Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 15 Ogos 2014

[ Video ] Krisis MB Selangor : Kenyataan Terkini SU Agung Pas


KUALA LUMPUR - Pas tetap dengan keputusan mereka menolak Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang telah memberi perkenan kepada Abdul Khalid untuk kekal memegang jawatan berkenaan.

"Alasan kami mengenai penolakan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor telah diberikan kepada pimpinan PKR menerus pertemuan secara tertutup baru-baru ini."Abdul Khalid diterima sultan sehingga satu masa. Kalau orang lain jadi menteri besar pun kita akan bersama dengan kerajaan," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Lajnah Politik Pas, malam ini. 

Hadir sama, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Timbalan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.Menurutnya, mesyuarat yang diadakan selama dua jam turut membincangkan mengenai tindakan dua Adun Pas Selangor yang menyokong Wan Azizah walaupun bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama.

"Kita akan menjalankan siasatan terlebih dahulu dan bakal memanggil mereka untuk memberikan penjelasan," katanya.Ditanya mengenai kedudukan empat Exco Selangor daripada parti berkenaan, ia turut dibincangkan namun keputusan akhir hanya akan diumumkan selepas Mesyuarat Pimpinan Pas Pusat Isnin hadapan.

"Menurut Undang-Undang Tubuh Negeri, sekurang -kurangnya empat Exco perlu wujud untuk menggerakkan pentadbiran di negeri ini."Mereka bertugas disebabkan rakyat dan bukan kerana kepentingan peribadi," katanya.SH


18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dah nk jd cadbury dh

Tanpa Nama berkata...

Dah ada keputusan...apa perlunya Rakyat tunggu sampai 17/8 untuk tahu pendirian pas berkenaan isu ni...kenapa tak terus terang je?

Tanpa Nama berkata...

jgn gelojoh...
semua nk cepat...
gelojoh mcm ketum gak puak2 ketum nie

Ridd berkata...

Relevan 17hb bagi Parti Pas tapi tidak pada pengundi PR. PAS tahu Khalid sudah dipecat dari PKR.
Kenapa masih memilih dan tunduk pada Khalid yg sudah tidak berparti. Parti Pas mempunyai 15 pemimpin yang menang pada PRU yang lalu atas gabungan PR. tidakkah perkara tersebut aneh dan memalukan

Undang2 tubuh kerajaan N. Selangor mesti beragama ISLAM dan berbangsa Melayu. Jika mandat MB Selangor sudah dijanjikan kepada PKR dan Pas secara umum tahu parti tersebut sedang bergolak. Pas sebagai rakan dalam PR wajib memilih salah seorang wakil Pas untuk memangku jawatan MB Selangor dan Pas seolah-olah biarkan saja ia berlaku. Pas mempunyai 15 wakil rakyat yang berbangsa melayu dan beragama Islam. Tiada seorang kah dikalangan mereka ini yang layak ? Tidakkah perkara ini menjadi curiga dan sangsi pada rakyat yang memberi kepercayaan kepada gabungan PR untuk mentadbir N.Selangor. persoalannya sekarang adakah parti Pas tidak percaya pada wakil mereka sendiri di N.Selangor?

Kisah Khalid membuang 6 Exco kerajaan dan kenyataan beliau tentang kerajaan PR tidak wujud di N.Selangor. Kenapa pemimpin Pas mendiamkan diri dan tiada bantahan atau amaran di buat keatas Khalid. Permainan apa sebenarnya yang parti Pas sedang mainkan. kalau ingin bermain carilah permainan yang boleh diterima akal pada pengundi2 PR di N.Selangor.

Pengundi2 PR di N.Selangor menonton acara berpaling tadah yang dibuat oleh Pas. kalau Pas ramai pemimpinnya dari kalangan intelektual dalam alaf baru, tapi cara dan perangai tidak menampakkan seperti yang diuar-uarkan. jika sudah ada perancangan untuk keluar dari PR ini adalah masa yang terbaik untuk Pas keluar.

Punca mengapa pengundi PR rasa muak dan bosan pada Pas kerana :

1.PAS menyokong Khalid membuang 6 org Exco kerajaan

2. Memberi mandat kepada Khalid mentadbir N. Selangor sebagai MB.

3. Menyokong kenyataan Khalid menghina tentang kerajaan gabungan PR.

4. 4 orang Exco dari Pas memberi sokong penuh kepada Khalid tanpa rasa malu dimana mereka harus ingat kemenangan mereka dari sokongan pengundi2 PR. terutamanya pada Adun Pandan jangan lena dengan pangkat yang beliau pegang.(sebab 1 hari 1 pengundi PR akan hilang untuk Adun Pandan).

5.Pas telah hancurkan kepercayaan pada pengundi2 Pakatan Rakyat. ini adalah nyata.

Apa yang berlaku pada PKR sebenarnya ada kebaikannya dimana kita baru tahu sapa kawan dan siapa pembelit. Kepada Parti Pas kawan menyarankan persidang pada 17hb nanti buat keputusan untuk keluar dari PR, itu adalah jalan terbaik. jikalau masih bersama PR ia akan menjadi rumit dan payah kerana pengundi2 PR tiada kepercayaan lagi pada parti tersebut dan ini akan menjadi kan perbalahan yang lebih teruk sekiranya masih bersama dengan PR.


Note :
Pada YB Saari Sungib dan YB HASNUL Adun Morib. kawan harap terus dengan pendirian YB. kawan amat berbangga dengan keputusan dan pendirian YB.
Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

kecian tgk pencacai pkr kat atas ni. PAS dan pihak istana hanya tak mau wan azizah jadi MB susah sgt ke nak paham. carikla calon lain. yg menghancorkan pakatan bukan PAS tapi anwar.

Zaharudin Harun berkata...

Knp susah sgt nak faham...semua kena ikut telunjuk anwar ke?...PAS bukan parti Anwar bro

Zaharudin Harun berkata...

Anwar tak mahu azmin naik...dan Azizah pulak akan jd boneka anwar kalau jadi MB...Org kanan pun anwar tak percaya...boleh percaya ke anwar ke?

Zaharudin Harun berkata...

Dua org Adun pas tu...tak layak jadi adun...tak ada sopan pd pimpinan....ader masuk ke YB?l

Tanpa Nama berkata...

Tak ada lain, "masuk ke" yg selalu berlegar dgn politikus melayu ni! Prinsip penting bro dan kita tak nak pimpinan "rubber stamp"

JAMILKUCING berkata...

Selagi Khalid babi tak jatuh aku tetap mengatakan PAS adalah penghianat. semoga mampos hancur pruke 14 mampos mampos

Tanpa Nama berkata...

emang..sewajarnya ahli pas wajib lihat n dengar peminpin malah pndgan mjlsyurahulama..selagi ia x meyeru benda2 mendajal x leh sgt brkputusan gabra.agama dan syaariyahmya.
lwn toke menari sama org mabok todi..keh keh perangai orp x sabar
dah terang..lagi nak suluh?

Tanpa Nama berkata...

Pas akn hilang undi dr aku dan keluarga aku klu lari dari agenda membela rakyat kpd membela khakid. ABU!

Tanpa Nama berkata...

x sokong wan azizah tp knp msh kekal sokong khalid yg sdh x parti? Berpeganglah kpd muafakat dlm pakatan klu msh mau kekal sebagai parti yg msh relevan.

Tanpa Nama berkata...

Puak pas harap seban je besar bakul durian tapi tak ada pendirian yg kosisten , masing masing dah sombong riak tak mahu dgn nasihat dan pendapat dari dap dan pkr.mentang mentanglah ramai org dah sokong mereka lepas ni pru14 sorry le kamu undilah diri kamu sendiri jagalah negeri kelate sampai kiamat.

iRock berkata...

Kalau kata Pas kaldei DAP marah sampai jatuh serban......tapi jelas Pas sebenarnya kaldei PUKI, .......pecat je adun yg sokong PR.......dan istihar je menerima puki.........lebai malang sungguh puak puak PAS NI..........NAK LAK SANA HUDUD......TAPI SURUH PKR bawa kes ke SPRM dan makamah yg sekular dr segi perundangan......camna tak bahalul lebai lebai angkat sendiri ni,

Tanpa Nama berkata...

Teliti respons Penganalisis Politik Prof Dr. Agus mengenai penangguhan mesyuarat PAS Pusat 17 Ogos ini:

"PKR telah mendapat sokongan majoriti, maka mesyuarat PAS pada 17 Ogos nanti sudah tidak relevan lagi dalam menentukan siapa dan parti mana yang mendapat sokongan majoriti di Dewan.

"Yang relevannya mesyuarat PAS pada 17 Ogos nanti ialah untuk menentukan pendiriannya sama ada mahu terus kekal dalam PR atau bergabung dengan BN atau bersendirian dalam politik negara."

Tanpa Nama berkata...

pkr NAK GANTI SESAPA PUN DIA PUNYA PASAL.. ap HAK pas NAK CAMPUR. rUMAH LAIN..kiTA PULAKSIBUK TENTUKAN KETUA RUMAH ORANG LAIN SAPA BOLE JADI KETUA ATAU TAK.. INI bahalol namanya

Tanpa Nama berkata...

pkr nak ganti siapa pun kena dapat persetujuan semua parti gabungan. dan kenapa wan azizah? kalau semua pemimpin lain dlm pkr anwar tak percaya baik bubar je parti tersebut buat parti sendiri Parti Anwar Anak Beranak.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....