Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 19 Disember 2011

Ludah : Tindakan Balas Mahasiswa


Kenyataan Media Dari Pergerakan Pemuda UMNO Petaling Jaya Utara

Tindakan balas (segera) dari para Mahasiswa dan telah dinaikkan di IPT-IPT seluruh Negara Malaysia

Turun Bendera Najib : Mahasiswa Tidak Akan Minta Maaf

KUALA LUMPUR, 19 Dis — Kumpulan mahasiswa yang menurunkan bendera wajah Datuk Seri Najib Razak di pekarangan ibu pejabat Umno di sini kelmarin menegaskan, mereka tidak akan memohon maaf kepada perdana menteri atas insiden itu.

Sebaliknya, pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), yang mengadakan demonstrasi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebelum insiden itu berkata, pihaknya tidak nampak perlunya mereka harus memohon maaf.

“Kami tidak akan meminta maaf. Kita tak perlu meminta maaf. Tindakan menurunkan bendera Datuk Seri Najib selama lima minit dan kemudian dinaikkan semula seharusnya dilihat sebagai satu mesej jelas mahasiswa bahawa perdana menteri perlu serius mendengar suara kami, suara rakyat” kata Pengerusi SMM Ahmad Syukri Abdul Razak ketika dihubungi The Malaysian Insider tengah hari ini.TMI

3 dokumen Bank Dunia bukti Dr M bohong

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa berbohong apabila terbukti beliau bertanggungjawab mengambil pinjaman Bank Dunia sewaktu krisis kewangan 1997-1998 ketika menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli, mendedahkan tiga dokumen rasmi bersabit salah satu dari empat pinjaman Bank Dunia berjumlah USD704 juta yang diambil kerajaan bagi menangani kemelut krisis keewangan tahun 1997/1998.
Menurut Rafizi, ketiga-tiga dokumen rasmi Bank Dunia itu berhubung pinjaman US60 juta yang merujuk kepada Kertas Maklumat Projek bernombor PID6999 bertarikh 23 Oktober 1998.
Laporan itu katanya sebagai laporan awal dan yang pertama untuk Bank Dunia menilai permohonan pinjaman sesebuah negara sebelum rundingan bermula.
Rafizi berkata, bagi laporan kedua pula merujuk kepada Permohonan Pinjaman bernombor 18855-MA bertarikh 3 Mac 1999 yang disediakan untuk makluman pimpinan Bank Dunia dalam membuat keputusan sama ada untuk meluluskan pinjaman oleh kerajaan.
“Terdapat jadual kerja dan rundingan yang melibatkan kerajaan Malaysia dan Bank Dunia. Agensi bertanggungjawab untuk berunding adalah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
“Permohonan pertama dibuat 26 Julai 1998 dan rundingan selanjutnya bermula selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, yang bertanggungjawab sepenuhnya ketika itu adalah Mahathir,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.
Dedah Rafizi, untuk dokumen ketiga melibatkan perjanjian ditandatangani pada 31 Mac 1999 dibawah persetujuan Mahathir yang juga selaku Menteri Kewangan.
“Jelas sekali bahawa Mahathir berbohong apabila mengaku tidak mahu menerima bantuan kewangan dari institusi antarabangsa -Bank Dunia malah pentadbiran beliau dibawah arahan dan seliaan beliau.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....