Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Aksi Terkini Raja Bomoh Cari MH370 Dengan Teropong Ajaibnya

Raja Bomoh Mengaku Penyokong Umno BN


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 30 Mac 2011

Elia Suhana sah isteri kedua bekas Sultan Kelantan

KUALA LUMPUR, 30 Mac — Elia Suhana Ahmad, 32,(gambar) disahkan kekal sebagai isteri kedua bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra selepas Mahkamah Rayuan Syariah Kota Baru hari ini membatalkan permohonan Datin Nik Rorhana Wan Abdul Rahman untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Tinggi Syariah sebelum ini.

Pada 5 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baru menolak permohonan pengesahan lafaz cerai terhadap Elia Suhana yang difailkan oleh Nik Rorhana, 9 Mac 2010.

Laporan media menyebut tiga panel hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang bersidang hari ini, dengan dipengerusikan Datuk Daud Muhamad bersama-sama Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ariffin Zakaria dan Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Datuk Dr. Johari Mat, membatalkan permohonan Nik Rorhana.

Utusan Online menyebut, Hakim Daud dalam penghakiman ringkasnya berkata, mahkamah juga telah menerima surat daripada peguam perayu yang menyatakan tidak lagi bertanggungjawab terhadap kes tersebut.

Beliau turut memerintahkan supaya perayu membayar kos sebanyak RM5,000 sebagaimana dipohon oleh peguam Elia Suhana, Fakhrul Azman Abu Hassan.

Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut, panel hakim itu juga menolak rayuan kes itu disebabkan peguam Nik Rorhana, Zainul Rijal Abu Bakar telah menarik diri daripada kes itu tiga hari lepas dan penarikan itu dimaklumkan kepada pihak mahkamah melalui sepucuk surat.

Daud berkata, penolakan rayuan permohonan pengesahan lafaz cerai diputuskan mengikut Seksyen 121 (C) Enakmen Tatacara Syariah 2002.

Ketika bercakap kepada pemberita di pekarangan mahkamah, Elia Suhana berkata dia gembira dan bersyukur dengan keputusan mahkamah berkenaan serta menganggapnya sebagai satu hadiah buat suaminya sempena hari keputeraan baginda esok.

“Sekarang ini saya boleh tumpukan kes tuntutan hak lawatan ke atas suami saya,” katanya Elia Suhana.TMI

PR Selangor Tidak Gentar BN Intai 9 Kerusi ADUN



SHAH ALAM 30 MAC : Pakatan Rakyat Selangor tidak gentar dengan 'keangkuhan' Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa UMNO BN optimis akan merampas sekurang- kurangnya sembilan kerusi dewan undangan negeri (DUN) Selangor pada pilihan raya umum akan datang, yang membolehkan parti perkauman itu menubuhkan kerajaan negeri pada penggal seterusnya.
ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata setinggi manapun keyakinan Muhyiddin, ia tetap bergantung kepada sejauh mana penerimaan rakyat terhadap parti itu.
Nik Nazmi berkata, tsunami politik yang melanda Selangor pada Mac 2008 bertitik tolak kepada sifir pemerintahan korup UMNO BN yang seringkali membelakangkan rakyat.
"Tidak ada masalah dengan komen TPM tersebut, ini negara demokrasi, tak kiralah dia nak kenalpasti 9 ke 10 ke 15 itu terpulang kepada dia tapi saya rasa dalam kenyataan TPM juga beliau akui bukan mudah BN untuk ambil alih Selangor dan itu satu pengiktirafan kepada kerajaan negeri."
Nik Nazmi berkata umum mengetahui pemerintahan UMNO BN sebelum ini sentiasa disulami dengan skandal dan korupsi yang mencuri tumpuan ramai.
"Walaubagaimanapun kita maklum bahawa Selangor ini lubuk emas BN dan mereka akan menggunakan segala daya upaya mereka, pelbagai cara untuk memastikan mereka dapat merampas kembali Selangor."
Sementara itu, ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San berkata jika UMNO BN berhasrat mahu merampas kerusi tersebut melalui saluran yang tidak betul, umpamanya melalui 'transaksi' membeli ADUN, bukan sahaja merendahkan kreadibilit parti itu dipersada politik tetapi juga kehilangan dokongan rakyat.
"Bilangan kerusi yang akan ditawan oleh UMNO-BN itu tidak penting, apa yang penting ialah sanggupkah TPM bertanding dengan Pakatan Rakyat atas asas yang adil iaitu mereka tidak akan menyalahgunakan jentera kerajaan dalam PRU akan datang."
Sebelum ini, UMNO BN menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak setelah didakwa 'membeli' 3 orang ADUN iaitu Adun Behrang, Jamaluddin Md Radzi, Adun Changkat Jering, Osman Jailu dan Adun Jelapang, Hee Yit Foong.
Dalam pada itu, ADUN Selat Klang, Dr Halimah Ali yakin pengurusan yang telus dan memihak kepada rakyat makin disedari rakyat negeri Selangor.
Justeru beliau menyerahkan kepada rakyat untuk menilai kerajaan negeri manakah yang benar- benar menjaga kebajikan mereka.
"Tapi apa yang kita lihat dari segi respon dan kajian yang kita buat kepada rakyat negeri Selangor, insyaAllah rakyat masih lagi bersama Pakatan Rakyat dan juga rata-ratanya mereka menerima dengan baik dan berbesar hati dengan segala program dan aktiviti serta perancangan yang telah pun dijalankan oleh Pakatan Rakyat."
Halimah berkata, pelbagai program yang dilaksanakan kerajaan negeri disenangi rakyat terutama program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....