Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 16 Mac 2014

Foto2 Suasana Konsert Di Bukit Jalil Yang Meragut Enam Nyawa [ Video Inside ]

Semalam kecoh apabila enam remaja mati ketika konsert berlangsung di Bukit Jalil.Empat lagi dimasukkan ke hospital dan keadaan mereka dilaporkan kritikal DISINI.Di sini aku paparkan foto2 suasana konsert tersebut.

Untuk tidak mengaibkan mana2 pihak aku sengaja mengaburkan muka mereka,kerana tujuan aku hanya sekadar ingin berkongsi suasana konsert tersebut saksikan :



PRK Kajang : Bila Dua Datin Bertentang Mata

  Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Datin Paduka Chew Mei Fun

*SAMA cantik sama padan, tetapi bukan pinang dibelah dua! Seperti yang diketahui pilihan raya kecil Dun Kajang 23 Mac ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan Datin Paduka Chew Mei Fun.

Mei Fun si calon BN telah diumumkan awal dari tarikh penamaan calon. Dr Wan Azizah, sebagai calon PR, diketahui lewat sedikit dan ramai menganggap beliau sebagai bidan terjun.

Kalau ikut rupa, keduanya boleh tahan. Walaupun sudah berusia, masih tetap anggun. Dari segi kedudukan dalam parti pun keduanya sama hebat; yang satu ialah Presiden PKR, yang satu lagi Naib Presiden MCA.

Kalau ikut apa yang disiarkan media, keduanya yakin menang (mana ada calon kata dia kalah!). Masing-masing akan membuat kejutan. Apa pun kejutan sebenarnya bukan ditentukan oleh dua Datin berkenaan, sebaliknya oleh pengundi.Apa yang menarik perhatian ialah ada 39,278 pemilih berdaftar, 50 peratus darinya adalah wanita.

*SEJAK awal kerusi berkenaan dikosongkan, sudah ada sosek-sosek dan kontroversi. Ramai melihat Lee Chin Cheh dipaksa melepaskan gelaran YB untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ramai, termasuk sesetengah dalam kalangan rakan-rakan PR sendiri, tidak bersetuju PRK diadakan. Malah ada yang mempersoal apa perlunya Anwar bertanding dan berazam untuk menjadi MB?

Tetapi Anwar tidak peduli apa orang kata. Beliau mengadakan ceramah setiap hari, tanpa jemu-jemu mendekati rakyat kawasan berkenaan. Setiap ceramahnya mendapat sambutan hangat, hadirin bertepuk dan bersorak penuh semangat.

Apa Yang Kita Tahu Dan Tidak Tahu Tentang Kehilangan Pesawat MH370


Ia masih lagi menjadi misi pencarian yang terbesar – melibatkan beberapa dozen pesawat dan kapal laut di lautan luas dan ribuan lagi menggunakan carian internet melalui imej carian terkini satelit – namun pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 masih gagal ditemui.

Pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 239 penumpang itu lenyap genap seminggu lalu selepas dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, namun carian di Laut China Selatan sehingga ke Lautan Hindi masih gagal mengesannya.

Tiada sebarang serpihan di mana-mana lokasi di laut mahupun daratan. Tiada petanda badan pesawat yang besar dengan nombor pendaftaran 9M-MRO di dasar lautan atau diletakkan di mana-mana antara 634 laluan berikutan kapasiti bahan apinya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kepada keluarga dan media hari ini masih tiada sebarang lokasi atau nasib pesawat kecuali pencarian diluaskan ke sempadan Kazakhstan and Turkmenistan sehingga ke Lautan Hindi, dan operasi di Laut China Selatan dihentikan.

Sehingga hari ini 14 negara, 43 kapal laut dan 58 pesawat udata terlibat dalam misi mencari pesawat berkenaan yang kali terakhir dihubungi pada 8.11 pagi pada Sabtu.

Sebelum itu, seorang pegawai kerajaan Malaysia berkata penyiasat menyimpulkan salah seorang juruterbang, ataupun seseorang yang berpengalaman mensabotaj pesawat MH370.

Video : Tiga Remaja Melayu Mati Semasa Konsert Di Bukit Jalil


KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan lima remaja meninggal dunia dan empat lagi kritikal semasa menyertai Festival Future Music Bukit Jalil. 

Daripada lima orang tersebut, seorang lelaki Melayu, seorang lelaki India, seorang lelaki Cina dan dua perempuan Melayu. Kematian dikatakan berpunca daripada penyalahgunaan dadah dan minuman alkohol secara berlebihan.

Sementara itu semua mangsa yang kritikal dibawa ke hospital PPUM dan PPUKM untuk rawatan lanjut. Kesemua yang terbabit berumur antara 19 hingga 27 tahun.

Festival Future Music dijadualkan berlangsung selama tiga hari iaitu dari 13-15. Ekoran daripada kematian lima remaja tersebut, pihak polis membatalkan hari ketiga konsert tersebut.Hrkh


Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....