Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 17 Mac 2014

6 Pengunjung Konsert Maut 10 Minit Selepas Ambil Dadah


Siasatan awal polis mendapati enam pengunjung konsert mati dalam tempoh 10 minit selepas mengambil dadah “ecstacy” jenis baru.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata dadah jenis baru itu didapati baru berada dalam pasaran negara ini dan kemungkinan sedang diuji sindiket dadah.

Katanya siasatan polis juga mendapati mereka berkongsi dadah itu yang dijual kepada pengunjung konsert Festival Future Music Asia 2014 (FMFA) di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan harga tertentu.

"Hasil siasatan dan saringan awal daripada ujian hospital, kesemua mereka positif dadah jenis methampetamine dan ampetamine,” katanya hari ini.

Awal pagi Sabtu lepas, enam orang termasuk tiga wanita, meninggal dunia akibat pengambilan dadah selepas mengalami sesak nafas ketika menonton konsert berkenaan manakala 15 individu lagi dirawat di hospital.

Ekoran insiden itu, konsert itu yang sepatutnya berlangsung tiga hari dibatalkan pada hari terakhir semalam.

Mereka dirawat di Hospital Kuala Lumpur, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) manakala seorang dibenarkan keluar dari PPUM semalam.

Tuduh juruterbang sabotaj MH370 tindakan biadap

 Pray For MH370

KUALA LUMPUR: Tindakan media asing khususnya akhbar Daily Mirror dan Daily Mail mengaitkan kejadian pesawat MH370 sebagai tindakan sabotaj juruterbang dan pembantu juruterbang adalah satu tindakan biadap.

Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Malaysia dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, hari ini berkata tindakan itu disifatkan biadap memandangkan siasatan masih dijalankan, selain pihak berkuasa Malaysia mendapati wujud unsur rampasan, dan bukannya sabotaj.

Pengerusinya, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss( gambar ), berkata tindakan media yang berpangkalan di United Kingdom itu serta beberapa akhbar lain juga merupakan tindakan tidak rasional, selain mengetepikan sensitiviti keluarga kedua-duanya.

"Tindakan media luar itu tidak boleh diterima. Perlu diingatkan akhbar Daily Mirror pernah memfitnah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai pengganas Al-Qaeda pada 2007 lalu, yang akhirnya diarahkan untuk memohon maaf kepada Ustaz Hadi beserta ganti rugi teladan," kata beliau.

Selain menegaskan dakwaan itu juga menjatuhkan reputasi negara, Raja Iskandar turut melahirkan rasa kecewa apabila terdapat segelintir pihak mengaitkan juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah dengan teori bahawa beliau mensabotaj pesawat itu kerana kecewa dengan keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

MH370 : Ridhuan Tee Selar Raja Bomoh

Ibrahim Mat Zin sedang mengadakan ritual untuk mengesan pesawat MH370 yang hilang

Pendakwah bebas, Dr Ridhuan Tee Abdullah hari ini menyifatkan perlakukan raja bomoh dalam usahanya mencari pesawat hilang Malaysia Airlines MH370 hanya akan lebih menyesatkan umat Islam jika ada yang terpedaya dengan upacara ritualnya itu.

Beliau berkata, jika upacara sedemikian berlaku ketika zamannya hendak memeluk Islam suatu masa dahulu pasti hajatnya itu tidak kesampaian.

"Kebimbangan saya, jika ditakdirkan bomoh itulah yang menjumpai MH370 itu nanti, semakin ramailah umat Islam yang akan percayai kepada bomoh daripada menumpahkan ketaatan kepada Allah.

"Jika ditakdirkan saya melihat perbuatan umat Islam dalam mencari MH370 sebegini, sudah tentu saya tidak jadi memeluk Islam," katanya menerusi satu artikel dalam akhbar Sinar Harian hari ini.

Ibrahim Mat Zin atau juga dikenali sebagai raja bomoh datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dua kali sepanjang minggu lalu bagi mengadakan upacara ritual untuk mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak dua minggu lalu.

Dia yang pada mulanya mengaku diupah oleh orang kenamaan mengubah kenyataannya mendakwa upacara itu dilakukan atas inisiatifnya sendiri.

Ridhuan berkata, umat Islam sewajarnya perlu melihat apa yang terkandung dalam ajaran agama Islam itu sendiri berbanding melihat perlakuan segelintir pihak tidak bertanggungjawab.

Dilabel pengkhianat kerana lawan Umno

KAJANG: Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd Shariff Omar berkata, beliau kini mendapat jolokan baru sebagai 'pengkhianat'.

Katanya, label baru itu diperolehinya selepas sehari mengumumkan menyertai PKR di Kajang pada Jumaat lalu.

"Ini jolokan yang saya dapat apabila saya menentang Umno. Hilang habis jasa kita ketika dalam Umno dulu.

"Dulu masa saya Umno depa cium tangan saya, bila keluar depa hina. Tak mengapa, saya terima sebab saya berani untuk lawan Umno," katanya pada ceramah di Tapak Karnival Usahawan Selangorku di pekarangan Metro Point di sini malam semalam.

Sepatutnya kata Mohd Shariff, pemimpin Umno yang rasuah, 'songlap' duit rakyat itulah pengkhinat sebenar.

"Hak tu (yang tu) depa puja, kita yang lawan orang-orang ini dituduh pengkhianat," ujarnya lagi.

Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga berkata, tindakan beliau menyertai PKR kerana sudah meluat dengan Umno.

Katanya perjuangan Umno kini jauh terpesong dari perjuangan asal yang di bawa pemimpin terdahulu.

"Umno ini kita kena tolak. Dah tak ada apa kita boleh harap kat Umno.

"Kita orang Melayu sudah ada pilihan. Umno tak payah la. Kita ada parti lain iaiti Pakatan Rakyat yang boleh bela rakyat," tegas beliau yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Tasek Gelugor selama enam penggal.Hrkh

Ibrahim Ali Dihina,Perkasa Boikot PRK Kajang

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali

Timbalan Presiden Pertubuhan Pribumi (Perkasa), Datuk Abdul Rahman Bakar menyelar calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Datin Paduka Chow Mei Fun di atas kenyataannya yang menghina Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali .

Beliau mengulas mengenai laporan berita televisyen TV3 semalam apabila Chow membuat dakwaan imejnya terjejas gara-gara penyiaran gambarnya bersama presiden Perkasa itu.

Katanya, kenyataan calon BN bagi PRK Kajang yang dianggap melampau itu menyebabkan kumpulan pendesak Melayu menggesa warga Perkasa tidak keluar mengundi di PRK pada 23 Mac ini.

"Kebiadapan yang ditunjukan calon MCA terhadap presiden kita dan Perkasa amnya yang disiarkan dalam berita perdana di TV3 semalam adalah sangat tidak wajar‎," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Timbalan presiden itu juga berkata, kenyataan Chow itu seolah-olah menyamakan presiden Perkasa sebagai seorang penjenayah.

Perkasa turut mempertikaikan kenyataan itu apabila berkata calon MCA boleh menafikan gambar itu tanpa mendakwa ia menjatuhkan imejnya.

"Bukankah calon MCA boleh setakat menafikan beliau tidak pernah berjumpa presiden perkasa dan bergambar dengannya serta beliau tiada kena mengena dengan Perkasa sahaja? Mengapa perlu sebut sesuatu yang boleh menjatuhkan imejnya?‎" katanya.TMI

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....