaliknya merebut petunjuk itu secara positif.

"Apa lagi di sana untuk menunggu? Kita sudah mempunyai bangunan mahkamah yang mengagumkan, ramai pakar telah dihasilkan dan bahawa negara telah mencapai kemerdekaan. Apa lagi?" soal baginda.

Menurutnya, setiap individu bertanggungjawab untuk melakukan perbuatan baik yang merupakan permintaan dari Allah Maha Kuasa.

Sehubungan itu ujarnya,undang-undang Islam penting untuk mengawal semua masalah dalam hidup, agama, keturunan, minda dan kekayaan.

"Walaupun ia adalah tanggungjawab kita, ia perlu dipenuhi bagi Allah Maha Kuasa," titah baginda lagi.

Memetik laporan Brudirect.com, undang-undang Islam ujar baginda, adalah pengetahuan dan sistem yang unik dan sangat cantik dan sudah tentu akan dipilih apabila difahami, namun jika ia tidak difahami, ia akan dibenci.

"Tetapi sejak manusia tidak mahu memahami, undang-undang itu dilihat sebagai buruk dan menakutkan. Segala puji bagi Allah yang Maha Kuasa, kita dipandu oleh-Nya untuk melihat dengan jelas keindahan undang-undang Islam.

"Saya memberi mandat kepada agensi-agensi atau institusi yang berkaitan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Majlis Agama Islam, Negeri Jabatan Kehakiman, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Mahkamah Syariah dan semua pihak untuk bekerjasama dan berurusan secara kolektif dan telus sehingga undang-undang ini mula membuahkan hasil," titah baginda lagi.

Terdahulu, Menteri Hal Ehwal Ugama, Pg Dato Seri Setia Dr Hj Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman berkata, Majlis Agama Islam Brunei adalah badan tertinggi dalam membantu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda dalam menegakkan kesucian Islam di negara ini.Hrkh

[Baca berita asal]

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....