Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 12 April 2010

Tim. Menteri Pengsan Dalam Hutan

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs374.snc3/24005_108121812555149_100000719927800_108312_5067113_n.jpg

Timbalan menteri Pelajaran YB Puad Zarkashi...pengsan di hutan dekat Nabawan ketika melawat sekolah di pedalaman Sabah..huh jalan jauh sikit dah pengsan.Bagaimana agaknya nasib para guru yang mengajar nun jauh di pendalaman,bagi mereka perjalanan yang sukar sudah menjadi asam garam 'alah bisa tegal biasa'.Adakah mereka mendapat pembelaan yang sewajarnya dari kerajaan.
Di harap kejadian yang menimpa Puad ini lebih membuka mata beliau dalam membela nasib guru guru yang mengajar di pendalaman.Seharusnya para guru ini wajar mendapat imbuhan yang setimpal dengan pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa.Tanpa guru siapalah kita.

Gambar Terkini Tok Guru Nik Aziz Di Makkah

Sumber@lagi... " Dinner dengan TOK GURU NIK AZIZ di bilik CL...."

Syarat MB Selangor Beri Peruntukan Terus Kepada ADUN BN

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor sedia memberi peruntukan terus kepada Anggota Dewan Undangan Negeri itu daripada Barisan Nasional hanya jika kerajaan pusat memberikan peruntukan terus kepada wakil rakyat daripada pakatan pembangkang, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"(Jika) hari ini kerajaan persekutuan membuat pengumuman (beri peruntukan terus kepada wakil rakyat pembangkang), esok kerajaan negeri akan membuat pengumuman (beri peruntukan kepada Adun BN) tersebut," katanya kepada pemberita selepas perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas titah perasmian Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahukan kerajaan Selangor memastikan semua Adun mendapat peruntukan yang sesuai agar mereka dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Pemuda PAS Kelantan cabar Kickdefella buat lapuran SPRM

KOTA BARU, 12 April — Seorang penulis blog yang mendedahkan dokumen melalui blognya kononnya wujud penyelewengan dalam pengurusan parti dan kerajaan dicabar membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika yakin ada bukti kukuh.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari memberi respons tersebut terhadap beberapa siri tulisan salah seorang blogger sejak kebelakangan ini.
“Saya mencabar beliau jika beliau yakin terdapat penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri Kelantan di bawah kepimpinan Dato Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar.
“Menteri Besar seringkali membuka ruang pintu siasatan kepada SPRM sepanjang masa bagi membuktikan ketelusan pentadbiran dan kesediaan untuk disiasat jika terdapat mana-mana anggota pentadbiran yang terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa,” katanya melalui kenyataan dikeluarkan hari ini.

Ahli Parlimen Nibong Tebal Mungkin Kembali Sertai PKR


GEORGE TOWN: Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng mungkin mempertimbangkan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas saman fitnah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng selesai.

Tan berkata, ini kerana parti tidak menyetujui tindakannya menyaman Lim.

"Itulah sebab saya tinggalkan parti," katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis penyampaian bantuan kepada pesakit dialisis di Jelutong semalam.

Tan memberitahu, dia masih mempunyai banyak kawan di kalangan ahli-ahli parti tersebut.

"Saya berbual-bual dengan Ahli-Ahli Parlimen PKR di Parlimen - kami masih bergaul dan tiada permusuhan. Bagaimanapun buat masa ini, saya tidak boleh pertimbang untuk menyertai semula parti kerana masih terdapat perkara yang perlu diuruskan.

"Jika semua ini diselesaikan dan parti bersedia menerima saya kembali, saya akan pertimbang menyertai semula PKR," katanya.

MIC-BN Gagal Bantu Rakyat India


KUALA LUMPUR : MIC dan Barisan Nasional langsung tidak berusaha untuk memperjuangkan nasib masyarakat India di Malaysia.

"Pemimpin-pemimpin hanya memperbodohkan masyarakat India kerana mereka beranggapan kononnya kononnya kelompok masyarakat India ini tiada pilihan lain kecuali akan terus menyokong MIC tetapi anggapan mereka meleset apabila masyarakat India beralih menyokong Pakatan Rakyat (PR) yang mengambil berat dan prihatin untuk membantu mereka," Kata Exco Negeri Selangor, Dr. Xavier Jayakumar dalam Majlis keramaian yang diadakan di Dewan Merdeka, Kuala Kubu Baru lalu.

Dalam majlis tersebut Dr. Xavier Jayakumar EXCO Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor telah menyerahkan cek-cek kepada kesemua pengerusi-pengerusi PIBG bagi 97 buah sekolah-sekolah Tamil seluruh negeri Selangor. Secara purata setiap sekolah menerima sumbangan sebanyak RM5,000 ke RM10,000 mengikut keperluan sekolah masing-masing. Sumbangan tersebut merupakan peruntukan tahun ini dari Kerajaan Negeri untuk membantu murid-murid miskin di sekolah masing-masing.

PRK Hulu Selangor:Dilema BN Dalam Memilih Calon

KUALA LUMPUR, 12 April — Sebahagian besar pemimpin kanan MIC dengan diketuai Presidennya MIC Datuk Seri S. Samy Vellu berkampung di Hulu Selangor hampir 12 jam meninjau persekitaran kerusi itu. Pemimpin-pemimpin MIC rata-rata memfokus kawasan pengundi India.
Samy Vellu berada di kawasan itu hampir setiap hari selepas kerusi itu diumumkan kosong, lebih-lebih lagi setelah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.
Begitu juga Datuk G. Palanivel yang bertindak sebagai penyelaras bahagian Parlimen Hulu Selangor sejak Oktober lalu.
Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan nama calonnya Khamis ini. MIC dikatakan masih berpegang kepada pendiriannya mahukan Palanivel sekali lagi diberikan peluang membawa cabaran di kerusi berkenaan.
Beberapa pemimpin MIC yang dihubungi The Malaysian Insider semalam mengakui pucuk kepimpinan masih berpegang kepada pendirian berkenaan tetapi menyerahkan kepada pucuk kepimpinan BN untuk membuat keputusan akhir.
Mengambil kira sejarah MIC ini merupakan kali pertama, walaupun pernah meletakkan calon dalam beberapa pilihan raya kecil, berhadapan dengan kesukaran dalam memastikan calon yang disyorkannya ”sudah hampir pasti” dipilih sebagai calon. Kesukaran itu lebih jelas memandangkan nama yang dipanjangkan merupakan seorang timbalan presiden.

Lawatan Kebajikan Unit Amal Pas Kawasan Besut

Sumbangan dari Unit Amal Kaw. Besut di sampaikan Ketua Penyelarasnya saudara Zulkifli Hamat
Bertanya khabar masaalah kesihatan yang dihidapi saudara Suhaimi Mohd

Baru baru ini Unit Amal Kawasan Besut telah menziarahi Ahli Lembaga Pengarah Amal Negeri Terengganu,saudara Suhaimi Mohd yang menghidapi masaalah kesihatan sejak 5 bulan lalu.
Lawatan yang di ketuai Ketua Penyelaras Unit Amal Kaw. Besut,saudara Zulkifli Hamat ini adalah lawatan susulan kepada beberapa lawatan sebelum ini.Selain bertanya khabar sedikit sumbangan dari Unit Amal turut di hulurkan.
Menurut saudara Suhaimi,sejak beliau menghadapi masaalah kesihatan,rumahnya tidak putus2 di kunjungi pimpinan dan rakan seperjuangan dalam Pas baik di peringkat negeri,kawasan atau dun.Beliau begitu terharu dan berterima kasih atas keperihatinan ini.
Sama samalah kita berdoa agar kesihatan beliau beransur pulih dan semoga beliau sekeluarga sentiasa di rahmati Allah.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....