Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 27 Mac 2010

Guan Eng Tunggu Zahrain Saman Untuk Dedah Tembelang

SHAH Alam 27 Mac - Tindakan Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim yang memfailkan saman terhadap Ketua Menteri Pulau, Lim Guan Eng dianggap usaha mengalihkan perhatian daripada isu sebenar yang dihadapi beliau.
Pembantu Khas kepada Lim Guan Eng, Ng Yap Hwa berkata Zahrain cuba mencari publisiti murahan dengan menghantar surat tuntutan kepada Guan Eng sedangkan ia bukan notis saman mahkamah, sebaliknya hanya surat notis oleh seorang peguam.
"Zahrain hanya cuba alihkan perhatian daripada sebab sebenarnya dia begitu marah kepada Ketua Menteri bukan kerana isu prinsip tetapi kerana Ketua Menteri enggan mengikut syor Zahrain yang menwakili IGP Sdn Bhd untuk meluluskan pengswastaan pengurusan Bukit Jambul Golf Club yang bernilai lebih RM40 juta kepada sebuah syarikat RM2,"kata Yap Hwa.
Menurut beliau Guan Eng hanya menunggu tindakan saman mahkamditeruskan oleh Zahrain supaya segala pekung Ahli Parlimen Bayan Baru itu dapat didedahkan kepada umum.

Orang Melayu Tidak Yakin Umno Berupaya Lindungi Mereka-Mahathir


KUALA LUMPUR 27 MAC: Kepercayaan orang Melayu terhadap Umno sebagai pelindung nasib mereka kini terhakis, kata bekas Perdana Menteri dan mantan Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohammad.

Bercakap ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), beliau berkata, orang Melayu kini perlu berusaha untuk melindungi diri mereka sendiri.

Dr Mahathir menyifatkan kewujudan banyak NGO Melayu kebelakangan ini yang memberi tumpuan masalah orang Melayu berlaku akibat terhakisnya kepercayaan mereka kepada UMNO sebagai pelindung nasib mereka.

Mengikut Malaysia Kini, prestasi Umno pada pilihan raya 2008 terlalu buruk dan Barisan Nasional (BN) hanya mampu menubuhkan kerajaan yang lemah dan dilihat tidak berupaya mempertahankan kedudukan orang Melayu.

“Kita lihat seolah-olah kerajaan memberi layanan kepada mereka daripada apa yang ada pada kita. Saya tak kata kerajaan berat sebelah tetapi lemah kerana ada sipolan yang tak tau Umno dan BN hampir kalah.TVS

Tok Guru Nik Aziz sokong guna ‘Allah’ pada Rukun Negara.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju dangan gesaan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar kalimah Allah digunakan bagi menggantikan perkataan Tuhan dalam prinsip pertama Rukun Negara.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, penggunaan kalimah Allah itu mampu merungkai kekeliruan dalam masyarakat Malaysia pada waktu ini. "Sekarang ni rakyat keliru, Allahpun Tuhan, Nabi Isa pun Tuhan, kubur keramat pun tuhan, jadi hak mana sebenarnya tuhan, tapi kalau kita pakai satu nama Allah sahaja, yang mereka tertanya-tanya tu, kita sedia bagi penjelasan yang mana satu tuhan sebenarnya," ujarnya pada sidang media di Majlis Ramah Mesra Warga Orang Kurang Upaya (OKU) di Perdana Resort.
Turut hadir di majlis tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan,Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fatah Mahmood dan Pengarah Urusetia, Abdul Aziz Yunus, Setiausaha Sulit khas, Rosdi Abdullah dan Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari.

Video:Ceramah Anwar,10,000 Rakyat Penuhi Stadium Mini Kuala Kubu Bharu




KUALA KUBU BHARU 27 MAC: Hampir 10,000 rakyat pelbagai kaum memenuhi Stadium Mini Kuala Kubu Baru malam semalam bagi mendengar penerangan mengenai kempen Selamatkan Malaysia yang disampaikan pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kubu Kubu Baru terletak dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor yang dimenangi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia akibat barah otak, kelmarin.

Kempen itu sebenarnya diatur sebelum pemergian Dr Zainal Abidin yang uzur selepas menang pilihan raya umum ke-12 dan kebetulan berlangsung ketika di ambang pilihan raya kecil.

Selain ucapan takziah kepada Allahyarham, pimpinan Pakatan Rakyat menyentuh isu kepentingan negara, antaranya isu kehilangan enjin pesawat pejuang TUDM, penyelewengan kontrak kapal selam Scorpene, gejala rasuah dan sebagainya.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali; Naib Presiden PKR, Azmin Ali; Pengarah Strategik PKR, Tian Chua antara yang berucap dalam majlis itu

Selain mereka, Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Dr Hatta Ramli dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tunku, Lau Weng San dari DAP turut menyampaikan ceramah.

Malah, dua aktivis utama Hindraf yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) iaitu T Vasanthakumar dan V Ganabatirau juga hadir dalam ceramah tersebut.TVS

DAP Akan Menghantar Petugas Membantu PRK Hulu Selangor




Pengerusi DAP Terengganu Ng Chai Hing berkata petugas DAP Terengganu sudah bersedia untuk membantu jentera DAP Selangor bagi membantu Pakatan Rakyat menang dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor.BO

Syarat Anwar Untuk Calon PRK Hulu Selangor

KUALA KUBU BHARU 27 Mac - Ketua Umum KEADILAN menggariskan beberapa pra-syarat penting bagi seseorang xalon yang bakal dipilih untuk mewakili Pakatan Rakyat di Parlimen Hulu Selangor termasuk yang berkelayakan teguh dasar perjuangan serta tidak mudah termakan dengan sogokan wang ringgit.
"Bagi Hulu Selangor saya nak beri jaminan kita pilih calon dari kalangan PAS, DAP, KEADILAN yang layak ilmunya, baik pendirian politik, teguh dasar perjuangan serta tidak bimbang sama sekali dia termakan sogokan wang ringgit dan menjadi alat perkakas Umno dan Barisan Nasional.
"Saya minta kerjasama dan sokongan siapa sahaja kita umumkan setelah kita sepakat dengan ketiga-tiga parti," ucap Anwar dihadapan lebih 10,000 penyokong di Stadium Kuala Kubu Bharu malam tadi.
Kebetulan majlis ceramah anjuran Pejabat Parlimen Hulu Selangor itu diadakan sehari selepas Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia akibat barah otak.

PKR Akan DiBerikan Keutamaan Bertanding PRK Hulu Selangor-Presiden Pas




PAS akan memberi keutamaan kepada calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertading dalam pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN "BACA DI SINI"

Tok Guru Nik Aziz Sedia Lepaskan Jawatan Mursyidul Am PAS





Selepas lebih 23 tahun memegang jawatan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengumumkan beliau sedia melepaskan jawatan itu.

Memberikan alasan kesihatan, beliau menyatakan bersedia tidak dilantik semula.

Datuk Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Majlis Syura Ulamak PAS bermesyuarat buat pertama kali bagi melantik barisan kepimpinan tertinggi baru.

Majlis Syura yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am adalah badan yang paling berkuasa di dalam PAS.

"Saya mujur (setuju) benar, kalu tak beri tugas kepada saya. Tinggal di Kota Bharu nak pergi Kuala Lumpur bukan senang, selain dari kerja banyak di Kelantan ni, masalah kesihatan saya pun.. jadi mujur benar kalau tak de..," kata TG Nik Aziz.

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Hj Abdul Hadi Awang akan menentukan siapakah Mursyidul Am dan Timbalannya serta empat lagi Majlis Syura. Jawatan Timbalan Mursyidul Am kini disandang oleh Datuk Dr. Haron Din.

Mengikut Pindaan Perlembagaan PAS yang dibuat pada Muktamar Agung yang ke 29 pada 1983, jawatan-jawatan di dalam Majlis Syura adalah dilantik.

Mursyidul Am PAS yang pertama adalah Allahyarham Yusof Rawa yang memegang jawatan itu semenjak 1982 sehingga 1987 sebelum diambil alih oleh Datuk Nik Abdul Aziz sehingga kini. -TV9

Krisis Istana Kelantan : Sidang Dun Khas Tidak Perlu

KUALA LUMPUR, 26 Mac — Sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) khas tidak diperlukan bagi menyelesaikan kemelut dalaman Istana Kelantan, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob.
“Kita melihat bukan satu keperluan untuk mengadakan sidang DUN khas bagi menyelesaikan masalah dalam institusi diraja.
“Lagipun kemelut ini adalah masalah dalaman pihak istana, jadi lebih baik sekiranya mereka yang mencari jalan penyelesaian,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysia Insider hari ini
Justeru kata beliau, sidang DUN khas tidak akan dipanggil bagi menyelesaikan krisis.
“Lagipun tiada dalam perlembagaan mengatakan ia perlu dilakukan,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan (BBCBN) Kelantan, Abdullah Yaacob supaya DUN mengadakan sidang khas dalam usaha menyelesaikan kemelut dalaman isu istana Kelantan yang semakin meruncing sekarang ini.
Abdullah berkata, langkah itu penting memandangkan isu tersebut tidak berkesudahan walaupun ia berlarutan sejak sekian lama.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....