Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 11 Julai 2011

Gambar : Bukti Akhbar Pencacai Umno Pembohong Besar !!!

Gambar yang disiarkan Berita Minggu( kiri ) dan gambar sebenar Ajak ( Kanan )
Gambar sebenar Ajak dengan bendera Malaysia yang dikatakan pisau oleh akhbar berkenaan disiarkan oleh sebuah akhbar bahasa Inggeris hari ini. Akhbar itu mahu buktikan ia gambar sebenar dalam demo itu bukannya gambar luar negara tetapi berikan bukti untuk Ajak menyaman akhbar bahasa Malaysia itu
Gambar yang disiarkan oleh Berita Minggu yang tidak membayangkan hal sebenarnya dan membuat dakwaan palsu iaitu memegang pisau padahal bendera Malaysia sebenarnya
Gambar Ajak ketika memegang Jalur Gemilang

Gempar !!! Timbalan Menteri Sokong Bersih 2.0 ???

Kenyataan Saifuddin dilaman Tweeternya Jumaat lalu disifatkan blogger umno sebagai menyokong Bersih 2.0
Print screen blog pro Umno Papagomo yang mendakwa Tim. Menteri Datuk Saifuddin Abdullah menyokong Bersih 2.0

PETALING JAYA: Timbalan Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah pada Isnin menegaskan beliau tidak menyokong Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang diadakan di ibu negara Sabtu lepas.
Sambil menolak dakwaan blogger pro-kerajaan yang melabelkan beliau sebagai timbalan menteri pro-pembangkang, Saifuddin tampil menjelaskan pendirian beliau mengenai perhimpunan haram tersebut.
"Saya tidak menyokong Bersih. Saya menyeru kepada 'politik baru'. Justeru saya faham apa yang di bawa oleh Bersih. 'Faham' tidak sama dengan 'sokong'.
“Kalau pun saya setuju dengan salah satu daripada tuntutannya, itu juga tidak sama dengan sokong. Saya tidak sokong Perhimpunan Bersih pada 9 Julai kerana ia perhimpunan haram. Apa yang saya sokong ialah perhimpunan aman, kerana ia sebahagian daripada amalan demokrasi," katanya dalam satu kiriman emel kepada mStar Online di sini, Isnin.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan blogger papagamo yang mendakwa beliau menyokong Perhimpunan Bersih apabila menulis di laman twitternya yang berbunyi “Saya Tidak Setuju Perhimpunan Bersih, Tapi Tak Payahlah Guna Khutbah Jumaat" dan "Umno not evil and stupid. Some members need to change for the better thats all".
Ekoran daripada jawapannya itu, Saifuddin dilihat mempertikaikan keputusan kerajaan yang menentang perhimpunan haram tersebut.
Blogger berkenaan turut meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menilai semula kedudukan Saifuddin sebagai Timbalan Menteri kerana beliau dilihat menyokong parti pembangkang.
Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Saifuddin bagaimanapun enggan memberikan komen mengenainya sebaliknya beliau berkata apa yang penting adalah dia mahu memberi tumpuan serta fokus kepada isu utama yang dibangkitkan.
“Sekiranya kita menggunakan cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), ada kemungkinan Perhimpunan Bersih dapat diadakan dengan permit polis dan dengan aman.
“Saya tidak menyokong Bersih dan perhimpunannya. Tapi saya juga tidak bersetuju dengan kata-kata kesat yang dilontar terhadap Bersih.

Bersih 2.0 : Umno Usah Bohongi Rakyat

Bukti yang diberikan seorang blogger terhadap pembohongan polis kononnya tidak ada tembakan gas pemedih mata di perkarangan sebuah hospital bersalin di Jalan Pudu

KUALA LUMPUR, 11 Julai: Pemimpin dan media pro Umno perlu menghentikan pembohongan dan putar belit berhubung himpunan Bersih 9 Julai lalu kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad.

Menurutnya, kenyataan pemimpin Umno dan laporan medianya khususnya Utusan Malaysia sudah tidak keruan dan serba tidak kena seolah-olah kapal yang kehilangan kompas.

"Mereka berbicara dengan rakyat seolah-olah rakyat pekak dan buta. Mungkin pemikiran mereka masih berada di zaman primitif kerana diselaputi oleh mimpi ngeri jika kerajaan pusat tumbang di dalam PRU 13," katanya.

Media umno pula ujarnya cuba memburukkan himpunan Bersih seolah-olah berlaku keganasan.

Pengamal media pro Umno itu dakwanya sudah melanggar etika laporan kerana melaporkan secara prajudis dan fitnah.

"Sehingga lupa laporan mereka sudah tidak layak hidup di zaman langit terbuka, Ia hanya layak berada di zaman Ashabul Kahfi," katanya lagi.

Beliau merujuk kepada beberapa kenyataan polis yang menafikan berlaku tembakan gas pemedih mata di Hospital Tung Shin Jalan Pudu dan di Stesen Sentral Kuala Lumpur.

"Bila polis memberi tahu dalam media mereka tidak ganas, tidak ada tembakan di kawasan hospital Tung Shin Jalan Pudu, maka secepat kilat media menjawab penipuan mereka melalui media baru yang diluar kawalan BN.

"Kita menasihat pemimpin dan media pro Umno hentikanlah penipuan kamu. Jangan menambahkan arkib pembohongan kamu di persada politik negara ini," katanya lagi.

Beliau juga turut menasihatkan pemimpin Umno agar tidak menambahkan lagi rekod-rekod kotor dan jijik kepada generasi akan datang.

"InsyaAllah segala keganasan polis dan penipuan media akan menjadi saksi kepada anak cucu rakyat Malaysia akan datang.

"Kesemua ini sudah direkod di dalam media baru yang menjadi mimpi ngeri Umno pada masa akan datang," tegasnya.Hrkh

Lebih 100 000 Pengguna Facebook Mahu Najib Letak Jawatan


Di sebalik gesaaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya "majoriti senyap" yang menentang himpunan Bersih 2.0 pada Sabtu bersuara di ruang siber, sebuah profil baru di Facebook yang menggunakan identiti "100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation" (100,000 rakyat tuntut Najib Tun Razak berundur) kian mendapat sambutan rakyat.

Hanya 48 jam selepas identiti itu diwujudkan, sudah 123 114(Setakat Jam 3.00pm ,rujuk imei diatas ) menyokongnya dengan menekan butang like (suka).

Malah jumlah itu sudah melepasi sasaran 100,000 yang ditetapkan sebelum ini.

Najib semalam berkata, ramai rakyat yang digelarkannya sebagai "majoriti senyap" itu mendiamkan diri dan hanya bertindak sebagai pemerhati.

Namun katanya, kini sudah tiba masanya bagi mereka berhenti dan menyuarakan pandangan masing-masing.

Laman itu dimulakan pada Sabtu, hari yang sama dengan perhimpunan Bersih 2.0, sebagai landasan untuk pengguna internet menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka kepada kerajaan.

Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat berhubung pencipta laman itu dipamerkan.

Penyokongnya yang rasa terkejut dengan sambutan luar biasa itu sekarang meletakkan sasaran baru untuk mencapai angka satu juta orang.

Laman itu juga memberi ilham dan merintis kepada beberapa laman lain yang menggunakan judul sama.

Ini bukan kali pertama tindakan politik menyebabkan kemarahan di alam maya, lapor Malaysiakini.

Tahun lalu pengumuman kerajaan untuk membina menara seratus tingkat juga meletus apabila mereka beranggapan tindakan itu bakal membazirkan wang rakyat.

Laman itu - "1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower" (1M rakyat Malaysia tolak menara seratus tingkat) - kini disukai 300,000 orang.TVS(Dengan Sedikit Edit)

[ Kemaskini Video ] Bersih 2.0 : Mahfuz Omar Dan Salahuddin Ayub Akan Saman Polis




KUALA LUMPUR, 11 Julai — Dua naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub mahu menyaman polis, mendakwa mereka telah ditahan secara tidak sah di hab pengangkutan KL Sentral, Sabtu lalu ketika bergerak untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

Mahfuz berkata KL Sentral bukan kawasan larangan yang dikenakan ke atas 91 individu termasuk mereka berdua.

“Kami melihat ini tahanan yang tidak sah, dari sudut perundangan dan bercanggah dengan perintah mahkamah.

“Dan, sebagaimana telah kami katakan tindakan (menahan kami) bertentangan dengan undang-undang dan malangnya apabila kami ditahan, polis hanya mengatakan sama ada kami sedar adanya perintah mahkamah melarang kami memasuki Kuala Lumpur, seolah-olah kami ditahan kerana bertindak bertentangan dengan perintah mahkamah,” kata Mahfuz selepas membuat aduan di ibu pejabat polis daerah Brickfields di Sri Petaling hari ini.TMI

Video : Mesti Lihat !!! Benarkah Peserta Himpunan Bersih 2.0 Pengkhianat ???





Benarkah ????????
Pengkhianat Jalur Gemilang !!!!,bendera lambang kedaulatan negara dibuang begitu sahaja
Peserta himpunan Bersih 2.0,bujur lalu melintang patah.Jalur Gemilang tetap ditangan

Video & Gambar : Keadaan Tuan Guru Presiden Pas Selepas Dibebaskan Polis





Tuan guru menerima kunjungan pimpinan Pas Terengganu.Alhamdulillah beliau berada dalam keadaan sihat walafiat,takbirrrr !!!!

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....