Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 21 Januari 2012

Gambar : Konvoi Mengiringi Ust Azhar Idrus Sempena Sambutan Jubli Emas Pemuda PAS Terengganu




Penganalisis : Rayuan memarakkan idea BN ingin hapuskan Anwar

Anwar tetap berpegang kepada pendirian bahawa perbicaraan kes liwat beliau merupakan konspirasi politik. — Gambar fail

KUALA LUMPUR, 21 Jan — Keputusan untuk merayu pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat beliau telah menyemarakkan kepercayaan bahawa Barisan Nasional (BN) tidak akan berputus asa dalam usaha menamatkan cita-cita politik Ketua Pembangkang berkenaan, demikian menurut penganalisis politik tanah air.

Pendakwa raya telah memfailkan rayuan semalam walaupun hakim perbicaraan, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah menegaskan bahawa bukti DNA dalam kes tersebut mungkin telah dikompromi apabila disabitkan tidak bersalah meliwat pembantunya, Mohd Saiful Azlan Bukhari.

“Majoriti rakyat Malaysia berasa sinikal terhadap siri kezaliman di atas siri pertuduhan jenayah yang dikenakan terhadap Anwar, bahawa (BN mahu menjatuhkan Anwar) merupakan kesimpulan yang paling mungkin dicapai,” menurut Presiden Bar Council Lim Chee Wee kepada The Malaysian Insider.

Beliau turut mempersoalkan mengapa Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden,” orang ketiga terpenting Ketua Hakim Negara”, harusnya meluangkan masa “mendakwa jenayah yang tidak mempunyai mangsa dan berasaskan moral” daripada tuduhan yang lebih serius seperti rasuah dan kes bunuh.

James Chin, pensyarah Sains Politik di Monash Universiti menjelaskan kepada AP bahawa pergerakan itu melibatkan kesan negatif terhadap Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa beliau tidak terlibat dan tidak masuk campur terhadap pertuduhan tersebut dan serius untuk memastikan keadilan sivil.

“Ia merupakan halangan untuk Anwar kerana beliau akan menghabiskan masa terhadap proses rayuan dan tidak bersedia untuk pilihan raya,” tambahnya.Ibrahim Suffian, penyelidik bebas di Merdeka Center berkata kepada Reuters “rayuan terhadap pertuduhan itu bermain di sekitar cerita pembangkang bahawa kerajaan tidak akan berhenti daripada menghapuskan perjuangan politik Anwar.”

Video Paling Menarik Sempena Tahun Baru Cina



Bukan sekadar nasi dan lauk juga bungkusan kasih dan sayang...

Selamat Tahun Baru Cina...

Happy chinese new year...

Perutusan Tahun Baru Cina Presiden PAS

Bersempena dengan Tahun Baru Cina yang akan disambut oleh masyarakat Tionghua di Malaysia dan di seluruh dunia minggu ini, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin mengucapkan selamat menyambut hari kegembiraan tersebut. Perayaan yang turut melibatkan majlis makan besar dalam keluarga besar merupakan satu nilai positif yang juga turut disanjung ajaran Islam. Islam juga  menggalakkan hubungan kekeluargaan dipereratkan, malah jika sudah memeluk Islam sekalipun, hubungan kekeluargaan tidak pernah putus khususnya dengan kedua ibu bapa mereka.

Apa yang malangnya ialah pemerintahan negara selama puluhan tahun ini masih belum mampu mewujudkan perpaduan nasional yang mantap. Malah hidup dalam kegelisahan akibat permainan politik perkauman pihak pemerintah. Bahkan hubungan masyarakat Tionghua di Tanah Melayu ini telah wujud seawal pemerintahan kerajaan Islam Melaka melalui hubungan diplomatik Laksamana Cheng Ho dengan kerajaan Melaka.

Masyarakat Tionghua di Malaysia merupakan kelompok kedua terbesar di negara ini dan memberi kesan terhadap politik dan sosial negara. Perubahan yang mereka lakukan dalam pilihanraya ke-12 yang lalu membuka lembaran baru politik negara yang menyentak keselesaan pemerintah di peringkat pusat. Perubahan yang dilakukan adalah untuk melihat negara maju ke hadapan dan keluar daripada politik usang yang menindas, diskriminasi dan zalim kepada rakyat kepada politik yang adil dan saksama sesama rakyat.

Video : Menarik !! Lawatan Mengejut DS Anwar Ke Kg Kerinchi Lembah Pantai




DS Anwar Ibrahim turun ke KG. Kerinchi Lembah Pantai untuk minum petang dan ianya merupakan suatu lawatan mengejut Pada 19 Jan 2012 jam 5 petang.

[ Video Inside ] Video Aib Fitnah Anwar Disebarkan ke Ahli Majlis PBT

PETALING JAYA, 20 JAN : Pengedaran video aib yang memfitnah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kali ini disasarkan kepada ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor.Yang peliknya, VCD tersebut diposkan di dalam satu sampul bersama surat yang memaparkan ajaran Islam tentang dosa orang yang mengumpat.

Terkini, dua laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya oleh dua orang ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Mahharul Ismail dan Halimey Abu Bakar.

Mereka mendakwa menerima salinan VCD video aksi seks lelaki dikatakan mirip Anwar dengan seorang perempuan iras bangsa Cina dua hari lepas di alamat kediaman dan pejabat mereka.VCD tersebut diposkan di dalam sampul beserta surat itu.

Antara kandungan surat tersebut adalah :

"Islam mewajibkan umatnya menjaga lidah daripada berkata-kata perkara yang tidak baik antaranya ialah mengumpat. Mengumpat ialah menyebarkan keaiban atau memburukkan orang melalui lidah.""Kami membuat laporan ini supaya pihak polis dapat menyiasat siapa yang menghantarnya tanpa penama dan diharap dapat juga menyiasat motif penghantaran VCD ini.

"VCD ini bukan sahaja diedarkan kepada ahli majlis MBPJ tetapi juga ahli-ahli majlis seluruh negeri Selangor ujar Halimey."Maharrul berkata laporan itu juga dibuat sebagai tanda kekesalan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab mengedarkan VCD lucah tersebut.

"Ini juga merupakan satu kesalahan mengikut akta kesalahan jenayah atas kesalahan memiliki atau mengedar bahan lucah terutama diedarkan kepada penjawat awam," tegas Maharrul yang menerima salinan VCD itu di pejabatnya Rabu lalu.

Kedua ahli majlis MBPJ tersebut turut menyatakan kemungkinan pengedaran VCD ini bermotifkan fitnah politik kerana ianya disasarkan kepada penjawat awam dan diedarkan selepas Anwar dibebaskan daripada tuduhan meliwat.

"Fitnah ini semata-mata untuk menggambarkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat dan Ketua Pembangkang Malaysia ini tidak bermoral.Jadi kami berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya kerana ini merupakan jenayah berat," kata Maharrul.TVS

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....