Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 22 Disember 2009

Gambar Istana untuk Pak Lah berjumlah RM 12 juta....





Wow..... RM 12 juta..... dan lokasi terbaik pulak tu...di Persiaran Mahameru, Jalan Damansara... dekat Tasik Perdana.... dan dekat dengan Southeast Asia Regional Center for Counter Terrorism (SEARCCT)

Saya Sedia Disiasat Tapi Pak Lah Juga Perlu Disiasat-Mahathir


PETALING JAYA, Dis 22 — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut baik syor diadakan suruhanjaya diraja untuk menyiasat sama ada beliau telah menyebabkan kerugian lebih RM100 bilion menerusi projek-projek raksasa dan rasuah sepanjang 22 tahun kepimpinannya.

Malah beliau juga mahu kerajaan membenarkan buku, ‘Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times’, yang mendedahkan kehilangan sejumlah wang itu, dibenarkan untuk jualan di Malaysia.

“Jika kerajaan menahan buku ‘Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times’, saya meminta kerajaan melepaskannya (untuk jualan). Saya tidak memerlukan perlindungan kerajaan,” kata beliau dalam blognya hari ini.

Buku itu ditulis oleh Barry Wain dan dikatakan masih tersadai di Kastam Diraja Malaysia.

“Saya akan bekerjasama sepenuhnya dengan suruhanjaya,” kata beliau yang menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003.

Dr Mahathir berkata suruhanjaya sedemikian tidak seharusnya terdiri daripada anggota yang dinamakan oleh kerajaan semata-mata, tetapi juga mereka yang layak termasuk rakyat asing dan anggota Transparency International.

“Suruhanjaya ini tidak seharusnya memberi tumpuan terhadap seorang perdana menteri sahaja tetapi juga rejim Tun Abdullah Ahmad Badawi (pengganti Dr Mahathir),” katanya.

Bekas presiden itu berkata siasatan jika diadakan ia harus meneliti bagaimana wang Petronas sebanyak RM270 bilion yang dibayar ketika pentadbiran Abdullah telah dibelanjakan.

“Apakah projek yang telah dibiayai dengan wang sebanyak ini dan kos projek-projek berkenaan,” katanya lagi.

Malah kata beliau siasatan harus merangkumi kerugian dialami apabila kerajaan membatalkan jambatan bengkok dan laluan kereta api Johor Baru ke Padang Besar.

Dr Mahathir juga mahu siasatan memfokus kos projek hidroelektrik Bakun, jambatan kedua Pulau Pinang serta prosedur diguna pakai dalam memberikan kontrak projek berkenaan.

“Saya juga bersetuju dengan Lim Kit Siang bahawa siasatan akan menggambarkan komitmen Najib dalam menangani rasuah,” kata beliau.

Justeru kata Dr Mahathir, dalam usaha suruhanjaya diraja menjalankan tugasnya dengan baik ia wajar diberikan akses kepada semua dokumen dan akaun kerajaan sepanjang tahun 1981 hingga 2009.
“Tidak harus ada sebarang usaha menutup (kes).

“Barry Wain (penulis) juga harus menyediakan bukti dokumen bagi menunjukkan jumlah wang yang hilang akibat (pentadbiran) saya,” katanya.

Bergantung pada hasil suruhanjaya itu, kata Dr Mahathir, beliau akan menyaman Wain, Lim dan Malaysiakini.com.

Jumlah saman itu akan ditentukan kemudian, kata Dr Mahathir.TMI

Rosmah enggan layan 'pembohongan, gosip'





Apakah ini juga Gosip dan Pembohongan???


Belum sempat soalan berhubung pemindahan wang RM600,000 secara tidak sah ke Dubai dikemukakan, sidang media isteri perdana menteri Rosmah Mansor terus ditamatkan.

Ketika Malaysiakini ingin mendapat penjelasan berhubung dakwaan wang itu disalurkan ke akaunnya Ogos tahun lalu, beliau terus memotong soalan tersebut dengan berkata:

"Saya kata (tanya) soalan berkaitan. Saya tidak mengulas gosip. Saya tidak mengulas pembohongan. Itu yang saya cakap tadi, kita mesti fokuskan pada isu yang lebih besar.

"Jika anda mahu berjaya, anda kena fokuskan pada isu yang lebih besar.

"Saya tahu anda mahu menjual surat khabar, tetapi marilah fokus pada isu yang lebih besar dan relevan yang boleh memberi manfaat kepada semua orang, semua rakyat Malaysia."

Soalan yang dikemukakan kepada Rosmah hanya berjaya disuarakan separuh sahaja, "saya (Malaysiakini) hendak tanya tuduhan pembangkang minggu lepas bahawa..."

Sidang media beliau diadakan selepas majlis penyerahan bantuan khas Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada 10 NGO di sebuah hotel di Kuala Lumpur tengah hari ini.

Rosmah bagaimanapun selepas itu sempat bergurau dengan kumpulan wartawan di situ dengan berkata:

"Habis dah soalan? Dah kena sergah tidak ada dah soalan?"

Usikan itu disambut ketawa kecil daripada wakil-wakil NGO berkaitan pembangunan wanita dan komuniti yang hadir di majlis tersebut.

Hadir sama dalam program tersebut, menteri berkenaan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Pada 17 Disember lalu, ahli parlimen Batu mendakwa, satu pihak - yang tidak dinamakan - membuat pemindahan wang itu kepada Rosmah melalui pengurup wang, yang kini dikenakan tindakan oleh Bank Negara Malaysia.

Tian Chua mendakwa wang tersebut "kemungkinan bagi membiayai urusan membeli-belah" isteri perdana menteri.

Dalam sidang sama, Shahrizat sebelum itu berharap Rosmah dapat membantu mejuarai isu berkaitan wanita, keluarga dan masyarakat dengan pemberian bantuan RM1.7 juta kepada kumpulan NGO berkenaan.

Menyambutya dengan penuh ceria dan berjenaka, Rosmah kemudian berkata:

"Bagaimanapun saya ada bos yang lebih besar di rumah. Tetapi saya rasa beliau (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak ada keberatan untuk memberikan persetujuan untuk saya menjuarai isu-isu wanita, keluarga masyarakat, terutama sekali kanak-kanak."

Rosmah juga mengingatkan wanita supaya tidak menukar kerajaan BN hari ini kerana mereka telah mendapat perhatian dan bernasib baik di negara ini.

"Saya di Singapura baru-baru ini telah memaparkan bagaimana kaum wanita di negara kita telah mendapat pencapaian yang tinggi.

"Dan saya kata, tidak payahlah tukar kerajaan. Inilah kerajaan yang telah banyak memberikan sokongan dan kerjasama terhadap berbagai-bagai isu."

Dalam satu sidang media di republik itu minggu lalu, Rosmah dilaporkan enggan memberikan jawapan berhubung beberapa pendedahan negatif terhadapnya.

Beliau menyifatkan semuanya itu tuduhan-tuduhan liar yang dilemparkan oleh musuh-musuh politiknya.

Tanpa menyebut tuduhan-tuduhan itu, ia dipercayai merujuk dakwaan di Internet bahawa Rosmah mempunyai kaitan dengan kehilangan penyiasat persendirian P Balasubramaniam.M'kini

Ulasan Tinta Hijau-DKB
Sikit sikit Gosip,sikit sikit Pembohongan.Inilah salah satu cara bagi beliau melarikan diri dari tuduhan yang rakyat kenakan terhadap beliau.Kalau tak de angin masakan pohon bergoyang he..he..Untuk membersihkan nama beliau ambo cadangkan Rosmah ambik je tindakan Mahkamah terhadap mereka yang mengfitnah beliau.Ambik tindakan pada Bala,Tian Chua dan Jurugambar yang merakamkan gambar beliau dan Pelakon Bollywood itu.Berani Ke???Entah entah nanti kain beliau yang terlondeh ha.. ha.. ha..

Dua Enjin Pesawat Lesap, Apa Kata Nizar





Tragedi kehilangan dua enjin pesawat tempur , F-5E, milik Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) yang hilang masing-masing berharga RM50 juta secara jelas memperlihatkan kredibiliti Perdana Menteri Najib Tun Razak sebagai pemimpin.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata, Najib gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Menteri Pertahanan apabila jelas tragedi itu berlaku sewaktu beliau memegang jawatan itu.

Nizar berkata, rakyat seharusnya membuka mata berhubung isu ini dan sedar bahawa Najib telah mengabaikan tanggungjawab yang diberi .

“Ini membuka mata kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa orang yang kita amanahkan mengabaikan tanggungjawab mereka termasuk Menteri dan juga Perdana Menteri sekarang. Di mana, satu hilang di zaman dia sebagai Menteri Pertahanan dan satu lagi hilang di zaman dia sebagai Perdana Menteri 1Malaysia. Kedua-duanta memberikan gambaran berkenaan Najib,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan Berita Harian hari ini bahawa bukan hanya satu enjin pesawat tempur, F-5E yang hilang tetapi dua.

Memetik laporan berkenaan, enjin kedua itu hilang ketika menunggu untuk diselenggarakan di Pengkalan Udara Kuala Lumpur dua tahun lalu dan hanya disedari pada Mei 2008. Bagaimanapun, laporan polis dibuat tiga bulan kemudian.

Laporan itu menyebut, kejadian dipercayai berlaku pada 1 November 2007, ketika enjin berkenaan dibawa keluar dari Skuadron Ke-12 Scorpion Butterworth, yang menempatkan pengkalan operasi pesawat itu untuk penyelenggaraan rutin di ibu negara.

Nizar tidak menolak kemungkinan bahawa terdapatnya usaha untuk menutup kes kehilangan enjin pesawat ini yang hanya dilaporkan setelah didedahkan pihak tertentu.

“Ini satu malapetaka, tragedi kepada negara kita untuk menjadi satu penyedar kepada rakyat Malaysia.

“Bagaimana insiden hilangnya satu alat untuk menjaga keselamatan negara tiba-tiba di curi oleh orang yang diamanahkan atau di tidak mengambil tanggungjawab,”katanya.

Enjin pertama pesawat pemintas F-5E bernilai kira-kira RM50 juta itu disedari hilang pada 2007 bersama rekod perkhidmatan dan penyelenggaraannya apabila komponen yang hendak diperbaiki itu tidak sampai ke destinasinya.

Kehilangan kedua-dua enjin pesawat ini dipercayai antara skandal penyelewengan terbesar dalam sejarah TUDM.Greenboc

Panggil sidang khas Parlimen bincang enjin jet hilang -Mahfuz

Pesawat Pejuang F5-E


KUALA LUMPUR, Dis 22 — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa memanggil sidang khas Parlimen berikutan kehilangan enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berharga RM50 juta, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz berkata oleh kerana Najib mengumumkan kerajaan tidak berhasrat menutup kes kehilangan enjin jet pejuang, sidang khas perlu diadakan untuk membolehkan Perdana Menteri membentangkan usul ditubuhkan jawatankuasa siasatan Parlimen.

"Ia perlu bagi menyiasat kehilangan enjin jet pejuang tersebut dan isu-isu berkaitan mengenai tahap keselamatan premis dan peralatan pertahanan negara," kata beliau yang Ahli Parlimen Pokok Sena.

Jawatankuasa siasatan tersebut, kata Mahfuz hendaklah diberi kuasa untuk memanggil semua pihak yang terlibat dengan kehilangan tersebut.

"Najib juga mendakwa aduan polis telah dibuat apabila Kementerian Pertahanan menyedari tentang kejadian tersebut.

"Oleh itu, Ketua Polis Negara juga hendaklah dipanggil oleh jawatankuasa siasatan tersebut untuk memaklumkan sejauh mana dan apakah hasil siasatan polis, jika benar aduan polis telah dibuat," katanya.

Jelas Mahfuz lagi, mereka perlu menjelaskan kepada jawatankuasa siasatan itu mengapa berita tersebut digelapkan begitu lama memandangkan kehilangan enjin jet pejuang itu berlaku pada tahun 2007.

Beliau yakin rakyat tidak boleh bersabar lagi dengan berita-berita memalukan dan menjatuhkan maruah negara mengenai Kementerian Pertahanan.

"Beberapa tahun dahulu, kita mendengar laporan mengenai senjata angkatan tentera dicuri oleh kumpulan al-Maunah, selepas itu berita mengenai kebakaran kapal TLDM KD Inderaputra dan kini kehilangan enjin jet pejuang TUDM pula.

"Adakah selepas ini kita akan mendengar kehilangan jet pejuang Sukhoi dan kapal selam pertama Malaysia, KD Tunku Abdul Rahman pula?

"Sebab itulah kita menuntut Menteri Pertahanan dan semua pihak yang bertanggungjawab jangan pula 'hilang' bersama-sama kehilangan enjin jet pejuang itu," katanya.

Mahfuz bimbang mereka akan “hilang” memandangkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah mula menuduh "budak-budak jahat tempatan dengan kerjasama orang luar" yang bertanggungjawab terhadap kehilangan itu.TMI

Pucuk Pimpinan PR Sokong Pendaftaran PR







Pucuk pimpinan Pakatan Rakyat memberi persetujuan jitu kepada usaha mendaftar gagasan itu sebagai sebuah entiti politik.

Ketua Umum, Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada percanggahan pendapat di kalangan pemimpin mengenai perkara itu.

Menurut beliau, butiran terperinci perjalanan Pakatan Rakyat setelah didaftarkan bakal dirumus kemudian.

“Keputusan untuk mendaftar dulu tu memang keputusan bersama, Tuan Guru Ustaz Abdul Hadi Awang dan YB Kit Siang dan lain-lain, cuma yang dia bangkitkan ialah kerana kita setuju daftar kita belum setuju kerangka terperinci dan ini yang dia rasa perlu masa, jadi ada silap faham di sini ada orang mengatakan you formalize base on prelimanary term of reference constitution with not be resolve, so I think no problem with that”, jelas Anwar.

Anwar berkata demikian apabila ditanya oleh wartawan laporan kononnya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tidak ada keperluan mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata gagasan itu akan memberi kerjasama penuh kepada Pendaftar Pertubuhan untuk memastikan gagasan itu dapat didaftarkan secepat mungkin.

“Kita putuskan yang penting dasar Pakatan Rakyat, itu keutamaan kita, pendaftaran yang kita kata pendaftaran Jawatankuasa Sementara (Penaja), pendaftaran cara rasmi parti itu belum, melainkan pendaftar bagi kesempatan kena cepatkan mesyuarat, kalau pendaftar betul-betul nak cepat, pendaftar pertubuhan, saya akan panggil mesyuarat minggu depan”, tegasnya lagi.

Dalam pada itu, Hadi sendiri menafikan beliau membantah langkah mendaftar Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti politik.

Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri berkata wartawan akhbar Cina telah menyalah tafsir kenyataan Hadi.

“Sebenarnya ada silap faham dari segi orang yang mencatatkan maklumat. Pada dasarnya Tuan Guru Haji Hadi jelas bahawa pendaftaran yang kita katakan pendaftaran Pakaran Rakyat itu masih dalam proses dan sekarang ini berada di ROS. Apa yang dimaksudkan ialah bukan masa untuk setiap parti itu, bergabung menjadi satu parti”, kata Dr Ahmad Samsuri. - NIZAM (TVS)

Berhentilah menari ikut gendang Umno/BN!



Oleh Dinsman

Saya nak tulis terus terang saja kali ini. Apa saya ingat nak cakap, saya tulis saja. Beberapa hari ini saya bercakap mengenai satu perkara – para pemimpin kita tak habis-habis lagi duk menari mengikut gendang yang dipalu oleh pihak Umno/BN. Apa ke halnya! Sudah-sudah lah

Janganlah apabila wartawan akhbar atau wartawan tv dari pihak yang kita tahu mereka itu menjadi alat atau media Umno/BN, apabila wartawan mereka itu menghulurkan mikrofon atau menelefon kita, maka kita pun tanpa berfikir panjang terus saja menyambutnya dengan penuh ghairah dan bersemangat… membuat kenyataan dan menjawab segala soalan yang diajukan itu dengan segala senang hati dan berpuas hati, penuh yakin dan percaya bahawa kenyataan dan jawapan kita itu adalah betul dan ikhlas, sesuai dengan perjuangan parti kita.

Cukuplah! Belajar-belajarlah dengan apa yang telah berlaku selama ini. Mereka itu ada agenda mereka. Bukan saja-saja mereka nak berkhidmat untuk kita, dan nak menyebarkan maklumat bagi pihak kita. Jangan bermimpilah! Bangunlah dan sedarlah. Kita sedang diperangkap oleh media mereka. Rasa-rasanya belum pernah dalam sejarah gerakan Islam di negara ini, keadaan dalaman organisasi dan kepimpinan parti PAS menjadi bercelaru, kucar-kacir, saling mencurigai dan salah-menyalahkan sesama sendiri, fitnah tersebar.… Belum pernah rasanya dalam sejarah gerakan Islam di negara ini PAS berada dalam keadaan yang kucar-kacir seperti hari ini.

Masing-masing seperti tidak kenal lagi mana yang betul dan mana yang tak betul; pemimpin mana yang berpegang pada prinsip yang benar dan pemimpin mana yang sedang berusaha untuk menuju ke arah lain… Betapa bercelarunya! Dan dalam keadaan yang bercelaru itu tanpa disedari tiba-tiba ada di kalangan pimpinan sendiri yang menyuarakan rasa kurang senang dengan pimpinan Tok Guru Mursyidul ‘Am, mendesak dia supaya menamakan penggantinya dan supaya merancangkan pengundurannya dari kerusi Menteri Besar Kelantan.

Atas alasan apa? Kononnya kerana kesalahan dia melantik menantunya menjadi CEO sebuah perbadanan perniagaan yang dia sendiri selaku Menteri Besar menjadi pengerusinya; dan satu lagi kerana hendak menunaikan haji dengan pakej yang mahal atas tajaan pihak tertentu. Riuh rendah. Mereka memukul gendangnya dan kita pun menari dengan rancaknya, lintang-pukang tak terkiralah; bahkan kita pun turut sama memukul gendang mengikut rentak mereka.

Hingga jadi terlupalah kita akan siapa sebenarnya yang kita sedang marah-marah dan melemparkan tuduhan yang negatif itu. Terlupalah kita akan kualiti seorang pentadbir negeri Islam yang satu-satunya seperti itu dalam dunia hari ini yang kita sebenarnya sangat memerlukannya.

Terlupalah kita untuk melihat pada wajah pembangunan dan kemajuan Islam di Kelantan hari ini, hasil dari ijtihad pentadbiran gaya tersendiri yang lahir dari upaya pemikiran sang pemimpin itu, yang teori pentadbiran dan pembangunannya pun belum sempat kita kaji dan rumuskan lagi.

Terlupa juga kita akan pencapaian paling puncak dalam sejarah gerakan Islam di negara ini dimana seorang tokoh agama Islam menjadi begitu popular hingga dia diterima baik oleh kalangan bukan Islam, sebagai pemimpin semua, sebagai “Tok Guru kita”!

Kita terlupa akan aset paling berharga yang ada pada kita itu semata-mata kerana kita terpesona dengan pukulan gendang oleh pihak musuh.

Kita terpukau dan terperangkap dalam jerat musuh, tanpa kita sedar, hingga akhirnya kita sendiri mengucapkan kata-kata yang sangat diidam-idamkan oleh pihak musuh itu. Mereka sedang bekerja keras untuk menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang tak lama lagi akan menjelang tiba.

Di bawah pimpinan baru Najib Tun Razak, dengan pakar-pakar strategi dan pakar media di sekelilingnya, jangan kita memandangnya remeh. Lihat saja sekarang! Kita sudahpun terperangkap dalam permainan mereka.

Faktor paling utama yang boleh menghalang cita-cita dan perancangan mereka untuk terus berkuasa di negara ini, telah mereka kenal pasti, hanya dua – iaitu faktor yang bernama Anwar Ibrahim dan yang bernama TokGuru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Dua faktor utama ini kalau berjaya dihancurkan – maka selamatlah Umno/BN melalui pihanraya umum ke-13. Itu saja yang menjadi sasaran mereka sekarang. Takkan ini pun tak dapat kita baca, sedangkan tanda-tandanya bersepah di mana-mana!

Atau cubalah kita fikirkan sekarang – bagaimana jadinya kita Pakatan Rakyat dan gerakan Islam di negara ini sekiranya di kalangan kita tidak ada lagi Anwar Ibrahim dan Tok Guru Nik Aziz?

Siapakah yang akan memimpin gerakan Islam dan Pakatan Rakyat (pada masa ini) untuk menghadapi pelbagai tekanan dan muslihat pihak Umno/BN?

Terus terang saya katakan bahawa buat masa ini kita belum nampak sesiapa pun lagi yang berkemampuan seperti dua orang tokoh ini untuk memimpin gerakan Islam dan reformasi rakyat Malaysia, menghadapi serangan daripada puak Umno/BN bagi membangunkan sebuah politik dan pentadbiran kerajaan baru di negara ini, bagi menggantikan politik dan pentadbiran kerajaan cara Umno/BN yang penuh dengan rasuah dan penipuan itu.

Ya, saya tahu, ada orang sedang menuduh saya amat fanatik dan ta’sub dengan Tok Guru Nik Aziz.

Saya kata tidak, saya tidak fanatik atau ta’sub. Saya mengkaji apa yang telah dibuat oleh Tok Guru Nik Aziz di Kelantan selama 19 tahun dia mentadbir negeri itu mengikut cara dan panduan yang diambilnya dari al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

Awal tahun 2008 saya telah terbitkan buku “100 Fakta Kelantan Mengubah Malaysia”, mendedahkan 100 fakta yang dibawa oleh pimpinan Tok Guru Nik Aziz dalam upayanya membangun dan memajukan Kelantan secara Islam.

Dan sekarang saya sedang berusaha, dengan bantuan kawan-kawan, untuk merumuskan teori pentadbiran dan teori pembangunan Nik Aziz itu, yang saya percaya sangat berharga dan boleh memberi manfaat yang besar kepada gerakan Islam sedunia hari ini.

Maka apakah semua yang sangat berharga dan bernilai tinggi ini patut kita musnahkan begitu saja, semata-mata kerana kita mendengar tuduhan yang dibangkitkan oleh pihak musuh, dan kita hendak membuktikan kepada musuh itu bahawa kita tidak bertoleransi dengan amalan rasuah; tanpa terlebih dahulu kita melihat ke kiri dan ke kanan untuk mengenal pasti agenda sebenar yang bersembunyi di sebalik “permainan” itu?

Renunglah kebijaksanaan orang tua-tua kita dulu, yang pernah mengingatkan kita supaya jangan membakar kelambu kerana hendak membunuh seekor nyamuk!

Dan pandanglah ke kiri dan ke kanan terlebih dahulu sebelum membaca tanda-tanda rasuah seperti yang diejakan kepada kita oleh puak-puak yang memang terkenal handal bermain rasuah itu.Detikdaily

Peguam Dakwa Dirinya Mangsa Fitnah SPRM





Peguam kepada bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Rosli Dahlan mendakwa beliau adalah mangsa konspirasi jahat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Rosli mendakwa beliau dianiaya pihak berkenaan hanya kerana bertindak membela Datuk Ramli Yusuff, serta membantu pendakwaan JSJK terhadap watak-watak tertentu pada tahun 2007.

Rosli dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam atas tuduhan tidak menjawab notis SPRM yang ketika itu dikenali Badan Pencegah Rasuah bersabit perishitaran harta miliknya.

BPR menuduh Rosli bersekongkol dengan bekas pegawai kanan Datuk Ramli.

Rosli mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu di hadapan Hakim Abu Bakar Katar.

“Tadi dia mengatakan bahawa saya diserahkan dengan notis kerana saya dianggap sekutu. Saya katakan saya peguam, macam mana peguam boleh jadi sekutu pula? Tentulah dasar kepada keluhuran undang-undang saya mengatakan saya mengatakan keterangan saya dalam seksyen 27, sebagai seorang peguam saya terikat kepada maklumat sulit. Tapi saya sedia mendedahkan dan saya mendedahkan semuanya bahawasanya saya tidak pernah memegang sebarang asset “ katanya kepada Tv Selangor.

Rosli Dahlan dari firma guaman Lee Hishamuddin Allen & Gledhill mewakili Datuk Ramli Yusuff pada 2007 dalam satu kes sindiket pinjaman wang haram.

Blog Malaysia today kelolaan Raja Petra Kamaruddin mendakwa Datuk Ramli adalah mangsa fitnah Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Menurut blog itu, Musa mengambil tindakan terhadap Ramli kerana pegawai itu memberi keterangan dalam kes mata lebam Anwar yang memihak kepada mantan timbalan perdana menteri itu.

Tidak lama selepas itu, Datuk Ramli didakwa BPR atas tuduhan menyalahguna kuasa dan digugurkan dari jawatannya atas tuduhan kononnya beliau memiliki aset RM27 juta.

Rosli berkata kes SPRM menyifatkan kes terhadapnya dan Datuk Ramli begitu ampuh dan penuh kecurigaan.

“Pengadu adalah pegawai BPR. Dia mengatakan bahawa dia mendapat maklumat bahawa Datuk Ramli melakukan kesalahan. Maklumat itu berdasarkan laporan 0752007. Jadi datuk Kamariendaran meminta laporan 0752007. Bila ditunjukkan kita dapati nama Datuk Ramli tidak disebut langsung" tambahnya lagi.

"Jadi bagaimana pengadu boleh mengatakan Datuk Ramli buat kesalahan rasuah berdasarkan maklumat yang dia terima dalam laporan 0752007 ini. Bila kita pergi kepada laporan 0752007, nama dia tidak ada langsung. Apakah muslihat di sebalik perkara itu?".

Kumarendran adalah peguam yang mewakili Rosli.

Rosli sebelum ini telah memfailkan saman kepada akhbar The Star, ketua editor akhbar tersebut dan dua wartawannya, sebuah lagi akhbar berbahasa Inggeris dan SPRM berhubung penyebaran fitnah ke atasnya.

Kes Rosli bersambung hari ini.Greenboc

Konvensyen PR:Apa Kata Akhbar Cina

Konvensyen Pakatan Rakyat pertama yang diadakan pada 19 Disember, dilihat sebagai langkah penting ke arah Sistem Dua Parti oleh media cetak bahasa Cina. Walaupun Dasar Pakatan Rakyat dianggap mengelak dari sesetengah isu pokok dan kurang sempurna, namun rata-rata menyambut baik usaha PR untuk bermuafakat dalam perbezaan.

Gambar ketiga-tiga pemimpin tertinggi parti komponen PR, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng (atau Lim Kit Siang) dan Abdul Hadi Awang berpegang tangan dipaparkan di kesemua akhbar Cina. Malah, China Press pada 20 Disember menonjolkan gambar Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat berpelukan dengan Presiden PAS Hadi Awang, yang dianggapnya sebagai tumpuan media.

China Press memetik kata-kata Nik Aziz, "Sangat jijik bila hampiri UMNO", untuk ditonjolkan sebagai tajuk besar pada muka surat A12. Interaksi antara Pengerusi DAP, Karpal Singh dengan pemimpin PAS juga dilaporkan, dengan tajuk "Berselisih dengan pemimpin PAS? Karpal: Tiada masalah hubungan."

Sin Chew: Titik tolak baru PR

Lidah pengarang Sin Chew Daily pada 21 Disember menulis, "suasana konvensyen adalah harmoni dan dilihat bersepadu. Apa yang kurang adalah, PR jelas mengelak dari isu-isu dalaman yang mustahak, sekadar menuding jari ke arah Barisan Nasional, memberi persepsi bahawa ianya superficial, dan menyapu masalah ke dalam carpet."

"Dalam reformasi politik pula, PR dianggap kurang terbuka dan berani, misalnya pilihan raya kerajaan tempatan tidak diterap ke dalam dasar." Lidah pengarang ini menyaran agar Dasar PR memasukkan penyelesaian yang lebih pragmatik, yang dapat memperlihatkan kemampuan memerintah dan berubah, termasuklah pengurusan ekonomi, reformasi sistem pendidikan, pemindaan akta yang tidak relevan dan sebagainya, untuk menyempurnakan dasar PR.

Malah, Sin Chew menganggap PR menunjukkan fenomena merosot sementara BN di bawah pimpinan PM Najib Razak kini semakin terkeluar dari bayang PRU ke-12. Media ini bertanggapan bahawa gagasan "1Malaysia", malah Indeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diperkenalkan oleh Najib untuk Program Transformasi Kerajaan semakin disenangi,dan Najib mula mengembalikan sokongan rakyat.

Justeru itu, Sin Chew menganggap PR perlu mengatasi program tranformasi BN melalui dasar dan tindakan, menunaikan janji untuk mengekalkan sokongan.

Empat penetapan

Sin Chew Daily, turut menyiarkan tiga artikel kolum yang mengulas Konvensyen PR. Antaranya, Lim Mun Fah menganggap konvensyen ini memberi makna besar kerana menetapkan empat perkara, iaitu:

Pertama, untuk menewaskan UMNO, PR mesti mengelakkan diri dari politik perkauman sempit;

Kedua, PAS tetap setia dengan PR, dan memperlihatkan tekad untuk mengambil alih kerajaan persekutuan bersama DAP dan PKR;

Ketiga, mengiktiraf kedudukan Anwar sebagai pemimpin tertinggi PR;

Keempat, mengetepikan perbezaan antara ketiga-tiga parti, mengambil pendekatan "bersepakat dalam perbezaaan".

Lim Mun Fah menyebut kelemahan yang ada pada ketiga-tiga parti PR, dan menganggap "perbezaan idealisme" adalah cabaran terbesar buat PR pada masa depan.

Di samping itu, Lim Sue Goan pula mempertikaikan PR yang masih kabur dengan dasarnya, dalam artikel kolumnya yang disiarkan Sin Chew Daily pada hari ini. "Mengapa hanya menyebut meminda Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (PPPA) dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), tetapi tidak janji untuk memansuhkan akta zalim ini atau perkara yang tidak wajar dalam akta ini?" tanya Lim Sue Goan.

Lim Sue Goan terus mempersoalkan, "Mengapa hanya menyebut 'meluaskan skop Lembaga Pentauliahan Kebangsaan untuk memantau dan mencadangkan pengiktirafan sijil, diploma dan ijazah dari dalam dan luar negara yang memenuhi piawaian akademik yang boleh diterima', tetapi tidak menyatakan terus pengiktirafan terhadap sijil Sekolah Menengah Persendirian Cina?"

"Kita tahu ekonomi negara kini terjerumus dalam kemelut. Mengapa PR tidak mengemukakan strategi yang berwawasan, agar dilihat berbeza dengan UMNO?" pertikai Lim.

Nanyang: Langkah besar ke arah Sistem Dua Parti

Nanyang Siang pula, menganggap konvensyen PR ini sebagai langkah besar ke arah Sistem Dua Parti. Dalam satu artikel di ruang kolum, penulisnya menilai model kerjasama dan operasi PR, lebih "progresif" daripada BN yang terdiri daripada 14 buah parti, dan ditubuhkan puluhan tahun yang lalu.

Malah, perhubungan antara parti komponen lebih mudah berbanding dengan BN yang menyanjung "dasar pecah dan perintah" (misalnya memasukkan dua parti yang bertunjangkan masyarakat Cina). Dengan itu, kadar berlakunya pergelutan dalaman di PR akan berkurang secara semulajadinya.

Konvensyen berlangsung dengan lancar, malah mengelak daripada isu "negara Islam", menunjukkan bahawa ketiga-tiga parti telah mencapai muafakat untuk "bersepakat dalam perbezaan", terutamanya antara DAP dan PAS yang jauh berbeza ideologi politiknya.

Dengan kata lain, kolumnis ini menganggap PR masih mampu duduk bersama, berganding bahu menuju ke arah matlamat memerintah di kerajaan pusat, walaupun banyak perselisihan yang berlaku selepas PRU pada 8 Mac 2008.


*Kaleidoskop adalah "digest" kandungan akhbar bahasa Cina. Akhbar yang dirujuk bertarikh 20 dan 21 Disember 2009, berkisar pada Konvensyen Pakatan Rakyat pertama di Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor.Merdeka Review

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....