Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Aksi Terkini Raja Bomoh Cari MH370 Dengan Teropong Ajaibnya

Raja Bomoh Mengaku Penyokong Umno BN


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 24 April 2011

2 Tok Guru,Bukan Sekadar Aset Kepada Pas

PASIR PUTEH, 24 April: Dua tokoh utama PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang disifatkan aset penting umat Islam, malah untuk seluruh rakyat bukan sekadar kalangan orang PAS semata-mata.
"Nilai mereka berdua dalam memandu seluruh rakyat keluar dari kerenah dan fitnah musuh terlalu besar dan tidak perlu dipertikaikan sesiapa," kata AJK PAS Pusat, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaludin.
Kegigihan dan keputusan tepat mereka, kata beliau menyebabkan perancangan-perancangan Umno merosakkan Islam dan rakyat negara ini dapat ditepis dengan baik.
"Sejak Umno menggunakan khidmat nasihat APCO (yang dikaitkan dengan Yahudi) dan merencana pelbagai taktik untuk merosakkan PAS dan Islam, kita amat bertuah kerana kedua-dua pemimpin ini terus komited mempertahankan kesucian Islam dan harapan rakyat," kata beliau di majlis pemimpin bersama rakyat yang diadakan di dewan utama Majlis Daerah ini, petang kelmarin.
Menurutnya, meskipun kedua-dua tokoh ini amat tinggi pengetahuan mereka tentang Islam dan pelbagai ilmu lain, mereka sentiasa berbincang dan mengambil pandangan semua pihak dalam memutuskan setiap perkara.
"Dalam jawatankuasa pusat (PAS) kami kerapkali terpaksa melanjutkan perbincangan hingga pukul tiga, empat pagi kerana mereka mahu semua pandangan di dengar sebelum satu keputusan dibuat demi kebaikan umat dan rakyat," tegas beliau yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang.
Beliau meminta ahli-ahli PAS dan rakan-rakan yang mahu bersama memperjuangkan keadilan dan keselamatan menggunakan segala ruang untuk memberikan sokongan besar kepada tokoh seumpama ini yang tujuan hidup mereka semata-mata mencari redha Allah dan mengharap kesejahteraan rakyat.
Sebelum itu, Ahli Parlimen Pasir Puteh, Ustaz Muhammad Husain dalam ucapannya memberi amaran kepada Umno supaya menghentikan kegiatan tidak bermoral dengan memfitnah dan menyebarkan berita-berita palsu yang mengelirukan orang ramai.

Pemilihan Parti : Pas Yakin Tiada Perpecahan

KUALA LUMPUR – Pas yakin perpecahan tidak akan berlaku dalam parti itu kerana mempunyai budaya tersendiri dalam memilih pemimpin, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali.

Oleh itu katanya, pemilihan parti tetap dilakukan walaupun ada desas-desus mengatakan bahawa pilihan raya umum akan diadakan pada tahun ini.

“Walaupun ada pertandingan, ia tidak akan merosakkan perpaduan dalam Pas melainkan jika pilihan raya umum diadakan pada bulan Jun juga. Kalau begitu barulah kita fikir kembali, tetapi saya tidak fikir begitu,” katanya.

Barisan Nasional (BN) misalnya, menangguhkan pemilihan parti masing-masing tahun ini kerana bimbang pemilihan akan mengganggu persiapan mereka menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Ditanya mengenai isu yang mungkin panas diperkatakan sepanjang Muktamar Pas kali ke-57 ini, Mustafa berkata, kemungkinan isu utama yang disentuh adalah persiapan Pas menjelang pilihan raya umum.

“Isu ini akan diperkatakan, bukannya isu kerajaan perpaduan lagi. Ingin saya tegaskan isu kerajaan perpaduan sudah tutup buku, tidak perlu dibangkitkan lagi,” katanya.

Menurutnya, terdapat 179 kawasan menjalankan mesyuarat bermula April hingga Mei untuk mencalonkan pemimpin dan tarikh tutup menghantar borang pencalonan pada 15 Mei depan.

“Dalam budaya Pas masing-masing tahu etika kempen, perwakilan kenal pemimpin dari segi potensi. Dari pengalaman lepas sesiapa yang kempen secara berlebihan tidak akan menang.

“Etika tidak boleh minta jawatan kerana ia akan disalah-ertikan. Jika ada yang guna laman web untuk berkempen, kita tidak boleh halang kerana pengikut yang lakukan,” katanya.

Finah Video Seks : Eskay kata ‘hotel dan pelacur’. Polis kata ‘kondo dan pelajar’



KUALA LUMPUR: Terdapat banyak percanggahan antara kenyataan yang dikeluarkan pihak Polis Diraja Malaysia dan kenyataan yang dibuat salah seorang Trio Datuk T, Datuk Eskay Shazryl Abdullah berhubung video seks palsu membabitkan Ketua Pembangkang.
Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar semalam, bahawa polis mengambil masa untuk menyiasat video tersebut.
“Eskay sebut kepada saya (kejadian itu) berlaku di Club House. Itu dia sebut kepada saya. Saya tidak tahu kalau dia sebut hotel kepada media.
“Polis tak perlu pergi jauh-jauh pun. Pergi cari mana-mana club house dulu.
“Tetapi polis kata kondo, mana yang betul. Saya tak nak mengajar polis. Polis sepatutnya mendapatkan ketetapan Eskay dulu, kenapa susah sangat. Kecualilah kalau mereka mahu melindungi sesuatu,” katanya ketika dihubungi keadilandaily.com.
Johari turut mempersoal kenyataan Polis bahawa pelaku wanita dalam video berkenaan adalah seorang pelajar swasta di ibu negara.
“Eskay kata pelacur, kemudian polis kata student. Yang mana betul ni? Sebab itu saya minta polis supaya siasat dulu, kerana lagi banyak buat statement lagi banyak nampak tembelang mereka,” katanya yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.
Johari adalah satu-satunya ahli parlimen Pakatan Rakyat yang ditunjukkan rakaman video seks itu oleh Trio Datuk T yang terdiri daripada Eskay, Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa, Datuk Shuib Lazim, 21 Mac lalu.

MCA minta pulau Utusan, apa kata Pemuda Umno


KOTA BHARU, 24 April: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) mencabar Pergerakan Pemuda Umno untuk menyatakan pendirian terhadap gesaan Timbalan ketua publisiti MCA, Loh Seng Kok agar akhbar lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia dipulaukan oleh rakyat Malaysia.

Gesaan ini dilaporkan oleh laman web berita dalam talian Malaysiakini pada 23 April 2011.
Ini ekoran rencana yang ditulis oleh Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan minggu lepas yang mencadangkan agar digerakkan kempen ‘1Melayu, 1Bumi’.

Pemuda PAS Kelantan, kata Ketua Penerangannya Ahmad Fadhli Shaari, menyanggah kenyataan Presiden UMNO bahawa cadangan tersebut merupakan cadangan peribadi penulis dan tidak ada kaitan dengan kerajaan.
Imbang Penuh
Hakikatnya, kata beliau, Utusan Malaysia merupakan lidah rasmi Umno dan sebarang tulisan yang tersiar di dalamnya khususnya yang berkaitan dengan sidang pengarangnya sendiri harus dipikul tanggungjawabnya oleh Umno.

Justeru, Fadhli (gambar) berkata, Pemuda PAS Kelantan melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh MCA merupakan satu cabaran kepada Umno yang mengaku memperjuangkan bangsa Melayu.

"Jika selama ini mereka sering menuduh bahawa PAS telah menjadi kuda tunggangan DAP, maka hari ini apabila MCA secara terang menyelar lidah rasmi Umno, adakah Umno berani untuk bersuara?" katanya dalam satu kenyataan.

Pemuda PAS Kelantan beranggapan, sekiranya Umno khususnya Pergerakan Pemudanya hanya diam membisu, bererti mereka sendiri sudah merelakan diri menjadi kuda tunggangan MCA.

"Sepatutnya, pada masa inilah Pemuda UMNO perlu menunjukkan kejantanan mereka tampil ke hadapan membela suara rasmi mereka yang dianggap pembela bangsa Melayu selama ini," katanya.

Hakikatnya, kata Fadhli, seruan Utusan Malaysia itu hanyalah mengulangi pendirian politik perkauman yang diamalkan oleh Umno selama ini.

Pemuda PAS Kelantan katanya yakin, masyarakat Malaysia semakin menyedari permainan politik yang merbahaya ini dan akan menolak politik perkauman yang diamalkan oleh Umno dana rakan-rakan parti politik di dalam komponen Barisan Nasional.Hrkh

Terkini : Presiden Yemen Berundur !!!

SANAA, 24 April — Presiden Yemen Ali Abdullah Saleh (gambar) telah bersetuju untuk meletakkan jawatan di bawah pelan peralihan kuasa 30 hari, sekali gus menamatkan rusuhan terhadap 32 tahun pemerintahannya.

Pegawai-pegawai di Sanaa, ibu negara Yemen mengesahkan kerajaan telah menerima rancangan yang dirangka oleh negara-negara Teluk.TMI

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....