Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 28 Februari 2010

Inilah wanita cantik yang cuba merosak Imej DS Nizar.

Sebentar tadi bersama DS Nizar dalam program masyarakat.DS Nizar bertanya berkaitan wanita yang cuba memfitnah Pegawai Khas beliau.

Kita menerangkan SMS yang Dato Seri Nizar terima itu merupakan datang dari wanita yang cuba memburukkan DS Nizar sejak DS Nizar menjadi Menteri Besar sah rakyat lagi.Namanya
kita tahu Nis..

Apabila kita merujuk gambar perempuan ini kepada Sdr Fadhil Idris ,Fadhil menyatakan beliau berkeyakinan wanita itulah berususan dengan beliau tempohari.

Apabila timbul perkara menyatakan Pegawai Khas cuba mengambil kesempatan keatasnya,kita terfikir rancangan jahat musuh PR rupanya berterusan.

"Cikgu mungkin wanita ini SB,"jelas DS Nizar kepada kita.DS Nizar berpesan supaya berhati-hati
dengan fitnah dan niat jahat musuh!

DS Nizar menyatakan wanita itu sepatutnya berurusan dengan YB kita,Adun Pokok Asam dan Aulong apabila kita beritahu wanita itu tinggal di Taiping.

RM10 Seorang Untuk Dengar Ceramah UMNO


Melihat rakyat kurang memberi sambutan kepada program mereka, Umno terpaksa "merasuah" RM10 kepada setiap penduduk Guar Jering di Penanti, Pulau Pinang yang rela hadir ceramah anjuran parti itu bagi menggelakkan terus dimalu.

Apatah lagi ahli Umno di situ tidak mahu menjatuhkan air muka Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi yang hadir pada ceramah tersebut.

Ketika mendedahkan perkara ini Naib Presiden KEADILAN Azmin Ali berkata Umno terus mengumpan rakyat melalui amalan rasuah dan imbuhan material bagi mendapat belas kasihan serta perhatian semula rakyat.

"Umno rasuah RM10 kepada penduduk Guar Jering untuk tarik penduduk hadir majlis Umno yang diadakan pada hari yang PKR membuat ceramah tapi penduduk di sini tidak termakan pujuk rayu duit haram yangingin disampaikan.

"Halal haram Umno tidak peduli lagi, yang penting bagi mereka janji rakyat boleh dibeli supaya Umno boleh berangan-angan kembali merampas kembali kawasan mereka kalah," kata Azmin pada ceramah isu semasa dan menolak fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Guar Jering, Penanti bersama Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mansor Othman semalam.

Usul Isu Royalti Minyak Kelantan Mungkin Dibentang Dalam Sidang Dun


KOTA BAHARU: Satu usul berhubung isu tuntutan royalti minyak mungkin dikemukakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan esok bagi membawa isu tuntutan itu ke mahkamah, kata Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa.
"Saya tidak tahu apa yang akan ADUN bincangkan esok. Mungkin mereka akan membawa satu usul mengenai itu. Ini akan menguatkan lagi langkah kerajaan negeri untuk membawa isu itu ke mahkamah kerana ia mendapat mandat daripada DUN negeri," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.
Hari ini kerajaan negeri menjemput semua ADUN termasuk ADUN Barisan Nasional (BN) untuk mendengar taklimat berhubung royalti minyak Kelantan yang diberikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan bekas Ketua Jabatan Undang-Undang Petronas Nik Saghir Mohd Noor.
Husam, yang juga Exco Kanan kerajaan Negeri Kelantan berkata, melalui taklimat itu, beliau berharap kesemua ADUN mendapat penjelasan lebih nyata dan membincangkan isu tuntutan royalti minyak Kelantan pada sidang dewan.

Koleksi Gambar Kereta Mewah (Rolls Royce) Milik Sultan Brunei

Sekarang ini, saya nak ajak dan berkongsi dengan anda semua satu-satunya raja kaya di dunia yang gemar memiliki koleksi kereta mewah dan ekslusif. Siapa lagi kalau bukan nama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.  Bayangkan saja, koleksi kereta mahal dan mewah Sultan Brunei hampir tidak terkira. Ada yang mengatakan koleksi kereta mewahnya mencapai ke angka 6,000 buah yang tersimpan rapi di dalam garajnya.
Sebut sahaja kereta apa? Koleksi kereta mahal dan mewah Sultan Brunei datang dari pelbagai model tersohor dunia. Hampir semua siri terbaru daripada Rolls-Royces, Bugatti, Lamborghini, Maybach,Porsche, Mercedes, Bentley, Jaguar, Dauer, Cizetta, Ferrari, BMW telah dimiliki oleh Sultan Brunei. Tetapi kali ini kita fokus kepada koleksi kereta dari model Rolls Royce Sultan Brunei dahulu. Layan……….
Koleksi kereta Sultan Brunei – Model Rolls Royce-Phantom-VI (Blue)
Lambang kemewahan dan kemegahan kepada individu yang memiliki kereta Rolls Royce

Tsunami : Penduduk selatan Sabah dinasihat jauhi pantai


Penduduk di kawasan pantai selatan Sabah dinasihatkan menjauhi pantai kerana terdapat kemungkinan akan berlaku keadaan laut bergelora dan kenaikan paras laut bermula 12 tengah hari sehingga 6 petang hari ini, menurut kenyataan akhbar Jabatan Meteorologi Malaysia.

Katanya, ini berikutan kejadian gempa bumi kuat berukuran 8.8 berskala Richter 90 km dari timur laut bandar Conception, Chile kira-kira pukul 3.34 pagi waktu tempatan (2.43 petang waktu Malaysia) Sabtu, lapor Bernama.
Kebimbangan tersebut ekoran gempa bumi berukuran 8.8 di Chile semalam, dengan negara-negara di Lautan Pasific bersiap sedia memindahkan rakyat mereka ke tanah tinggi.

Video : Sekitar Kejadian Gempa Bumi Di Chile





Media: Kuasa politik baru PRU 13

Rakyat mungkin tidak asing dengan teori 3M, iaitu Money (wang), Machinery (jentera kerajaan) and Media yang memenangkan Barisan Nasional dalam semua pilihan raya umum (PRU) yang lalu.  Bagaimanapun, teori 3M ini hampir gagal, apabila internet menembusi gelanggang media pada PRU ke-12, membawa impak "tsunami" kepada politik tanahair Malaysia.
Bekas Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi akhirnya terpaksa mengakur, bahawa media internet merupakan punca kekalahan BN yang dipimpininya dalam PRU ke-12.  Jelas, perang siber pada PRU ke-12 memihak kepada PKR, PAS dan DAP yang kemudiannya membentuk Pakatan Rakyat.  Persoalannya, apakah kecenderungan ini akan berlanjutan sehingga PRU ke-13, menyaksikan kemenangan PR secara besar-besaran; ataupun PR bakal termakan dengan senjata ini?
Zulkifli Sulong, Ketua Pengarang Harakah Daily membuat ramalan bahawa prestasi PR bakal menurun, seandainya PRU ke-13 diadakan pada hari esok, ketika berucap dalam forum berjudul "Media: Kuasa politik baru PRU ke-13", anjuran bersama oleh Gerakan Muslimah Sejagat (GEMS) dan Free Public Forum di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam.
Selain Zulkifli Sulong, ahli panelnya termasuk Abu Hassan Hasbullah, pensyarah kajian media Universiti Malaya dan Fathi Aris Omar, Ketua Pengarang Malaysiakini.  Forum ini dipengerusikan oleh Nurul Suhadah, menarik kehadiran kira-kira 50 orang.

Gambar : Sekitar Kejadian Gempa Bumi Di Chile

Sekurang-kurangnya 64 disahkan maut apabila satu gempa bumi sekuat 8.8 pada skala Richter menggegar tengah selatan Chile, hari ini.

Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (AS) melaporkan, gempa bumi tersebut berlaku pada pukul 3.34 pagi waktu tempatan (2.43 petang ini waktu Malaysia), 90 kilometer dari timur laut bandar Conception pada kedalaman 35 kilometer.
Chile Earthquake: An overturned vehicle in the concrete of a highway that collapsed
Chile Earthquake: Vehicles on a highway that collapsed during the earthquake near Santiago

Sabtu, 27 Februari 2010

Gambar Tok Guru Nik Aziz Yang Jarang Kita Lihat,Saksikan...


(Gambar ini di ambil dalam blog pemuda wangsamaju)
Jarang tengak Tok guru solat di belakang orang biasa-biasa saja.. rasa-rasa tok guru yang mula ikut dulu sebab dilihat daripada kedudukan beliau yang tak sempat turun sepenuhnya…bayangkan la yang imam ketika ini ialah anda? ttg gambar : gambar ini diambil diputik semasa seminar pemikiran Islam
PAS Pgkln Arang

Tok Guru Nik Aziz tonton filem buat julung kali?


KOTA BARU, 27 Feb — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) akan menonton filem “Ketika Cinta Bertasbih” yang akan ditayangkan di Balai Islam Lundang esok, yang menurut pegawainya ini kali pertama beliau berbuat demikian di khalayak ramai dalam hidupnya.
Setiausaha Politik kepada Nik Aziz, Wan Nik Wan Yusuf mengesahkan perkara itu ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
“Setakat ini disahkan tok guru akan hadir,” katanya.
“Jika Tok Guru Nik Aziz hadir menonton filem itu, maknanya ini adalah kali pertama beliau menonton filem dalam hidupnya.
“Sebelum ini beliau memang tak pernah menonton wayang.
“Tok Guru rasa minat nak tengok filem itu kerana mesejnya yang berunsur kerohanian dan keagamaan,” kata beliau.

Umno hina Hari Keputeraan Rasulullah

Umno, parti perkauman warisan penjajah telah menghina hari keputeraan Rasulullah kerana mempolitikkan secara melampau sambutan tersebut.

Umno sebenarnya tidak pernah serius mengangkat sunnah namun hanya sibuk dengan cogankata dalam sambutan tersebut. Ketika Rasullullah dihina oleh Presiden Umno, Mahathir Mohamad hampir semua pemimpin Umno hanya membisu.

Umno sibuk dengan Kerajaan Pulau Pinang yang konon tak buat perarakan tetapi apabila didedahkan Johor, Pahang dan Perlis didedahkan turut tidak membuat perarakan maka Umno tersipu senyap. Kemudian setelah kerajaan Pulau Pinang meneruskan agenda perarakan sambutan Maulidur Rasul, regim Bn pula sibuk cuba menggagalkan dengan perbagai usaha. Jabatan Penerangan Negeri dibawah Menteri Penerangan dengan sengaja tidak menghantar alat siaraya.

Di kebanyakan negeri pula Sambutan Maulidur Rasul telah dipolitik dengan membawa bendera Umno sama berarak. Ini sudah melampau mempolitikkan program keagamaan. Ini satu penghinaan terhadap Rasullullah. Gambar di atas yang dipetik dari Utusan ialah bukti jelas. 
 
SUMBER

Bersiap Sedia Hadapi PRU 13 Lebih Awal






Setiausaha Agung PAS, Dato Mustafa Ali memberi isyarat supaya ahli dan penyokong Pakatan Rakyat khususnya PAS supaya bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 lebih awal.

Lagi Artikel Berkaitan Boleh Di Baca DI SINI

Pakatan Akan Pastikan Pertembungan Satu Lawan Satu Pada Pilihanraya Sarawak


Pakatan Rakyat telah bersetuju agar semua pertandingan dalam pilihanraya negeri Sarawak yang akan datang adalah pertembungan satu lawan satu antara Pakatan dengan BN.

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, Pakatan telah mula membuat persiapan untuk menghadapi pilihanraya negeri itu yang dijangka diadakan beberapa bulan akan datang, kemungkinan antara bulan Jun dan Julai ini.

Pilihan raya negeri Sarawak - yang terakhir berlangsung pada 2006 - mesti diadakan dalam tempoh 16 bulan ini. Sarawak merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang tidak mengadakan pilihanraya negeri serentak dengan pilihanraya Parlimen.

SMS Desak Ahmad Said Letak Jawatan Tersebar

KUALA TERENGGANU – Politik Terengganu kembali panas apabila ada pihak tertentu dikatakan cuba menyebarkan spekulasi termasuk menerusi kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai kedudukan jawatan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, selepas Mac nanti.

Malah, ada antara SMS itu turut mendakwa bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu telah dinasihatkan supaya melepaskan jawatannya.

Bagaimanapun, Ahmad ketika diminta mengulas berhubung perkara itu menganggap bahawa serangan politik terhadap beliau yang tersebar sejak beberapa minggu lalu sebagai perkara biasa.

Ditanya mengenai SMS terbaru yang mengatakan beliau diminta meletak jawatan, Ahmad bagaimanapun enggan mengulas lanjut, sebaliknya meminta wartawan bertanya kepada pihak terbabit.

“Kena tanya orang itulah. Saya tidak mahu ulas benda ini, ia (serangan politik) biasalah. Ada dengar dalam SMS, anda (wartawan) baca sebab tu anda tanya. Tidak mengapalah, saya masih seperti ini,” katanya kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), di sini, semalam.

Luar Negara : Thailand Rampas Harta Thaksin Bernilai RM 4.7 Bilion

BANGKOK, 26 Feb — Mahkamah Agung Thailand malam ini membuat keputusan untuk merampas 46.3 bilion baht (RM4.7 bilion) daripada sejumlah 76.6 bilion baht (RM7.8 bilion) aset yang dibekukan milik perdana menteri yang disingkirkan Thaksin Shinawatra dan keluarganya.
Jumlah harta yang dirampas itu bersamaan dengan 60 peratus nilai kekayaan dimiliki mereka termasuk kadar faedah yang ditimbangkan.
Panel sembilan hakim memutuskan untuk merampas harta keluarga Thaksin dan saudara-maranya, yang diperoleh hasil jualan Ship Corp kepada Temasek Holdings, syarikat pelaburan milik Singapura pada 2006.
Para pemerhati melihat keputusan itu dijangka membangkitkan balik kemarahan para penyokong Thaksin, yang kini berada dalam buangan kendiri, dan mencetuskan semula kebangkitan gelombang politik baru di Thailand.
Menurut para hakim, mereka menentukan kadar harta dirampas itu yang bersamaan dengan perbezaan dalam nilai saham-saham Shin Corp daripada tarikh sebelum Thaksin menjadi perdana menteri dan nilai apabila ia dijual kepada Temasek Holdings empat tahun lalu.

Usrah Mingguan Pas Beris Pak Abu

Tahlil
Isu semasa
Sambutan Maulidul Rasul
Memohon kepada Yang Esa

Jumaat, 26 Februari 2010

Kelantan Tidak Ambil Tahu Pemberian Wang Ihsan Jika Diagih Melalui JPP

KOTA BAHARU: Kerajaan Kelantan tidak akan menyekat langkah kerajaan Pusat untuk memberi wang ihsan kepada rakyat negeri itu melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), kata Timbalan Pesuruhjaya PAS III Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Beliau, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, berkata apa yang menjadi tuntutan kerajaan negeri ialah wang royalti, bukannya wang ihsan.
"Soal dia nak bagi wang ihsan kepada rakyat Kelantan melalui JPP kita tidak sekat kerana itu hak mereka, malah kita tidak akan ambil tahu (kepada siapa wang itu hendak diberikan).
"Soal Kerajaan (Pusat) nak bagi wang ihsan serah pada dia, tetapi kita tetap tuntut royalti. kita akan usaha melalui pelbagai cara yang munasabah," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan Pusat tetap mahu memberi wang ihsan kepada Kelantan kerana yakin ada rakyatnya yang mahu menerima pemberian berkenaan.

Setausaha Agung Pas Sedia Jumpa Blogger Tulang Besi

KUALA LUMPUR, 26 Feb — Blogger yang seringkali mengkritik tindakan pemimpin PAS menyokong idea kerajaan perpaduan Umno-BN berkata, setiausaha agung parti sudah memberi “lampu hijau” ke atas aduan rasmi dibuat membabitkan tiga pemimpin kanannya, mendakwa wujud salah laku menjejaskan nama komponen Pakatan Rakyat itu.
Pengendali blog malaysianwaves.com, Abdul Rahman Talib yang turut dikenali sebagai “Tulang Besi” memberitahu The Malaysian Insider, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali telah menyatakan kesediaan untuk menemui beliau sambil menyifatkannya sebagai “langkah positif.”
“Saya menerima panggilan daripada pejabat setiausaha agung beberapa hari lalu mengatakan bahawa Datuk Mustafa mahu menemui saya berhubung aduan yang dibuat (awal bulan ini)... saya melihat kesediaan beliau sebagai satu langkah baik,” kata beliau ketika dihubung di Jakarta.
Langkah itu disambut baik beliau kerana setiausaha agung yang mempunyai kata putus sama ada sesuatu aduan mempunyai merit untuk disiasat ataupun sebaliknya pernah mengetepikan beberapa aduan sebelum ini termasuk yang dikemukakan oleh Exco Pemuda PAS Abdullah Abdul Karim.

Guan Eng sertai sambutan Maulidur Rasul





PULAU PINANG, 26 Feb: Mana-mana individu dan badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menerima tempelakan kerana apa yang mereka dakwa bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul tahun ini terjawab.
Perarakan 53 kontinjen dimulai dengan ketua-ketua jabatan melalui beberapa jalan termasuk Padang Kota Lama, Dewan Undangan Negeri, pejabat agama menuju ke Dewan Sri Pinang.
Turut meraikan majlis ialah ketua menteri, Lim Guan Eng. (gambar atas)
Sementara itu, Masjid Jamek Jelutong mencipta sejarah kerana mengadakan perarakan kali pertama sempena sambutan Maulidur Rasul esok, 27 Februari bermula jam 9.00 pagi.
Pengerusi kariahnya, Mohd Yusuf Mohd Noor memberitahu, pada sebelah malam diadakan ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Alkhairy Ismail dari Jabatan Agama Islam Kedah.Hrkh

UMNO Kelantan tiada kuasa: Husam


KOTA BHARU - Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, pemimpin UMNO Kelantan yang berjawatan menteri tidak layak untuk bercakap mengenai royalti minyak kerana tidak mempunyai portfolio bidang tersebut.

Beliau yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan berkata, tanggungjawab untuk menjawab isu berkenaan sepatutnya diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Petronas yang lebih ta:hu mengenai tuntutan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri.

: “Saya hairan kenapa pemimpin UMNO Kelantan yang bercakap mahu menghalang pemberian royalti sedangkan ia bukan bidang kuasa mereka, sepatutnya pemimpin UMNO ini bersatu dengan kita untuk menuntut royalti bagi faedah rakyat Kelantan.

Pengkisahan Kewafatan Rasulullah SAW




Pengkisahan kewafatan Rasulullah SAW oleh Habib Ali Zainal Abidin bin Abdul Rahman Al-Jufri.

Website Habib Ali, http://www.alhabibali.com/ar/.

Habib Ali Al-Jufri, Ulama Habaib Kini Yang Memiliki Kredibiliti Tersendiri

Video & Gambar : Pulau Burung Ciptaan MB Terengganu Berharga RM6 juta






Zaman Dato Idris pembangunan Pulau Wan Man RM249.7 juta, zaman Dato Ahmad Said, pembangunan Tasek Kenyir RM289 juta, sama saja,
dua-duanya projek yang tidak memberi manfaat yang banyak kepada rakyat,kata Dr Alias Razak, ADUN Bukit Tunggal

Lagi Artikel Baca Di SINI

Perutusan sempena Maulidur Rasul SAW oleh Presiden PAS.

Tegak sunah Rasulullah s.a.w. sepanjang hayat – Presiden PAS

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. Selawat dan salam buat penghulu para pejuang, Rasul tercinta Muhammad s.a.w., para sahabat dan keluarga baginda, serta mereka yang mengikuti jalannya serta mencontohi perilaku baginda hingga ke hari pembalasan.

Sesungguhnya perasaan kita penuh dengan kerinduan kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai seorang yang mencintai baginda, tentu sekali kita senantiasa terkenang akan sirah perjuangan dan lakaran pengorbanan Rasulullah s.a.w. sehingga kita semua dapat menerima cahaya keIslaman dan hidayah dari Allah untuk mengecapi nikmat berharga iman dan Islam.

Namun kita sebagai seorang Muslim perlu sentiasa bermuhasabah sejauh manakah kecintaan yang disebut dan diungkapkan ini benar-benar tertanam dengan kukuh di lubuk hati kita? Sejauh manakah kita melakukan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dalam lakaran perjuangannya, yang kemudiannya disambung tali-menali hingga ke hari ini?

Khamis, 25 Februari 2010

Pesuruhjaya Tinggi Maldives kunjungi Tok Guru Nik Aziz

KOTA BHARU, 25 Feb: Biar pun dipinggir kerajaan pusat kerana diperintah pembangkang, namun bagi negara luar ia menjadi sesuatu yang menarik untuk mengenali lebih dekat pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Maka tidak hairanlah duta-duta dan Pesuruhjaya Tinggi negara asing sering mengunjungi negeri pakatan termasuk Kelantan untuk mendapatkan gambaran lebih jelas.

Dan hari ini Pesuruhjaya Tinggi Maldives ke Malaysia, Mohammed Zaki dan isteri, Nazima Asir mengunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediaman rasminya di JKR 10.

PAS Bangunkan Markas Tarbiyyah Sebagai Kolej Universiti


KUALA LUMPUR: Tapak markas tarbiyyah PAS di Taman Melewar, Gombak akan dibangunkan semula sebagai institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus bagi memenuhi keperluan industri negara, kata Naib Presidennya, Salahuddin Ayub.
Beliau berkata, penubuhan "Kolej Universiti Prof Dr Zulkifli Mohamad" itu mendapat persetujuan PAS pusat dan boleh membuat pengambilan pertama pelajar pada pertengahan tahun ini selepas kurikulumnya diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
"Pembinaan institut itu menelan belanja hampir RM2 juta dan ditampung oleh wang sumbangan orang ramai dan dermawan," katanya ketika melawat tapak kolej universiti itu yang sedang giat dibina, hari ini.
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad berkata, Majlis Pendidikan PAS Pusat kini dalam proses mengemas kini kurikulum institut itu.
"Kita mahukan kursus-kursus yang ditawarkan adalah lebih menjurus kepada kursus-kursus keperluan industri dan bukannya kursus tradisi. Mengenai kelayakan, jika kursus kita menepati syarat-syarat saya rasa tiada masalah," katanya. - BERNAMA

Saya pernah diugut polis supaya mengaku diliwat Anwar-Azmin Ali

MACHANG, 25 Feb: “Saya pernah diugut polis supaya mengaku pernah diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditahan pada 16 September 1998," kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali.
 “Pegawai polis meminta saya menandatangani surat mengakui diliwat. Saya diugut akan ditahan di bawah ISA selama 20 tahun kalau tidak mahu menurut kehendak mereka,” katanya pada ceramah isu semasa di padang Majlis Daerah Machang malam tadi.
Menurutnya, beliau tidak sanggup untuk menurut kehendak mereka sehingga didera begitu rupa ketika dalam tahanan.
Malah katanya, ketika itu dua lagi kenalan rapat dengan Anwar iaitu Dr Munawar dan Sukma juga diminta membuat pengakuan serupa bagi mengaibkan bekas Timbalan Perdana Menteri terbabit.
Menurutnya, beliau hanya dibebaskan Mahkamah Tinggi kemudiannya selepas didapati tahanannya dilakukan secara salah.

MAIS Buat Laporan Polis P Gunasegaram dan SIS




Majlis Agama Islam Selangor (Mais) hari ini membuat laporan polis terhadap editor urusan akhbar The Star, P Gunasegaram dan Sister in Islam (SIS) yang didakwa membuat kenyataan yang menyentuh bidangkuasa raja-raja Melayu, urusan agama Islam dan hukum Syarak dan sensitiviti umat Islam.

Laporan tersebut oleh setiausaha Mais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi di ibupejabat polis Shah Alam di seksyen 11.Malaysiakini

Zambry Saman W.Azizah RM 100 Juta


IPOH 25 Feb. – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir hari ini memfail saman fitnah menuntut ganti rugi RM100 juta terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali; dan dua yang lain ekoran penerbitan artikel berbaur fitnah di dalam akhbar PKR, Suara Keadilan pada Disember tahun lalu.

Idola: Ambil perhatian teguran Wardina



Pertubuhan Jamaah Islah (JIM) menyokong sepenuhnya saranan pelakon, pengacara dan personaliti TV, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot agar masyarakat khususnya golongan remaja hari ini tidak terlalu ghairah menjadikan artis dan selebriti sebagai ikon atau idola untuk dicontohi.
Beliau dilaporkan mengemukakan saranan tersebut ketika menjadi salah seorang ahli panel yang mengupas tajuk 'Selebriti sebagai Ikon Masyarakat’ dalam program bual bicara anjuran Kerajaan Negeri Kelantan di Kota Bharu minggu lepas.
Menurut beliau juga, dunia artis serta hiburan lebih banyak dipenuhi dengan keburukan daripada kebaikan dan hanya bersandarkan keseronokan.
JIM menyedari bukanlah mudah bagi Wardina membuat pendedahan sebegitu, yang tentunya akan menimbulkan pelbagai reaksi daripada banyak pihak. Wardina telah memilih untuk menyatakan kebenaran dan tidak berselindung di sebalik kepalsuan,  sekaligus menunjukkan dia adalah seorang yang berfikiran matang dan mempunyai tanggungjawab sosial yang tinggi terhadap masyarakatnya.

Saifuddin Kecam UMNO Tipu Rakyat Kelantan



ARTIKEL BERKAITAN BOLEH DI BACA DI SINI

“Rais Yatim tidak berhak persoal jawatan saya”-Anwar

SHAH ALAM - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim tidak berhak untuk mempersoalkan kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen berikutan kes liwat yang dihadapi beliau.

Menurutnya, semua pertimbangan bagi jawatan itu hanya boleh diputuskan oleh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan bukannya Rais mahupun pemimpin Barisan Nasional (BN).

“Tugas dan bidang kuasa Rais hanyalah tertumpu kepada stesen Radio Televisyen Malaysia milik Kerajaan Pusat, bukannya mengambil peranan menentukan jawatan politik individu lain.

“Kalau dia tanya saya, saya nak tanya dia pula, layak atau tidak dia menjadi Menteri Penerangan? Kalau dia fikir dengan kuasa yang ada dia boleh aturkan semua di negara ini, minta dia aturkan RTM dulu,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Semarak Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di sini, kelmarin.

Senyuman Janazah Aktivis HAMAS Dibunuh Agen Mossad

by USTNIK

"Mahmud Mabhuh, aktivis HAMAS yang dibunuh agen Mossad di Dubai ditunjukkan gambarnya dalam keadaan senyum. (artikel dahulu). Cara pembunuhannya seperti filem Hollywood atau Bollywood seperti cerita di bawah.


Yahudi dan agen Yahudi dikenali semenjak lama sebelum Nabi Muhammad SAW sebagai bangsa jahat. Mereka membunuh Nabi dan pengikut Nabi. Nabi Muhammad SAW sendiri pernah hendak diassasinate oleh Yahudi dengan mencampakkan batu besar dari atas rumah tempat Nabi SAW berteduh. Allah mengkhabarkannya kepada Baginda melalui Jibril as. Sheikh Ahmad Yaasin berderai kepalanya akibat peluru berpandu dari Apache.

Serpihan darah dan daging memenuhi jalan dan dinding rumah. Tetapi wajahnya seakan tersenyum ‘menerima akibat’ dari sebuah jihad. Isteri saya ngeri apabila melihat wajah mayat-mayat yang mati secara ngeri, tetapi tidak wajah Sheikh Ahmad Yaasin. Para syuhada Palestin ramai yang wajahnya demikian. Barangkali inilah yang disebut oleh Nabi SAW, mafhumnya: ‘Sesiapa yang kasih bertemu Allah, Allah kasih bertemunya’. (kuliah audio)
Cara Mossad bunuh Mahmoud
mossad ikut
GAMBAR rakaman kamera litar tertutup menunjukkan Mahmoud (dalam bulatan) diekori oleh dua pembunuhnya di Hotel Al Bustan Rotana, Dubai pada Januari lalu.
baca artikel penuh...di sini.



Sisi lain dari ketokohan MB Tan Sri Khalid Ibrahim


Oleh Dinsman
Selepas lebih satu jam bersama dengan Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu sesi wawancara untuk Harakah, 22 Februari, di tingkat 21 bangunan SUK, Shah Alam, saya fikir ada banyak perkara lagi mengenai beliau dan dasar serta pendekatan pentadbirannya yang patut dan perlu diketahui oleh rakyat Malaysia, khasnya rakyat Selangor.
Ada beberapa sebab mengapa saya kata begitu. Pertama, sebelum ini saya kerap juga mendengar orang merungut atau komplen tidak bersetuju dengan cara dan pendekatan pentadbiran yang dijalankan oleh beliau selaku Menteri Besar Selangor. Dan rungutan serta komplen yang saya dengar itu bukannya daripada mulut orang Umno/BN atau mulut orang kampung di Sabak Bernam atau di Dengkil, tetapi daripada mulut orang yang ada jawatan dalam kerajaan dan dalam parti KeAdilan sendiri.
 Kata mereka Tan Sri Khalid cuba membawa cara pentadbiran korporat ke dalam pentadbiran kerajaan negeri. “Dia nak buat kerajaan Selangor macam dia pernah buat dengan syarikat Guthrie dia dulu, mana boleh! Ini politik, kenalah buat cara politik,” kata mereka.

Video & Gambar : Demo Orang Asli Di Gombak





Sekumpulan 30 Orang Asli menyertai perhimpunan di depan Hospital Orang Asli Gombak tengah hari ini kerana membantah apa yang mereka dakwa salah guna kuasa oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), melibatkan layanan hospital seliaan jabatan itu.

Dalam satu petisyen berkaitan perkara itu, hospital di bawah seliaan jabatan berkenaan didakwa melakukan penganiayaan kepada masyarakat berkenaan.Mkini

Rabu, 24 Februari 2010

Exco Kedah Mungkin Dibarisi Muka Baru

ALOR SETAR: Beberapa anggota Exco Kerajaan Negeri Kedah, mungkin digugurkan setelah dua tahun memegang jawatan berkenaan bagi memberi peluang kepada muka baru untuk menggalas tugas terbabit.
"Saya akan tengok kesesuaian untuk mencari yang terbaik, nak bagi orang lain pula cuba kemahiran masing-masing, tapi saya akan maklumkan kepada Tuanku Sultan terlebih dahulu," katanya Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak kepada pemberita di sini Rabu.
Beliau berkata istiadat mengangkat sumpah memegang jawatan dijangka diadakan minggu depan dan akan turut melibatkan beberapa perubahan daripada segi portfolio setiap anggota exco.
Mengenai kuota pelantikan exco, Azizan berkata ia mungkin dikekalkan iaitu tujuh daripada Pas dan selebihnya daripada Parti Keadilan Rakyat.

Ahli Parlimen Nibong Tebal Mohon Maaf Kepada Syed Hussin




A
nggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng tidak akan memohon maaf kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung tindakannya mengecam pentadbiran Lim baru-baru ini.

Tan yang juga Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Jelutong berkata masalah beliau dengan Lim akan diselesaikan oleh pucuk pimpinan parti.

"Saya tidak akan tarik balik kenyataan terhadap Lim. Saya menyerahkan kepada Lembaga Disiplin PKR menentukan perkara itu," katanya kepada pemberita selepas sesi pendengaran kesnya di Ibu pejabat PKR di Damansara hari ini.

Sebelum ini, Tan mendakwa pentadbiran Lim yang juga Setiausaha Agung DAP meminggirkan wakil rakyat PKR dan menganggapnya sebagai sampah.

Bagaimanapun Tan bersetuju memohon maaf kepada Syed Husin Ali dan menarik bidasan yang dibuatnya itu kepada timbalan presidennya.

Tan membuat permohonan maaf selepas sesi dua jam bersama jawatankuasa disiplin PKR di Kuala Lumpur yang berakhir jam 5 petang tadi.

Jawatankuasa disipilin bermesyuarat sejak tengah hari tadi bagi mendengar penjelasan Tan berhubung kritikannya terhadap dua pemimpin Pakatan Rakyat.

Tan diberikan surat tunjuk sebab minggu lalu kerana beberapa kenyataannya yang dianggap celupar dan keterlaluan.

Pada sidang medianya 3 Feb lalu, Tan mencadangkan Syed Husin supaya meletakkan jawatan berikutan kenyataan timbalan presidennya itu di Malaysiakini yang membidasnya. -malaysiakini

2 Ahli Parlimen Pakatan Disiasat Bawah Akta Hasutan

KUALA LUMPUR, Feb 24 — Dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) dipanggil polis berhubung dakwaan membuat kenyataan berunsur hasutan ketika satu perhimpunan umum di Pulau Pinang awal bulan ini.
Polis menyoal siasat R. Sivarasa dan Salahuddin Ayub, masing-masing Naib Presiden PKR dan PAS di pejabat wakil rakyat di bangunan Parlimen petang ini ekoran ucapan mereka di Seberang Jaya pada 7 Feb lalu.
“Kedua-dua kami disiasat di bawah Akta Hasutan,” kata Salahuddin yang pertama keluar selepas menemui polis.
“Ia kelihatan seperti skrip yang sudah pun disediakan,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian ini selepas ditemui polis kira-kira setengah jam.
Salahuddin berkata, polis menyoal siasat beliau berhubung ucapannya berkaitan dengan isu kalimah “Allah” tetapi enggan menjawab soalan mereka dengan menegaskan haknya di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

Mahkamah Tolak Permohonan Bekas Ketua Polis Daerah Sentul

Mahkamah Tolak Permohonan Bekas Ketua Polis Daerah Sentul




Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak permohonan bekas Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner K. Kumaran untuk membatalkan kenyataan pembelaan yang difailkan oleh Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam dan tiga lain dalam saman fitnah RM10 juta terhadap mereka.

Pesuruhjaya Kehakiman Dr Prasad Sandosham Abraham, yang membuat keputusan itu dalam kamar hari ini, turut menolak permohonan Kumaran untuk mencatatkan penghakiman terhadap empat defendan itu selepas mendengar hujahan dari kedua-dua pihak.

Dalam permohonannya Kumaran, berkata kenyataan pembelaan pihak defendan adalah remeh dan menyusahkan serta penyalahgunaan proses mahkamah.

Kumaran memfailkan saman terhadap Manikavasagam dan pengarang, penerbit serta pengedar akhbar Tamil, Makkal Osai pada 8 Ogos 2007 berhubung kenyataan dan laporan kematian pelakon drama Tamil tempatan, K. Sujatha.

Kumaran selaku plaintif menamakan Manikavasagam, 44, Pengarang Makkal Osai, M Rajintheram, 53, Makkal Osai Sdn. Bhd. dan Osai Distributors Sdn. Bhd. sebagai defendan pertama sehingga defendan keempat.

Selepas prosiding, peguam Manikavasagam, N. Surendran, memberitahu pemberita bahawa Prasad dalam keputusannya berkata permohonan itu tidak mempunyai merit dan saman itu harus diputuskan menerusi perbicaraan.

Tarikh perbicaraan masih belum ditetapkan.Dalam pernyataan tuntutannya, Kumaran mendakwa Manikasavagam membuat kenyataan media dalam surat bertarikh 3 Ogos 2007.

Surat itu, dakwa beliau, kemudian disiarkan oleh akhbar Makkal Osai dengan tajuk 'Ketua Polis Negara Harus Tubuhkan Pasukan Penyiasat Khas Untuk Siasat Kes Velpari', 'Sujatha Hidup Mewah' dan 'ACP Kumaran Harus Digantung Kerja'.

Kumaran mendakwa, artikel berkenaan memberi gambaran beliau mengganggu siasatan kes itu serta menjatuhkan maruah dan nama baiknya. - BERNAMA

Kes Manohara: Mahkamah tetapkan jumlah ganti rugi Mac 11


KUALA LUMPUR, Feb 24 – Mahkamah Tinggi menetapkan Mac 11 ini bagi menilai jumlah ganti rugi yang wajar diterima putera Sultan Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra berhubung perintah ingkar yang diperolehnya terhadap isterinya Manohara Odelia Pinot (gambar) serta ibu wanita itu dalam kes fitnah melibatkan tuntutan RM105 juta.
Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Noordura Mohamed Din menetapkan tarikh itu hari ini dalam kamarnya selepas mendengar hujahan peguam Mohd Haaziq Pillay, yang mewakili Tengku Muhammad Fakhry, berhubung taksiran ganti rugi itu.
Mohd Haaziq memberitahu media antara hujahan beliau ialah mahkamah perlu mengambil kira bahawa kata-kata fitnah yang dikeluarkan olah Manohara dan ibunya Daisy Fajarina tidak mempunyai bukti, tetapi mungkin mempunyai motif-motif tertentu berdasarkan suasana di Istana Kelantan.

Selepas Di Larikan,Pelakon Remaja Selamat Kembali Dari Lombok

SEPANG: Pelakon remaja, Salsabila Yunan, 15, atau Bella (tengah) dipeluk bapanya Yunan Mat Ayat, 77, dan kakaknya Farida Yunan, 50, ketika tiba di Terminal Tambang Murah (LCCT) di sini hari ini sebaik tiba dari Surabaya. Bella dilarikan Hafiz Sukma, 26, ke Lombok pada 7 Ogos lalu sebelum dipaksa bernikah dengan teman lelakinya itu. Bella yang mengandung enam bulan pernah membintangi beberapa drama tempatan termasuk Gerak Khas, Ke Syurga Cinta dan Renjis. - Foto Oleh Darran Tan

SEPANG: Pelakon remaja, Salsabila Yunan, 15, yang dilapor dilarikan ke Lombok, Jawa Tengah pada Ogos tahun lalu, selamat kembali ke tanah air.
Pesawat AK 0553 yang membawanya dari Surabaya, Indonesia, mendarat pada jam 4.10 petang di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini.
Remaja itu yang lebih mesra dengan panggilan Bella keluar dari balai ketibaan jam 5 petang dan dilihat tidak dapat menahan air mata sebaik melihat kelibat ayahnya, Yunan Mat Ayat, 77, yang membesarkannya seorang diri sejak sembilan tahun lalu setelah kematian ibunya.
Pertemuan penuh emosi itu disertai kakak Bella, Faridah, 50, dan mereka dilihat saling berpelukan dengan diiringi air mata gembira.
Bercakap kepada pemberita, Bella yang pernah membintangi beberapa drama tempatan termasuk "Gerak Khas" dan "Renjis", memohon maaf dan menyesal meninggalkan keluarga tanpa izin mereka.

Kelab Penyokong PAS ‘Kaotim’ Bersama ADUN Sura Membantu Ibu Tunggal, Orang Miskin




Kelab Penyokong PAS Dungun dengan kerjasama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan MTD Sura telah melaksanakan satu tanggungjawab sosialnya.memberikan bantuan, terutama terhadap golongan ibu tunggal serta orang miskin di kalangan masyarakat tionghua.

Lagi Artikel Berkaitan Boleh Di Baca DI SINI

Video : Dr Asri Sedia hadapi Nakhaei Di Mahkamah




Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini bersedia memberi keterangan di mahkamah berhubung dakwaan bahawa beliau telah mengeluarkan tiga kenyataan fitnah terhadap bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad.

Dr Mohd Asri diminta mengulas tindakan Nakhaie, 57, memfailkan saman fitnah RM1.5 juta terhadapnya. Saman itu difailkan di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil di Kuala Lumpur pagi tadi, terhadap bekas mufti Perlis itu serta tujuh yang lain, termasuk editor dan wartawan akhbar Sinar Harian.

Kenyataan fitnah itu didakwa dibuat dalam satu persidangan media pada 1 November tahun lepas dan dua artikel yang diterbitkan oleh Sinar Harian pada 2 dan 5 November tahun yang sama.

"Saya sudah bersedia, kalau nak saman saya, kita jawablah di mahkamah. Saya serahkan perkara ini kepada peguam saya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Dalam saman itu, Nakhaie menamakan Asri, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Akhbar Cabaran Sdn Bhd, Datuk Hussamuddin Yaacub, Sri Diah, Azmi Tarmizi, Lailatun Khalilah Nasir dan Siti Azila Alis sebagai defendan.

Nakhaie juga adalah pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) mendakwa kenyataan itu memberi gambaran buruk bahawa beliau adalah pihak yang menjadi dalang dalam isu memorandum menentang pelantikan Asri daripada menjadi Yang Dipertua (YDP) Yadim, dan ada penyelewengan berlaku di insitusi tersebut.

Nakhaie juga mendakwa akibat daripada tindakan defendan pertama (Dr Mohd Asri) yang dikeluarkan di akhbar terbabit, kewibawaan dan reputasinya kian merosot.

Mengulas lanjut, Dr Mohd Asri berkata, beliau tidak menyebut nama Nakhaie sebagai dalang dalam isu memorandum tersebut.

Selasa, 23 Februari 2010

Benarkah Rakyat Kelantan Sudah Lupakan Manohara?

KUALA LUMPUR : Selama tiga hari di Kelantan, novelis Ayat-Ayat Cinta Habiburrahman El-Shirazy hairan kenapakah tiada seorang pun rakyat Kelantan yang bercakap mengenai Manohara.

"Selama tiga hari juga, saya masih penasaran kenapa tidak satu orang pun yang menyinggung Manohara. Akhirnya pada suatu jamuan makan bersama beberapa panita, salah seorang dari mereka menanyakan kasus (kes) Manohara.

"Dia bertanya, apakah citra Kelantan sedemikian buruk di Indonesia? Saya jawab, mungkin iya. Tampak dia agak sedih," kata beliau dalam satu tulisannya yang tersiar di laman sesawang rasmi milik parti Pas sebelum ini.

Beliau yang mesra dikenali sebagai Kang Abik berkata, hal Manohara sangat heboh diperkatakan di Indonesia, tetapi beliau aneh melihat rakyat Kelantan yang kurang mengetahui hal tersebut.

Pakar setuju bukan Melayu boleh jadi PM

Di sudut perlembagaan, seorang lagi pakar perlembagaan terkenal Prof Datuk Shad Saleem Faruqi (bawah), sependapat bahawa golongan bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri Malaysia.
Mengulas kenyataan rakan sejawatannya Prof Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) mengenai perkara itu, beliau berkata:
“Tiada larangan terhadap bukan Melayu (untuk menjadi perdana menteri). Bagaimanapun kita ada konvensyen (kebiasaan).
“Saya rasa berdasarkan realiti politik di negara ini, ini negara Melayu,” kata pensyarah kanan di fakulti undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu.
Beliau diminta mengulas kenyataan rakan akademiknya Prof Dr Abdul Aziz Bari yang berkata, perlembagaan tidak meletakkan syarat Melayu atau Islam untuk dilantik sebagai perdana menteri..
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Shad Saleem bagaimanapun berpendapat, bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan negara, orang Melayu patut dikekalkan pada kedudukan itu.
“Mengikut perlembagaan tiada masalah. Tetapi berdasarkan politik dan sejarah lebih baik untuk negara ini mengekalkan status quo ini ini,” kata bekas penasihat undang-undang UiTM itu.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....