Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 20 Julai 2011

Ku Li Sokong Tuntutan Bersih 2.0


SHAH ALAM 20 JULAI : Tokoh Umno Tengku Razaleigh Hamzah sekali lagi “melawan arus” pendirian kepimpinan Umno, apabila menzahirkan sokongannya terhadap tuntutan Bersih 2.0 mahukan pilihanraya adil dan telus.
Bekas Menteri Kewangan itu menyifatkan desakan gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan itu sebagai sesuatu yang harus diberi pertimbangan wajar demi menyuburkan demokrasi.
“Sebagai seorang demokrat yang melihat kepada keadaan ini dan UMNO sendiri juga menjanjikan supaya demokrasi dipertahankan dalam negara kita, wajar kita timbang semua tuntutan yang dibuat (oleh Bersih),” kata Tengku Razaleigh kepada pemberita.

Pendirian Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu dijangka menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin Umno, khususnya di peringkat Majlis Tertinggi parti.
Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi Umno mengisyhtiarkan Bersih sebuah pertubuhan haram.
Lebih 1,600 orang yang menyertai perhimpunan aman itu pada 9 Julai lalu ditangkap manakala ribuan lagi ditembak dengan gas pemedih mata dan air berkimia.
Ku Li berkata lapan tuntutan Bersih yang termasuk kempen minima pilihanraya selama 21 hari bukanlah keterlaluan.
“Tujuan (Bersih) supaya perjalanan pilihan raya dilakukan secara adil dan bersih, terbuka, supaya rakyat turun mengundi mana-mana calon pilihan mereka, dapat berbuat demikian tanpa ugutan, tanpa sebarang perasaan tak puas hati selepas itu,” kata beliau.
“Tuntutan yang dibuat oleh mereka ini…ialah supaya kempen pilihan raya dilanjutkan sedikit, bukan 7 hari. kalau 7-8 hari tak sempat orang-orang nak berkempen.
“Saya boleh menerima pendapat ini. Misalnya kalau kita datang dari Kelantan nak tolong kempen di Sabah ataupun di pedalaman Sarawak, tak sempat nak balik, apatah lagi perjalanan sukar ke tempat-tempat yang dihajati untuk melawat,” tambah beliau yang juga bekas naib presiden Umno.
“Jadi untuk berlaku adil supaya rakyat yang berada di kawasan seumpama itu mendengar penerangan daripada pihak yang menawar khidmat dalam pilihan raya berkesempatan mendengar penerangan penerangan mereka dengan memberi masa yang lebih lanjut. Kalau 7 hari tak sempat, macam mana nak kata adil?,” ujar beliau.
Ku Li berkata pemerintah harus mengakui kekangan-kekangan yang dihadapi oleh parti pembangkang ketika pilihanraya.
“Mereka (pembangkang) tidak berhak bercakap menerusi TV, radio. Sebab itu mereka buat juga tuntutan semua pihak dibenar masa yang sama untuk menyampai pandangan dan pendapatan mereka mengenai sesuatu hal kepada rakyat menerusi TV, media masa yang dikawal oleh kerajaan,” jelas beliau.
“Dulu zaman Tengku dulu, samada pemerintah ataupun parti lawan, bergantung kepada jumlah kerusi yang kita bertanding dan jumlah undi yang diperolehi sebelum ini, jadi kita diberi masa untuk bercakap,” tambahnya. .
Ku Li berkata peredaran masa dan perubahan teknoloji memerlukan Umno-Barisan Nasional lebih peka kepada realiti politik semasa.

Haramkan Judi : Kerajaan Kelantan Disaman

KUALA LUMPUR - Dua ahli perniagaan dan seorang individu menyaman kerajaan Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) berhubung pengharaman aktiviti perjudian di negeri itu yang berkuatkuasa Februari lepas.

Saman pemula itu difailkan oleh Wong Meng Yit, 47, dan Lee Khim Haw@Lee Khim Hwa, 58, kedua-duanya ahli perniagaan serta Gan Han Chuan, 44, di Mahkamah Tinggi di sini menerusi Tetuan Sheng Lee Law pada 6 Jun lepas.

Ketiga-tiga plaintif diwakili peguam Lee Kien Han dan peguam Rueben Mathiavaranam manakala kerajaan negeri Kelantan diwakili Penasihat Undang-undang Negeri dan MPKB diwakili oleh sebuah firma guaman.

Dalam saman pemula itu, ketiga-tiga plaintif memohon satu deklarasi bahawa kerajaan negeri Kelantan, tidak berkuasa untuk mengeluarkan arahan atau polisi bagi meluluskan atau menggubal apa-apa enakmen yang mengharamkan atau melarang aktiviti perjudian dan loteri di negeri itu.

Mereka juga memohon satu deklarasi bahawa perkara-perkara mengenai perjudian dan loteri adalah dalam bidang kuasa eksklusif Parlimen yang mengecualikan badan perundangan negeri Kelantan.

Plaintif turut memohon satu deklarasi bahawa defendan tidak mempunyai bidang kuasa dan tidak berkuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk meluluskan atau menggubal apa-apa undang-undang serta undang-undang kecil, peraturan, arahan atau polisi yang mengharamkan atau melarang aktiviti perjudian dan loteri.

Mereka menuntut ganti rugi am, kos bagi tindakan dan perintah lain yang difikirkan adil dan sesuai oleh mahkamah.

Lee, yang ditemui pemberita di lobi Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta di sini, berkata bahawa mahkamah telah menetapkan 17 Ogos ini untuk pengurusan kes berkenaan.

Kes itu akan didengar di hadapan Hakim Abang Iskandar Abang Hashim di Mahkamah Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas 1 di sini, katanya.- Bernama

UiTM Tidak Cadang Anugerah Ibrahim Ali

PETALING JAYA: Universiti Teknologi MARA (UiTM) tidak bercadang untuk mewujudkan 'Anugerah Ibrahim Ali' kepada para pelajarnya.
Kata Naib Canselor, Profesor Datuk Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, tanpa mendapat kelulusan Lembaga Pengarah dan Senat universiti berkenaan, UiTM tidak boleh sewenang-wenangnya menerima atau mencadangkan anugerah seumpama itu.
Malah beliau berkata, universiti itu tidak pernah mencadangkan sebarang anugerah menggunakan nama pemimpin tertentu seperti yang dihebahkan melalui laman web Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) - salah satu jabatan di bawah universiti berkenaan.
Sebaliknya Profesor Sahol berkata, wujud salah faham mengenai hebahan berkenaan apabila ia dibuat tanpa melalui proses dan prosedur yang ditetapkan.
"Anugerah itu dicadangkan oleh Datuk Ibrahim Ali sendiri tetapi sebelum anugerah boleh diberi, perlu dibawa ke Senat dan lembaga. Namun mereka terlepas pandang kerana ada jabatan yang buat hebahan melalui web.
"UiTM prihatin tentang keadaan semasa dan tidak akan terima anugerah tersebut tanpa kelulusan Senat dan Lembaga Pengarah," kata Profesor Sahol yang dipetik menerusi akaun facebook peribadinya di sini, Rabu.
Beliau mengulas mengenai pandangan beberapa pihak berhubung cadangan pemberian Anugerah Ibrahim Ali kepada pelajar yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu.
Anugerah berkenaan diilhamkan oleh Ibrahim sendiri dan hadiahnya juga akan ditaja oleh beliau yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Perkembangan Terkini Mohamad Sabu Selepas Dibedah


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu belum pulih sepenuhnya selepas mengalami kecederaan akibat dirempuh kenderaan Land Rover polis semasa perhimpunan Bersih 9 Julai lepas.
Mat Sabu menjalani pembedahan di Hospital Pakar KPJ Selangor di Shah Alam bagi membetulkan ligamen lututnya yang terkoyak 15 Julai lalu.Ketika dihubungi, Mat Sabu berkata beliau kini mampu melangkah beberapa tapak tetapi belum pulih sepenuhnya dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada kerusi roda untuk bergerak.
Bagaimanapun katanya, beliau akan menjalankan aktiviti dan menghadiri ceramah anjuran Pakatan Rakyat seperti biasa.
“Alhamdullilah keadaan saya bertambah baik tapi masih belum pulih sepenuhnya. Orang dah berumur 50 tahun ke atas ni memang ambil masa untuk pulih” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.
Sewaktu pembedahan, doktor telah memasukkan skru sepanjang 2.5 inci ke belakang pelipat lutut kanannya yang mengalami kecederaan.
Beliau juga mengulas kenyataan pemimpin Umno- BN yang membela Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kononnya telus sehingga Pakatan berjaya memenangi lima negeri pada pilihan raya umum lalu.
“Kalau betul SPR telus, Pakatan Rakyat telah memerintah negara. Dan kalau betul BN menang dengan proses pilihan raya yang adil, mereka boleh teruskan (pentadbiran),” katanya.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....