Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 1 Mac 2011

Video : Bob Lokman Berkempen Untuk Pas Di Dun Kerdau




Setelah muncul di Merlimau sebelum ini, pelawak dan penulis lirik terkenal Bob Lokman hari ini turun ke Kerdau dengan misi memenangkan calon PAS Hassanuddin Salim.

Beliau dijadual berada dua hari di DUN itu bagi menarik seramai mungkin sokongan orang ramai, khususnya golongan muda yang berjumlah kira-kira 28 peratus daripada keseluruhan 8,999 pengundi.

Dalam penampilan pertama di majlis jamuan petang dan melawat pasar malam di Desa Murni dalam daerah mengundi Kerdau, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman berucap kira-kira 30 minit sebelum bersalaman dengan orang ramai.

Kira-kira 100 orang hadir mendengar celotehnya yang masih lucu walaupun penampilannya kini berbeza apabila berjubah, berkopiah dan bertongkat ala Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Malaysiakini

Janji 10 Tahun Lalu Tak Tertunai, BN Masih Mahu Berjanji Lagi

SHAH ALAM 1 MAC : Ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad hari ini menyelar kerajaan Umno-Barisan Nasional yang masih mengulangi janji 10 tahun lalu ketika berkempen pada pilihanraya kecil Sanggang, di PRK Kerdau.

Bercakap kepada Tv Selangor, Dr Dzul menggesa Umno-BN menggunakan modal baru untuk menambat hati pengundi di Kerdau, kalau pun terpaksa berbuat demikian.

Kenyataan Dr Dzul itu merujuk kepada janji kerajaan untuk membekalkan air bersih di kampung orang asli Paya Sendayan yang gagal dilaksanakan sehingga ke hari ini.

“Apa yang kerajaan kata antara lainnya berhubung janji dalam PRK Sanggang pada tahun 2000 untuk membekalkan air bersih di kampung orang asli Paya Sendayan sehingga hari ini gagal ditunaikan.

“Maka ketika BN turun baru-baru ini di Kerdau, PM sekali lagi terpaksa buat janji memperuntukkan RM9.25 juta bagi menaiktaraf loji air Batu Sawar," kata Dr Dzul kepada Tv Selangor.

Menurut beliau, bimbang hal tersebut dijadikan isu pihak lawan, Perdana Meteri, Najib Razak terpaksa mengumumkan projek bernilai jutaan ringgit itu untuk mengaburi mata rakyat.

Malah sepanjang tempoh berkempen ini, penduduk juga dibekalkan dengan air bersih yang diletakkan di dalam tong yang diletakkan di sepanjang jalan.

Projek berkenaan termasuk dalam peruntukan RM10 juta yang diumumkan Najib untuk pembangunan di Kerdau.

Sementara itu, Dr Dzul dengan nada sinis turut membidas kenyataan Najib yang berkata bantuan hanya akan diberikan sekiranya penduduk mengundi Barisan Nasional.

“Dia tanpa segan silu bercakap di depan orang ramai begini, ‘saya bukanlah hendak membeli undi, tetapi kalau kamu menyokong BN, saya akan tambah peruntukan esok atau lusa. Dengan syarat kamu tunjukkan sokongan kepada BN terlebih dahulu,"kata Dr Dzul mengajuk ayat yang digunakan oleh Najib. TVS

PRK Merlimau : Calon PAS Cabar Muhyiddin Buktikan Kuarters Sekolah Milik UMNO

Calon PAS bagi DUN Merlimau, Yuhaizad Abdullah mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya membuktikan bahawa kuarters sekolah yang didiaminya bersama isterinya yang merupakan seorang guru, adalah milik Umno.

Yuhaizad membuat cabaran tersebut sebagai menjawab kenyataan Muhyiddin yang menyifatkan calon PAS itu sebagai tidak mengenang budi kerana tinggal di kuarters sekolah bersama isterinya itu, tetapi bertanding sebagai calon PAs.

"Saya mencabar Umno dan beliau (Muhyiddin) untuk buktikan kompleks (kuarters itu) dibina oleh Umno," katanya dalam satu sidang akhbar bersama di pusat operasi pilihan raya DAP, dekat pekan Merlimau.

Katanya, jika Umno dan Muhyiddin dapat membuktikan sedemikian, beliau akan berpindah malam ini.

Jika tidak, kata Yuhaizad berkata, beliau akan terus tinggal di situ bersama isterinya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa kerajaan akan mengambil tindakan terhadap keluarganya.

Semalam, Muhyiddin menyuarakan rasa kecewanya terhadap Yuhaizad dan keluarganya yang tinggal di kuarters sekolah tetapi bertanding sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil Merlimau. -mk

PKR Dedah Kemasukan Undi Pos Besar-Besaran Di DUN Perak

PETALING JAYA 1 MAC : Parti Keadilan Rakyat mendedahkan kemasukan pengundi pos besar-besaran di kawasan-kawasan DUN di Perak pada tahun 2010, kata Timbalan Pengarah Pilihanrayanya Chan Ming Kai di sidang media mingguan parti itu hari ini di sini.

Menurut Chan Ming di DUN Pangkor yang diwakili Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menerima kemasukan 5,669 pengundi pos berbanding hanya 368 yang keluar pada 2010. Bilangan pengundi pos kini mencapai hampir separuh daripada jumlah 26,000 pengundi di DUN Pangkor.

"DUN Pangkor adalah sebahagian daripada Parlimen Lumut. Keadilan tewas hanya 298 undi di Parlimen Lumut kepada calon MCA-BN pada Pilihan Raya Umum 2008," katanya.

Ming Kai juga menjangkakan Umno akan memberikan tumpuan untuk menambah pengundi pos di DUN Sungai Rapat yang diwakili oleh Exco Kanan Hamidah Osman yang hanya menang tipis 636 undi dengan calon PAS. Pada 2010 sebanyak 248 pengundi pos masuk ke DUN Sungai Rapat.

"Usaha ini jelas untuk memberi manfaat kepada UMNO. Kawasan-kawasan majoriti Cina seperti Canning Garden yang juga mempunyai kem tentera tidak pula melihat pertambahan undi pos," katanya.

Ming Kai khuatir wujud penyalahgunaan undi pos dan meminta SPR serta pihak Kementerian Pertahanan menjelaskan perkembangan ini.TVS

UMNO Punca Anak Bekas Pemimpinnya Pilih DAP

SHAH ALAM – UMNO sekarang yang dikatakan berbeza dengan UMNO ketika zaman ayahnya membuatkan anak Allahyarham Tan Sri Khir Johari berjuang bersama DAP sehingga dilantik menjadi setiausaha politik kepada Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng.

Zairil Khir( gambar) berkata, UMNO yang pernah diperjuangkan ayahnya bersama Tunku Abdul Rahman Putra, kini adalah sebuah parti politik yang 'kosong' dan hanya tinggal jasad.
"Saya sendiri amat kecewa melihat keadaan ini. UMNO sering diperalat pemerintah bagi kepentingan peribadi," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam situasi ini, katanya, DAP sebagai parti berbilang kaum sama seperti PKR menganggap perjuangan politik berasaskan sentimen perkauman sudah tidak relevan.

"Kita mahu tumpu kepada politik progresif untuk kebaikan bersama," katanya.

Zairil berkata, beliau sendiri sedar ramai yang memandang serong kepadanya apabila anak kepada seorang pengasas UMNO dan pejuang kemerdekaan memilih untuk berpolitik bersama DAP, bukan UMNO.

“Mereka yang berpandangan demikian tidak berupaya untuk melangkaui rangka pemikiran sempit. DAP ada wakil tertinggi daripada setiap kaum. Dalam sejarahnya, pernah ada Melayu jadi pemimpin DAP. Jelas sekali ini sebuah parti berbilang kaum,” katanya.

Zairil turut menafikan tanggapan sesetengah pihak beliau guna populariti nama ayahnya sebagai batu loncatan, manakala DAP pula sekadar mahu meraih kemenangan moral apabila anak kepada seorang pemimpin besar UMNO me­nyertai parti itu, malah diberi jawatan tinggi.

“DAP tidak gun nama ayah saya. Media yang gembar-gemburkan isu itu. Namun saya tidak boleh lari daripada hakikat bahawa ayah saya seorang daripada pengasas UMNO,” katanya.
Ditanya mengenai dakwaan beliau hanya satu watak dalam 'wayang’ kepada DAP untuk menunjukkan parti tersebut berbilang kaum, Zairil menegaskan, pelantikannya bukanlah 'alang-alang' kerana diberi jawatan mencabar.

“Saya bekerja bawah ketua yang sentiasa mempunyai ekspetasi yang tinggi terhadap hasil kerja pegawai-pegawainya,” katanya.SH

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....