Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 19 September 2009

Selamat Pulang Perantau



Menjelang Aidilfitri yang mulia Ambo ingin menitip ucapan selamat pulang terutama kepada anak anak Beris Pak Abu di perantauan.Anda tidak kira di mana berada dari Perlis hingga ke Sabah adalah sebahagian dari kami di desa ini.Anda juga adalah kebanggaan kami semua.Tuntutlah ilmu walau ke negeri China, carilah rezeki walau ke hujung dunia.Tapi jangan lupa ayah bonda di desa.Bahagiakanlah mereka selagi anda berkesempatan melakukannya.Adalah satu kebahagiaan bagi orang tua menerima kucupan dan ampun maaf dari anakanda di pagi syawal yang bahagia.Bagi Ambo yang telah kehilangan kedua orang tua,ianya hanya nolstalgia yang tidak mungkin Ambo alami lagi di sepanjang usia.
SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Tradisi Menjelang Aidilfitri Di Desa Tercinta Beris Pak Abu

Berat sama di pikul,ringan sama di jinjing.Tradisi di kampung kami
Amalan yang menjadi tradisi
Berkerjasama amalan yang mulia,menjelang aidlfitri sama rata sama rasa
Amalan yang semakin pupus di telan zaman

Sudah menjadi tradisi di kampung kami menjelang Aidilfiri kami akan lakukan "Pelupuh" lembu.Pelupuh? Mungkin ada di antara pengunjung blog ambo yang tidak tahu maksud "Pelupuh".Pelupuh maksudnya kami akan membeli seekor lembu untuk di sembelih dan dagingnya akan di bahagi samarata kepada yang mengambil bahagian.Harganya kami akan kongsi bersama.Begitu juga proses melapah dan membahagikan daging akan di lakukan secara gotong royong.Biasanya harga akan menjadi lebih murah dari yang di beli di kedai. Contohnya harga untuk sekilo daging hari ini hanya RM 11.80 sahaja.Di samping itu ianya dapat menggalakkan amalan gotong royong dan merapatkan lagi tali persaudaraan antara kami.Amalan yang menjadi tradisi sejak sekian lama di Besut dan Kelantan kini hampir pupus di telan zaman tapi ianya masih menjadi amalan di Beris Pak Abu.SAMA KERJA,SAMA RASA,SAMA HARGA.
P/S:Pelupuh hari ini hanya terhad untuk ahli ahli PAS sahaja he..he..he..
SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Tarawih Terakhir Di Desa Permai Beris Pak Abu





semalam merupakan Tarawih terakhir bagi umat Islam sebelum menyambut Aidilfitri yang mulia.Saksikan gambar sekitar Tarawih terakhir kami di Madrasah Hj Hussain Beris Pak Abu. Di kesempatan ini Ambo bagi pihak Parti Islam Semalaysia Cawangan Beris Pak Abu mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARIRAYA AIDILFITRI kepada seluruh umat Islam tidak kira di mana berada.Di kesempatan ini juga Ambo ingin menyusun jari sepuluh memohon ampun dari hujung rambut ke hujung kaki kiranya sepanjang Ambo mengendalikan BLOG ini ada catatan Ambo yang mungkin mengguris hati sebahagian pengunjung.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Zamri lawan Nizar:Undi Pos nafi hak demokrasi tentera

Dolak daliksuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempertahankan kaedah undi pos yang begitu dipertikaikan jelas membuktikan bahawa kerajaan yang dikuasai Barisan Nasional tidak menghormati hak demokratik rakyat negara ini khususnya mereka yang menjadi pengundi pos, kata Naib Presiden Pas,Salahudin Ayub."Di satu sisi(Timbalan Menteri Pertahanan Datuk)
Latiff (Ahmad) berkata parti politik tidak dibenarkan berkempen dalam kem tentera kerana bentuk tugas anggota tentera bersifat keselamatan di tahap yang tinggi.

"Di sisi yang lain pula, SPR tidak jemu-jemu berdolak-dalik mempertahankan kaedah undi pos yang dipertikaikan.

"Kesemua itu hakikatnya memperlekeh-lekeh dan menafikan hak demokratik para pengundi pos terutama angkatan tentera," kata beliau.

Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang itu juga menyifatkan kenyataan Abdul Latiff menginjak-injak status angkatan tentera dan menjadikan mereka warganegara kelas bawah apabila menyatakan tentera hanya boleh berpolitik selepas bersara.

"Rosak negara ini kalau askar ini diberi kebenaran untuk berparti politik. Kalau dia nak berpolitik lepas bersara, itu lainlah," timbalan menteri pertahanan itu dipetik sebagai berkata.

Salahuddin melihat kenyataan tersebut bertujuan menafikan hak demokratik tentera untuk mendapatkan penjelasan yang saksama dari semua parti politik yang bertanding.

"Kita bukan hendak mengajak tentera berparti politik. Kita hanya menuntut hak demokratik mereka untuk mendengar penjelasan yang saksama daripada semua parti yang bertanding sebelum mereka mengundi," kata beliau.

Beliau juga menyifatkan kenyataan Abdul Latiff itu sebagai satu lagi kenyataan borosnya setelah terkenal dengan kontroversi kenyataannya yang mendakwa para doktor "diberi lesen untuk membunuh" sehingga menyebabkan presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Datuk Dr Khoo Kah Lin menuntut penjelasan.

Salahuddin melahirkan keyakinan bahawa menuntut supaya diberikan hak demokratik pengundi-pengundi pos bukanlah tuntutan yang melampau.

"Kenapa BN takut sangat? Apa yang disembunyikan sebenarnya?" soal Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Beliau juga hairan apabila SPR bertanya mengapa baru sekarang Pakatan Rakyat (PR) mempertikaikan undi pos.

"Apa yang (Timbalan Pengerusi SPR, Datuk) Wan Ahmad (Wan Omar) cakap?

"Dia berada di alam mana ketika kita menggerakkan perhimpunan raksaksa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) ketika menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong pada 10 November 2007 yang antara lain menuntut pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara?"

Salahuddin juga membayangkan PAS sedang mengatur beberapa tindakan susulan untuk memastikan hak demokratik pengundi-pengundi pos tidak diperlekeh-lekeh dan dinafikan.

"BN berhak untuk mempertahankan kuasanya dan juga mempertahankan kemenangannya di Bagan Pinang dalam pilihan raya umum lalu.

"Tetapi jangan memperalatkan undi pos untuk melakukan penipuan undi. Kuasa rakyat pasti akan menghukum gerombolan yang menipu untuk meneruskan cengkaman kuasanya," beliau mengingatkan.

Bagaimanapun, Salahuddin juga gembira jika BN menyangka rakyat tidak mengesyaki undi pos diperalatkan untuk melakukan penipuan pilihan raya.

"Baguslah jika BN fikir rakyat tidak mengesyaki apa-apa apabila Perdana Menteri, Datuk Seri mohd Najib Razak mendapat majoriti 22,922 undi di Pekan dalam pilihan raya 2004, antaranya setelah Kem Tentera Batu 10 Kuantan dimasukkan ke dalam kawasan Parlimen Pekan sedangkan dalam pilihan raya 1999, beliau menang dengan majoriti hanya 241 undi sahaja," kata beliau.

PAS, tegas beliau, tetap menolak penggunaan Borang Lampiran 2 atau borang identiti pengundi pos, di samping menuntut wakil-wakil calon PAS diberi hak untuk menyaksikan proses pengundian undi pos, mengiringi perjalanan kotak undi pos serta bersama-sama mengawalnya sepanjang tempoh sebelum dikira.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menegaskan, PAS tetap meragui undi pos dan menggesa SPR membenarkan pengundi pos membuang undi seperti pengundi biasa.

"Kami meragui undi pos kerana kami tahu undi pos seperti askar dan polis tidak diberikan kebebasan dalam mengundi.

"Inilah sebabnya kenapa undi pos sentiasa dianggap undi yang kotor," kata beliau.

Berdasarkan daftar pemilih setakat 4 September lalu, daripada 13,664 orang yang layak mengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, seramai 4,604 adalah pengundi pos. _harakahdaily

Jangan calon Isa Samad-Mahathir:Nizar|Zambry

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Umno untuk tidak mencalonkan Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai jagoan BN dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang.

Dr Mahathir berkata imej Umno akan tercalar sekiranya seseorang yang terbukti perasuah seperti Isa Samad dipilih.

Beliau berkata demikian mengulas usul Umno Bahagian Teluk Kemang supaya bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dipilih mewakili BN dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang.

Beliau menjelaskan Isa Samad telah pun didapati bersalah bergelumang dalam politik wang. Dr Mahathir memberi amaran sekiranya perasuah ini dipilih - samada menang atau kalah - maka rakyat akan melihat Umno tidak serius melawan politik wang.

Isa di gantung enam tahun dari 24 Jun 2005 atas kesalahan politik wang dalam pemilihan Umno 2004. Hukuman ini bagaimanapun dikurangkan kepada tiga tahun selepas rayuan.

Penamaan calon Bagan Pinang ditetapkan pada 3 Oktober dan hari pengudian pada 11 Oktober. Umno akan mengumumkan calonnya selepas Hari Raya Aidilfitri.

Sementara itu, seorang lagi pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah memberi amaran Isa Samad atau mana-mana calon yang tercemar akan mengugat peluang Umno-BN.

Razaleigh berkata sekiranya Umno tidak mengambil iktibar dari kekalahan-kekalahan lampau, maka masyarakat akan mencapai kesimpulan bahawa kekalahan Umno adalah baik untuk Malaysia.TVA

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....