Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 3 April 2011

Demonstrasi : Wajah Sebenar ' PDRM ' ( Video Inside )



KLANG 3 APRIL : Tiga tunjuk perasaan di Lembah Kelang hari ini menzahirkan sikap pilih kasih polis dalam menjalankan tugas mereka, sungguhpun badan itu mendakwa ia bebas dan berkecuali.

Lebih seratus anggota polis dikerah untuk menghalang demonstrasi Anti Loji Nuklear yang dianjurkan Pakatan Rakyat di Pulau Ketam pagi tadi, sehinggan memaksa majlis itu terpaksa dialihkan ke tempat lain.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dan hadiri dihalau dari kawasan jeti Pulau Ketam yang menjadi lokasi asal perhimpunan aman itu.

Satu lagi demonstrasi bersabit isu novel Interlok yang membabitkan wakil rakyat Pakatan Rakyat di Batu Caves juga dihalang polis.

Sekurang-kurangnya dua orang termasuk Ahli Parlimen Teluk Intan M.Manogaran di tahan.

Namun, di sebelah petang, polis bermurah hati apabila membenarkan demonstrasi anjuran Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) yang disokong oleh Umno berjalan tanpa halangan di Kelang.

Malah penunjuk perasaan pro-Umno dibenarkan berkumpul betul-betul di halaman Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di sini hari ini, dan mencetuskan pelbagai tafsiran orang ramai yang lalu-lalang di situ.

Penunjuk perasaan berkenaan kemudian dibenarkan mencaci keperibadian Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Malaysia, sekali lagi tanpa polis mengambil sebarang tindakan.

Pengerusi DAP Klang Ivan Ho Fook Keong berkata cara polis menangani tunjuk perasaan jelas menunjukkan badan itu tidak professional dan berkecuali sebagaimana
yang diharapkan oleh rakyat.

"Kami hendak adakan perhimpunan aman tetapi dihalang polis. Tetapi kalau UMNO nak buat demonstrasi jalan raya, polis menggalakkan mereka," kata beliau.

Ivan merujuk kepada demonstrasi 'kepala lembu' di shah alam dan beberapa tunjuk perasaan anjuran penyokong Umno yang tidak dihalang oleh polis, semata-mata
kerana yang disasarkan adalah Pakatan Rakyat.

"Tetapi apabila kami berhimpun secara aman,kami diugut akan ditangkap," kata Ivan.TVS

Banyak lagi ‘drama’ menjelang p’raya Sarawak

KULIM, 3 April: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, menjelang pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April ini, banyak lagi lakonan drama yang akan dipentaskan.
Ini, ujarnya termasuklah menampilkan pelakon yang membawa watak dalam video seks lucah yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Pelik, aneh, ajaib dan ganjil. Video seks lucah dinyatakan sebagai tulen. Yang rakyat mahu tahu ialah pelakon yang mirip wajah Anwar. Siapa dia pelakon itu. Yang edar video lucah kenapa tiada tangkapan.
Katanya, rakyat jelata yang ada video lucah didakwa, sementara pemimpin Umno dan BN yang terlibat tidak pula didakwa.
“Inilah keadilan yang dicemari oleh kuasa penyelewengan dalam sistem pentadbiran dan kehakiman negara," katanya yang juga Naib Presiden PAS.
Mengenai rasuah, beliau berkata sepatutnya tangkapan ke atas mereka yang terlibat dengan gejala rasuah dalam negara mestilah bersikap telus dan adil.
“Janganlah hanya tangkapan dibuat ke atas ‘bilis-bilis’ sahaja sedangkan jerung dibiarkan bermaharaja lela,” katanya ketika menyampaikan ceramah isu semasa di Kampung Keladi, semalam.

Gambar : Sekitar Pelancaran Jentera Pilihanraya Pas Dun Muara Tuang Sarawak Oleh Tuan Guru Presiden






Ku Li Desak Kerajaan Pusat Kembalikan Royalti Petroleum Kepada Kelantan

LUMPUR 3 APRIL : Bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menggesa Putrajaya menghentikan sebarang amalan menganak-tirikan kerajaan negeri pembangkang dan merujuk Imbang Penuhkepada isu royalti minyak Kelantan sebagai contoh hak rakyat negeri dinafikan .

"Saya rasa tak ada perkara yang patut menghalang pemberian wang tunai ini daripada dilanjutkan ke negeri berkenaan (Kelantan). Ada minyak bayarlah, "kata Tengku Razaleigh kepada TVSelangor.

"Tak ada (wang ehsan) dalam Akta Kemajuan Petroleum. Wang ehsan ini sedekah. Rakyat (Kelantan) bukan nak minta sedekah, Ini (royalti) hak dia," tambah beliau.

Tokoh veteran Umno itu menegaskan Kerajaan Pusat tidak harus menganaktirikan kerajaan negeri walaupun dokongan politik masing-masing berbeza kerana ia hanya menyusahkan rakyat.

"Tak kira siapa kerajaan pun, Samada di Kelantan, Kedah, Pahang, Selangor dan Johor sama sahaja. Jadi kalaulah hendak menganaktirikan negeri sebab berlainan politik, tak patut (kerana) yang menanggungnya adalah rakyat, bukan kerajaan yang berkuasa," tegas beliau. "Tak ada keadilan dari segi itu," tambahnya.

Tengku Razaleigh berkata konsep Federalisme di Malaysia tidak akan bermakna jika hak-hak kerajaan negeri dibelakangkan.

"Kalau kita dengar ada negeri yang tak dapat layanan sewajarnya, saya rasa itu tak patut. Ia bertentangan dengan semangat Persekutuan itu sendiri. Jadi tak ada makna adanya (konsep) Persekutuan kalau semangat kerjasama dan tolong menolong tidak diteruskan,"kata beliau.

Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan adalah dibawah pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Pemimpin negeri berkenaan sering merungut dipinggirkan dalam pelbagai program kerajaan pusat.

Pengagihan peruntukan untuk negeri-negeri berkenaan juga didakwa tidak setimpal berbanding negeri di bawah pemerintahan Umno-Barisan Nasional.

Kerjasama antara Kementerian Persekutuan dan Kerajaan Negeri juga suram kerana arahan-arahan tertentu daripada Menteri berkenaan dikatakan didorong atas pertimbangan politik.

Contohnya Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar dilaporkan pernah melarang kakitangan dan pegawai agensi Kementerian Pertanian menghadiri mesyuarat pembangunan yang dianjurkan di empat negeri pembangkang.

Manakala Radio Televisyen Malaysia cawangan Selangor diarah berpindah keluar daripada Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor oleh Putrajaya, sebaik sahaja negeri itu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Tengku Razaleigh berkata tuduhan bahawa Kerajaan Persekutuan menganak-tirikan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tidak boleh ditolak begitu sahaja.

Video seks: Kajian Menunjukkan Umum Anggap Umno, BN Dalang

KUALA LUMPUR, 3 April — Majoriti rakyat Malaysia berpandangan pendedahan rakaman video seks oleh tiga “Datuk T” termasuk diakui sendiri oleh Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan rakannya bermakna berkemungkinan skandal itu didalangi Barisan Nasional (BN).
Kajian kendalian firma bebas Merdeka Center baru-baru ini menunjukkan 39 peratus daripada 504 responden menuding jari ke arah BN dan Umno ekoran pendedahan video tersebut dua minggu lalu.
Pun begitu ramai juga yang sangsi dengan kemungkinan itu memandangkan 38 peratus mengatakan mereka tidak tahu.
Hanya 18 peratus dengan tegas mengatakan BN tidak terlibat dalam kontroversi itu yang menunjukkan seorang lelaki, didakwa pemimpin kanan Pakatan Rakyat, mengadakan hubungan seks dengan pelacur asing.
Hasil kajian yang diperoleh The Malaysian Insider semalam dikendalikan antara 24 dan 27 Mac lalu.
Daripada 504 responden yang ditemui, 85 peratus sedar kewujudan video itu manakala 15 peratus mengatakan mereka tidak tahu.
Ada banyak ruang kabur (dalam pandangan) di kalangan orang ramai, kemungkinan disebabkan ketidakpastian, sesetengah (pula masih) teragak-agak atau memang kurang maklumat apabila bercakap mengenai Anwar, memandangkan kebanyakan maklumat yang ada mengenai beliau adalah (condong kepada) satu pihak dan negatif,” kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian mengenai hasil kajian itu.
Ketika menemui pemberita tiga hari selepas pendedahan rakaman itu, Abdul Rahim yang juga bekas ketua menteri Melaka dan bekas ketua Pemuda Umno pusat berkata, beliau mengulangi pendiriannya meminta pemimpin pembangkang yang dirujuknya sebagai “si polan” supaya meletak jawatan atas factor liabiliti, seperti yang dilakukan olehnya ketika berdepan dakwaan merogol gadis bawah umur kira-kira 17 tahun lalu.
Beliau berkata tindakannya meletak jawatan sebagai ketua menteri Melaka adalah kerana permintaan Anwar pada ketika itu, yang menyifatkannya sebagai bebanan kepada Umno selain faktor semangat kesetiaan kepada kepentingan-kepentingan negara walaupun mahkamah kemudian mendapatinya tidak bersalah.
“Dia (Anwar) kata saya jadi liabiliti walaupun tak bersalah dan telah dibuktikan di dalam mahkamah. Saya berhenti. Jadi, hari ini saya harap Anwar ikutlah contoh saya. Rakyat yang taat setia dan menjunjung kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan negara,” katanya.
Anwar sebelum ini menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video seks kononnya beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali di hotel Carcosa Seri Negara bulan lalu.
Najib dan Hishammuddin masing-masing presiden dan naib presiden Umno kemudian menafikan penglibatan mereka dalam rakaman berkenaan.

Video & Gambar : Bersama Bob Lokman Ronda Ronda Kuala Terengganu









KUALA TERENGGANU - Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu membawa 'bekas selebriti' Bob Lukman menjelajah bandar Kuala Terengganu bagi menyampaikan mesej 'PAS Ganti Umno' (PGU) kepada warga 'bandaraya' tersebut.Baca seterusnya dari ' SUMBER '....

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....