Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 23 Ogos 2010

Kedutaan Malaysia di Jakarta dilempar najis

Demontrasi di hadapan Kedutaan Malaysia-Gambar Fail
JAKARTA, 23 Ogos — Kedutaan Besar Malaysia ke Indonesia di sini telah dilempar najis manusia oleh penunjuk perasaan daripada kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) pada satu demonstrasi petang ini.
Seorang daripada 37 penunjuk perasaan itu telah melemparkan najis itu ke dalam perkarangan kedutaan itu melepasi pintu pagar hadapan dan di atas kepala barisan anggota polis Indonesia yang sedang mengawal ketat di hadapan bangunan itu.
Mereka turut melepaskan najis itu ke atas bendera Malaysia yang dipijak-pijak di atas jalan tempat mereka berkumpul di hadapan kedutaan itu.
Kumpulan itu sebelumnya telah membawa lima bungkusan najis itu, ada yang diletakkan dalam kertas bungkusan makanan, dalam plastik dan dalam kotak polisterin dan dinyatakan sebagai “hadiah” untuk Duta Besar Malaysia ke Indonesia kerana Malaysia selama ini telah beberapa kali memberi “najis” yang lebih kotor kepada Indonesia.

Bazar Ramadhan Di Kuantan Roboh Dipukul Ribut





Sebahagian khemah yang menempatkan peniaga di bazar Ramadan berhampiran Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang rosak teruk akibat dipukul ribut semalam.

Mengumpul kisah pentadbiran Tok Guru Nik Aziz awal 90-an

Oleh Dinsman
Ingat lagi? Saya pernah tulis mengenai perlunya Teori Pentadbiran Tok Guru Nik Aziz di Kelantan itu dibukukan. Kerana telah terbukti – sebuah “Pentadbiran Islam” telahpun terbina di Kelantan, di bawah pimpinan TG Nik Abdul Aziz, sejak Oktober 1990. Dan apa yang telah terbina itu adalah suatu Model Pentadbiran yang telahpun berjaya dilaksanakan pada abad 20-21 ini – selama 20 tahun di situ.
Ada di situ sekarang. Sesuatu yang real dan praktikal. Bukan sekadar ilmu mengenai “Negara Islam” yang ditulis dalam buku-buku. Ini yang real. Realiti.
Datang ke Kelantan dan itulah dia – sebuah pentadbiran negeri Islam. Bukan sekadar ilmu dan teori, tetapi sesuatu yang sudah dipraktikkan. Yang sudah melampaui ilmu dan teori. Inilah dia.
Akan genap 20 tahun Oktober ini. Jangan tanya mengenai pelaksanaan Hukum Hudud dan apa-apa lagi yang selalu disebut dalam buku-buku ilmu dan teori. Tetapi tengoklah apa yang hadir sebagai realiti di depan mata itu – tengok secara keseluruhannya yang zahir dan yang batin, yang jasmani dan yang rohani, yang fizikal dan yang spiritual, dan bandingkanlah dengan apa-apa yang pernah dibaca mengenai Negara Islam di dalam buku-buku.
Interesting. Cukup menarik. Hairannya belum ada orang yang membuat kajian.
Tapi tak mengapa. Kita buat apa yang kita boleh buat. Saya sendiri sekarang sedang berusaha menyiapkan sebuah dokumentari video mengenai perkara itu – “20 Tahun Membangun Bersama Islam”. Dulu, sepuluh tahun dulu, tahun 2000 saya telah hasilkan buku “Sepuluh Tahun Membangun Bersama Islam, Kelantan Di Bawah Kepimpinan Ulamak” (terbitan Pusat Kajian Strategik, Kota Bharu).
Kali ini kita buat dokumentari video pula. Sekarang sedang dalam proses penggambaran. Tetapi tidaklah menepati tujuan seperti yang saya cadangkan dulu – supaya teori dan pelaksanaan pentadbiran Islam pimpinan Tok Guru Nik Aziz itu dibukukan.
Video dokumentari dengan buku memang tak sama. Tapi tak mengapa. Masing-masing ada kelebihannya. Namun walau apa pun, dokumentari ini tidaklah akan memfokus kepada pentadbiran. Fokusnya ialah kepada pencapaian “Membangun Bersama Islam” selama 20 tahun itu. Ada banyak pencapaian sebenarnya. Sebahagiannya telah saya senaraikan dalam buku kecil “100 Fakta Kelantan Mengubah Malaysia” (2008).
Kita lupakan buku untuk sementara ini. Fokus kepada video dokumentari. Maksudnya kita akan rakamkan visual-visual yang boleh menunjukkan pencapaian kepimpinan TG Nik Aziz membawa rakyat Kelantan membangun bersama Islam selama 20 tahun itu. Apakah pencapaian-pencapaiannya?
Banyak! Paling mutakhir atau terbaru ialah pelancaran Dinar emas dan Dirham perak pada 12 Ogos lalu, di Kota Bharu. Ia lanjutan kepada pengenalan Dinar emas Kelantan yang telah dilancarkan empat tahun lalu (2006). Cuma bezanya kali ini ia dibuat dengan perancangan yang lebih besar dan rapi, dengan kualiti bertaraf antarabangsa. Tidak hairanlah beberapa orang menteri kerajaan persekutuan pun terkejut dan melatah-latah kerananya

Pakatan Rakyat Mendahului BN 47.02 Peratus Dalam E-PRU13

SHAH ALAM 22 Ogos - Pilihan Raya Umum ke-13 masih diawang-awangan dan menjadi teka-teki penganalis politik negara tetapi di dalam dunia maya pertembungan antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional untuk mendapatkan sokongan rakyat Malaysia sudah pun bermula dengan rancaknya.
Hasilnya Pakatan Rakyat mendahului BN dengan peratusan undi sebanyak 47.02 peratus.
Inisiatif peminat laman web sosial Facebook telah mewujudkan akaun E-Pilihan Raya Umum 13 Facebook Malaysia di mana rakyat Malaysia boleh mengundi secara maya bagi memilih parti politik yang bakal menubuhkan kerajaan pusat.
Undian terkini yang diperolehi menunjukkan Pakatan Rakyat mendahului BN dengan memperolehi 47.02 peratus atau 5,274 undi manakala BN hanya memperolehi 22.98 peratus atau 2,578 undi.
Parti Bebas yang turut bertanding berjaya mengaut 4.37 peratus atau 490 undi sahaja.
Jumlah pengundi yang didaftarkan dia dalam akaun tersebut adalah seramai 11,217 orang.
Walaupun ini hanya bersifat undian maya yang dibuat di laman sosial itu, kesimpulan keputusan setakat ini mendapati sokongan rakyat Malaysia terhadap BN sudah merosot.
Timbalan Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Fariz Musa berkata walaupun undian itu secara maya, ia menggambarkan satu senario baru politik di negara ini yang mana rakyat mahukan perubahan tampuk pemerintahan daripada BN kepada Pakatan Rakyat.
"Keputusan ini walaupun tidak rasmi tetapi menggambarkan keadaan sebenar politik negara yang mana rakyat mahukan perubahan pemerintah. Dasar yang di bawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tentang 1 Malaysia jauh terpesong daripada apa yang beliau katakan 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'. Kita lihat rakyat sekarang berada dalam keadaan tertekan dengan faktor ekonomi apatah lagi dengan kenaikan harga baru-baru ini.
"Najib dan BN sebenarnya tidak mempunyai tanggungjawab dalam memastikan hak rakyat terus terbela, malah beliau hanya tahu menekan rakyat bila berhadapan dengan masalah kewangan negara. Yang terbaru tentang saman ekor sehinggakan disenarai hitam dan rakyat dipaksa untuk membuat bayaran penuh baru boleh diperbaharui lesen mahupun cukai jalan kenderaan mereka.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....