Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 20 Januari 2011

Al-Fatihah,ADUN Merlimau Sah Meninggal Dunia

Isteri Mohamad Hidhir, Datin Norazian Mohamad Ali, 52, (kiri, bertudung) menenangkan anak perempuannya, Shahralina Adzizah di Hospital Putra, Melaka pada malam Khamis, ketika jenazah dibawa pulang ke Kampung Tersusun Lipat Kajang, Jasin. - Foto THE STAR Oleh A. MALEX YAHAYA

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan(gambar) yang mengalami serangan jantung sejak Sabtu lepas, meninggal dunia pada pukul 8.10 malam Khamis selepas menerima rawatan di Hospital Pakar Putra, Melaka.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif hospital itu Radhuana Salleh.

Jenazah akan dibawa pulang ke Kampung Tersusun Lipat Kajang, Jasin.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam akan mengeluarkan kenyataan rasmiberhubung perkara itu malam ini.

Sebelum itu, portal media melaporkan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Desa negeri itu telah meninggal dunia sedangkan beliau masih berada dalam keadaan koma.

Mohamad Hidhir dilaporkan dimasukkan ke hospital itu pada minggu lepas bagi menjalani pembedahan membersihkan arteri yang tersumbat pada 13 Januari lalu.

Beliau pada mulanya ke hospital itu untuk mendapat rawatan mengenai ketidak selesaan perutnya sejak kembali dari Taiwan pada 10 Januari lepas, dan ujian mendapati arterinya tersumbat.Mstar

Melayu Singapura Hentam Dr Mahathir !!!

Print screen surat pembaca akhbar BH Singapura yang menyanggah kenyataan Dr Mahathir.Baca Disini

SINGAPURA 20 JAN: Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad telah menjadi topik hangat di sini apabila ulasan-ulasannya mengenai nasib Melayu Singapura menjadi polemik dan mendapat kritikan pedas beberapa orang Melayu setempat. Akhbar Berita Harian Singapura telah menyiarkan beberapa surat daripada pembacanya sepanjang minggu lepas yang mengecam Dr Mahathir kerana sering memberi ulasan mengenai nasib Melayu republik itu yang telah terpinggir dan ketinggalan.  
Dalam ruangan forum akhbar itu, seorang pembaca Haji Sallim Haji Ahmad menulis bahawa beliau rasa tercabar mengikuti ulasan Dr Mahathir yang membuat kenyataan yang tidak berasas bahawa Melayu republik itu terpinggir dan tertinggal. “Inilah hujah kegemarannya yang pedas dan luncas setiap kali mempersoalkan masalah yang menghambat Melayu Malaysia yang belum lagi terpinggir pada logika Dr Mahathir. 
“Kekerapan ungkapan yang menjadi sandarannya ialah menegaskan bahawa Melayu Singapura terpinggir sehingga akhir dunia,” kata Sallim. Katanya Dr Mahathir yang terbuai dengan populariti di alam siber dan blog suka menggunakan Melayu Singapura sebagai contoh. Penulis itu juga mempertahankan kedudukan Melayu Singapura dengan menyatakan kaum itu maju tanpa menagih subsidi dan kedudukan agama Islam di sini terpelihara dan berkembang walaupun ia bukan agama rasmi.
  “Kita tidak kontang jenayah, tapi yang ditugaskan beramanah. Rasuah di sini wujud, tetapi tahapnya tidak mengejut. Sumbang mahram itu keji, dahsyat lagi buang bayi. Mat Rempit bukan hambatan, tabiat lepak bukan amalan,” ungkap Sallim.
  Seorang lagi pembaca, Hajah Kamariah Lim Li Hwa menegur Dr Mahathir bahawa sebelum membuat apa-apa kenyataan tentang orang Melayu Singapura, diharap beliau “menyelidik dulu keadaan kami.

Umno arah wakil rakyatnya hadir sidang khas DUN Selangor

SHAH ALAM, 20 Jan – Umno Selangor memutuskan untuk menghadiri sidang khas Dewan Undangan Negeri Isnin ini, yang akan membahaskan pindaan perlembagaan negeri berhubung urusan pelantikan tiga pegawai tertinggi perkhidmatan awam negeri.
Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar (gambar)berkata, partinya telah mengarahkan wakil rakyatnya agar menghadiri sidang kali ini memandangkan Sultan Selangor telah pun memberi perkenan baginda bagi membolehkan pertemuan minggu depan diadakan.
Umno mengadakan mesyuarat di sini hari ini.
Bagaimanapun kata Noh, perkenan itu tidak harus dianggap Sultan Selangor bersetuju agar perlembagaan negeri dipinda.
Noh mendakwa Ketua Setiausaha Negara sentiasa mendapatkan perkenan diraja sebelum memutuskan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang kini menjadi kemelut sehingga mencetuskan krisis perlembagaan.
Noh juga berkata, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menghormati Sultan dengan menolak perkenan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri.
Pakatan Rakyat yang mempunyai 35 anggota dalam Dewan Undangan Negeri yang menawarkan 56 kerusi memerlukan tiga undi untuk mendapatkan sokongan dua pertiga bagi meluluskan pindaan perlembagaan negeri.
Semalam, Noh berkata, kesemua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan menghadiri sidang khas Dewan Undangan Negeri Selangor Isnin ini.
“Kesemua Adun BN juga akan menyertai perbahasan,” kata beliau.
Bagaimanapun sama ada mereka akan bersetuju kepada Artikel 52 ataupun sebaliknya ia bergantung pada keupayaan kerajaan negeri untuk meyakinkan wakil-wakil BN, kata Noh semalam.
Sebelum ini, Umno berkata kesemua ADUN BN akan bertindak memboikot sidang khas Dewan Undangan Negeri tersebut kerana menggangap pindaan itu sebenarnya bertujuan mengembalikan kuasa Menteri Besar dan bukannya kuasa sultan dalam membuat pelantikan tiga pegawai kanan perkhidmatan awam negeri.

Adun Merlimau Kritikal,Laporan Beliau Meninggal Dunia Tidak Benar

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menghabiskan masa kira-kira sejam di unit kawalan rapi (ICU) Hospital Pakar Putra di Melaka, pada petang Khamis. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, berada dalam keadaan koma dengan menggunakan alat sokongan di ICU hospital tersebut. - Foto THE STAR Oleh A. MALEX YAHAYA

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Adun Merlimau dari Barisan Nasional Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan berada dalam koma selepas mengalami serangan jantung teruk semalam.

Beliau dimasukkan ke hospital enam hari lalu.

“Dia ada di ICU, dia gunakan alat bantuan pernafasan. Saya ada di hospital lihat keadaan dia,” kata Ketua Umno Jasin Dat Wira Ahmad Hamzah kepada The Malaysian Insider.

Ahmad juga Ahli Parlimen Jasin.

Terdahulu laporan beberapa portal dan laman web menyebut beliau telah meninggal dunia.

Laporan Bernama menyebut, Mohamad Hidhir berada dalam keadaan koma dengan menggunakan alat sokongan di unit kawalan rapi Hospital Pakar Putra.

Antara yang hadir menziarahi beliau di hospital adalah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

“Sewaktu menziarahi beliau sebentar tadi bersama beberapa anggota Exco negeri, beliau berada dalam keadaan koma dan bernafas menggunakan alat sokongan mesin,” katanya kepada pemberita di Hospital Putra pada pukul 4 petang tadi.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak media agar tidak membuat spekulasi mengenai kedudukan terkini Mohamad Hidhir kerana terdapat laporan berita portal media mengatakan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Desa negeri itu telah meninggal dunia.

Mohamad Hidhir dilaporkan dimasukkan ke hospital itu pada minggu lepas bagi menjalani pembedahan membersihkan arteri yang tersumbat pada 13 Januari lalu.

Beliau pada mulanya ke hospital itu untuk mendapat rawatan mengenai ketidakselesaan perutnya sejak kembali dari Taiwan pada 10 Januari lepas, dan ujian mendapati arterinya tersumbat.TMI

Cabaran Debat Anwar : Sah !!! Bernama Berbohong [Bukti Disertakan]

Bukti laporan bohong Bernama yang menyebut Anwar hanya mahu berbincang bukannya berdebat.Baca laporan penuh DISINI
Kenyataan Anwar dalam blognya yang kesal dengan laporan Bernama BACA DISINI
Salinan surat yang dihantar kepada Najib dengan jelas menunjukkan Anwar mencabar Najib berdebat bukannya berbincang [ Untuk Besarkan Klik Pada Imej ]


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak berganjak daripada hasratnya mahu berdebat dengan Datuk Seri Najib Razak mengenai Program 100 Hari Pakatan Rakyat dan kedudukan ekonomi negara.
“Saya memandang serius laporan Bernama bahawa saya tidak mahu berbahas secara terbuka dengan Datuk Seri Najib.
“Laporan tersebut kononnya memetik kenyataan saya di Alor Setar ketika Majlis Wacana Maqasid Syariah di Kolej Insaniah Alor Setar petang tadi (semalam).
“Saya tegaskan di sini, saya sedikitpun tidak berganjak dari kenyataan sebelumnya serta hasrat yang terkandung dalam surat rasmi berniat mempelawa Perdana Menteri untuk berdebat secara terbuka demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan lewat malam tadi.

Lapan Ditahan Demo Di Program Thaipusam

BATU CAVES 20 JAN : Lapan anggota Parti Hak Asasi Manusia (HRP) ditahan dalam satu demonstrasi yang bertukar liar di tapak sambutan Thaipusam di sini, hari ini.

Manakala enam daripadanya pula mengalami kecederaan dalam pergelutan itu.Sambutan Thaipusam hari ini dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Lebih 20 orang anggota polis mula bertindak ke atas kumpulan berkenaan yang mengadakan demonstrasi itu bagi memprotes buku teks sastera Interlok.

Tindakan itu dilakukan ketika ketua penerangan HRP S Jayathas yang mengetuai kumpulan itu sedang membacakan satu kenyataan.

Pada masa yang sama, Najib sedang menyampaikan ucapan di dalam kompleks kuil berkenaan.

Pergelutan kecil turut berlaku apabila kira-kira 15 orang anggota HRP cuba membolosi kawalan polis berhampiran pintu pagar kuil.

Peserta demonstrasi berkenaan turut dilihat membawa poster antaranya dengan slogan "mansuhkan Interlok", "Pemuda Tamil tidak sokong BN" dan "Kami mahu keadilan."TVS

Serangan Jahat Bermula !!! Calon Pas Dun Tenang Difitnah Berzina

Gambar cikgu Mala sekeluarga yang digunakan facebooker Umno dalam menjalankan kerja jahat mereka,rujuk DISINI

Lihat pula bagaimana mereka tanpa segan silu memulakan fitnah terhadap calon Pas Dun Tenang:

Suara Dari Bumi:
"Normala tinggalkan suami lama kejar Maarof kerana maarof kaya.DIA ada skandar sebelum kahwin.Ingat pas ingat zina ingat pas ingat maksiat"

"Tanya cikgu tenang semua tahu cerita ni.,kenapa calon pas jadi tak bermoral ni"

"Jawap le kenapa dia ada hubungan dengan maarof sedangkan masa tu dia masih bini orang"

Pas Beruk:
"TERKINI: BIAR BETUL....
CIKGU MALA ADA MAIN KAYU TIGA SEBELUM KAHWIN??... JGN BUAT FITNAH BRO...
TAKKAN AKU NAK TANYA SENIDIRI DGN MAAROF, YG KAYA TU?
TAKKAN LAH SEBUT PAS SAHAJA, ZINA... SEBUT PAS AJA, MAKSIAT... BUKAN SEMUA PEMIMPIN PAS TAK BERMORAL... BIAR BETUL BRO!!!
TUIH!! "

Kredit Untuk Pria Malaya

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....