Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 16 Oktober 2012

Tarikan Baru Pada PGU 6.0

KUALA TERENGGANU - Mesyuarat Jawatankuasa Panitia Induk (Panitia) memutuskan Program Himpunan Kebangkitan Rakyat - PAS Ganti Umno Kali Ke-6 (PGU6.0) akan diadakan di bandar Paka, berhampiran Simpang Santong pada 1 Disember, 2012 bersamaam 7 Muharram 1433H.

Pengarahnya, Ariffi Deraman berkata, cadangan tarikh tersebut akan dibawa ke Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Terengganu selewat-lewatnya hujung minggu ini.

Menurutnya, Panitia turut menyenaraikan 16 acara sepanjang PGU6.0 yang akan bermula dengan acara Pidato Khas & Ceramah Pra Perasmian PGU6.0 pada Jumaat 30 November.

"Kita (Panitia) sudah putuskan, PGU6.0 akan datang di Paka, tapak yang pernah di adakan program PGU peringkat DUN Paka tak lama dulu bertentangan dengan Simpang Santong,

"InsyaAllah, kesemuanya ada 16 acara bermula dengan Pidato dan ceramah pra-perasmian pada Jumaat 30 November,"ujarnya ketika ditemui.

Beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu berkata dua acara baru dicadangkan pada PGU6.0 kali ini bagi menarik minat para pemuda dan pemudi iaitu pertandingan bot laju dan juga pertandingan 'Cub Prix'.
Selain itu, menurutnya, sekurang-kurangnya ada tiga orang tokoh masyarakat peringkat negeri dan nasional yang akan menyerahkan borang dan mengisytiharkan diri mereka menjadi ahli PAS.

Musa Hassan tarik balik saman ke atas Anwar

KUALA LUMPUR 16 Oktober: Perbicaraan insiden kes mata lebam oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim akibat dibelasah ketika dalam tahanan polis 14 tahun lalu yang dijadual bermula hari ini dibatalkan, setelah Tan Sri Musa Hassan menarik balik saman fitnah terhadap Ketua Umum KEADILAN itu pagi tadi.

Penarikan balik saman oleh bekas Ketua Polis Negara itu adalah berkaitan laporan polis oleh Anwar berhubung pemalsuan bukti dalam perbicaraan kes Fitnah 1.

Ia direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Asmabi Mohamad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang penuh sesak dipenuhi penyokong Anwar.

Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican yang mewakili Musa, memaklumkan kepada Asmabi mengenai penarikan balik saman tersebut.

Peguam Latheefa Koya yang mewakili Anwar berkata, penarikan balik saman tersebut membuktikan tuduhan fitnah ke atas Anwar tidak berasas.

“Musa Hassan telah tarik balik saman beliau kerana berpuas hati dengan semua kenyataan Datuk Seri (Anwar) selama ini, jadi tiada kes untuk diteruskan,” katanya.

“Jelas apa yang dipertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang konspirasi dan fitnah itu benar, kerana Musa Hassan telah menarik dakwaan beliau,” kata seorang lagi peguam, N Surendran ketika ditemui.

Sepatutnya, Surendran akan mula menyoal balas Musa pagi ini dalam kes saman ke atas laporan polis berkenaan pemalsuan keterangan laporan perubatan oleh beliau dan Ketua Pasukan Pendakwa Raya, Tan Sri Abdul Gani Patail.

video : NGO lapor polis kes RM40 juta Umno Sabah




PETALING JAYA: Jingga 13 hari ini membuat laporan polis terhadap dakwaan ‘derma politik’ RM40 juta kepada Umno Sabah melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan tauke kayu balak, Michael Chia.

Laporan itu dibuat badan bukan kerajaan (NGO) terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur petang tadi.

Wakil Jingga 13, Afzainizam Abdul Rahman dalam laporannya berkata, pihaknya percaya keputusan siasatan skandal tersebut hanya untuk menyelamatkan Musa Aman yang dikatakan mempunyai kaitan dengan lesen pembalakan Sabah sehingga mampu membawa pulangan lumayan.

Beliau turut melaporkan, skandal ini turut melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila enggan mendedahkan individu yang menjadi penyumbang dana terbabit.

“Jingga 13 juga mendapati bahawa Najib selaku Presiden Umno dan Menteri Kewangan turut mengetahui bahawa wujudnya skandal penyeludupan wang RM40 juta tersebut.

Bekas Tim. Menteri Keluar Umno Kerana Nik Aziz

Yahya bercakap kepada Harakahdaily bersama Pesuruhjaya dan Setiausaha Perhubungan PAS Sabah

KOTA KINABALU: Bekas timbalan menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Yahya Lampong( gambar kiri ) berkata, sebab langsung beliau meninggalkan Umno adalah kerana Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Saya keluar Umno kerana Nik Aziz. Yang terakhir itu adalah kenyataan dia bahawa parti Islam akan kekal sampai bila-bila sedangkan parti assabiyah Melayu akan mati.

"Di samping itu, bagi saya ada dua kerajaan sahaja di dunia ini yang benar-benar melaksanakan Islam dalam kehidupan pemimpinnya iaitu Kelantan dan Iran.

"Lihatlah pada Nik Aziz dan pada Khomeini dan sekarang Ahmedinajad," kata beliau.  Yahya bercakap kepada Harakahdaily bersama Pesuruhjaya dan Setiausaha Perhubungan PAS Sabah.

Dua minggu lalu, Yahya secara rasmi membuat kenyataan meninggal Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Penyertaan Yahya bersama Pakatan Rakyat menambahkan lagi gelombang kebangkitan rakyat Sabah sekarang.

Ketika ditanya kenapa menyertai PKR dan bukannya PAS, Yahya berkata, dia menyertai PKR kerana mahu membantu mengembangkan PAS.

Ini kerana, PAS belum bersedia sepenuhnya untuk diterima semua pihak tetapi sesiapa sahaja boleh menyertai PKR tanpa sebarang halangan dan sekatan.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....