
Ahli parlimen Tuaran Wilfred Bumburing: Menyatakan tidak yakini terhadap Najib. — Foto-foto oleh Clara Chooi
KOTA KINA

BALU, 11 Ogos — Lawatan Datuk Seri Najib Tun Razak ke Sabah hari ini penting untuk survival Barisan Nasional (BN) di Malaysia Timur dikala cakap-cakap dikalangan masyarakat bukan Melayu negeri ini telah bertukar menyokong pembangkang.
Perdana Menteri (PM) dijangka mengumumkan terma rujukan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai masalah pendatang haram Sabah pada petang ini.
Ini adalah isu kritikal yang boleh memutuskan keputusan pilihan raya akan datang bukan sahaja di Sabah tetapi di seluruh negara.
Kerusi di Malaysia Timur, Sabah dan Sarawak dianggap penting bagi BN untuk mengekalkan kuasa persekutuan oleh kerana tanpa memenangi 55 kerusi parlimen di kedua-dua negeri pada pilihan raya umum 2008, pemerintahan gabungan tersebut selama setangah abad di negara ini mungkin telah berakhir.
Penganalisis politik Dr Arnold Puyok( gambar kiri ), berasal dari negeri Sabah, memberitahu The Insider Malaysia dalam satu temu bual di sini bahawa walaupun BN tidak mungkin kehilangan Sabah dalam pilihanraya umum akan datang, kebencian semakin meningkat terhadap gabungan itu di kalangan orang Cina, komuniti Kadazandusun dan Murut (KDM) di negeri ini - majoritinya adalah beragama Kristian.
Beliau meramalkan bahawa BN akan bermasalah dalam sekurang-kurangnya 13 daripada kerusi 25 Parlimen di negeri ini, yang yang kini dipegang parti yang berasaskan KDM dalam BN seperti Parti Bersatu Sabah (PBS) dan United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (Upko).Kerusi-kerusi marginal ini termasuk Kota Marudu, Tuaran, Kota Belud, Sepanggar, Putatan, Penampang, Beaufort, Ranau, Keningau, Tenom, Beluran, Batu Sapi dan kerusi Tawau.