Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 4 Disember 2011

Video : Hebat !!! Gol Nazmi Faiz Ketujuh Terbaik Dunia


Gol Nazmi Faiz ketika Malaysia bertemu Bahrain

BIARPUN skuad Olimpik negara pimpinan Ong Kim Swee tewas kepada Bahrain dalam Kelayakan Sukan Olimpik London Ahad lalu, namun salah satu jaringan yang dihasilkan pemain tengah, Muhammad Nazmi Faiz Mansor tercatat sebagai gol ketujuh terbaik dunia minggu ini.
Berdasarkan maklumat yang dipaparkan dalam laman rasmi 101greatgoals.com, anak jati Lembah Keramat, Kuala Lumpur itu mencuri perhatian dunia selepas meledak gol pembukaan negara dari jarak 30 meter.
Tambah manis, dia menjadi pemain termuda yang berjaya memasuki carta jaringan terbaik sepanjang minggu ini biarpun baru berusia 17 tahun.
Karier perjalanan Nazmi bermula dengan bergabung bersama skuad Harimau Muda B yang kini beraksi dalam kancah Liga Perdana musim 2011.
Selepas itu, kecederaan yang menimpa Gary Steven Robbat menyebabkan Nazmi dipanggil Kim Swee bagi memperkuat skuad bawah 23 negara untuk menghadapi temasya Sukan Sea Jakarta, bulan lalu.
Walhal, pada saat itu, Nazmi sedang beraksi mewakili pasukan bawah 19 negara pada kejohanan di Vietnam. Namun, seperti sudah tersurat, kehadiran Nazmi membawa tuah apabila membantu rakan sepasukan mempertahankan pingat emas Sukan Sea dimenangi di Laos dua tahun lalu serta tersenarai pada pertemuan berdepan Syria dan Bahrain.
Kini, namanya meniti puncak kemasyuran seperti dikecapi pemain yang lain. Namun harus diingat, Nazmi masih muda dan memerlukan penjagaan rapi daripada semua pihak bagi mengelakkan jangka hayat pemain yang mendapat jolokan ‘Kaka Malaysia’ ini ‘tidak panjang’ gara-gara publisiti yang melampau.
Malah, Kim Swee sendiri melahirkan kerisauan terhadap Nazmi yang mula mendapat tumpuan peminat dan media selepas berakhirnya kempen pertandingan bola sepak Sukan Sea lalu.

Senarai ranking penjaring gol terbaik di dunia minggu ini:

1. Kevin Prince Boateng (AC Milan lwn Barcelona, 23 November 2011)
2. Bruno Mezenga (Crvena Zvezda lwn Smederevo, 23 November 2011)
3. Yohann Eudeline (Sedan lwn Laval, 25 November 2011)
4. Dylan McGeouch (Celtic lwn St Mirren, 26 November 2011)
5. Jam Schlaudraff (Hannover lwn Hamburg, 26 November 2011)
6. Salif Hanifi (Saida lwn Kabylie, 26 November 2011)
7. Nazmi Faiz Mansor (Malaysia B23 lwn Bahrain B23, 27 November 2011)
8. Tim Brown (Wellington Pheonix lwn Sydney CF, 27 November 2011)
9. Inigo Martinez (Real Sociedad lwn Real Betis, 27 November 2011)
10. Damian Alvarez (Tigres lwn Pachuca, 27 November 2011)

Siapa bohong, Umno atau MCA?

KUALA LUMPUR, 4 Dis: Penasihat DAP, Lim Kit Siang memberi jaminan bahawa kuasa orang Melayu tidak akan tergugat jika Pakatan Rakyat menang pada PRU-13 akan datang.

Malah beliau berkata, hak orang Melayu itu akan lebih terbela di bawah Pakatan Rakyat berbanding apa yang dilakukan Umno sejak parti itu merintah negara ini beberapa dekad lalu.

"Orang Melayu tidak akan kehilangan kuasa apabila PR memenangi lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum akan datang, yang benar-benar akan hilang kuasa adalah Umno dan Umno-Putra.

"Malah, orang Melayu akan mendapat lebih banyak hak-hak dan kuasa apabila PR memenangi lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum yang akan datang," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu beliau turut membidas tohmahan pemimpin Umno khususnya timbalan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa DAP sebagai parti cauvinis Cina yang berhasrat menghapuskan raja berpelembagaan dan menjadikan Malaysia sebuah negara Republik.

Katanya, kenyataan Muhyiddin itu bukan sahaja satu pembohongan malah keji, tidak bertanggungjawab, dan cubaan menakutkan dan menghasut rakyat berbilang kaum di negara ini.

Prof Dr Aziz Bari Tinggalkan UIA ??

KUALA LUMPUR, 4 Dis ― Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari tidak menafikan beliau akan meninggalkan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ekoran siri tekanan termasuk siasatan baru-baru ini berkenaan kenyataan beliau menyentuh titah Sultan Selangor dalam kes Jabatan Agama Islam Selangor (Jais)-gereja.

The Malaysian Insider difahamkan beliau akan meninggalkan perkhidmatan di UIA awal tahun depan.Malah difahamkan Aziz (gambar), 52, telah mengadakan pertemuan dengan pengurusan UIA baru-baru ini dan diberi ‘penjelasan’ mengenai kedudukan semasa.

“Saya sedang mempertimbangkan perkara ini, ada beberapa opsyen,” kata beliau ketika dihubungi hari ini.Aziz berkata, walaupun ada beberapa pilihan tetapi jika boleh mahu terus kekal berkhidmat dalam bidang akademik.

Beliau enggan mengulas lanjut mengenai aspek tersebut tetapi difahamkan sudah tidak tahan dengan tekanan dan cara UIA melayan beliau sejak kebelakangan ini.“Selama ini pun, sebelum isu Sultan ini timbul, universiti sudah sedia tidak senang dengan saya,” katanya dengan mengatakan bahawa surat tunjuk sebab yang diberikan UIA Oktober lalu merupakan surat tunjuk sebab ketiga.

“Itu sudah cukup untuk menunjukkan hebatnya tekanan ke atas UIA. Dalam kes ini kononnya pihak istana turut mengenakan tekanan. Ini semua menyukarkan saya untuk terus berada di UIA,” katanya lagi.Insider difahamkan Aziz juga telah disenaraikan untuk kenaikan pangkat sebagai profesor gred ‘A’.

Ditanya mengenai hal ini beliau berkata: “Di atas kertas saya fikir saya layak.”“Saya sudah berumur 52 tahun dan telah menerbitkan sembilan buku mengenai pelbagai aspek perlembagaan (saya sedang menyiapkan yang ke-10).“Saya juga telah menerbitkan lebih 70 bab dalam buku dan artikel jurnal di samping telah membentang lebih 150 kertas dalam pelbagai seminar dalam dan luar negara. Saya telah menyumbang lebih 

400 artikel popular dalam media selain sering dipetik oleh media cetak, elektronik dan portal,” katanya lagi.Bagaimanapun, katanya, UIA menghadapi dilema kerana kalau hendak mengekalkan beliau pun tak boleh apalagi hendak menaikkan pangkatnya.“Jadi dalam keadaan demikian apa lagi pilihan saya selain meninggalkan UIA,” tambahnya.Dalam pada itu difahamkan Aziz ada menerima tawaran dari tempat lain.

PRU 13 : Idris Jusoh Hanya ' Test Market '

BESUT - Tindakan bekas Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Idris Jusoh yang mengumumkan bahawa beliau tidak bertanding menggambarkan masalah politik dalaman Umno Terengganu  yang belum reda.

Timbalan Yang DiPertua PAS Besut, Shalahuddin Jaafar (Cikgu Solah) berkata,  Idris telah menjangka yang nama beliau tidak akan disokong oleh Badan Perhubungan Umno  Terenggganu yang di Pengerusikan oleh Dato’ Seri Ahmad Said.

“Sebab itu beliau umum awal, dia sudah berasa nama dia takkan naik,  mungkin juga beliau cuba ‘test market’ sejauh mana pemimpin Umno pusat sanggup pertahankan beliau dalam pilihanraya umum akan datang,”telah Cikgu Solah.

Beliau berkata demikian ketika memberi respons atas tindakan Idris yang mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding dalam pilihanraya umum ke-13 (PRU 13), yang akan diadakan pada bila-bila masa.
Sebaliknya, kata Cikgu Solat, PAS Kawasan Besut,  tidak ambil peduli siapa yang akan mewakili Umno dan Barisan Nasional dalam PRU-13.

Beliau yakin, dengan persiapan rapi yang telah dibuat, rakyat Besut akan menyokong PAS dalam pilihanraya akan datang itu.

“Kita (PAS Besut) tak kisah siapa yang akan bertanding kerusi DUN Jerteh atau parlimen Besut, kita telah buat persiapan awal dan hanya menunggu semboyan PRU-13 berbunyi sahaja,

“kita yakin rakyat akan kembali menyokong kita sebagaimana  gelombang pada tahun 1999 dulu,  rakyat Besut yang ditemui rata-rata telah bosan dengan gelagat pemimpin Umno Besut yang ada (sekarang),”jelasnya

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....