Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 5 November 2012

Hudud : Fathul Bari Pertahan Soi Lek

SHAH ALAM – Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebelum ini yang mengecam pelaksanaan hudud adalah berdasarkan kajian dan analisis ke atas enakmen hudud yang mahu dilaksanakan Pas di Kelantan dan Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, sebagai bukan Islam, rujukan Soi Lek adalah berbeza kerana beliau merujuk kepada ekonomi, keamanan dan pendapatan negara jika hudud dilaksanakan.

Menurutnya, oleh sebab maklumat yang tidak tepat itu, Soi Lek sering mengeluarkan kenyataan yang keras mengenai hudud.

Menurutnya, atas inisiatif sendiri, Ilmu mengadakan pertemuan dengan Soi Lek dan beberapa pemimpin MCA lain bagi menerangkan isu ini.

“Beliau (Soi Lek) faham dan menghormati bahawa hudud adalah undang-undang Islam dan seluruh umat Islam patut menerima hudud. Beliau juga faham Islam adalah agama Persekutuan.

“Apa yang beliau tentang adalah hudud versi Pas yang dilihat berat sebelah, beliau risau berlaku diskriminasi contohnya jika berlaku kecurian. Pencurinya seorang Islam dan bukan Islam. Jika cukup bukti, seorang dipotong tangan dan seorang lagi tidak, ini memberi implikasi besar kepada rakyat dan negara,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ditanya sama ada Soi Lek menerima hudud dilaksanakan ke atas semua rakyat, Fathul menjelaskan Soi Lek mendukung prinsip demokrasi.

“Jika majoriti rakyat mahukan hudud untuk semua, maka beliau terima, jika majoriti mahu hudud versi Pas juga beliau terima, negara kita negara demokrasi,” katanya.

Rafizi desak Nazri bercuti, SPRM mulakan siasatan

PUTRAJAYA, 5 Nov — Datuk Seri Nazri Aziz didesak mengambil cuti sebagai menteri Kabinet hari ini apabila pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli, membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di atas tuduhan menteri tersebut dikatakan mempunyai perselisihan kepentingan melibatkan “dana politik” RM40 juta ke atas Umno Sabah.

Menteri de facto undang-undang minggu lalu mengakui beliau mengenali peniaga balak Michael Chia secara peribadi, tetapi menafikan mempunyai kepentingan ke atas dakwaan beliau membersihkan perasuah.

Menteri itu menerangkan bahawa beliau perlu menjawab soalan terhadap Chia, dan tuduhan terkini terhadap kes rasuah Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman kerana tugasnya selalu menteri de facto undang-undang.

Tetapi Rafizi menyatakan kedudukan Nazri selaku menteri de facto undang-undang tersebut itu berselisih kepentingan dengan siasatan SPRM.

Rafizi memberitahu wartawan sebelum membuat laporan ke SPRM ke atas Nazri yang dituduh mempunyai perselisihan kepentingan melibatkan “dana politik” RM40 juta diterima oleh Umno Sabah, dan melibatkan Nazri dengan Chia melalui anaknya Nedim.

“Tidak seperti Datuk Seri Shahrizat (Abdul Jalil) sebelum ini, Datuk Nazri bertanggungjawab terhadap SPRM itu sendiri,” kata pengarah strategi PKR itu.

Dalam sidang media berasingan minggu lalu, Rafizi telah menerangkan hubung kait antara keluarga Nazri dan Chia dengan gambar-gambar yang menunjukkan anak menteri tersebut, Nedim telah menggunakan Hummer yang bernilai lebih kuramg RM500,000 dengan nombor plat WNX 9776.

Chia baru-baru ini dibersihkan dari tuduhan rasuah — kes dengan Musa selepas SPRM dan pihak berkuasa anti rasuah Hong Kong melaporkan bahawa wang bernilai RM40 juta yang cuba diseludup di Malaysia adalah “dana politik” untuk Umno Sabah dan bukan untuk kegunaan peribadi Musa.

Syarikat anak bekas pemimpin Umno Johor kendali saman AES

KUALA LUMPUR 5 November: KEADILAN membongkar hubungan mencurigakan di antara syarikat pengendali saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), Beta Tegap Sdn Bhd dengan Umno Johor.

Dedah Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Chang Lih Kang, pemegang saham terbesar syarikat itu, To’Puan Rozana Redzuan adalah anak kepada bekas Ketua Bahagian Umno Parit Sulong, Allahyarham Tan Sri Datuk Redzuan Salim.

“Ibunya, Puan Sri Datin Atkah Abdullah pula adalah bekas Timbalan Ketua Wanita Umno Johor dan Ahli Jawatankuasa Wanita Umno Pusat.

“Selain itu, Rozana juga adalah sepupu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Teja itu pada sidang media di Parlimen hari ini.

Turut ditunjukkan dalam sidang media itu, salinan maklumat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).Maklumat tersebut menyatakan, Rozana adalah Pengarah Beta Tegap dan memiliki saham bernilai RM5.8 juta.

Dalam sidang media sama, Ahli Parlimen Selayang, William Leong berkata, maklumat ini sekali lagi menunjukkan hubungan syarikat kroni yang mendapat kontrak dari kerajaan.Beliau mendesak kerajaan menjelaskan kenapa syarikat swasta dan kroni dilantik mengendalikan AES.

“Sampai hari ini, kita tidak mendengar satu sebab pun kenapa sistem ini dikendali pihak swasta. Apa masalahnya dengan polis yang mengendali saman trafik sebelum ini.“Kami juga sekali lagi meminta kerajaan agar batalkan dan nilai semula sistem pelaksanaan AES ini,” kata Bendahari Agung KEADILAN itu.

Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan, kutipan saman jalan raya akan dikongsi antara kerajaan dengan Beta Tegap dan satu lagi syarikat pengendali, Ates Sdn Bhd.Kedua-dua syarikat itu mensasarkan 10 juta saman dikeluarkan setahun dan bakal mendapat keuntungan sehingga  RM700 juta hasil kutipan saman.KD

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....