Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 15 Februari 2012

Israel : DS Anwar Dijangka Jumpa Tok Guru Nik Aziz Minggu Ini

Gamba fail

SHAH ALAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaik sahaja beliau pulang ke tanah air bagi menjelaskan kenyataan berhubung isu Israel-Palestin dalam akhbar Wall Street Journal (WSJ).

Bagaimanapun Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, pertemuan itu yang dijangka selewatnya minggu ini perlu melihat kepada kelapangan masa Nik Aziz.Katanya, pertemuan itu dijangka berlangsung dalam keadaan baik meskipun perkara ini sengaja diperbesarkan oleh media kerajaan.

“Kami telah meneliti kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Syura Ulama Pas dan menghormati pandangan mereka. Walaupun Anwar kini berada di luar negara, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz bagi menjawab isu tersebut setelah pulang ke tanah air.

“Namun bila dan di mana pertemuan itu berlangsung bergantung pada surat dari pejabat Menteri Besar,” katanya mengulas gesaan Nik Aziz yang mahu Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, menarik balik kenyataannya yang disiarkan dalam WSJ.

Laporan Sinar Harian hari ini memetik sumber dalaman PKR berkata, Anwar dijadual bertemu Nik Aziz dalam masa terdekat ini bagimenjawab isu berkenaan.Anwar dalam wawancaranya dengan WSJ dilaporkan berkata beliau menyokong usaha menjaga keselamatan Israel.

Pada masa yang sama, pada wawancara itu, Anwar turut menegaskan bahawa kepentingan sah rakyat Palestin juga mesti dilindungi.

Kenyataannya itu mengundang rasa tidak senang pelbagai pihak termasuk Majlis Syura Ulama Pas yang juga selari dengan pendirian parti itu supaya tidak mengiktiraf negara Israel dan mahu Anwar menarik balik kenyataannya itu ataupun menyaman majalah itu jika laporan berkenaan adalah tidak benar.SH

NFC: Kenyataan Nazri bukti dakwaan Pakatan benar


KUALA LUMPUR, 15 Feb: Kenyataan terbuka Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz bahawa National Feedlot Corporation (NFCorp) melanggar syarat perjanjian pinjaman dengan Kerajaan Persekutuan membuktikan dakwaan Pakatan Rakyat sebelum ini benar.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar (gambar) berkata, Nazri selaku menteri yang memegang portfolio undang-undang harus menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempercepatkan proses siasatan dan mengambil tindakan segera terhadap pihak yang terlibat.

"Kita tidak faham kenapa Datuk Seri Nazri Aziz yang bertangungjawab ke atas SPRM sudah membuat pengumuman terbuka tapi SPRM masih belum mengambil apa-apa tindakan.

"PAS desak Nazri mengarahkan SPRM untuk segera ambil tindakan kerana ini melibatkan wang rakyat," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Nazri semalam mengakui telah berlaku kes pecah amanah apabila duit yang seharusnya digunakan untuk tujuan penternakan lembu telah digunakan untuk tujuan lain oleh NFCorp.

PAS sebelum ini meragui penjelasan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) bahawa kontrak bagi pinjaman mudah RM250 juta yang diterima daripada kerajaan ditandatangani pada 2007.

NFC mempertikai dakwaan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) bahawa syarikat itu menerima sejumlah wang sebelum kontrak dimeterai.

Sehubungan itu, Kamarudin yang juga Ahli Parlimen Tumpat berkata, Suruhanjaya Diraja harus ditubuhkan bagi menyiasat NFC selain siasatan oleh SPRM.

Dalam pada itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar semalam meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan mengenai dakwaan perjanjian melibatkan pinjaman RM250 juta antara Kementerian Kewangan dan NFCorp tidak disediakan oleh pejabat Peguam Negara.

Beliau meminta Najib menyatakan pihak mana yang menyediakan perjanjian itu jika benar ia tidak disediakan oleh Peguam Negara.Hrkh

Video : Disiasat Dibawah Akta Hasutan,Kenyataan Media Azmin Ali




Timbalan Presiden PKR Azmin Ali hari ini memberi keterangan kepada polis berhubung perhimpunan membebaskan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat II pada 9 Januari lalu.

Beliau memberi keterangan dan disiasat di bawah seksyen 41 A Akta Hasutan 1948 di Balai Polis Kepong kira-kira jam 11.05 pagi tadi.

Bercakap kepada pemberita selepas memberi keterangan, Azmin berkata terdapat satu laporan polis yang dibuat oleh OCPD Sentul ACP Zakaria Pagan pada 30 Disember lalu, yang mendakwa Azmin akan menganjurkan satu perhimpunan pada 9 Januari.

Biadab !!! Betina Hina Islam Di Twitter

Statement di Twitter Tengku Sophia yang menghina azan

Mungkin ada yang tahu dan ada yang tidak tahu akan nama Tengku Sophia yang amat mengemparkan statement beliau di twitter dimana belia menghina Agama Islam dan menghina Azan yang kini telah memeluk agama Kristian. Twitter beliau iaitu @TengkuSophia kini sudah menghampiri 40 ribu followers dari serata Nusantara.

Provokasi melampau ini ternyata mengundang kemarahan umat islam senusantara dan amat memalukan dirinya sendiri. Setiap agama telah menetapkan untuk kebebasan beragama dan mengamalkan budaya masing-masing. Namun Tengku Sophia ini langsung tidak menghormati sensitiviti umat Islam seluruh nusantara.

Banyak perkara yang tidak puas hati disampaikan oleh Tengku Sophia ini, beliau seharusnya menghormati agama lain dan bukannya mempertikaikan isu agama Islam itu. Beliau seharusnya dihukum oleh pihak berwajib bagi mengelakkan provokasi lebih besar bakal berlaku di Nusantara ini.

Walaupun Tengku Sophia ini seorang yang jahil ilmu agama, beliau tidak seharusnya melakukan provokasi melampau terhadap umat islam. Ini kerana umat islam tidak pernah berasa benci terhadap agama lain. Didalam twitter beliau, Tengku Sophia turut menghantar status seperti :-

- ISLAM is agama SESAT and paling BODOH karena sembah ALLAH SWTF yang HALALKAN POLIGAMI.

- Muhammad SAWF adalah Kekasih ALLAH SWTF. *Can you **** this? DICK vs DICK = GOAL!!!

-JESUS adalah NABI ISA? Dari mana kau tau? Alqur’an?? Jangan la percaya kepada Isi Alqur’an. Because tu SEMUA TIPU, di karang Muhammad BABI

Israel : DS Anwar Akan Jumpa Tok Guru Nik Aziz

SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam masa terdekat ini bagi menjawab isu beliau dikatakan menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang dilaporkan Wall Street Journal (WSJ), baru-baru ini.

Menurut sumber dalaman PKR, perjumpaan akan dilakukan selepas mesyuarat bersama kepimpinan PKR, hari ini.

“Esok kita akan adakan perbincangan bersama kepimpinan PKR, selepas itu baru tentukan bila Datuk Seri Anwar bertemu Tok Guru (Nik Aziz).

“Perbincangan yang mendalam akan diadakan bersama Tok Guru bagi menjelaskan isu ini,” katanya.

Sebelum itu, Sinar Harian cuba mendapatkan komen pemimpin PKR, Setiausaha Agungnya, Datuk Saifudin Nasution yang dihubungi mengatakan PKR masih belum membuat sebarang kenyataan rasmi perkara itu.

“Awak adalah wartawan ke-19 yang menghubungi saya hari ini… saya tiada kenyataan yang boleh saya keluarkan lagi setakat ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, beliau perlu mendapatkan maklumat yang mendalam sebelum membuat sebarang kenyataan.

Kelmarin, Pas menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim tarik balik kenyataannya menyokong sebarang usaha memastikan keselamatan negara Israel seperti yang disiarkan dalam WSJ, baru-baru ini.SH

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....