Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 28 Mac 2012

Video : MB Selangor Dedah Tembelang Hasan Ali Di Sidang Dun




SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa wujud amalan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh bekas anggota Exco Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dalam pemberian kontrak membabitkan projek prasarana di Selangor.

Khalid berkata, amalan itu dilihat berlaku apabila Hasan dikatakan mencadang serta menentukan syarikat-syarikat kontraktor untuk diberikan tender bagi melaksanakan kerja-kerja tersebut.

"Saya menerima laporan audit menunjukkan Hasan campur tangan dalam hal itu (pemilihan kontraktor), cuba cadang dan tentukan siapa (syarikat) yang dapat."Saya akan adakan temu duga kontraktor-kontraktor yang terlibat untuk

mengetahui bagaimana mereka dapat kontrak tersebut," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun), semalam. SH

PRU 13 antara Mei dan September ???

PETALING JAYA: Kalangan bekas pemimpin dan penganalisis politik tempatan meramalkan pilihan raya umum 13 akan diadakan antara bulan Mei dan September tahun ini.

Kata mereka, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membubarkan Parlimen pada tarikh tersebut kerana untuk menunggu tahun depan terlalu lambat.

Tarikh akhir untuk membubarkan Parlimen ialah sehingga bulan Mac 2013.

Persatuan Bekas Wakil Rakyat Umno (Penawar) meramalkan bulan Mei dan Jun adalah masa yang terbaik kerana ekonomi negara amat baik.
“Lepas bulan Mei atau Jun, sudah menjadi anti klimaks kerana ada kemungkinan harga petrol akan naik. Kalau petrol naik, barangan keperluan akan ikut naik.

“Saya juga melihat petanda pilihan raya umum akan diadakan bulan Mei atau Jun ialah kekerapan Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin turun padang bertemu rakyat.

“Orang tua kata, ayam berkokok tanda hari nak siang, kalau orang membeli belah, tanda hari nak raya,” kata Setiausaha Penawar, Datuk Tengku Mahmud Mansor.

Najib tinjau tarikh

Bekas Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz pula berkata, beliau tidak boleh meramalkan bila parlimen akan dibubarkan.

Menurutnya, hanya Perdana Menteri yang mengetahuinya dan Najib mungkin sedang meninjau tarikh.

Bagi penganalisis politik tempatan berkata, Datuk Mohd Mustafa Ishak, Najib dijangka membubarkan Parlimen setelah sudang Dewan Negara selesai bulan April ini.

“Jika tidak bulan Mei, saya ramalkan pada bulan September,” kata pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Katanya, tidak mungkin Parlimen dibubarkan pada bulan Jun kerana Julai adalah bulan puasa.FMT

Video & Gambar : Ceramah Terkini DS Anwar Di Taman Kosas, Ampang



Tender baru NFC untuk tutup kesalahan Najib

KUALA LUMPUR, 28 Mac: PKR membantah sekeras-kerasnya tindakan Barisan Nasional seperti yang diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar untuk menjemput bidaan baru bagi memilih kontraktor mengambil alih operasi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

“Kebelakangan ini, tindakan-tindakan Barisan Nasional secara jelas bertujuan untuk menutup secepat mungkin skandal ini tanpa merungkai soal pertanggungjawaban semua pimpinan tertinggi Barisan Nasional yang terbabit,” kata Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli dalam satu kenyataan.

Beliau memberi beberapa contoh tindakan yang diumumkan tetapi tidak dilaksanakan.

Ini, katanya termasuk pengumuman pembekuan aset oleh Perdana Menteri tetapi operasi, perbelanjaan dan penstrukturan aset di dalam NFC dan syarikat-syarikat berkaitan terus berjalan seperti biasa, bertujuan untuk menghapuskan bukti penyelewengan.

Selain itu, tambah Rafizi, pengumuman perlantikan juruaudit bebas oleh Timbalan Perdana Menteri tetapi sehingga kini skop audit, kepada siapa juruaudit akan bertanggungjawab dan bilakah laporan audit akan dibentangkan kepada Dewan Rakyat tidak diketahui rakyat.

“Saya khuatir audit yang dijalankan ini hanyalah untuk mengenalpasti segala penyelewengan yang berlaku agar bukti-bukti penyelewengan dapat dihapuskan secepat mungkin,” ujarnya.

Beliau menambah, persoalan pokok dalam skandal NFC ialah keterlibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertanggungjawab menganugerahkan projek bernilai RM250 juta secara terus kepada NFCorp yang beliau sedia maklum tidak mempunyai pengalaman dan dimiliki keluarga rakan karibnya, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Hasan Ali terkena lagi?

Musykil juga kita macam mana seorang Melayu yang kuat beragama, membawa Quran sejak dari kecil, membaca Khutbah di masjid-masjid berkelulusan Phd di luar negara lagi.. tetapi boleh berbohong. 

Sepatutnya orang agama yang berpendidikan seperti itu tidak akan berbohong atau tergamak memutar fakta yang mudah dipetahkan oleh orang lain?
Tetapi itulah nampaknya yang berlaku kepada Hasan Akidah alias Hasan Ali seperti mana didedahkan oleh Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim berhubung pendedahan bekas Exco Selangor itu mengenai peruntukan membaiki pejabat.

Kata Hasan sebelum ini beberapa orang Exco telah membelanjakan wang ratusan ribu untuk membaiki pejabat.

Sebaliknya apa yang didedahkan oleh Khalid hari ini jelas, nyata dan tidak payah bersuluh lagi yang banyak membelanjakan untuk membaiki pejabat ialah Hasan sendiri. Hasan tampaknya telah meludah ke langit akhirnya terkena hidung comelnya sendiri.

Dedah Khalid, Hasan Akidah telah membelanjakan sebanyak RM329,000 untuk memperbaiki pejabatnya di mana angka itu mendahului perbelanjaan oleh Exco lain untuk membaiki pejabat masing-masing.

Misalnya Ean Yong Hian Wah (RM146,000) dan Rodziah Ismail (RM119,000).

Exco lain yang disenaraikan termasuk Xavier Jeyakumar (RM70,000), Ronnie Liu (RM53,000), Yaakob Sapari (RM32,000), Teresa Kok dan Elizabeth Wong (di bawah RM25,000) dan Iskandar Abdul Samad (RM21,000).

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....